Ahad, September 15, 2013

Pemerkasaan_Ekonomi_Bumiputera.exe

Hidup Melayu! Hidup Bumiputera!

Selesai baca Intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera kat SINI 

1. Usaha yang baik oleh PM, cuma pelaksanaannya perlu dipantau dengan teliti, bagi mengelakkan berlaku ketirisan dan masalah integriti: Ali Baba, rasuah, kroni dan kabel.

2. TPPP adalah antara cabaran yang mendepani peniaga dan usahawan Melayu dan Bumiputera masa kini. DPMM lantang menyuarakan kebimbangan ini, dan sewajarnya pengumuman oleh PM adalah garisan yang perlu diakui bukan sahaja oleh rakyat Malaysia, tapi juga pendukung TPPP, iaitu Amerika.

3. Masalah utama peniaga Melayu dan Bumiputera untuk kekal bersaing berniaga ialah Sistem Sokongan. Sistem sokongan ini termasuklah kewangan, rangkaian.

4. Pengumuman ini adalah umpama Sistem Sokongan oleh Kerajaan dan semua Melayu dan Bumiputera perlu mengambil peluang ini, tanpa mengira kecenderungan idealisme politik.

5. Sistem Sokongan Kewangan: Masyarakat Cina Malaysia memiliki sistem pinjaman wang segera dalam bentuk pinjaman dari Along, dan Masyarakat India Malaysia seringkali mengadu nasib pada Ceti. Melayu tidak memiliki Sistem Sokongan Kewangan sebegini.

6. Sistem Sokongan Rangkaian: Selain dari Melayu dan Bumiputera, bangsa utama lain terutamanya Cina memenuhi carta top 20 individu paling kaya di Malaysia, dan memiliki rangkaian perniagaan yang besar, mampu melonjakkan daya saing dan membantu peniaga kecil dari bangsa mereka sendiri untuk terus hidup dan menguasai perniagaan di Malaysia.

7. Beri seekor ikan pada seseorang, dan dia akan hidup untuk sehari. Beri mereka joran dan ajar mereka memancing, maka mereka akan hidup selamanya. Disini, pengumuman ini saya sifatkan sebagai joran, pancing atau jala khusus untuk Melayu dan Bumiputera mengaut hasil sendiri. Kolam atau lautnya ialah Malaysia dan juga satu dunia.

8. Tapi kerajaan selain perlu terus mengajar Melayu dan Bumiputera bagaimana untuk 'memancing', perlu juga terus memberi lebih banyak pilihan pancing, joran atau jala seperti ini. Memberi 'ikan' jenis BR1M, dan subsidi belum tentu memastikan kemandirian ekonomi Melayu dan Bumiputera.

9. Selain kaedah penyampaian, road show yang meliputi sebahagian besar demografi Melayu dan Bumiputera perlu diadakan secara berterusan, sehingga ia menampakkan kesan. Roadshow GTP dan ETP misalnya, hanya dibuat di bandar2 tumpuan dan besar sahaja, sedangkan Melayu dan Bumiputera banyak tinggal di sub-bandar dan kampung2.

10. SOP, karenah birokrasi dan red tapes perlu diminimakan. Ini adalah antara sebab utama start-ups dan usahawan muda 'segan' untuk memohon peruntukan dan kemudahan perniagaan yang disediakan. Birokrasi itu perlu, tapi fleksibiliti juga perlu supaya tidak membunuh momentum dan semangat anak2 muda Melayu dan Bumiputera ini untuk menjadi Usahawan.

11. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Pengumuman sebegini begitu baik untuk Agenda Pembangunan Nasional, tapi perlu berhati2 supaya rakyat, terutamanya Melayu dan Bumiputera tidak terlalu bergantung dengan kerajaan, sama seperti rakyat terus mengharapkan pergantungan pada subsidi.

12. Ingatlah, idea yang baik perlu memiliki perancangan yang baik, dan pelaksanaan yang bagus. tanpa keduanya, idea itu hanyalah retorik kosong semata2.

Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails