Selasa, Ogos 31, 2010

Terima Kasih Malaysia Khusus Untuk Malaysian Reds

Ada Liverbird Dalam Bendera Malaysia.

Nanti, tu bukan ucapan tipikal dari aku yang memang masih dalam mood kemerdekaan hari ni. Tapi itu datangnya dari Kelab Bolasepak Liverpool menerusi Laman Webnya yang mengucapkan terima kasih atas sokongan Penyokong The Reds di Malaysia sekaligus mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka pada semua Scousers di rantau ini. Sama ada ucapan selamat di atas kemerdekaan ke 53 Malaysia itu benar2 keikhlasan dari pengurusan Liverpool, atau sekadar propaganda pemasaran kelab bola yang tipikal, itu bukan isunya. Yang harus diingat ialah tanpa mengira apa motifnya sekalipun, penyokongnya di negara kecil Malaysia ini tetap dihargai, dan menunjukkan betapa besarnya peranan penyokong Liverpool di Malaysia dalam perkembangan kelab Merseyside ini.

Sedangkan orang kita sendiripun ada yang tak berapa nak menyambut kemerdekaan negara, konon kerana tak merdeka lagi dalam erti kata sebenar, jiwa tak bebas katanya dan ada pulak negara lain sibuk nk ganyang Malaysia. Tapi itu cerita lain. Ironinya ucapan ni datang dari kelab yang bertapak di negara yang merupakan salah satu penjajah kita jugak dulu. Tapi itupun cerita lain.

Dan oh ye, kelab lain takde pulak ucap2 Selamat Hari Merdeka utk kita ye, patutlah penyokongnya kat Malaysia ni bukan main beria2 lagi sokong bagai nak rak, yelah, nak dapatkan perhatian barangkali. Jadi utk tidak menghampakan, aku ucapkan Selamat Hari Merdeka mewakili semua kelab lain yang tak terima ucapan Terima Kasih Malaysia dan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia dari kelab sendiri. Selamat Hari Merdeka semua, jgn sedih kerana dilupakan kelab masing2.

Kedua2 tangan menumbuk ke udara ala2 Bill Shankly sambil berkata "Anda Tidak Akan Sekali2 Berjalan Bersendirian."

Isnin, Ogos 30, 2010

Jalur Gemilang Bukan Sesuatu Yang In Lagi

Jalur Gemilang memang dah banyak yang ketinggalan zaman

Semalam, dalam perjalanan rutin ke bandar mengambil orang rumah pulang dari kerja, sempat juga menoleh ke kiri dan ke kanan sepanjang perjalanan. Bukan berzikir ataupun beratid, tp melihat dan menilai keadaan betapa meriah dan anggunnya suasana ambang kemerdekaan di Bandar Segar Amat ni.

Sepanjang perjalanan, boleh dibilang dengan jari bendera yang dikibarkan di premis2 runcit dan awam, apatah lagi kibaran bendera di rumah2 di tepi jalan besar. Mungkin ramai yang tak merdeka (pemikirannya) lagi.

Kalau ada sangatpun, ada yang telah koyak rabak dan sesuai diumpamakan bendera yang hidup segan, mati tak mau.

"Tuan, kalau tak nak kibarkan Jalur Gemilang sekalipun, sesuai jugak kalau turunkan bendera lusuh, koyak rabak makan dek usia dan masa tu."


Ini secebis artikel dari FB Jbtn Penerangan Malaysia ttg pengendalian bendera, khususnya Jalur Gemilang.

Sebenarnya bukan di Segamat saja, hampir di mana2 saja fenomena memalukan ni menunjukkan secara sinisnya betapa jujur dan tulusnya sifat patriotik Rakyat Malaysia. Jadi jgn hipokrit menyanyi lagu2 patriotik dendangan Roy selain bercakap tentang Saya cinta Malaysia, Saya Bangga Menjadi Rakyat Malaysia, Jadilah Seorang Nasionalis Bukan Rasis, 1 Malaysia Menjana Transformasi dan lain2 tagline2 retorik popular masa kini kalau Jalur Gemilang pun tak mampu nk dikibarkan (apatah lagi nk beli ye tak)

Mungkin masih harapkan bendera subsidi dari PBT masing2 ataupun nk kibar last2 minit. Walaupun Merdeka ke-53 nya ialah esok dan umum tau satu negara akan pab-e-lik holi-deyy. Selamat Hari Merdeka.

Ahad, Ogos 29, 2010

Si Muka Segar

Pili itu dibuka perlahan, bimbang dilihat membazir dek org kebanyakan. Lagipun tak kuasa menarik perhatian. Pusing ke belakang, tiada jemaah menyinsing lengan menunggu giliran, tiada juga yg bercekak pinggang menunggu peluang. Ah, pili pun banyak bersusun, kalau nak pilih aje mane yang berkenan.

Air dikumur setelah niat selesai. Sekali, buang ke kiri. Kali kedua buang ke kanan, ketiga ke kiri semula, selain meriki line, selain hipokrasi menampakkan kejujuran, mata meliar kalau2 ada yg mengamati. Segan dgn org yang ramai, bukan dengan tuhan. Setelah itu cucur airnya dilurut kejap pada muka. Sekali, riki line. Kedua line clear. Ketiga tekakpun lega.

Wuduk diteruskan, tanpa rasa sangsi. Masa itu jahil, tiada rasa bersalah, sembahyang tetap sembahyang, cuma puasa saja yang terbatal.

Itu taktik standard masa muda, bukan zaman zuhud, tapi nakal sentiasa. Bukan salah mak bapak mengajar, resam jiwa rebel memang salah yang dikejar. Zaman baru nak naik kata taiko Terminal 1. Kadang2 gelak sendiri, terkadang sesal dalam diri. Eh, patutla time tu surau penuh untuk sembahyang zuhur, muka sekor2 segar tidak terperi.

Selasa, Ogos 24, 2010

Bayang Terhuyung Hayang

Cerapan metafora itu persis bayang wajah kami. Cermin barangkali tidak merungkai satu sensasi yang tidak pernah bosan untuk luntur. Nah ambil semuanya dari rumah kami, pencilkan kami dari azali, musnahkan kami dari realiti.

Itu yg kau mahukan Kawan?

Isnin, Ogos 23, 2010

Penyata Bulanan Kelab

Sehingga hari ini, kami sekeluarga berpuasa dari mengunjungi sebarang bazaar Ramadhan. Tampak selesa dan tidak ada lagi perasan ditipu bila berbuka puasa. Perasaan teringin tetap ada, tp yg dimasak air tangan isteri lebih kencang dan padu rasanya.

Fasa pertama bebas nikotin gagal selepas 9 hari berpuasa, kini fasa kedua bebas nikotin bermula dan telah masuk hari 4. Harapnya dpt kekal sehingga tamat Ramadhan, dan terus kekal sampai bila2, InsyaAllah. Ujikaji pd diri pengkaji membuktikan sebenarnya tiada ketagihan yg merisaukan pun, tp dipersetujui hanya kekangan jiwa yg kuat sahaja boleh menzahirkan berhenti merokok satu realiti. Senang cakap, sebenarnya lebih pd mengada2 utk menghisap rokok. Mungkin sifat egoistik konsep Gaya, Mutu, Keunggulan tu yg tebal dlm diri, walaupun sukar dikikis, tp boleh terlaksana.

Puasa kali ni terasa benar kesederhanaannya, mungkin kerana belum berbelanja lagi utk keperluan raya, belum juga menukar duit raya, apatah membeli kuih raya, yg ada hanya jalanraya, walaupun hantu raya telah dirantai sementara. Bukannya tidak mahu beraya, tp "lek2 lu,sap kok tang lu" bak kata si muda remaja. Resmi hidup suami isteri, si isteri Manager, dan si suami Owner kelab, dengan kedua2nya ada kepentingan dan fungsi masing2. Setelah puas sama2 berdiskusi dan terlibat dalam sesi sumbang saran, manager sudah merancang dan hanya tinggal masa sahaja utk membentangkan paperwork Aidilfitri thn ni. Owner akan approve dan ammend mana yg patut. Apa yg penting, player utama atau ayam tambatan kelab, Najwa Ilhami Khairul Ashraf akan mendapat insentif yg besar dalam kek keuntungan kelab, diikuti habuan utk manager, dan juga parent dan mertua masing2 selaku BOD, insyaAllah. Bagaimanapun yg asas dan perlu dh tersedia lebih awal. Terasa lebih tenang bila sebegini, alhamdulillah.

Jarang benar pulang ke kampung, baik ke Ampangan atau Kelemak utk berbuka puasa bersama keluarga, bukan tidak rindu, tp kerana kesibukan kerja dan kesuntukan masa. Agaknya resmi bekeluarga dan berkelana mmg begini.

Outstation atas tujuan tugas rasmi lebih kerap pulak Ramadhan ni berbanding bulan2 Hijrah lain pd thn ni. Maklumlah, program besar menanti November nanti. Cerita Salahuddin Al Ayubi merampas kembali Palestin ketika Ramadhan menjadi selingan dan selalu dititip rapi dalam ruang minda. Harap terus kekal konsisten, InsyaAllah.

Jumaat, Ogos 20, 2010

Blog Baru?

Itulah pertanyaan yang hadir dari seorang teman yang bertanya melalui maya. Wajah bujur sirih yang cerah dan mulus dengan susuk tubuh yang tinggi itu menerobos ruang visi dan diterjemahkan perkaitan akal sebelum lansung turun dari fikiran, membuatku tersenyum membayangkan sifatnya. Sambil membetulkan songkok zapin 5 inci yang senget ke kiri kepalaku akibat beratnya sendiri (itu belum dijumlah bersama berat si pemakai) aku memikirkan jawapan yang ingin menampakkan manja, namun masih tidak keterlaluan. Sambil menghela nafas dalam2, lantas jari ini memintal jawapan. "Taklah, blog masih blog yang sama, cuma blog telah melalui sedikit pembedahan rekonstruktif bagi membangkitkan satu suasana yg hip, vibrant dan sedikit surreal. Ini ekspresi diri, sekarangkan zaman kebebasan mutlak remaja, apa saja kami boleh lakukan. Bukankah itu yg remaja masa kini dambakan?"


"you ni...i tanya betul2 tau." ulitnya manja.

Khamis, Ogos 19, 2010

The Malayan Emergency

Sabtu 15hb Ogos 2010 lepas aku sempat booking front seat beserta dgn peringatan; "ma, malam ni abg nk tgk cerita sejarah." org rumah dengan muka sedikit gelisah melonggarkan otot tangan sekaligus melepaskan pegangan yg selama ini dominan pada remote kontrol astro kami di rumah

Tepat pukul 8 mlm The Malayan Emergency ditayangkan di History Channel 555 Astro. dokumentari ni sgt menarik kerana;

  1. Perspektif perjuangan menentang komunis yang sedikit berbeza dan ada kelainan, menjadikan fakta berkaitan struggle pd masa penjarahan komunis tidak hanya berkisar pada kisah Bukit Kepong semata2.
  2. Memperkenalkan aku pd lebih ramai tokoh2 pasca Jepun atau unsung heroes ttg perjuangan menentang komunis di Tanah Melayu, contohnya Yeop Mahidin dan Pasukan Senoi Praaq.
  3. Garapan penerbit yang memperlihatkan kesamarataan dan kebenaran mutlak dlm fakta2 yg dipertontonkan, dengan mengambil 31 interview2 terpilih dari pelbagai pihak, bekas Polis Malaya, SB, ahli Force 136, penduduk kampung2 baru, malah tidak ketinggalan interview dgn bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) sendiri.
  4. Penerbit menghidangkan satu kisah yg teliti dan baik ttg susur galur perjuangan menentang komunis dari bermulanya PKM sbg Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) yg berjuang bersama2 British sehingga terjebaknya mereka dalam fahaman komunis hingga wujudnya PKM dan diteruskan dgn keganasan2 yg mereka lakukan.
  5. Aku baru tau ada satu rejimen PKM yg terdiri dari orang Melayu kesemuanya,satu taktik chin peng dlm menarik sokongan Melayu pd masa itu terutamanya di Pahang utk masuk berjuang di pihak komunis. Kesetiaan Melayu terpelihara apabila rejimen ini berjaya dimusnahkan akhirnya oleh pasukan askar Melayu, diketuai oleh Yeop Mahidin sendiri.
  6. Penerbit jelas memperlihatkan dalam dokumentari ini bagaimana semangat setiakawan bekas2 tentera, polis dan SB yg terdiri dari pelbagai kaum pd masa itu mempertaruhkan jiwa dan raga demi negara.
Dokumentari ni sgt bagus ditonton oleh semua rakyat Malaysia,terutama sekali anasir2 yg cuba membawa masuk atau memohon chin peng diampunkan, dan juga utk pihak yg cuba membawa fahaman komunis secara senyap apatah lagi terang terangan kembali ke bumi bertuah ini. Wallahua'llam.

Turut ditayangkan akan dtg ialah ulangan The Malayan Emergency, diikuti VAT 69: Malaysia's Very Able Troopers dan Al Maunah: The Malaysian Arms Heist. Nantikan siaran ketiga2 dokumentari yg aku rasa tak kurang hebatnya.

Layari astro utk senarai penuh hari dan masa tayangan.

Sabtu, Ogos 14, 2010

Kebun Ilmu

walaupun Sambutan Hari Guru/Pendidik tahun ni dh lama berlalu, tp rasanya tak salah kalau idea nk turun time2 ramadhan ni,nampak sgt ramadhan ni satu bulan yg tenang lagi memberi ilham dan ketenangan pd hamba-Nya,tiba2 dpt idea utk sedikit nukilan khusus utk semua yg bergelar pendidik,dan juga sememangnya ditujukan kpd semua student2 aku.

Di Kebun Ilmu ini,

Benih bangsa disemai pada batas ilmu, iman dan amal,

Dibaja dan disiram,supaya tumbuh segar, ranum dan indah.


Kadang-kadang dicantas dan dipangkas rapi agar tetap rendang dan berbuah.

Adakalanya layu,disiram lagi dengan cinta dan redha.

Bila kuncup bunganya,dipupuk agar kembali mekar dan wangi,

Pernah juga gugur putiknya,kami pastikan ia berputik kembali,dan itu kerja kami.


Sekali sekala bila batangmu ditakik,jangan terus melatah,

Tapi kalau mahu ditebang,jangan sekali kau mengalah.

Tumbuhlah benih,bila tua biar terus berbuah,

Biar benih lain pula tumbuh,dan pada kau bukan kami saja,tapi biar ramai datang berteduh.


Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails