Khamis, Julai 30, 2009

Kelas sulung bersama STM 4 modul TTM 312 Julai 2009

12 orang. 12 org student baru sem 4 yg register masuk kelas aku, kelas TTM312. lega,bukan pasal ape, tp student sket, senang nk handle....tp ade jugak risau,kalau 12 org ni, ade jugak yg tercicir sok, aku jugak rasa serba salah. Al maklumlah, great power comes with great responsibility. (dlm kelas aku x tukar jadik spiderman pn)

so klas 1st day,cam biasa, kenal2 la dulu...agaknye diorg ni tak penah nengok aku bertukar watak bila ngajor (watak ape tak yah la tau) so diorg rasa pelik la agaknye,pasal muka sorg2 aku nengok pelik je..agaknye diorg mesti pikir "eh, cik ashraf ni kalau jumpe kt luar xde lak camni, muka serius tahap cipan gaung" ahaha..mesti la..dh namanya phep kebajikan dan disiplin...

so mmg,mmg bile aku masuk klas, aku dpt release tension dgn keje2 pengurusan..seronok masuk klas ni,seronok jupe bebudak,n seronok jugak ngenakan diorg mana yg agak2 blur tu,ehehe..

so, tahniah la utk student klas aku bagi sesi julai 09 ni,keep up the good work, masa kelas,kita buat mcm kt kelas, kalau korg budak2 kan diri korg sendiri dlm kelas, aku budak2 kan korg jugak dlm kelas tu,ehehe..

aku ade bagi soalan pengenalan TTM 312 kt diorg, tp soklannye lebih kpd keperluan muhasabah diri aku sendiri,belum sempat lagi aku nk baca,dh baca nanti, aku update lagi,wassalam.

Isnin, Julai 20, 2009

Semester Baru Julai 2009

Ah, semester baru datang lagi, semester lama dh tggl kenangan. student baru datang lagi, student lama dah boleh dipggl graduan.student baru akan daftar esok,diikuti dengan seminggu MSK.
  1. tahniah utk staf baru yg dtg,makin bertambah "streng" KKS2.
  2. tahniah utk staf lama yg masih lg terus menyumbang, harap kita sama2 boleh maintain dan upgrade "streng" yg lama,boleh je kalau nk tambah steroid sket,pasal pgrh pn dh baru,insyaAllah.
  3. HEP berwajah baru,pasal tambah "streng" jugak,x sabar nk tgk JPP baru pegang tanggungjawab,baik penyelarasnya,baik student JPPnya.jgn risau,aku akan terus backup korg.
  4. aku harap kita terus berkhidmat utk negara,mana yg baik kita teruskan,yg x berapa nk baik kita sama2 tinggalkan.
  5. aku dh pindah blok baru,so senang sume student KKS2 dgn kengkawan (terutamanya berkaitan HEP) utk reach aku.pintu sentiasa terbuka utk anda semua (walaupun nk ngelak aircon rosak,pintu bilik aku mmg la kena tutup je)
  6. last sekali terima lah pantun "streng" aku ni.
Bilik baru, aircon pn baru,
aku pn rasanya nk implement azam baru,
sama2 kita keje,sama2 kita amik tau,
so takyah la kita pulak nk rasa malu2.

p/s: streng tu mmg saje aku eja camtu. aku kan lemah bahasa inggeris.

Ahad, Julai 19, 2009

MANU vs Malaysia

Antara penyokong harimau malaya yg sanggup ke sebelah sana dunia demi utk menyokong team malaysia

amri yahyah (no 17) dan geng lain selaku wira petang itu, kita bukan kalah tipis,diorg mng tipis, tp kita kalah bergaya. cayalah beb.
  1. aha...jgn ingat aku salah taip title entry ni. mmg betul pn, malaysia mmg main kt "gelanggang lawan" mlm tu.
  2. mmg dah jangka pn, penyokong man u lagi ramai dari penyokong malaysia,yelah, tu kan game away.
  3. tp walaupun main away,harimau malaya nyaris2 nk gigit kasik stalemate kt tengkuk syaitan merah tu.
  4. tahniah amri yahyah, gol jarak jauh kau adalah gol taktikal paling cun abad ni dari harimau malaya yg aku penah tgk.tahniah beb.
  5. rasa rugi sgt x dapek tgk game korg,congrats sekali lagi.
  6. harap fergie consider amik player kita 2-3 orang.
  7. main btul2 game kedua nanti,nanti aku post lagi entry puji malaysia.
p/s: game korang mmg lazat. kalau aku pegi tgk game korang, mesti aku pakai jersi fenerbache yg bapak aku bagi.

Sabtu, Julai 11, 2009

Bila PPSMI dihapuskan

  1. akan wujud kembali generasi yg lemah bahasa inggeris dan menikus bila cikgu inggeris bertanya soalan padanya dalam bahasa inggeris.
  2. akan lebih banyak duit cukai dari titik peluh rakyat diguna untuk menukar segala2nya berkaitan PPSMI kepada asal.
  3. jatdiri bangsa Malaysia yang memang lemah semangat nasionalismenya akan tetap hilang sekalipun bahasa inggeris tidak dijadikan medium pembelajaran dan pengajaran.
  4. akan lebih berisi dan penuh poket mereka yang memegang tender berkaitan buku2 sains dan matematik dalam bahasa Melayu.
  5. akan lebih lenyaplah semangat,keinginan,usaha pelajar luar bandar yang lemah dalam bahasa inggeris utk belajar bahasa inggeris.
  6. lambat lagi untuk kita membayangkan satu masyarakat yang progresif dan berbudaya saintifik, seperti yang ada dlm wawasan 2020.kita tetap boleh kearah itu,tp masa makin suntuk,kita terus terkebelakang.
  7. bersedialah kita untuk lebih banyak dasar negara akan diubah hanya melalui demonstrasi pihak tertentu di jalanan,bukan melalui rundingan.nauzubillah.
PPSMI-satu lagi peraturan caturan manusia yang bila namanya ade campur tangan manusia,memang tidak kekal sempurna. hapus atau tidak,bukan isu,malah bahasa melayu dan bahasa inggeris juga bukan isu. laksanakan atau hentikan PPSMI, byk yang perlu dilihat kembali.jangan kerana kita melatah,parang diambil terlibas leher sendiri. penambahbaikan adalah sangat kritikal dan diperlukan segera,tp pemansuhan PPSMI mewajarkan satu trend dimana bila kita salah tulis, x payah betulkan, buat ape dipadam,tp kertas tu kita buang terus!

Isnin, Julai 06, 2009

Apak & Co.

em, ade yang kata aku sorok anak, ape punye lawak la oi..xde aku nk sorok pn,ehehe...tp mungkin jugak,pasal ni kan blog aku,apehal pulak nk letak gambar anak aku, gambar aku sbg tuan empunya blog pn aku tak letak, ni kan pulak gambar anak aku kan..ehehe..

"kau macam maikel jeksen pulak sorok2 anak pak.."

pulak dah..ahaha..ok2..utk tak jadik maikel jeksen dan seterusnya menghampakan peminat, aku kongsi sket gambar kesuma dewi chenta hati (KDCH) aku; Najwa, gigi mana? gigi? ni masa kitaorg pegi Menara Taming Sari, Melaka bulan lopeh.

mentang-mentang ade gigi, minah ni buleh buat iklan gigi pulak. lagi gambar kt dlm Menara Taming Sari.


Saya jugak boleh bertukar menjadi hulk kalau saya tensen, dan bak kata mak long dia, angin kompot dh sampai.

Aktiviti riadah sebagai memenuhi masa lapang; belajar memanjat gril sambil diperhatikan supervisor (berbaju kuning) gambar diambil ketika peserta berjaya membuat pendakian sulung ke puncak grl tingkap di kampung.
feveret aku gambar ni dlm byk2 gambar, macam gaya penuh emosi pujuk anak aku tu. mamat pakai baju maroon ni bapak baby ni, harap maklum.

seronok kan jadik baby?

Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails