Ahad, Oktober 13, 2013

Salam Aidiladha

Aku rasa ritual Haji ni menjangkaui lebih dari sekadar ritual dan pelaksanaan Rukun Islam Kelima. Falsafah pengorbanan di sebalik seruan Haji ni besar maknanya dan sewajarnya lebih besar lagi impak dia pada umat. Kupasan mengenainya bukan setakat harus mengesankan para penerima panggilan Haji, tapi juga yang tidak mengerjakan Haji. Wallahualam.


Penjawat Awam: Mekanisme Pentadbiran vs Mekanisme Pemikiran

Perkhidmatan perguruan sudah ada performance based assessment. Yg tak perform akan dinasihatkan berhenti dan keluar dari perjawatan awam kerajaan. In Sha Allah the best is yet to come. Tapi ini lebih kepada penilaian prestasi, bukan mentaliti.

Sebagai penjawat awam, aku nampak masalah integriti dan ketirisan kewangan kerajaan bukan banyak datang dari perkhidmatan perguruan/pendidikan. guru2 misalnya, tak terlibat dgn urusan pembelian aset (walaupun LO dan senarai brg dikehendaki dtg dari guru) ia lebih melibatkan kontrak pusat dan salah urus tadbir sumber yg byk melibatkan kewangan negara, dikendalikan oleh kementerian2 dan jabatan2 penting. Bermakna, yg terlibat dalam urusan ini sememangnya pegawai anggota penjawat awam yg terlibat dgn pentadbiran dan keputusan eksekutif pusat, terlibat dengan keputusan kewangan jbtn/kementerian, hatta di peringkat terendah pentadbiran pejabat di jbtn2 kerajaan tempatan peringkat negeri. Wallahualam.

Pada aku, nak hapus masalah integriti dan dan ketirisan kewangan kerajaan ni, kena hapus dan basmi dulu masalah integiri dan ketirisan moral penjawat awam. Kena cari punca dan perspektif mana kita lihat. Attitude kena ubah, dan lebih profesional, tanpa kira bendera politik mana kau pakai. Ketirisan kewangan bukan penentu ulung yg tunjukkan urus tadbir kerajaan sekarang tidak mantap atau salah. Byk lagi 'ketirisan' lain yg jadi punca: kakitangan awam bersembang kat cafe atau kedai kopi berjam2, pulang awal sblm waktu kerja tamat dan minta rakan punch, rehat lunch hour dan zuhur sengaja lajak sampai asar, tipu TNT, membazir PC utk benda2 tak guna, salah guna kenderaan jabatan dsb.

Penyokong Demokrat dan Republican di Amerika berhenti berkempen atau mencaci maki (jika ada) sesama berlainan parti bila dah tamat pilihanraya. Obama boleh lantik Hillary dari parti pesaing utk jadi SU kerajaan dia. semua penyokong2 tu mampu bekerja bersama dgn baik sehingga sekarang (govt shutdown pun bukan disebabkan prestasi kakitangan kerajaan USA) jadi tiba masa untuk kita lebih profesional, dan sekali lagi, ubah attitude sebelum ubah mekanisme pentadbiran.

Aku nampak nak membasmi parasit2 dalam kerajaan ni, ada macam2 cara, sbg contoh medium BTN. BTN itu penting tapi kena through the skin,dan strictly menerangkan hala tuju kerajaan semasa, memastikan setiap penjawat awam tahu apa dan cara utk menyampaikan hala tuju kerajaan, dan bukan sekadar berkisar ttg lagu anak kecil main api atau modul sejarah kemerdekaan shj yg diulang2 kononnya menanam sifat patriotik dalam penjawat awam, apatah lagi dikendalikan oleh pesara2 kerajaan yg sekdar memakai topi BN/UMNO semata2.

Kenapa aku kurang selesa sikit dgn mekanisme pengurangan kuantiti penjawat awam? sbg cth ATM, Kastam Diraja Malaysia atau PDRM (Audit Negara 2012 ada mention jabatan2 ni dalam pelaporan), mekanisme pengurangan anggota atau sumber2 lain tak wajar, kerana sedangkan telah ramai yg menyertai cabang2 inipun, jenayah dan masalah moral masih berleluasa, apatah lagi bila dikurangkan pulak. Perkhidmatan perguruan, sekiranya dikurangkan bilangan, tak cukup utk memenuhi permintaan sekolah2 terutama sekali sekolah2 luar bandar dan sekolah gred B dan C misalnya. Sekali lagi, kuantiti guru yg ramai masih diperlukan. Walaupun ramai golongan profesion perguruan ini tidak menyokong kepimpinan kerajaan atas pelbagai alasan, ia sewajarnya dilihat lebih jauh dari fahaman politik. Perkhidmatan kesihatan dan kejururawatan pula misalnya, sehingga hari ini masih belum mencukupi, dan sekiranya mekanisme pengurangan kuantiti dilaksanakan secara semberono, sudah semestinya tidak akan membantu mengatasi masalah2 kesihatan di tempat2 yg memerlukan.

Kurangkan, tapi kalau mentaliti tak berubah dari dalam jabatan itu sendiri, tetap tak jalan, malah makin teruk. Yg kita kurangkan mungkin kuantiti, tapi dalam masa yg sama kualiti belum tentu meningkat, walaupun pelbagai insentif diberi di masa hadapan. Wallahualam.

Mengenai Keperluan Menerapkan Konsep Pengurusan Ala Barat, LEAN misalnya?

LEAN mgmt telah diamalkan oleh beberapa agensi dan jabatan kerajaan sbg permulaan. sbg contoh kalau tak silap, perbadanan kemajuan negeri pahang dah apply, mungkin sekitar 2011.sejauh mana keberkesanannya, wallahuallam. jbtn aku belum lagi lah. Pelaksanaan konsep pengurusan kini lebih bersifat autonomi dan bergantung kepada jabatan atau kementerian berkaitan dan dilaksanakan dimana ianya difikirkan perlu. 5S, ISO, MQA misalnya antara konsep pengurusan dan akreditasi yg telah byk diamalkan oleh byk jtbn atau kementerian, tetapi tetap tidak mampu membasmi pelaporan negatif atau krisis integriti dalam pelaporan audit, jika itu yg dijadikan benchmark integriti perkhidmatan awam. Malah seringkali pelaporan jenis sebegini seakan buah tanggung yang sedap dilipat oleh mereka yg suka menangguk di air yang keruh.

Tu psl aku cakap, keupayaan pengurusan yang berintegriti ni hadirnya dari sikap dan mind set kakitangan awam tersebut. jauh menjangkaui kaedah atau sebarang konsep pengurusan. ratio penjawat awam dan rakyat di Amerika kecil, kerana selain mungkin konsep pengurusannya bagus, attitude penjawat awamnya juga baik, dan tidak lagi sibuk berkempen menghentam pimpinan kerajaan yang dipilih secara adil oleh rakyat. mungkin US apply LEAN, PRINCE2 tapi itu semua sampingan semata2. kadang2 jbtn kerajaan byk membazir utk kursus2 dan bengkel yang sekadar melepaskan betuk di tangga tanpa ada sebarang impak signifikan kepada tatacara kerja dan sikap kepada pelanggan. ini pun pembaziran dan ketirisan juga sekiranya tidak terkawal.



Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails