Isnin, Mei 04, 2015

ANTARA ABRAHAH, KAABAH, BENJAMIN FRANKLIN DAN STEPHEN COVEY

Model Kaabah dah lama digunakan sebagai ABM (Alat Bantu Mengajar) untuk tujuan pembelajaran dalam silibus Amali Haji di sekolah ataupun ketika Kursus Haji/Umrah untuk bakal2 haji/umrah, anjuran Tabung Haji dan syarikat2 ejen2 haji.

Tapi, ramai yang tidak tahu dan tidak faham cara dan tahap apa Model Kaabah ni digunakan. Ia diguna untuk tujuan simulasi, memastikan pelajar atau peserta dapat pengalaman dan teknikaliti untuk melaksanakan haji/umrah dengan gambaran seakan2 di Piazza Tawaf tersebut. Model ini dilabel selengkapnya, ditentukan bucu dan dirupakan seakan sebenar pada skala lebih kecil, memudahkan guru atau pengajar memberi penerangan tentang rukun2 tawaf yang terlibat. Ini bagi memastikan tawaf mereka kelak dapat dilaksanakan sesempurna mungkin ketika di Kaabah, Mekah.

Bagaimanpun ianya jelas, Model Kaabah di sekolah2 ini bukannya seperti tempat ibadat atau Kaabah yang dibina Abrahah, dimana ia dibangunkan sebagai alternatif, khusus untuk menyaingi Kaabah di Mekah. Malah, Abrahah mengajak sekalian umat yang beribadat di Mekah untuk meninggalkan Kaabah, dan datang berziarah di Kaabah ciptaannya di Habsyah.

Dan, anak2 sekolah yang belajar amali, atau bakal umrah/haji tu tawaf keliling Model Kaabah tu, tidaklah mereka menganggap diri masing2 dah 'naik haji/umrah'.

Tetapi, tetap ada yang tak boleh terima perlunya model kaabah untuk tujuan belajar mengenai Tawaf. Mungkin pembawakan dan pemahaman masing2 berbeza. Sama macam tahap kemampuan belajar.

Akademia, guru atau pengajar tentu faham keperluan simulasi atau demonstrasi berdasarkan perkara sebenar ni untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Benjamin Franklin berpendapat; "Tell me and I forget, teach me and I may remember, involve me and I learn"

Aristotle dalam The Nicomachean Ethics ada menulis, "For the things we have to learn before we can do them, we learn by doing them".

Malah Stephen Covey, seorang guru Amerika yang juga merupakan akademia moden terkenal ada mengatakan bahawa "...to learn and not to do is really not to learn. To know and not to do is really not to know".

Fatwa pun putuskan tiada masalah untuk tujuan pembelajaran. Lagipun, Tuhan tak hantar Ababil pun kerana murka dek model2 Kaabah ni.

Mungkin pada kita ini hal besar sehingga perlu 'freakout', tetapi bagi yang lain, ini hal kecil dan bukanlah apa apa pun.

Jadi mereka akan terus 'keep calm and carry on'.

Rabu, Julai 23, 2014

X Day +7: Pasca Rundingan Najib - Barodai, demi MH17, demi Malaysia

Kalau diteliti, tindakan DS Najib berhubung terus dengan pemisah di Ukraine demi menyelesaikan kemelut tragedi MH17 ini boleh diumpamakan sebagai serampang dua mata.

Pertama, demi mengekalkan fokus beliau yang asal, seterusnya mencapai 3 objektif; mendapatkan jenazah penumpang dan anak kapal untuk waris, mendapatkan semula hak ke atas 2 kotak hitam dan mendapatkan akses selamat dan bebas untuk penyiasat nahas udara antarabangsa di tempat kejadian.

Kedua, dan yang paling penting, adalah beliau secara tidak lansung mengajar Obama, Putin, Abbot, Petroshenko, Mark Rutte malahan semua pihak yang berkaitan dalam nahas ini, termasuk UN tentang seni diplomasi gaya moderate ala Malaysia.

Ketika pemain utama (kononnya) sibuk menuding jari, menunjal dahi dan bermain tarik tali tentang siapa yang bertanggungjawab, DS Najib kekal fokus demi janjinya pada seluruh Malaysia dan dunia.

Salute juga untuk pemimpin pembangkang yang menolak ke sisi perbezaan politik dan berdiri teguh di belakang PM dan mengharungi saat2 sukar ini bersama kebanyakan rakyat Malaysia. Inilah yang sewajarnya diraikan. Cabaran dan krisis pasti lebih hebat di masa hadapan, tetapi jika beginilah cara kita menghadapinya bersama, tiada apa yang terlalu sukar untuk kita tempuhi bersama.

Kerana kita, Malaysia, sememangnya boleh.



http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/2013/03/najib-razak-mh17-latest-news-630x357.jpg

Rabu, Mac 12, 2014

X Day +5

Sudah 5 hari sejak insiden ini berlaku. Tapi kita ni masih mudah tenggelam dalam ketidakpastian dan seronok berandaian itu ini, begitu begini.

Haha..anehlah kita ni, masih juga nak berspekulasi sana sini, begitu begini. Tgk lah flow info tu datang dari mana dan turutan masa info tu keluar. Kerana itu ia dipanggil Kronologi. Pernah ke info kritikal keluar serentak; contohnya A kata 1, B kata 2, dan C kata 3, serentak dalam satu PC, pada masa yang sama di tempat yang sama?

Analoginya mudah, pernah ke untuk sebatang pokok dari sebiji benih misalnya, kita tanam serentak itulah jugak ada buah? Perlu ada batang, dahan, ranting, bunga dulu, baru keluar buah. Di antaranya pula ada peristiwa ranting patah, dahan sekah, batang dipotong. Bahkan bila berbuah, ada buah yang busuk, putik yang gugur dan sebagainya. Tetap berturutan. Tetap ada cerita hari ini, semalam dan masa depan. Islam pula misalnya, tidak lah ia datang serentak kepada manusia, ada turutan dan kronologinya

Jadi, seperti analogi tumbuhnya pokok yang ditanam, Setiap maklumat ada turutan, dan ada kronologinya. Ia tidak datang serentak, dan tidak datang sekaligus. Mustahil. Jadi ambil lah maklumat terkini mengikut kronologinya dan paling baru kita terima, kan mudah dan tidak memeningkan. Kenapa pulak kita nak kata, cerita ini bercanggah dengan cerita semalam, cerita ini tidak betul, dan cerita ini tidak benar, siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong?

Standard Operation Procedure sebaran maklumat dalam masa krisis ni, kita kena faham dulu COC (Chain of Command) operasi, kena ambil kira pihak yang terlibat, aset yg digerakkan, tempoh masa dan waktu sebaran diadakan, tapisan keselamatan yang terlibat berkaitan pendedahan maklumat dsb faktor2 lain.

JADI, Sebagaimana aku bukan IGP, bukan wakil media, tidak mengepelai operasi menyelamat, tidak mewakili kerajaan dalam PC, aku juga bukan MAS personnel, apatah lagi KP DCA. Jadi aku tak berhak nak dictate siapa yang lebih baik untuk beri statement itu ini, begitu begini. Aku daif, hanya mampu berdoa dan tawakal je. Usaha orang dan pihak lain dah buat. Aku tak nak bertanya siapa bohong dan siapa yang benar, kerana kadang2 aku sendiri tak mampu untuk tentukan mana yang benar, mana yang salah. Looks can be very deceiving at times. Kita boleh melihat apa yang kita ingin lihat sahaja, tetapi belum tentu apa yang kita lihat itu betul, atau salah. Kerana itu aku tak mampu berspekulasi dan berandaian itu ini, begitu begini, siapa bohong dan siapa yang berkata benar.

Bahkan, kalaulah ada risiko keselamatan pun, bukan aku yang nak tentukan serius atau tidak ancaman keselamatan tu. Pasal aku bukan PAT atau IGP pun. Alhamdulillah, walaupun aku peduli, tapi tak terseksa macam waris mangsa yang pastinya lebih ingin tahu dari kita tentang apa sebenar yang berlaku. Kita ni kadang "terseksa" pasal kita nak jadi sudu lebih, kuahnya sikit je. Tapi aku tak nafikan, berspekulasi dan berkonspirasi memang seronok! :-D

Menjawab "perlu diteliti terlebih dahulu betul atau tidaknya perkara itu sebelum dihebahkan", kena fikir juga, mungkin itulah "maklumat yang telah dipastikan betul pada masa dan ketika itu" . Maka kerana itulah ia disebarkan semasa PC (Kalau sumber PC secara lansung yang kita refer lah, kalau amik excerpt dari FB semata2, dari blog atau web yang kurang kredibel, itu bukan sumber yang dipercayai.)

Tapi takpe, takde masalah, kalau ada yang nak terus berandaian itu ini, begitu begini, itu salah, dan ini tidak betul, teruskan. Aku nak terus #PrayForMH370, semoga mereka semua sihat dan selamat ke destinasi asal. Kerana itu je yang aku mampu. Wallahua'lam. :-)

Sabtu, Januari 18, 2014

Tang Gomeh Sampai Somban

dari gomeh sampai somban,
nia balik melopeh an rindu
jangan comeh, sajo den meraban,
mintak izin mintak lalu.

dari gomeh sampai somban,
kengkadang balik tak tontu bona jalan
mawak keto dah tontu nak nengok dopan,
naik juling mato menjoling kiri kanan.

dari gomeh sampai somban,
cendol pilah jangan dilupo,
singgah dulu buleh makan,
rojak eh pun umang ai gak raso

dari gomeh sampai somban,
ado daging, itik mo ikan salai,
tolo itik pulak nek moyang an sodap eh makan
buek lomak cili api, dah konyang kang maun tersadai

dari gomeh sampai somban,
jumpo banyak tompek ternamo,
kot raso nak sojuk2 an badan,
singgah dulu ulu bondo

dari gomeh sampai somban,
balik ampangan jonguk orang tuo,
kosan eh osah cantik boto jalan,
flyover eh pun dah bercabang limo.

dari gomeh sampai somban,
kiri kanan sumo eh bangunan,
untung balik kampung tak sosek jalan,
bilo balik jo, mesti ado pembangunan

dari gomeh sampai somban,
melopong den nengok kemajuan
yang elok eh kito koka an
yang tak cantik jangan kito ikutkan.

dari gomeh sampai somban,
lalu simpang bukit rokan
buek sonyum, buek teladan,
kot ado silap mohon maafkan

Sabtu, Disember 28, 2013

Ujian Saringan Tiga Kali Socrates

Pada zaman Yunani kuno, Socrates adalah seorang pemikir yang terpelajar dan intelektual yang terkenal dengan reputasinya memiliki pengetahuan dan kebijaksanan yang tinggi.

Suatu hari seorang lelaki datang berjumpa dengan Socrates seraya berkata, "Tahukah kau apa yang baru aku dengar tentang seorang kawan kau?"

"Rilek dulu der, Lek jap," Kata Socrates.

"Sebelum kau nak bagitau aku benda tu, aku nak kau amik ujian sikit. Ujian ni nama dia Ujian Saringan Tiga Kali, (bukan pemeringkatan dua kali Minyak Masak Seri Murni)"

"Saringan tiga kali?" tanya mamat tu.

"A'ah," balas Socrates

"Sebelum kau nak bagitau aku pasal member aku tu, cuba kau fikir kan jap pas tu kau try buat saringan apa yg ko nak cakap. Pasal tu lah nama ujian ni Ujian Saringan Tiga Kali. Saringan yang pertama adalah KEBENARAN.

Kau pasti ke benda yang kau nak katakan tu benar, tiada yang benar melainkan benar belaka?"

"Tak," kata mamat tu, "Sesungguhnya aku baru je dengar dari orang lain dan...".

"Baiklah," potong Socrates.

"Jadi kau sungguh tak tahu hal tu benar atau tak."

Sekarang kita cuba saringan kedua iaitu KEBAIKAN.

Apakah yang akan kau katakan kepada aku tentang kawan aku tu adalah sesuatu yang baik?"

"Tak, sebaliknya, mengenai hal yang buruk."

"Abis tu," tambah Socrates, "Kau nak bagitau kat aku sesuatu yang buruk tentang dia, tapi kau tak yakin perkara tu benar. Ok takpe, kau mungkin lulus satu lagi ujian saringan dipanggil KEGUNAAN.

Apakah apa yang kau nak bagitau aku pasal kawan aku tu berguna untuk aku?" "Tak, sudah pasti tak," jawab mamat tu.

"Kalau camtu," kata Socrates, "Kalau apa yang kau nak bagitau kat aku tu TAK BENAR, TAK BAIK dan TAK BERGUNA, kenapa kau nak cerita gak kat aku?"

Socrates berlalu pergi, meninggalkan mamat tu terpinga2 dan berfikir semula akan kegemarannya yg satu ni; 'menyampaikan fitnah'

Zaman Socrates dah ada fitnah ni. Zaman FB lagi lah.

Di alih bahasa supaya kita sama2 senang faham. credit to Hazmin Chamili (ubah suai sikit supaya lebih dramatik)


Teladan Keldai Jatuh Perigi

Di sebuah kawasan ragut milik Petani, terdapat seekor keldai bernama Keldai Tua yang suka merungut dan kononnya seringkali kelaparan. Hari ini Keldai Tua kaget dan keanehan. Masakan tidak, selalu ketika masa kelaparan begini, tuannya seperti tahu dan akan datang menghulur makanan berumput beserta dedak bercampur vitamin mahal. Tapi tidak hari ini. Bertambah pelik lagi Keldai Tua kerana Petani membuka pintu kandang seluas-luasnya, supaya dia bebas merayau dan menikmati dunia yang lebih luas di luar sana. Keldai Tua ingat lagi, bagaimana dia sering bercakaran dengan Petani, menulis rungutan di dinding kandang dan membebel tentang kesusahan dalam kehidupan, keperitan bekerja untuk tuannya iaitu Petani yang juga tuan kepada rakan-rakannya yang lain, iaitu seekor lembu bernama Lembu Tua Betul dan seekor kambing bernama Kambing Tua Juga.

Dicelah-celah pagar kandang, dengan takdir Tuhan, terlihat lah dia sebab musabab kenapa tuannya tak datang menghantar makanan hari ni. Traktor yang ditempah tempoh hari rupanya telah selamat sampai. Perlu dikilat dan diminyak, perlu dipolish dan dibelai. Lebih gagah dan berdaya saing, dibandingkan Traktor dan Keldai Tua jauh bezanya. Keldai Tua kuat merungut, tapi Traktor baru lagi dan masih dalam warranti. Lebih terkesan lagi Petani kelihatan seperti tidak mahu menggunakan lagi kederat Keldai Tua, dan seakan melupakan jasa Keldai Tua, kerana Traktor sudah ada. Mungkin juga tuannya marah kerana Keldai Tua asyik merungut dan membebel sahaja, ditulis pula pada dinding kandang macamlah semuanya serba tidak kena, dan makhluk lain tiada msalah sehebat masalah dirinya. Tidak semena-mena perut Keldai Tua berkeriuk. Berbunyi tanda lapar.

"Ah, lapar perut ni perlu diisi juga, tak kira tuan aku mahu atau tidak, aku perlu makan, dan perlu meragut sendiri diluar kandang." Rungut Keldai Tua, seperti biasa.

Merasakan tidak mampu membendung kelaparannya, dan tidak lagi sabar menunggu tuannya menyuap makanan, Keldai Tua meragut sendiri rumput di luar kandang dan di sekelilingnya, sekadar meragut rumput yang mampu dicapai dan ditelan sahaja.

Mungkin rumput berdekatan tidak berapa sedap, beliau membebel, lagak selayaknya sebagai seekor Keldai Tua. Tiba2, Keldai Tua terkenang kata Lembu Tua Betul tentang ada sebuah kawasan sekitar sebuah Perigi Buta di padang rumput itu yang rumputnya hijau menyegar, dan rasanya sedap tak terkata. Keldai Tua lantas bergegas ke situ sambil beberapa kali menelan air liur, kerana membayangkan kelazatan rumput di kawasan perigi itu. Bagaimanapun mulutnya masih tidak berhenti merungut dan membebel, seperti biasa. Marahkan rumput, marahkan tuannya, marahkan keadaan dan suasana yang serba tak kena. Marah juga dia pada Lembu Tua Betul kerana pernah sampai ke situ, tanpa mengajaknya. Begitulah lumrah Keldai Tua, mudah benar gelisah dan resah seakan hilang punca.

Sesampainya Keldai Tua di situ, dia rakus meragut rumput2 yang memang segar bugar, hinggakan tidak lagi memandang kiri dan kanan, atas dan bawah. Sehinggakan dia lupa ada perigi buta seperti yang diceritakan Lembu Tua Betul disitu. Kambing Tua Juga pernah bercerita, Perigi Buta itulah yang digali Petani lama dahulu. Pernah berguna, baik untuk ternakan mahupun tuannya. Tapi setelah Keldai Tua dan rakan2 ternakannya asyik disuap tuannya dengan dedak, rumput import, garam jilatan dan air dari filter yang mahal, perigi ini tidak lagi dihiraukan, rumput disini pun semakin dilupakan. Malas nak ke situ satu hal, runsing berjemur satu hal. Petani dah suap, buat apa lagi mencari sendiri?

Rupanya, Perigi Buta tahu bersungut dan merungut juga, lantas merajuk, seperti Keldai Tua. Kering dan tidak menakung air lagi, Perigi Buta tidak berdinding ini akhirnya telah dilupakan, tanpa dihirau sesiapa. Leka meragut rumput, Keldai tidak memikirkan lagi keselamatan dirinya, mungkin akibat keenakan rumput di sekeliling perigi, dia lupa dan alpa.

Tiba2, "GEDEBUKKK!!"

Keldai Tua terjatuh ke dalam perigi sehingga sakitlah sekalian tulang temulang dan otot badannya. Apalagi, menjerit lah Keldai Tua kesakitan, berteriaklah Keldai Tua, pasrah mengharap bantuan tuannya, mengharap ditarik keluar dari perigi buta yang dalam dan gelap itu. Dia sudah tua, seringkali dimanja dan disusap, manalah biasa memanjat sendiri. Kederat pun tiada, malas pula berganda2.

Nasib Keldai Tua


Petani sedang sibuk mengelap dan mengilatkan traktor yang baru dibeli tempoh hari, bagi menggantikan Keldai tuanya yang semakin malas dan tidak lagi kuat bersemangat seperti dahulu. Kerjanya pun membebel dan merungut, menconteng dinding kandang dengan kata nista dan status diri yg kononnya berduka sentiasa. Tidak semena2 terdengar jeritan sumbang, suara seekor keldai, yang seakan lanjut usia. Diamatinya beberapa ketika dan mengamati lolongan minta tolong itu.

"Itu suara Keldai Tua milik aku!"

Berlari lah dia ke arah suara itu datang. Syaknya sesuatu musibah pasti telah menimpa Keldai Tua yang lama telah setia dengannya, dan lebih berjiwa dari Traktor yang baru tiba. Arif dengan kawasan Ladangnya sendiri, Petani sudah mengagak suara Keldai Tua datang dari perigi buta itu. Jangkaannya tepat. Keldai Tua jatuh Perigi! Perigi ini dalam rancangannya hendak dikambus sahaja, untuk mengelakkan celaka. Tapi belum sempat berbuat demikian rupa, Keldai Tua dah menjadi mangsa!

Berkaca2 Petani merenung dan melihat mata Keldai Tua memohon simpati. Seraya berkunjunglah rasa kasih dan hiba atas kecelakaan yang menimpa Keldai Tua. Betul, Keldai Tua kuat merungut, mengeluh dan membebel, tapi itu kan Keldai Tua. Keldai inilah yang dahulunya cekap membantunya bekerja, tanpa kenal penat lelah, membangunkan Ladang bersama2, setia sentiasa di saat susah dan duka. Petani sudah berkira mencari tali untuk menarik Keldai Tua keluar dari perigi buta. Tapi, entah kenapa anginnya, tiba2 ada sapaan nakal menjelma di cuping telinga;

"Kau nak tarik Keldai Tua keluar perigi ni? Dia dah tua, lagipun kan kau memang nak kambus perigi buta ni, nak buat pembangunan atasnya? Kambuskan sahaja Keldai Tua di dalam perigi, senang cerita, Keldai Tua tiada, Perigi Buta pun rata!

"Betul juga!" Bisik sendiri Petani. Petani muda, mudah benar mengikut rasa hati. Tanpa berfikir sedalam2nya, dia memanggil Orang2 Kampung untuk membantunya mengambus Perigi Buta tersebut, bersama Keldai Tua di dalamnya. Janjinya pada Orang2 Kampung;

"Kawasan rata sekitar perigi buta ni nanti akan dibangunkan taman permainan kanak2, tempat anak2 kita bersuka ria, baru senang kita nak bekerja!" Janji Petani. Ada rezeki, pasti ditepati.

Orang Kampung merenung ke dalam Perigi Buta


Petani dan Orang2 Kampung mengambil peranan masing2, ada yang bercangkul, ada yang menggunakan skop, mencangkul, mencedok dan membuang tanah ke dalam Perigi Buta, mengambusnya sekali beserta si Keldai Tua. Terasa diperlakukan dengan kejam oleh tuannya, Keldai bertambah marah, menangis mengenangkan nasibnya ditanam hidup2 oleh tuannya, dibiar susah sebegitu, tanpa dibela.

Keldai Tua sempat lagi meninggalkan cacian makian beserta sumpahan terhadap tuannya di dinding bahagian dalam perigi buta. Dia menulis "Petani tak guna, Petani celaka, dikambusnya aku dalam Perigi Buta!" ditulis di dinding bahagian dalam Perigi Buta. "Mesti nanti ada yang baca, dan membenci Petani kerana perbuatannya," Bentaknya. Sedih, tapi puas hatilah kononnnya.

"Biar kawan2 semua tahu, biar satu dunia tahu Petani ini kejam orangnya, celaka perangainya." Tambahnya lagi. Tanah yang dibuang kedalam perigi sudah tinggi separas keting kaki.

Mengamuk sakan Keldai Tua. marah tidak terkata, sambil berteriak hingga tiada lagi air mata. Menghela nafas dalam2, kononnya nafas terakhir sebelum riwayatnya tamat dikambus bersama tanah di dalam Perigi Buta, dia tiba2 spontan bertindak mengikut akal naluri serta jiwa survivalnya yang masih bersisa.

Sekali Petani dan Orang Kampung membuang tanah ke dalam Perigi Buta, sekali itu juga Keldai Tua memanjat ke atas lapisan tanah itu, melangkah berdiri tegap di atas nya. Petani terpesona dengan kecerdikan Keldai Tua. Malah, Keldai Tua pun terpesona dengan kemampuan dirinya sendiri. Tak sangka, Keldai Tua macam dirinya masih lagi cerdik dan mampu berfikir, tak macam Petani dan rakan2 Orang Kampung tuannya itu.

Teruja, Petani menjerit;

"Keldai Tua ni masih lagi berbisa akalnya, kederat tiada, tapi cerdik masih tak kurang hebatnya, mampu dia memanjat demikian rupa, menyelamatkan dirinya!"

Petani memuji pula Keldai Tua. niat mengambus Keldai Tua hilang dan bertukar rasa gembira dan sayang pada Keldai Tua itu. Getus hatinya, tak jadi hendak menimbus Keldai Tua yang pernah menjadi sahabat setianya itu semasa masih muda remaja. Fikirnya kalau begini tua pun masih cerdik lagi, tentu berguna demi Ladang ini nanti. Petani bercadang mahu membangunkan Ladang Berpendapatan Tinggi.

"Ayuh, gunakan tanah untuk Keldai Tua berpijak naik ke atas!" Gesa Petani.

Keldai Tua terus yakin. Semakin banyak tanah di buang ke dalam Perigi Buta, semakin dia melihat jalan keluar, semakin yakin dia menapak menjauhi dasar Perigi Buta.

Akhirnya berkat tanah yang asalnya dilihat sebagai penamat riwayatnya, Keldai Tua menggunakannya pula untuk keluar dari Perigi Buta. Masalah dan musibah yang menimpa, ditukarnya menjadi peluang hidup semula dan lebih bijak  memastikan kemandirian dirinya, dan pengajaran buatnya.

Petani menyesal akan terdetiknya untuk pernah berfikir mengambus Keldai Tua di dalam Perigi Buta. Usai meminta maaf pada Keldai Tua, Petani berjanji untuk memajukan Ladang bersama2 ternakannya ke arah Ladang Berpendapatan Tinggi. Kini, Keldai Tua masih berpeluang melihat dan bergurau senda bersama2 Lembu Tua Betul dan Kambing Tua Juga, bersama2 Petani membangunkan Ladang, bersama Traktor, mereka berganding ke arah memastikan Ladang Berpendapatan Tinggi. Tempat yang tidak boleh digapai Traktor, dikerjakan oleh Keldai Tua dan rakan2. Penat ternakan, Traktor mengambil tempat pula untuk sama2.

Keldai Tua tidak lagi merungut, membebel dan mengeluh sepanjang masa. Lebih rajin dan berdaya saing, peluang hidup semula itu digunakan sebaiknya, tanda terima kasih pada akal yang diberi oleh Tuhan. Bersama Petani, Traktor dan kadang2 Orang Kampung bersama rakan2 Ternakannya Ladang makin mengorak maju ke arah Ladang Berpendapatan Tinggi.

Untunglah Keldai Tua, mampu berfikir yang masalah dan musibah sekalipun mampu menjadi punca untuk Keldai2 lain berfikir dan berusaha lebih hebat dari biasa. Merebut segala ruang dan peluang, demi survivabiliti Keldai. Untunglah.


Rabu, Disember 11, 2013

Muzakarah Lagi?

Ah. Cerita bermuzakarah UMNO-PAS ni datang lagi. Datang bila dipanggil, pergi pula bila dihalau. Muak. Bukan pada muzakarah, tapi pada dolak dalik dan seribu macam alasan yang diberi. Pada aku, segelintir politikus pun kurang mendalami maksud muzakarah ni. Duduk berbincang ni bukan bermaksud berpakat, bergabung apatah lagi duduk bersama2 demi satu perjuangan. Kalau dah politikus pun tak faham, mana mungkin pengundi atau rakyat faham!

Walaupun yang afdalnya berjuang di jalan Islam, tapi kedua2nya adalah entiti politik yang memiliki fokus perjuangan masing2, yang ternyata berbeza antara satu sama lain. Kendatipun kedua2nya pun tak menolak Islam dan tak pula menolak keMelayuannya.

Pada saya muzakarah ni bukanlah demi menyenangkan hati satu pihak lagi, atau demi mengikut telunjuk dan tertakluk dengan aturan yang cuba ditentukan oleh satu2 pihak semata2.

Alah, macam republikan dan demokrat di amerika. Berperang dalam politik, tapi bab menguruskan dasar luar dan dasar liberal, kedua2nya sanggup duduk semeja. Berbincang. Selesaikan satu2.

Pada saya muzakarah UMNO-PAS ni sewajarnya demi Islam, demi pengundi dan demi rakyat, tu je. Lepas duduk berbincang selesaikan masalah rakyat, pacu teruslah haluan masing2 dan menangi hati rakyat dengan cara sendiri.

Contohnya, kalau kita sekampung duduk berjiran, tapi berpatah arang bergolok bergadai dengan jiran tu. kononnya dia lah iblis, dialah syaitan, dan tak ada jiran lebih buruk dari jiran kita. Satu ketika ada gajah merosakkan tanaman di kebun kedua yang berjiran ni tadi, atau ada harimau memakan ternakan kedua2 yang berjiran ni tadi.

Duduklah berbincang macam mana nak selesaikan. Kalau gajah, mungkin sorang ada perangkapnya, mungkin sorang jiran lain ada kurungannya. Kalau harimau pulak, mungkin sorang ada senapangnya, mungkin sorang jiran lain ada peluru senapang tersebut. Muzakarah lah demi nak selesaikan masalah. Tak boleh bincang 10 masalah rakyat, bincanglah 5 je. Tak boleh 5, bincanglah 3. Tak boleh 3, bincang satu pun jadilah dulu sebagai permulaan.

Hairan juga, lepas dah diterangkanoleh pelbagai pihak, contohnya Prof Agus kat Page FB dia pun, masih ada lagi tak faham dan buat2 tak faham. Kalau kafir benarlah UMNO sekalipun, mana mungkin lebih kafir dari DAP. dan kalau Islam dan Melayu benarlah UMNO sekalipun, mana mungkin lebih Islam atau Melayu, sama dengan PAS? Kita ni suka sgt cari perbezaan, padahal persamaan tu banyak. Duk kalut suruh ikut perangai dan berjuang cara Mandela, tapi sendiri tak faham pun prinsip yg Mandela cuba terapkan dalam pentadbiran negara dia.

Pada saya, nak seribu daya, tak nak seribu alasan. tu je.

Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails