Memaparkan catatan dengan label Agak2 la nak tembak orangpun kau pun bukan bagus sangat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agak2 la nak tembak orangpun kau pun bukan bagus sangat. Papar semua catatan

Rabu, Mac 12, 2014

X Day +5

Sudah 5 hari sejak insiden ini berlaku. Tapi kita ni masih mudah tenggelam dalam ketidakpastian dan seronok berandaian itu ini, begitu begini.

Haha..anehlah kita ni, masih juga nak berspekulasi sana sini, begitu begini. Tgk lah flow info tu datang dari mana dan turutan masa info tu keluar. Kerana itu ia dipanggil Kronologi. Pernah ke info kritikal keluar serentak; contohnya A kata 1, B kata 2, dan C kata 3, serentak dalam satu PC, pada masa yang sama di tempat yang sama?

Analoginya mudah, pernah ke untuk sebatang pokok dari sebiji benih misalnya, kita tanam serentak itulah jugak ada buah? Perlu ada batang, dahan, ranting, bunga dulu, baru keluar buah. Di antaranya pula ada peristiwa ranting patah, dahan sekah, batang dipotong. Bahkan bila berbuah, ada buah yang busuk, putik yang gugur dan sebagainya. Tetap berturutan. Tetap ada cerita hari ini, semalam dan masa depan. Islam pula misalnya, tidak lah ia datang serentak kepada manusia, ada turutan dan kronologinya

Jadi, seperti analogi tumbuhnya pokok yang ditanam, Setiap maklumat ada turutan, dan ada kronologinya. Ia tidak datang serentak, dan tidak datang sekaligus. Mustahil. Jadi ambil lah maklumat terkini mengikut kronologinya dan paling baru kita terima, kan mudah dan tidak memeningkan. Kenapa pulak kita nak kata, cerita ini bercanggah dengan cerita semalam, cerita ini tidak betul, dan cerita ini tidak benar, siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong?

Standard Operation Procedure sebaran maklumat dalam masa krisis ni, kita kena faham dulu COC (Chain of Command) operasi, kena ambil kira pihak yang terlibat, aset yg digerakkan, tempoh masa dan waktu sebaran diadakan, tapisan keselamatan yang terlibat berkaitan pendedahan maklumat dsb faktor2 lain.

JADI, Sebagaimana aku bukan IGP, bukan wakil media, tidak mengepelai operasi menyelamat, tidak mewakili kerajaan dalam PC, aku juga bukan MAS personnel, apatah lagi KP DCA. Jadi aku tak berhak nak dictate siapa yang lebih baik untuk beri statement itu ini, begitu begini. Aku daif, hanya mampu berdoa dan tawakal je. Usaha orang dan pihak lain dah buat. Aku tak nak bertanya siapa bohong dan siapa yang benar, kerana kadang2 aku sendiri tak mampu untuk tentukan mana yang benar, mana yang salah. Looks can be very deceiving at times. Kita boleh melihat apa yang kita ingin lihat sahaja, tetapi belum tentu apa yang kita lihat itu betul, atau salah. Kerana itu aku tak mampu berspekulasi dan berandaian itu ini, begitu begini, siapa bohong dan siapa yang berkata benar.

Bahkan, kalaulah ada risiko keselamatan pun, bukan aku yang nak tentukan serius atau tidak ancaman keselamatan tu. Pasal aku bukan PAT atau IGP pun. Alhamdulillah, walaupun aku peduli, tapi tak terseksa macam waris mangsa yang pastinya lebih ingin tahu dari kita tentang apa sebenar yang berlaku. Kita ni kadang "terseksa" pasal kita nak jadi sudu lebih, kuahnya sikit je. Tapi aku tak nafikan, berspekulasi dan berkonspirasi memang seronok! :-D

Menjawab "perlu diteliti terlebih dahulu betul atau tidaknya perkara itu sebelum dihebahkan", kena fikir juga, mungkin itulah "maklumat yang telah dipastikan betul pada masa dan ketika itu" . Maka kerana itulah ia disebarkan semasa PC (Kalau sumber PC secara lansung yang kita refer lah, kalau amik excerpt dari FB semata2, dari blog atau web yang kurang kredibel, itu bukan sumber yang dipercayai.)

Tapi takpe, takde masalah, kalau ada yang nak terus berandaian itu ini, begitu begini, itu salah, dan ini tidak betul, teruskan. Aku nak terus #PrayForMH370, semoga mereka semua sihat dan selamat ke destinasi asal. Kerana itu je yang aku mampu. Wallahua'lam. :-)

Rabu, Disember 11, 2013

Muzakarah Lagi?

Ah. Cerita bermuzakarah UMNO-PAS ni datang lagi. Datang bila dipanggil, pergi pula bila dihalau. Muak. Bukan pada muzakarah, tapi pada dolak dalik dan seribu macam alasan yang diberi. Pada aku, segelintir politikus pun kurang mendalami maksud muzakarah ni. Duduk berbincang ni bukan bermaksud berpakat, bergabung apatah lagi duduk bersama2 demi satu perjuangan. Kalau dah politikus pun tak faham, mana mungkin pengundi atau rakyat faham!

Walaupun yang afdalnya berjuang di jalan Islam, tapi kedua2nya adalah entiti politik yang memiliki fokus perjuangan masing2, yang ternyata berbeza antara satu sama lain. Kendatipun kedua2nya pun tak menolak Islam dan tak pula menolak keMelayuannya.

Pada saya muzakarah ni bukanlah demi menyenangkan hati satu pihak lagi, atau demi mengikut telunjuk dan tertakluk dengan aturan yang cuba ditentukan oleh satu2 pihak semata2.

Alah, macam republikan dan demokrat di amerika. Berperang dalam politik, tapi bab menguruskan dasar luar dan dasar liberal, kedua2nya sanggup duduk semeja. Berbincang. Selesaikan satu2.

Pada saya muzakarah UMNO-PAS ni sewajarnya demi Islam, demi pengundi dan demi rakyat, tu je. Lepas duduk berbincang selesaikan masalah rakyat, pacu teruslah haluan masing2 dan menangi hati rakyat dengan cara sendiri.

Contohnya, kalau kita sekampung duduk berjiran, tapi berpatah arang bergolok bergadai dengan jiran tu. kononnya dia lah iblis, dialah syaitan, dan tak ada jiran lebih buruk dari jiran kita. Satu ketika ada gajah merosakkan tanaman di kebun kedua yang berjiran ni tadi, atau ada harimau memakan ternakan kedua2 yang berjiran ni tadi.

Duduklah berbincang macam mana nak selesaikan. Kalau gajah, mungkin sorang ada perangkapnya, mungkin sorang jiran lain ada kurungannya. Kalau harimau pulak, mungkin sorang ada senapangnya, mungkin sorang jiran lain ada peluru senapang tersebut. Muzakarah lah demi nak selesaikan masalah. Tak boleh bincang 10 masalah rakyat, bincanglah 5 je. Tak boleh 5, bincanglah 3. Tak boleh 3, bincang satu pun jadilah dulu sebagai permulaan.

Hairan juga, lepas dah diterangkanoleh pelbagai pihak, contohnya Prof Agus kat Page FB dia pun, masih ada lagi tak faham dan buat2 tak faham. Kalau kafir benarlah UMNO sekalipun, mana mungkin lebih kafir dari DAP. dan kalau Islam dan Melayu benarlah UMNO sekalipun, mana mungkin lebih Islam atau Melayu, sama dengan PAS? Kita ni suka sgt cari perbezaan, padahal persamaan tu banyak. Duk kalut suruh ikut perangai dan berjuang cara Mandela, tapi sendiri tak faham pun prinsip yg Mandela cuba terapkan dalam pentadbiran negara dia.

Pada saya, nak seribu daya, tak nak seribu alasan. tu je.

Sabtu, Mei 11, 2013

Cerita Rumah Aku, Kau dan Dia

Tuk tuk tuk!
Tuk tuk tuk!
Tuk tuk tuk!

Ah, rumah ini sudah siap!
Tapi pahat2 nya berbunyi lagi!
Jadi? Mahu kita bakar sahaja!?
Mana Aku, Kau dan Dia nak duduk nanti?


Isnin, Oktober 01, 2012

Bonus: Sudut Pandang Alternatif Seorang Kakitangan Kerajaan

Satu investment yang baik, terutama sekali apabila dibentangkan dalam Bajet 2013 yang merupakan bajet terakhir sebelum PRU13.

Sebagai kakitangan kerajaan, aku berpendapat bonus yang dinyatakan baru2 ini bakal memberi kuasa beli secara tiba2 kepada kakitangan kerajaan sekita hujung tahun ini dan awal tahun depan.

Peningkatan kuasa beli secara mendadak ini aku lihat mampu mendorong kakitangan kerajaan membuat pembelian yang tidak perlu dan cenderung untuk lebih bermewah2, berbanding bulan2 sebelum bonus ini diterima. Agen kad kredit akan menjujuk2 datang ke jabatan2 kerajaan, mencari potential customer, beban kad kredit akan makin bertambah, tidak kurang yang akan membeli kereta baru, walaupun kereta lama utk ke tempat kerja masih boleh digunakan semahu2nya.

Yang bujang akan membeli gadget2 terkini: tab, smartphone, LCD tv, iphone, ipad. yang penting ipay. Tidak dinafikan pemberian bonus ini akan meningkatkan kuasa beli kakitangan kerajaan, tapi diakhirnya, mereka tidak mampu untuk mengekalkan gaya hidup sebegitu. Sejauh mana ia ampuh dalam mengekalkan perkembangan ekonomi warga2 penjual dan peniaga juga tidak dapat dipastikan kerana bonus itu sendiri bersifat sementara, tetapi kenaikan harga sudah pasti tidak akan diturunkan baik semasa bonus diterima dan setelah bonus tidak ada lagi untuk bulan2 mendatang selepas itu.

Bonus pasti akan habis, masuk ke tengah bulan hingga gaji berikutnya, yang leka dan alpa akan mengagau semula macam biasa. Sustainability kewangan tak dapat diwujudkan, malah bebanan hutang pula yang akan diterima, apatah lagi kalau sibuk membeli menggunakan kad kredit, dan berbelanja semahu2nya.

Pada aku, aku lebih suka kalau bonus itu diagih2kan kepada kumpulan atau perkara yg benar2 memerlukan bagi kakitangan kerajaan, cthnya:

Membiayai kursus peningkatan kemahiran kakitangan kerajaan secara berterusan dan menyeluruh

Meningkatkan kuota dan nilai biasiswa utk kakitangan kerajaan yg melanjutkan pengajian sehingga peringkat tertinggi

Menambah nilai ganjaran kpd kakitangan yg berkhidmat dengan cemerlang berdasarkan KPI, mungkin insentif bulanan jika mencapai KPI bulanan yang ditetapkan

Membiayai perlindungan insuran yg lebih menyeluruh kepada kakitangan kerajaan

Ini sebagai contoh sahaja. Pendeknya, agihkan bonus kami kepada keperluan2 lain untuk kebajikan, peningkatan karier serta kompetensi kakitangan kerajaan, demi meningkatkan imej jabatan2 kerajaan dalam terus cemerlang memberi khidmat sebagai frontline perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Aku percaya dengan agihan begini, niat bonus tersebut akan lebih sampai pada fokus sebenarnya, iaitu menghargai jasa kakitangan awam. Ia juga tidak akan disalah anggap oleh sesetengah pihak yg meragui pemberian ikhlas kerajaan  dan merasakan kami tidak layak untuk menerimanya, setidak2nya tidak sebanyak ini. Berikan kami nilai yang intangible tetapi masih mampu dinikmati dengan baik, berbanding pemberian bonus dalam bentuk fizikal yang nilainya boleh berubah2, malah boleh susut nilainya.

Aku bukan tak menyokong, malah kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan dengan bonus ni, tapi setelah beberapa siri kenaikan gaji dan bonus yang baru sahaja diterima untuk Syawal yang lepas, aku rasa bonus kali ini yang dibentangkan dalam bajet sebagai tidak berapa relevan. Malah, aku lebih gembira kalau menerima kenaikan gaji sama rata untuk semua kakitangan kerajaan. Biarlah, jika jumlahnya kecil sekalipun. Contohnya kenaikan gaji hanya RM200 untuk semua kakitangan awam, tetapi ia mencapai semua kakitangan awam secara sama rata, setiap bulan. Ingat, kakitangan awam dengan gred besar dan gaji besar juga menerima bonus setahun sebulan setengah dengan gembira dan kaya. :) itu belum kira lagi cerita lain iaitu tak semua kakitangan awam yang menerima bonus ini bekerja selayaknya untuk mendapat apa yang diberi, wallahuallam.

Terima kasih kerajaan kerana memberikan bonus kepada kami, harapnya pemberian bonus ini bakal terus memastikan sustainability kerajaan semasa dan membantu meningkatkan kemandirian ekonomi kakitangan awam serta rakyat secara umumnya. Ini tandanya kerajaan semasa mampu dan menghargai jasa dan khidmat bakti kakitangan kerajaan. Diharapkan juga ini sebagai satu dorongan untuk kita terus bekerja dengan jujur, berintegriti, meningkatkan produktiviti dan lebih mesra rakyat, kerana sekali lagi kena ingat, kita bekerja dengan kerajaan, untuk rakyat. Sebagai rakyat juga umumnya, kena ingat, PM membentangkan bajet yang berhikmah, dan kita berbelanja dengan berhemah. InsyaAllah.



Selasa, Jun 19, 2012

Pasca Debat Tadi.


Pasca debat sebentar tadi: tahniah to both debaters. sedikit lesu, tapi pendapat aku, hujah2 saifuddin lebih terarah tentang tajuk yg didebatkan manakala jawapan salahuddin lebih kpd sentimen kepartian. salahuddin menjawab balas, tapi dengan ruang lingkup terhad demi melegakan dahaga penyokong2 PR dan cerdik memancing undi. pendapat aku walaupun nada salahuddin lebih digemari penyokong2nya sendiri, tapi nada intelektualisme politik jelas kedengaran dari saifuddin. sbg politician, salahuddin paling bagus, tapi sebagai akademia, saifuddin juara.

unsur2 retorika dalam debat politik mmg x boleh dipisahkan, tapi perlu fokus pada tajuk dan skop debat, dan tak payah byk sgt, rakyat perlu lebih byk fakta. btw, kudos utk saifuddin yg spot on pasal analogi musa berjumpa firaun. Debat politik macam ni seharusnya dibincangkan secara akademik, bukan retorik semata2.

dan prof bakar lembut sgt kot? ;) patut amik prof agus atau aziz desa jd moderator.

Khamis, April 26, 2012

To Whom It May Concern. From Me, A PROTON User.

Hi there, i've been using Saga Megavalve, Wira, Perdana V6, and now Exora Bold. saga megavalve still running smoothly (kereta lama stended la ada problem sikit2) wira got the coolest aircon in town, not engine problem, my V6 never got a serious problem, and had been using the same battery for the past 4 yrs now without changing, no gearbox problem like some ppl had with V6 and now exora bold,been using it for a month now, no problem at all. and kelisa! the nimble and happy car, jaga minyak itam, isi minyak, jaga bateri n air, jalan! radiator changed tho, but after 9yrs!

the point is, no matter how worst proton to others there were even more ppl enjoying their proton and how they're proud of it. to me, proton is my pride and honour. 25 yrs and we are here, and still will be. they surely must be some glitches and faults here and there. some broken, but many repaired and upgraded, some not happy, many of us here happy to drive theirs. but despite all these problems we are here, proton still alive and kicking, making Malaysian at par with other carmakers (or at least try to be)

i'm not asking you guys to buy proton for the sake of patriotic act of oneself, or blaming u for not buying proton, or accusing that you are not Malaysian enough (korea did and doctrinated their ppl to think like that) it's ur money and you deserve what u want to buy. so what's the problem then? i'm only asking you to try respect other ppl's choice as you want them to respect yours. thinking to change to other better car with better priced and more value to money? (not to mention their maintenance and ori sparepart are hard to find) go on, but respect others that use proton, just like they don't bother u when u use mercedes, honda, toyota, BMW, KIA n others.

btw: i've once used ford telestar, mistsubishi pajero, opel cadett, civic and prelude. they all got their own problem (S). so let's just not blame proton then, or go seek psychiatrist and ask for a help.

25 Years: Still Alive and Kickin'!

PTPTN, dia dan gua.

Cara Halus tak jalan, ni gua mintak Cara Kasar!


PTPTN? gua x campur, gua tak pernah pinjam pun dengan diorg tu. gua dapat scholarship. dengan MARA pun dah setel, alhamdulillah.

S:ABIS, LU BISING APEHAL?
J: gua bising? gua bising pasal PTPTN pun pakai duit kerajaan jugak nk rolling, duit kerajaan dah sah2 la KWSP, income tax, duit hasil, duit gua jugak. pasal ape lu tau, PASAL lu bayar pun tak abis, mana nk cekau buat rolling bagi adik2 lu, adik2 gua pinjam bila nak study?

S: MANSUHKAN PTPTN!!
J: Mansuhkan? ilang akal ke apa? bila ada PTPTN pun adik2 kita kena pinjam tempat lain jugak, kena carik keruk duit mak bapak jugak. kalau takde PTPTN, mana nk dapat duit nak study? nak suruh budak2 tu pakai duit ape buat beli top up, telefon awek/balak, beli henpon, makan pizza dgn kfc semua masa study? tu belum kira nk pegi shopping karang takde sen! lu ilang akal!

S: BAGI PENDIDIKAN PERCUMA LA!
J: Percuma? pendidikan percuma boleh, tapi lu kena grab la result kencang, boleh convert jadik biasiswa, jadik pree. semua orang/student yg terer macam tu boleh dpt. tapi kalau bagi sesaja je pree, sedangkan bayar pun ramai yang kelaut, kalau pree? BRADER, ADIK-ADIK KITA SIBUK MINTAK MANSUH PTPTN, BUKAN SIBUK NAK BELAJAR BAGI RESULT KENCANG.

S: INTEREST MACAM CELAKA TINGGI!
J: Itu lu kena semak balik dgn PTPTN, bayar ikut jadual punye timing, dia kasik adjust jadi caj pengurusan, ujrah dia pggl. 1% je derrr. Lagi cepat lu setel, lagi sikit lu bayar persen tu.

S: LU SEMBANG LA WOI!
J: Gua bukan ape, gua sembang ni pasal gua tgk ramai yg bayar dari tak bayar PTPTN ni, lepas tu mintak mansuh. DAH PAKAI BAYAR LA WOI.

P/S: Ujung minggu ni Sabtu 28hb ada BERSIH pulak, GUA akan join DUDUK dan BACA BUKU DI PWTC! celakalah kamu kumpulan yang menyusahkan rakyat marhaen macam gua nak pergi beribadah menuntut ilmu di pameran buku dengan anak bini. CELAKALAH!

Isnin, Disember 12, 2011

Pecat Je Kakitangan Awam?

Aku terpanggil untuk manulis komen tentang artikel oleh seorang blogger ni.

Ini Bukan Stail Kita

Kemudian, Di post pulak pada FB KJPSH aku, dan aku komen seperti di bawah;

hehe..mohon izin bos, aku nk kupas pjg ni!

polisi amerika sentiasa sama tak kira demokrat atau republikan yg ambik alih. so xde masalah kalau nk buang anarchy minded officer. anarchy adalah golongan yg memperjuangkan hak individu dan kebebasan mutlak setiap org, hence tak menyokong apa2 dasar politik sekalipun. cth, polisi pd israel dan polisi antarabangsa. di amerika ia adalah kerajaan yg boleh terima pandangan pembangkang, vice versa. barack obama pun lantik hillary clinton jd sec of state dia yg jugak rival dia masa running utk US president

di Malaysia, ia berbeza. yg memerintah adlh satu party, bila re-elected, party ada pakej dia sendiri, dan takkan include opp dlm kabinet.kalau ruling party ada dasar sendiri, ia adalah 1000000 kali opposite dgn pembangkang, vice versa. maknanya, kalau opp memerintah, perubahan 360 darjah utk segala dasar dan polisi yg telah wujud, menjadikan kita akan lama dan costly utk mula balik stabil dan get rid of ppl yg x comply dgn diorg. turutan ini akan berterusan sampai bila2, hatred and vengence berterusan sehingga kita betul2 matang dlm berpolitik.

jd, di amerika, kalau govt servant dibuang bwh exec order tu, mereka bukanlah seorang demokrat atau republikan. mereka adalah yg seorg nonconformist dan tak setuju dgn polisi negara, pasal di amerika hanya ada 2 parti sj sampai bila2 selagi perlembagaan diorg tak berubah. jd, sgt wajarlah mereka dibuang pasal merosakkan polisi dan delivery pd rakyat spt dlm polisi, walaupun parti mana yg memerintah.

kt Malaysia ia sgt berbeza. selain sistem kita demokrasi raja berpelembagaan, demokrasi kita bukan mutlak, dan kita tak boleh ikut dasar negara lain, apatah lg stail amerika. ikut stail amerika, lg melingkup negara. aku rasa takde pun org anarchy yg true kt Malaysia ni. kalau ada pn poser je, selain anarchy tu maksudnya budak2 tepi jln yg baru nak naik dan perangai mcm sampah. di Malaysia, kalau kau tak sokong BN, kau boleh sokong pas, sokong dap, sokong pkr, (PR tak wujud, pasal PR tu diadakan atas dasar mutual understanding je, bukan parti berdaftar) so, ada byk dasar, byk polisi dan kepentingan masing2 yg berbeza, sgt berbeza mcm minyak dan api. bukan mcm demokrat dan republikan di US

so, aku tak sokong blogger utk part ni, selain ruang lingkup exec order tu kump sasar dia tak sama dgn kump sasar penjawat awam Malaysia, aku rasa bukan masalah sokong atau tak sokong kerajaan yg jd punca kerajaan maju atau x maju. selain masalah kematangan berpolitik, ini masalah sikap dan tak tau malu.

di Malaysia, pembangkang tak terima dasar kerajaan sbg satu yg baik, dah la lansung tak sokong dasar kerajaan, diorg jugak lansung tak bagi idea bernas, mcmana nk run sesebuah polisi tu dgn lebih efisien supaya dpt deliver pd rakyat spt yg diharapkan oleh semua. vice versa! kita belum matang sematang amerika dlm berpolitik.

masalah sikap pulak ialah ialah dari segi moral dan integriti. rasuah, makap dan lain2 insentif bwh meja jdkan institusi kerajaan ada reputasi buruk.

tak tau malu pulak bila kita tak deliver job, kita selamba buat bodo dan nk stay makan gaji dgn jayanya. tgk kt jepun, tak payah akta pun, kalau tak boleh deliver, diorg terus berhenti dgn announcement dibuat kt national tv. maju jugak kerajaan diorg.

menjawab soalan, aku on je kalau nk buat mcm ni, tp pastikan adakah kita buang seseorg penjawat awam tu dek tak menyokong kerajaan, atau dek tak menyokong parti memerintah. kerajaan adalah institusi yg berkhidmat utk rakyat, jd kalau tak sokong kerajaan, patut sgt kena buang. tp tak menyokong parti memerintah ialah maksudnya dia bukan ahli, tak pergi perhimpunan agung atau muktamar, tak jugak ahli cabang, bukan ahli pemuda apatah lagi ahli dewan muslimah. parti memerintah adalah utk kepentingan ahli, dan bukan kerana rakyat.

mmg betul parti memerintah adalah parti yg membentuk kerajaan, tp dlm kerajaan kita, perlu ada yg memiliki pandangan berbeza, yg paling penting mesti sama2 semua tak kira penyokong parti mana deliver sebaik mungkin utk rakyat selagi terdaya dan mampu. tp yg tak boleh deliver, elok sgt dibuang. so kalau btul nk implement, kita mesti ada gaya kerajaan campuran, dan mengenepikan golongan sampah yg noncomformist dan tak nak deliver pd rakyat pun.

Saidina Ali pernah menyampaikan;

Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan

malah Allah pun berfirman;

Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (Agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu (sehingga kamu bersatu padu) maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari pada jurang neraka itu. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, supaya kamu mendapat petunjuk.

(Q.S.Ali 'Imran:103)

lastly, aku rasa kita boleh je nk berselisih pendapat, tp jgn la sampai bergaduh dan berpecah belah. kesian wo kena buang keje, biar je dia hipokrit, janji dpt deliver keje dan tugas dgn baik untung2 dia berubah hati dan kita doakan yg terbaik utk dia supaya dpt berkhidmat dgn cemerlang. masalahnya ramai je yg penyokong kerajaan, tp x deliver keje pn, goyang kaki je tgk org lain buat keje, tak nak terlibat dgn aktiviti, yg itu nk kira macam mana? keh keh keh!

Berani Ke Tak Sebenarnya Kita Nak Kesini?

Khamis, November 10, 2011

Jenis2 komen tentang Harimau Malaya.

semua orang nak komen cerita pasal Harimau Malaya kebelakangan ni pasal semua orang sayangkan bolasepak negara sebenarnya. Sultan pun komen pasal ni sekarang.

Membaham kalau menang dengan setiap lawannya,  dan bakal dibaham penyokong sendiri kalau main macam celaka. Ini dipanggil nasib Harimau di Bumi Malaya.

nak baca komen skeptik, baca komen orang yang sibuk kutuk Malaysia. Kalah kutuk, seri kutuk, menang pun kutuk pasal chances banyak gile, tapi yang masuk dua bijik je, itu pun last2 minit.

nak baca komen prejudis, baca komen orang yang sibuk kata Malaysia tak kan kemana, jangan harap nak cium bau Piala Dunia dan setakat Sukan SEA atau AFC takde makna.

nak baca komen lalang, baca komen orang yang kutuk berbakul bila kalah atau seri, tapi bila menang, puji melambung tak ingat dunia. Contohnya paper utama negara dan group2 FB kelab2 bolasepak Malaysia.

nak baca komen assabiyah, baca komen orang Kelate, orang Ganu atau orang NS yang komen bila player si polan dan si polan main bagus, "kononnya" player tu negeri dia sorang yang punye, Malaysia menang pun pasal dia. Kalau kalah, defend player dia yang bangang tu sampai mati pulak.

nak baca komen membabi buta, baca komen orang yang tak turun stadium dan tak tengok game, tapi ulasan perlawanan dia macam Hasbullah Awang atau paling bangsat pun Shebby Singh.

nak baca komen tahi, baca komen orang FAM, dan coach yang janji nak buat yang terbaik, tapi turun padang, janji ntah kemana, tahi je bersepah merata2.


tapi paling celaka gampang bila orang tu  tak amik tau cerita bolasepak negara, bila budak2 Harimau Malaya kita turun padang main bola. Maklumlah, mata sibuk dijolok bolasepak luar negara contohnya "I don't watch our home boys play coz they don't play like how they play over there." Apa punye lahanat orang macam ni. Macamlah no ic lahir kt sana.

PADU TERUS HARIMAU MALAYA!

Harapan kita tetap ada!

nota kaki: Malaysia menang ke atas Siam dalam perlawanan bolasepak kedua sempena kejohanan Sukan SEA semalam yang berkesudahan 2-1, dimana Badrol Bakhtiar dan Izzaq Faris Ramlan masing2 menjaringkan satu (1) gol. Kemenangan ini membawa harapan Malaysia yang akan dijangka mudah bertemu Kemboja dan kemudian Indonesia. Tempat kedua kumpulan A bakal memastikan Malaysia layak ke pusingan kalah mati berjumpa johan Kumpulan B.

Isnin, Julai 11, 2011

Tribute Untuk Pejuang Kanister

Pejuang Kanister Segak dan Sedia Mara!

Nah, semalam kanister bersih datang lagi,
Selepas 98, 07 dan hindraf,
Ia kembali semula kali ini.
Tembakannya padu dan keras,
Gejolaknya deras,
Awannya pedas
Nafasnya pantas
Nafsunya ganas!

Kanister bersih datang lagi
Lengkap bercota, perisai di tangan,
Kevlar menampung jasad
Helmetnya gerun bersemangat
Konco2nya berderap tanda sedia,
Cota dihayun dengan segak lagaknya
Tanda ampuh dari sebarang cela.

Prap, prap, prap
Itu kawad mara
Grum, grum, grum
Itu guruh dari paluan perisainya
Mara lah, bersihkan kekotoran mereka dengan kanister mu!
Doa rakyat moga kamu selamat,
Lagipun mandat itukan marhaen yang punya, bukan mereka!

Ahad, Julai 10, 2011

Kanister Yang Bersih

Untuk Anak Cucuku nanti membacanya bila aku sudah senja atau tiada.

Bersih.
Seharian hari sepanjang masa semalam mata dan hati dijolok dengan macam2 drama manusia.
Di kota, di jalan, di media mahupun di maya.
Yang nyatanya, dua entiti ini tak kan pernah mahu dan teruja mahu bincang bersama.
Di mulut para pendusta, mereka dilaga dan diadu domba.
Sudahnya, rakyat juga yang menderita, masing-masing fikiran buta.
Setan ketawa, dan lebih hebat lagaknya,
Maklumlah, ramai terpesona dengan godaan dan karyanya.

Penat.
Yang melihatnya berat, yang mendengarnya sarat, yang berarak sama2 pucat.
Yang mencari alas perut pun mukanya gerenti ketat.
Hujah ini berat, tapi bila dah tak larat, sekali sekala kena juga sebat.
Kalau tak, kerjanya meratap, macam kena rembat.

Mandat.
Terus pada siapa ini mahu digantung harap?
Setelah polan ini dilaknat, yang sedia ada pula ramai rasa tak selamat.
Terus bilakan akhirnya?
Masihkah bersih yang kita damba, bila kuningnya juga buat ramai rasa nikmat, mahupun balanya.

Matlamat.
Ingin apa dilaungkan isinya?
Mahu apa diluahkan rasanya?
Kempunan apa yang katanya tak pernah jumpa?
Sebenarnya untuk apa?
Merapatlah kalau benar manis madunya. Jika tidak, takkan tak serik ikut porak peranda!

Habis.
Habis lepas ini apa pula datangnya?
Habis kemudian nanti apa pula ceritanya?
Habis esok nasib kami bagaimana?
Habislah kalau tiada yang melayannya!

Ah! Biar Kanister Yang Bersih Memedihkan Matanya! Negara inikan kita semua yang punya!

Kanister Bersih Rakyat Juga Yang Punya

Rabu, April 20, 2011

5 Sebab Sesebuah Pasukan Gagal Berfungsi!


Semalam sambil meneman Najwa Ilhami sementara mamanya bekerja, sambil2 menjaga anak, sempat membelek semula buku tulisan Patrick Lencioni yang bertajuk The Five Dysfunction of a Team. Ini review buku pada sudut pandang aku sendiri yang pertama, bukan tak nak review buku yang lain2, tapi buku ini ada mesej jelas, ada impak yang kalau dipraktik, takkan ada organisasi yang lebih hebat dari kita. Buku ini menyenaraikan, membincang serta mengupas 5 faktor utama yang menyebabkan sebab musabab kegagalan sesebuah unit berpasukan, organisasi, jabatan dan kumpulan kerja mengejar visi, misi serta objektif yang telah ditetapkan secara kolektif dan dipersetujui melalui mesyuarat, skop kerja, dan arahan dari ketua. Aku sangat syorkan buku ini untuk ketua2 jabatan, bos, fasilitator, pensyarah dan kita yang hidup dan bergelar pemimpin. Seusai mentelaah dan berjaya khatam buku setelah beberapa purnama terperuk di pojok almari buku di rumah, akhirnya setelah berjaya tamat kitab ni, berikut adalah beberapa perkara yang suka sekali untuk saya kongsikan buat renungan dan panduan kita bersama, selain berpesan2 kepada rakan2 kita yang lain, demi memajukan organisasi KKS2 yg dicintai.

5 faktor kegagalan sesebuah organisasi berfungsi dengan baik ialah;

1. Kurang kepercayaan kepada ahli pasukan.
Tidak ingin mempercayai, memberi kepercayaan, sekadar mempercayai diri sendiri dan one man show. Kesannya penat sendiri dan gusar, gelisah dan tidak pernah menghargai cara orang lain melaksanakan kerja masing2 ke arah kemajuan organisasi. Seringkali sikap sebegini mendorong kita sentiasa berprasangka buruk sesama ahli pasukan, memandang lekeh dan memperlekehkan orang lain, memandang rendah kemampuan orang lain dan cenderung untuk meminggirkan ahli2 yang dilihat kurang berupaya dari diberi tugas dan penghargaan yang sepatutnya diterima. Golongan ini juga takut kelemahan diri diketahui umum, selain cenderung menilai kelemahan orang lain dan tidak berusaha memperbaiki kelemahan diri sendiri.

2. Takut pada konflik sesama ahli pasukan.
Faktor ini mungkin dilihat sebagai negatif, tetapi setelah diteliti dan difahami, maksud penulis tentang takut pada konflik ialah tidak berani menyuarakan pendapat, tidak bersikap proaktif di dalam mesyuarat dan mengharapkan tindakan orang lain melaksanakan sesuatu untuk kita,
sedangkan perkara tersebut adalah berkait rapat dengan kita. Kita tidak berani menyuarakan hak sendiri dan mengharap orang lain bersuara untuk kita kerana kita takut dilihat sebagai pemberontak, semberono dan terlalu kritis dan kritikal dalam sesebuah organisasi, walaupun hakikatnya kita memendam rasa. Mesyuarat yang membosankan dan sehala adalah petanda kewujudan faktor ini di dalam oraganisasi. Kesannya, pemikiran ahli pasukan tidak akan berkembang dan menggalakkan cakap2 negatif, mengumpat dan mengata di belakang, tidak secara berdepan dengan penuh jujur dan berhikmah.

3. Kurang komitmen pada organisasi dan kumpulan kerja
Kegagalan mengklasifikasi antara kepentingan peribadi dan kepentingan organisasi serta ketidakseimbangan dalaman yang wujud akibat pelbagai masalah sendiri akan menjadi barah jika tidak diselesaikan secara berhemah dan penuh hikmah. Keadaan ini akan menjadikan komitmen pada kerja dan tugas2 asas sebagai pekerja tidak dapat diselesaikan, tertangguh, mewujudkan ignorance (sikap tidak ambil peduli) serta menjadikan ahli yang memiliki komitmen yang baik pada oraganisasi burn out (seperti tayar kereta yang diguna terlalu lama untuk berjalan jauh, haus dan hilang bunga serta serinya). Golongan sebegini tidak peduli akan penat jerih dan lelah yang ahli lain curahkan untuk kebaikan bersama dalam organisasi.

4. Mengelak daripada tanggungjawab dan dipertanggungjawabkan.
Melarikan diri daripada menerima arahan dan tanggungjawab, tidak jujur dengan menyatakan alasan atas setiap kegagalan pada kerja yang diberi merupakan faktor yang berpotensi untuk menjadi tabiat buruk untuk organisasi. Sifat ini berupaya mewujudkan kumpulan kerja yang sentiasa tidak gemar pada kerja2 semasa dan cenderung untuk mengingkari arahan ketua. Pemimpin diri sendiri dan keluarga yang baik adalah individu yang sanggup menerima tanggungjawab dan sedia dipertanggungjawabkan apabila masalah menimpa organisasi, baik menimpa oragnisasi secara keseluruhan, ahli2 pasukan bahkan ketua sendiri.

5. Tidak berorientasikan matlamat, tidak mengambil kira keputusan akhir.
Bekerja, tetapi tidak pasti untuk siapa dan untuk apa, melepaskan batuk di tangga dan sekadar lebih kurang. tidak bermotivasi, tidak faham tujuan kewujudan organisasi, tidak pernah mengambil tahu kelemahan organisasi yang patut diperbaiki dan tidak arif tentang kekuatan organisasi yang boleh memacu kemajuan organisasi. Ketua akan sentiasa dan pening dengan golongan sebegini. Amalan sebegini juga mendorong kita lebih mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan orang lain, selain tidak peduli atas kelalaian orang lain melaksanakan kerja, malah lebih suka jika diri sendiri mendahului orang lain dengan beranggapan diri sendiri lebih ampuh dan hebat dari ahli pasukan yang lain.
Ayuh, kenang balik surah Al-Asr. Ayuh sama2 kita fahami dengan penuh hikmah apa yang telah saya kongsikan untuk kebaikan kita bersama, fikirkan pengorbanan orang lain yang sama2 bekerja, menjiwai budaya kerja yg baik, bekerja dengan keseronokan dan keikhlasan yg tidak dibuat2 serta elakkan mencela serta mengeji orang lain mampu memadam semua sifat mazmumah dan negatif dalam diri. Semoga hidup kita lebih diberkati dan dirahmati Allah SWT, tuhan sekalian alam. Kalau nak pinjam buku ni, boleh pinjam dengan saya, insyaAllah.

Rabu, Mac 16, 2011

If


If you are, you breath. If you breath, you talk. If you talk, you ask. If you ask, you think. If you think, you search. If you search, you experience. If you experience, you learn. If you learn, you grow. If you grow, you wish. If you wish, you find. And if you find… you doubt. If you doubt, you question. If you question, you understand. If you understand, you know. And if you know, you want to know more. And if you want to know more, you are… alive.

if you are alive, be a better man, and even better everyday, and you'll become livelier than before, InsyaAllah.

lines picked from NatGeo. But the 2nd paragraph is purely my thought.

Rabu, Januari 26, 2011

Brader, ini cerita pasal ketidaktentuan.

Brader, ketidaktentuan ini sebenarnya satu penantian
satu seksaan
satu harapan
satu kemungkinan
yang boleh jadi satu yang tinggal kenangan.

Ketidaktentuan ini buat ramai yang tertanya
buat ramai yang rasa terpedaya
buat ramai yang rasa entah apa2
akhirnya boleh buat ramai rasa kecewa

Kadang2 ketentuan ini indah
memang rasa gundah, dan bawa gelisah,
tapi itu lumrah, kerana ketidaktentuan ini memang biasa buat manusia resah

Bila ketidaktentuan jadi parah
mulalah nak terngadah
berfikir pun macam nak pecah
mula buat kerenah dan merungut tak sudah2
rasa bongkak hingga semuanya nak disanggah
sudahnya kalau digagah juga, diri sendiri yang punah.

Brader, berfikir boleh buat ketidaktentuan jadi pasti
boleh buat keputusan dan berpegang pada agama dan diri,
bak kata orang lama, ikut rasa binasa, ikut hati mati.

berfikir itu mudah, berfikir yang betul itu satu cerita lain.

Jumaat, Januari 21, 2011

Interlok dan persimpangan dilemma


Semalam, aku berjaya dapatkan Interlok. Beli di kedai Seremban, minta orang tua aku belikan. Katanya, tak banyak yang tinggal, itupun satu kedai tu je yang jual. Kecoh konon2 novel inilah yang bernada rasis, dengan penulisnya, Abdullah Hussain mula jadi public enemy no 1 untuk masyarakat India. Segelintir masyarakat India yang tak senang duduk ada yang menulis tentang sejarah dirinya.

Main bakar2 buku ni sebenarnya dah biasa jadi. Sama macam stail Hitler bakar buku yang tandus semangat Jerman, macam tentera kristian bakar buku sastera, puisi, astronomi dan kedoktoran Islam di Sepanyol, macam pastor amerika bakar quran, semuanya pasal satu sebab. semuanya nak tutup cerita punya hal, semuanya pasal benci punya hal, semuanya pasal menggelabah punya hal.

Ilmu, sejarah, fakta, kalau bakar pun tak kan hilang. semua kekal dalam kepala. makan masa woo nak hilang. orang sekarang bukan buta. buat apa nak melompat panas punggung, dah cerita dalam tu benar belaka?

Dalam Interlok, bukan India saja, Melayu dengan Cina pun kena juga. apa masalah sebenarnya ni? politik lah jawapannya. politik.

Tapi aku baca ok je, agaknya pasal aku Melayu, tak cepat terasa, tak mudah teransang jiwa, tak tergoda nak melompat macam Malaysia ni aku sendiri yang punya.

Kejap. Tapi dulu, masa keluar Malay Dilemma, Melayu naik gila juga, tapi bila dah baca sendiri, baru tau semua tu benar belaka. Semua tu nak bagi kita kenal dunia. Semua tu nak bagi kita tau siapa pencipta, dan supaya kita jadi cerdik dan teruja nak ubah nasib sendiri, bukan biarkan cerita2 tu memakan diri.

Kesimpulannya, cuba baca dulu, pum pang pum pang cerita pun, kalau tak tau bukunya yang mana, ceritanya macam mana, penulis tu niatnya apa, sembang pun tak guna, melenting bagai nak gila, mengamuk macam esok tak ada, marah macam orang hilang punca. Bacalah dulu. Orang arab sebut iqra'. Orang Malaysia sebut benda yang sama: baca.

Rabu, Disember 29, 2010

Disini, kami tenang dan rileks aja dong!

Piala yang jadi rebutan, takkan sampai nyawa jadi taruhan?


Benar, Cerita Hidup Mati Seorang Malaysia di sini sudah selesai, dukungan sampai mati pun telah diberi oleh kami sepenuh hati. Namun, seusai perlawanan kelmarin di Stadion Bukit Jalil, perang mulai tercetus, gara2 kekalahan teruk diterima Garuda semasa final Piala Suzuki 2010 di Malaysia dengan kemenangan yang sudah terjangka: 3-0. Saat melangkah keluar stadion, ruang siber semuram dan semasam muka2 penyokong fanatik Indonesia selepas tewas malam keramat itu, mereka terusan aja menghamburkan kata2 nista kepada Timnas Malaysia dan sekalian pendukung fans Malaysia. Jika tidak, masakan twitter dengan hashtag Malaysiacheatlaser menjadi trending topic ngetop satu dunia. Mereka mengklaim Malaysia curang dalam perlawanan itu, bermula dengan laser, dibawa kepada serbuk putih gatal untuk Markus, mengguna khidmat dukun untuk aktiviti paranormal, hinggalah ke ancaman BH Jupe, sehingga ini segelintir mereka seolah2 tidak mampu menelan kekalahan yang diterima. Dibawah adalah senarai2 nista dan adu domba provokasi media Indonesia kepada Malaysia;

1. Benar sekali gambar laser ini, Polisi serta FAM (PSSI sepertinya di Indonesia) sila ambil tindakan

2. Lagi Laser, dan bukan fitnah: Pagar di Stadion Bukit Jalil dalam gambar ini mengesahkan pagar itu memang pagar stadion. DUH.

3. Dukun dan Pawang Mainan Hidup Kami, Tidak Seperti Indonesia

4. Serbuk Gatal Buat Cinta Hati Si Markus, Kiper Terunggul Dengan Stunt Walkout

5. Safee Sali memang benar orang Acheh yang khianat, ini bukan hoax, kredit to Sokernet

6. Mahalli Jasuli Pulak Asalnya Bawean, Indonesia

Sehingga entri ini dicoret, adu domba dengan kata2 nista yang hebat dan tampak grand ini terus menjadi bualan dan makanan rakyat Indonesia, dan terus mengenyangkan fans Garuda di sana. Terus, ancaman2 berikut pula hadir;

1. Jupe mahu laserin sama branya

2. Rajagopal dan kekasih gelapnya, Rahma Azhari dari tribunnews.com
: tp tiba2 link terus nggak boleh diklik, jadi cuba lihat sini

3. Benar sekali, kami bakal didakwa FIFA, dan Indonesia akan mendapat kemenangan percuma

4. Unjuk Rasa Adalah Semangat Sportifas Tulen Indonesia

5. Latihan Malaysia Dikagumi Rakyat Seluruh Indonesia

6. Tiket tidak ada, kami enterin saja stadionnya. Awas kamu Malaysia, harap tidak lepas pulang!

Namun, disini, Di Malaysia kami cool aja dong. Teruskan ancaman2 ini media Indonesia, Terus Maju Indonesia Raya, ternyata Inteletualiti dan kehebatan pendukung2 Garuda sangat dikagumi dan kami di Malaysia cemburu dengan stail sebegitu;

1. Benar sekali, kami takut di mulut, tapi tidak di laga

2. Ganyang Malaysia!

3. Kemenangan hakiki tidak perlu adu domba dan caci maki

4. In Raja We Trust

Jelasnya, ini kan sukan, dan sukan untuk semua, berpadu jiwa dan raga, menyokong cara sihat, seperti sihatnya akal dan jiwa ramai lagi rakan2 dan saudara Indonesia yang cintakan aman dan damai. Tapi, jika amarah kedua fans tidak terkawal, busuklah nama, bukan Indonesia sahaja, tapi rantau ini juga. Jangankan menganjurkan Piala Dunia, baunya pun tidak akan sampai ke rantau sini. 90 menit masih ada di GBK, Terus Maju Indonesia Raya!


Malam ini kami sudah pasti mengaum lagi!


P/S: Overdosis di Malaysia bermaksud terlebih dos ubat, ataupun ketagihan melampau

Ahad, Disember 19, 2010

Review Filem - Nam: Tour of Duty (2010)


Barisan Vietcong yang kalah sebentar tadi, berdiri dari kiri: Mui Tranh Cho, Phan Vout Trong, Phung Nga Hanh, Viet Cuong Chih,
Duduk dari kiri: Phaung Pang Sun, Mong Hong Lan dan Vin Cham Soch

Misi di vietnam berjaya mencapai kejayaan, umpama vietcong menahan asakan dan serangan tentera uncle sam yang bertali arus, benteng negara terus kental tanpa dibolosi, meskipun diserang vietcong, bagai esok tiada lagi. Sekali sekala membuat serangan balas ke atas kubu pihak lawan. Khairul Fahmi, Asrarrudin dan Kunanlan, tanpa anda berdua, malam ni mungkin rakyat Malaysia tidur dalam tangisan, Rajagobal mungkin hanya tidur2 ayam, memikirkan cemuhan yang bakal diterima esok hari.

Pujian tetap harus diberi pada setiap pemain vietcong, kerana walaupun kalah, malah setelah dibuang seorang pemain dek terjunan secara sengaja dan lakonan yang kurang berjaya, tetap gigih berusah nak mendapatkan gol pertama. tahniah, nanti cuba lagi vietcong.

Amirul Hadi, Amri Yahyah, Safee Sali, peluang anda sentiasa menjelma, tapi mungkin dek leka, setting mode pun untuk bertahan sahaja, dan maintain leading pada agregat, bila dikenang kembali semua cubaan2 lemah kalian boleh dimaafkan. Tekanan memuncak sehingga tamat masa permainan, bila vietcong menggasak bermati2an, dan keepernya pula, tak berpeluh lansung, usahkan nak memanaskan badan, tinggal sepuluh orang vietcong pun kita masih tak mampu melawan! huish, final harapnya lain, dan sudah tentu, untuk mengulangi kekalahan 5-1 macam hari tu, orang Indonesia semua kena mimpi dulu. Itupun kalau Filipina tak bangkitesok hari. Harapnya dendam terbalas, kesumat dapat dilunas. Indonesia, harapnya bertemu filipina kau esok mengganas, biar kami pula berpeluang menjinakkan sang saka merah putih.

Khusus untuk Henrique Carlisto, cerita gebang kau masa press conference ptg tadi lansung tak buat Rajagobal dan anak buah, tapi buat aku menyampah ok, ambik balik sissy pussy vietcong kau ni balik portugal, dengar2 nak kena pecat ye tak? keh keh (Gambar hiasan Vietcong balik kampung setelah kalah)

14 tahun tunggu, dan aku rasa bersyukur kerana sempat hidup dan sihat untuk tengok balik semua kegemilangan masa dulu berpusing balik. Turning point Harimau Malaya, inilah dia, singkirkan suara2 sumbang si pesimis yang tak berharap pada anda semua, Biar mengaum terus garang, bawa panji2 berbelang sang Jalur Gemilang! Malam ni boleh tidur dengan girang, sambil memikirkan nak ke Bukit Jalil ke tak tengok macamana Indonesia melawan, hehe. 26hb Disember, Bukit Jalil, Final 1st Leg, 90min terkahir, kena ingat, kita belum menang, menang malam ni pun jgn lama2 dikenang ok!

Ini Malaysia, Hidup Mati Seorang Malaysia!

Khamis, November 25, 2010

Antara Gambang, Kuantan dan Destinasi Akal

Aku baru je balik dari Gambang Water untuk Kursus Pengurusan Kelab & Persatuan Kolej Komuniti 2010, penat badan dah biasa, tapi penat otak tu yang biasanya buat jadi sengsara. Bertolak dari kolej aku Isnin petang hari tu, petang Khamis tadi baru dpat menginjit jari pada keyboard yang satu ni.

Bagusnya dapat jumpa ramai kawan2 lama, tak dilupa juga ada yang baru kat sana berjumpa. Kursus pertama yang aku hadiri ada Senaman 1 Malaysia, dan aku akui, org kata kalau badan cergas, otak pun jadi cerdas tu betul. Terima kasih juga penganjur kerana sempat lagi mengadakan sesi paintball di Kuantan untuk kami setiap petang utk 4 hari kami berkursus.

Teroris

Ramai juga otai2 dan beginner2 yg hebat2, berlumba2 berkongsi kisah, pendapat dan pemikiran masing2, dan tak kurang juga yang menembak tepat di pangkal otak buah fikiran orang lain, tanpa menyedari otak sendiri pun jarang pakai. Baru sedar, sabar tu memang betul2 kekuatan sebenar. Jarang kongsi kisah aku outstation ni, tapi balik dari berbengkel yang satu ni, ada beberapa kesimpulan yg dpt dibuat:
  1. Jangan ingat orang gemuk tak terer main paintball
  2. Pengalaman tidak akan bermakna jika hanya dikongsi melalui kata2, tapi akan memberi erti mutlak bila dilaksana atau dihadapi bersama2, atau lebih steady lagi bila orang nampak kau buat, bukan standard gebang tak sudah2.
  3. Ucapan retorik memang sedap didengar, tapi nak bagi real betul2 jadi, itulah cabaran sebenar.
  4. Semua kursus dan bengkel mahupun mesyuarat sekalipun wajar dimulakan dengan senaman aerobik 1 Malaysia.
  5. Menuding jari yang satu menampakkan dangkalnya akal pasal empat jari lagi akan tunjuk pada diri kita sendiri.
  6. Mencari keburukan orang nescaya orang berpakat2 mencari keburukan kita.
  7. Banyak pengalaman tak bermakna kau terer bersenam.
  8. Jangan ingat yang bertudung labuh tak menyengat dan hanya tawadduk berzikir: "Akak tudung besar tu dulu sebelum mengajar, dia Sistem Analyst cum Computer Engineer ok"
Si gemuk yang terer main paintball

Pengalaman outstation kali ni perasaannya berbaur: bangga, riak, takbur, gelisah, cuak, steady, biaq pi la, hipokrit dan jiwa rasa nak jadi kanibal, tapi mak pernah kata, selalunya pengalaman pahit tu rupa2nya kayu api untuk nyalaan api kejayaan masa depan! Jauh lagi Destinasi Akal ni rupanya, banyak lagi kena belajar, tapi apa ada hal, Antara Gambang, Kuantan dan Destinasi Akal sekalipun, bila sampai rumah Najwa bersama Doranya kan ada?
Peserta yang kencang2 belaka.

Sampai ke destinasi akal hanya bila akal kau sampai.

Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails