Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 18, 2014

Tang Gomeh Sampai Somban

dari gomeh sampai somban,
nia balik melopeh an rindu
jangan comeh, sajo den meraban,
mintak izin mintak lalu.

dari gomeh sampai somban,
kengkadang balik tak tontu bona jalan
mawak keto dah tontu nak nengok dopan,
naik juling mato menjoling kiri kanan.

dari gomeh sampai somban,
cendol pilah jangan dilupo,
singgah dulu buleh makan,
rojak eh pun umang ai gak raso

dari gomeh sampai somban,
ado daging, itik mo ikan salai,
tolo itik pulak nek moyang an sodap eh makan
buek lomak cili api, dah konyang kang maun tersadai

dari gomeh sampai somban,
jumpo banyak tompek ternamo,
kot raso nak sojuk2 an badan,
singgah dulu ulu bondo

dari gomeh sampai somban,
balik ampangan jonguk orang tuo,
kosan eh osah cantik boto jalan,
flyover eh pun dah bercabang limo.

dari gomeh sampai somban,
kiri kanan sumo eh bangunan,
untung balik kampung tak sosek jalan,
bilo balik jo, mesti ado pembangunan

dari gomeh sampai somban,
melopong den nengok kemajuan
yang elok eh kito koka an
yang tak cantik jangan kito ikutkan.

dari gomeh sampai somban,
lalu simpang bukit rokan
buek sonyum, buek teladan,
kot ado silap mohon maafkan

Sabtu, Ogos 31, 2013

Merdeka Gaya Sekarang

Merdeka gaya sekarang
Siasahnya keliru, lagaknya tempang.
Sekadar gebang, itupun kalau terkenang
Masing-masing ada peluang
Tapi asal tak dapat, mulalah nak angkat parang

Merdeka gaya sekarang
Benderanya usang
Melekat terburai terbiar di tiang
Orang lain penat berjuang,
Kita sekadar berani bersembang

Maklumlah, merdeka gaya sekarang,
Semuanya mudah, cepat dan senang.

Selamat Hari Merdeka! - gaya sekarang.

Sabtu, Mei 11, 2013

Cerita Rumah Aku, Kau dan Dia

Tuk tuk tuk!
Tuk tuk tuk!
Tuk tuk tuk!

Ah, rumah ini sudah siap!
Tapi pahat2 nya berbunyi lagi!
Jadi? Mahu kita bakar sahaja!?
Mana Aku, Kau dan Dia nak duduk nanti?


Isnin, Januari 16, 2012

Bersatulah Melayu

Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah

Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita

Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju

Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung

Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih

Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.

Karya: Lim Swee Tin.

Malu Woi!


Jumaat, Disember 02, 2011

Vernakular Perosak Negara


Hari tu result UPSR keluar lagi. Ibu, ayah, papa, mama, ummi, walid, daddy, mummy berebut bergegas ke sekolah, nak menilai berapa A anak masing-masing dapat. Anak2 yang cemerlang seronok kegembiraan, dan ibu bapa anak yang tak cukp A nya menangis kekesalan. Selepas ini kemana anak masing2? teruskan perjalanan adik2, UPSR bukan petunjuk kejayaan mutlak, dan juga bukan indikator seorang looser kalau resultnya teruk. Terus banggakan ibu bapa dalam apa cara, itu yg paling penting, selain berusaha mencari redha Allah. PMR, SPM, STPM pun rimanya sama, jadi lagunya sama dan tak payah dicerita.


OK, apa kaitannya dengan Sekolah satu sistem ni?


Lepas UPSR, anak akan terus bersekolah. Anak2 kita akan terus didalam kelompok2 sendiri, tak bercampur secara harmoni, takkan merasa bergaul dengan rakan yang lain pembawakan diri. Tamat sekolah menengah, ke universiti. masih kekal dengan kelompok yang sama, terus menerus dibelenggu diri, tanpa disedari dengan sifat tak kenal erti perpaduan sejati. Akhir universiti, bekerja, ada rezeki, bergaul lah si Abu, Ah Chong dan Maniam dalam satu pejabat, tapi yang terus tak sedar ini, sifat rasis, hipokrit, dan perasaan dipinggiri makin menebal dalam diri. SEKOLAH SEHARUSNYA MEMAINKAN PERANAN PALING BESTARI BAGI MENANGANI ISU INI.

1 Malaysia takkan pasti kalau benda ni x ditangani. Perlembagaan negara akan terus di ingkari kalau isu ini tak berkesudahan tanpa erti.

Antara penyelesaiannya, sekolah satu sistem. tapi tulah, ini benda basi, ini benda fantasi. Hidup sebagai seorang yang mencari rezeki sebagai seorang pengajar, semakin masa berlalu, semakin masa itu mendidik akan nilai2 yg terbaik boleh direncana andai ada yang ditokok, ditambah dan diubah.

Sekolah satu sistem. Kenapa?
Ini asas penyatuan bangsa, ini asas 1Malaysia.
Ini perlukan sokongan semua, ini perlukan suara anda.
Menukar kerajaan sekalipun, takkan bantu meningkatkan penyatuan bangsa yang mutlak kalau asasnya longgar, dasarnya longlai.


Sekolah satu sistem. Bagaimana?
bila tiada lagi pengenalan diri mengikut ras
bila prejudis lesap dari dalam jiwa
bila kita bertutur satu bahasa
bila kita tak lagi menggelar yang buruk2 sesama kita

Sekolah satu sistem. Bila?
Hapuskan SRJK, kekalkan satu aliran saja
Hapuskan Prejudis, Hipokrasi dan Buruk Sangka!


Takkan Nak Harapkan Bolasepak Sahaja Yang Menyatukan Kita Semua?

Selasa, November 15, 2011

Bila Negeri Pakai Celana, Whistling Negeri & Good Ol' Negri


Sejak dengar lagu Selamanya - Ultras Malaya feat Altimet dan setelah membaca pelawaan UN9 untuk compose "chant" (budak SDAR panggil "Lagu Cheer"). Aku try sahut, dan lepas sejam, dibawah inilah hasilnya. 3 lagu untuk korang pakai semahunya. Hanya kenang daku dalam doamu kalau jadi guna, heheh... Musuhnya Habis Binasa!

Bila Negeri Pakai Celana
(Muzik: Bila Mama Pakai Celana, Lirik: Aku)
Negeri Sembilan negeri kita
Kalah menang tetap sayang
Bila negeri masuk ke padang
Satu padang kita tawan

Bila Negeri koyakkan gawang
Kita semua jadi riang
Bila Negeri pergi bertandang
Eh takde hal kita lawan

Bila piala kita julang
Musuh semua terus goyang
Siapa lagi meh la datang
kita tentang kita tentang!

Whistling Negeri Army
(Muzik: Army Marching Song, Lirik: Aku)
Negeri, kami datang lagi
Negeri, kami menang lagi
Negeri, kami gembira, kami teruja kamilah juara

Negeri kami datang lagi
Eh lu, mana lu mau pergi
Eh lu, takkan dah balik takkan merajuk, taknak main lagiiiii

Negeri kami datang lagi
Dah lah, kami menang lagi
Dah lah, esok kembali, disini kami pasti menari

Good Ol' Negri
(Muzik: Good Ol' SDAR, Lirik: Aku alter sendiri)
We are proud to belong to the team that is strong
That is dear good old Negri
We are proud to promote to the fan and the sport
Of our dear good old Negri

The losing that we hate and the joy that we share
Is a part of our unity
We are proud to belong to the team that is strong
That is dear good old Negri

Isnin, Ogos 15, 2011

54


54,
dulu kuat,
sekarang nasibnya bertongkat.

54,
dulu satu,
sekarang masing-masing buat tak tau

54,
dulu bebas,
sekarang melampau batas,

54,
dulu terluka,
sekarang parutnya kembali bernanah semula.

54,
dalam nilainya banyak
akalnya masih dangkal dan kerap dilanyak

54,
yang berfikir mula menyendiri
sekadar menggeleng tanda protes dalam diri
yang menyalak mula bersuara
maklumlah apa yang ada tak cukup pula
bila yang dinyata tak nampak sama, takkan kita tak sanggup cintakan dia?
kan ini rumah kita,
rumah yang kita duduk sama-sama,
rumah yang kita bina sama-sama
rumah yang didalamnya kita hias sama-sama
rumah yang kita bercakaran mesra
tapi jangan sampai terbakar pula!

54,
dalam deru merdeka
kita mudah leka
mengadu domba
mencaci nista
baik di akhbar, baik di maya, baik di mana saja.
pantang berbeza
kita dituduhnya pendusta

Sudahlah bulan puasa
entah-entah Dia pun murka.

Gua ucapkan Selamat Terus Berpuasa Sehingga Penuh, Salam Lebaran Aidilfitri dan Selamat Hari Merdeka Ke-54, semoga hari raya dan merdeka ini kita masih lagi bebas bersuara, dan merdeka dari sfat prejudis sesama kita.

Isnin, Julai 11, 2011

Tribute Untuk Pejuang Kanister

Pejuang Kanister Segak dan Sedia Mara!

Nah, semalam kanister bersih datang lagi,
Selepas 98, 07 dan hindraf,
Ia kembali semula kali ini.
Tembakannya padu dan keras,
Gejolaknya deras,
Awannya pedas
Nafasnya pantas
Nafsunya ganas!

Kanister bersih datang lagi
Lengkap bercota, perisai di tangan,
Kevlar menampung jasad
Helmetnya gerun bersemangat
Konco2nya berderap tanda sedia,
Cota dihayun dengan segak lagaknya
Tanda ampuh dari sebarang cela.

Prap, prap, prap
Itu kawad mara
Grum, grum, grum
Itu guruh dari paluan perisainya
Mara lah, bersihkan kekotoran mereka dengan kanister mu!
Doa rakyat moga kamu selamat,
Lagipun mandat itukan marhaen yang punya, bukan mereka!

Jumaat, Jun 03, 2011

Musim Baru Diulang Lagi


musim,
mulanya berahi, kemudian terus berhenti.
mulanya senang hati, sekejap pula terus tiada dalam hati.

musim itu datang lagi
berulang kali, tapi kali ni lebih dekat pada diri.
bila berlalu, mudah ia pergi, sampai masa nanti dia datang lagi.

eh, biarlah dia sembunyi diri,
nak dicerita pun, bukan semua mengerti.
seronok juga begini, buat yang faham, mesti boleh buat gelak sendiri.

musim itu ia menjadi
yang pernah berputik, pasti berbunga kembali
tunggu saja lah, sabar tu kan pengubat hati!



Rabu, Januari 26, 2011

Brader, ini cerita pasal ketidaktentuan.

Brader, ketidaktentuan ini sebenarnya satu penantian
satu seksaan
satu harapan
satu kemungkinan
yang boleh jadi satu yang tinggal kenangan.

Ketidaktentuan ini buat ramai yang tertanya
buat ramai yang rasa terpedaya
buat ramai yang rasa entah apa2
akhirnya boleh buat ramai rasa kecewa

Kadang2 ketentuan ini indah
memang rasa gundah, dan bawa gelisah,
tapi itu lumrah, kerana ketidaktentuan ini memang biasa buat manusia resah

Bila ketidaktentuan jadi parah
mulalah nak terngadah
berfikir pun macam nak pecah
mula buat kerenah dan merungut tak sudah2
rasa bongkak hingga semuanya nak disanggah
sudahnya kalau digagah juga, diri sendiri yang punah.

Brader, berfikir boleh buat ketidaktentuan jadi pasti
boleh buat keputusan dan berpegang pada agama dan diri,
bak kata orang lama, ikut rasa binasa, ikut hati mati.

berfikir itu mudah, berfikir yang betul itu satu cerita lain.

Jumaat, Januari 14, 2011

Teguran Pak Sako

Ishak Haji Muhammad (Pak Sako)


14hb Januari, 2011 11.38 pagi.

boring dengan ucapan2 retorik semasa yang tak tentu hujung pangkal, masa berucap seperti selalu di setiap kali majlis perasmian penutup meraikan pelajar2 baru semasa Minggu Hari Suai Kenal, kali ni aku hidangkan terus kat telinga pelajar dan juga rakan2 dengan sedikit pembaharuan. aku quote note dari fb Teacher Zainah (cikgu masa di SDAR) dulu. "Teguran Pak Sako" tajuknya. Enjoy!

Bapak rugged, anak groovy,

Sedang membiak di sana sini,

Di pantai memakai bikini,

Di kubur memakai mini.

Orang-orang kampung menghadap Kiblat,

Mereka membawa komik-komik Barat,

Bermain karate, ganti bersilat,

Makan anggur, menggantikan langsat,

Gasing dibuang, dimajukan bowling,

Berasmara mereka kata necking,

Bercumbu-cumbu mereka kata pecking,

Buang Mak Inang, menggantikan dansing,

Tetapi, bila bergula dalam kencing,

Barulah teringat nak makan jering,

Terkenang kepada petai dan kerdas,

Barulah nak belajar mandi hadas.

Melayu bukan, Malaysian pun bukan,

Cina bukan, Indian pun bukan,

Inikah akar-akar yang mangaku rotan?

Atau kaca-kaca yang mengaku intan?

– Pak Sako (Dr. Ishak Haji Muhammad)

[Sumber: Suara Keadilan, edisi 28 Ogos – 11 September 2007, bil. 115, halaman 15 dalam tulisan LanH berjudul Melayu bukan, Cina bukan, Malaysian pun bukan]





apa, ingat muka samseng tak reti bersajak!?

Isnin, September 13, 2010

2 Tahun

Najwa Ilhami binti Khairul Ashraf

wahahahahah!

Bila dua tahun,
Yang 1 tambah 1
Yang 0 jadi 2
Yang susah jadi senang
Yang sendat jadi ketat

Bila dua tahun,
Yang rapat lebih mesra
Yang bising lebih suara
Yang cemerkap jadi cekap
Yang sengsara jadi suka

Bila dua tahun,
Yang kecil jadi besar
Yang gugus jadi rimbun
Yang merupa jadi sama
Yang mengikut jadi tiru

Bila dua tahun,
Semua yang haru biru
Semua yang terburu buru
Semua yang pernah keliru
Semua yang dulunya tak ambil tahu
Kini makin jelas depan mataku

Najwa Ilhami anakku. Kamu sudah dua tahun, tahu?

Selasa, September 07, 2010

Jilat

Terhambur seketika dari ulas bibirnya; "Jangan jadi peludah bahasa ya."

Sehening pagi itu; sambil mengurut gugus2 putih dari dagunya;

"Segala yang dihasrat
Tapi tak didapat
Adalah nikmat
Yang paling padat."

Kata Jami Kelana.

"Berat sangat?
Jadi jangan jilat, kelak sarat, lansung dilipat, apa pun tak dapat, sudahnya, muka kau yang kelat, apa boleh buat."


Kata Ku.

Khamis, September 02, 2010

שירים של אהבת ישראל הציונית

ההרס הציוני של הארץ, הפלסטינים לחיות!
ישראל היא חיות הציונית
הגיהנום של ישראל, המוות הציונית
אמריקה היא הכלב של ישראל

תודה


Selasa, Ogos 24, 2010

Bayang Terhuyung Hayang

Cerapan metafora itu persis bayang wajah kami. Cermin barangkali tidak merungkai satu sensasi yang tidak pernah bosan untuk luntur. Nah ambil semuanya dari rumah kami, pencilkan kami dari azali, musnahkan kami dari realiti.

Itu yg kau mahukan Kawan?

Sabtu, Ogos 14, 2010

Kebun Ilmu

walaupun Sambutan Hari Guru/Pendidik tahun ni dh lama berlalu, tp rasanya tak salah kalau idea nk turun time2 ramadhan ni,nampak sgt ramadhan ni satu bulan yg tenang lagi memberi ilham dan ketenangan pd hamba-Nya,tiba2 dpt idea utk sedikit nukilan khusus utk semua yg bergelar pendidik,dan juga sememangnya ditujukan kpd semua student2 aku.

Di Kebun Ilmu ini,

Benih bangsa disemai pada batas ilmu, iman dan amal,

Dibaja dan disiram,supaya tumbuh segar, ranum dan indah.


Kadang-kadang dicantas dan dipangkas rapi agar tetap rendang dan berbuah.

Adakalanya layu,disiram lagi dengan cinta dan redha.

Bila kuncup bunganya,dipupuk agar kembali mekar dan wangi,

Pernah juga gugur putiknya,kami pastikan ia berputik kembali,dan itu kerja kami.


Sekali sekala bila batangmu ditakik,jangan terus melatah,

Tapi kalau mahu ditebang,jangan sekali kau mengalah.

Tumbuhlah benih,bila tua biar terus berbuah,

Biar benih lain pula tumbuh,dan pada kau bukan kami saja,tapi biar ramai datang berteduh.


Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails