Memaparkan catatan dengan label Ape barang nak post gambar dengan awek seksi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ape barang nak post gambar dengan awek seksi. Papar semua catatan

Khamis, Mac 22, 2012

Royal Enfield Classic Battle Green

Dulu, siapa letak wishlist dalam blog, gua pikir itu namanya mengada2, saja nk pujuk orang belikan untuk dia, saja menunjuk2 macam mana taste dan betapa classynya dia. Tapi hari ni pergi persetan itu semua. Kerana hari ni gua tak kira. Bukan list panjang berjela pun, satu ni je. Gua tak tau kenapa, motor ni terpaksa gua letak dalam wishlist gua. Agaknya gua takut nanti dah dimakan usia, gua terlupa nk rembat motor ni bila terdaya dgn usia, jiwa dan ongkosnya. Boleh beli jiwa kalau di saat usia2 senja nanti, teringin nk menunggang pula. Itupun kalau masih bernyawa dan jumpa dunia. Harap2 dapat la satu hari nanti. Lagi satu ni gua nak bagitau, kalau lu orang nak bagi, gua terima aje, takkan nk tolak rezeki pula. pm kat fesbuk gua ye, gua bagi alamat rumah (kalau nk bagi moto ni direct) atau gua bagi no akaun (lu orang bank in la dalam 30k, lebih sesuai). Amacam?





Royal Enfield Classic Battle Green


Selasa, Februari 01, 2011

Bila bah, buat kita manusia hilang megah

Senang cakap, bab banjir ni ramai yang sedap buat cerita, tapi ramai lagi yang tak pernah merasa, bila sendiri dah terkena, baru tau siapa pencipta.

Hari 1, 1.30 petang: Air dah cecah perut jambatan pertama

Petang Ahad tu, orang rumah call; "abg kedai nak kena tutup, banjir dah tiba" sehelai sepinggang, aku sempat jemput bini balik kerja di Bandar Segamat, Najwa pun ada sekali dalam kereta, tapi bila nak patah semula ke Batu Anam, dah tak sempat pula, tau2 depan RHB air dah naik paras dada. Hah mula la meraban tak tentu hala macam hilang gaya.

Insaf, itu yang pertama terlintas di minda, manakan taknya, anak beranak sehelai sepinggang terperangkap tiga sekeluarga, mula2 panik bagai nak gila juga.

Mujur aku beranak ada tempat nak melelap mata, rumah Cikgu Hafiz Marzuki dan Cikgu Siti Khadijah seisi keluarga. Kalau menjenguk tempat mangsa banjir, sedih juga, ada yang kecil, ada yang tua, ditambah macam2 ragam pun ada.

Panic shopping di kedai Along Segamat Baru, semua nak dicapai, orang berebut barang, bagai hari esok tiada, tapi yang kaya, tokey tu juga, semua yang hujungnya 50 sen, digenap jadi mahal pula!

Malam pertama, tidur bangun keluh kesah serba tak kena, faham2 saja, rumah orang rupanya, pandu kelisa, jenguk ke gigi air, rupa2 dah sampai Shell Jln Genuang sana. Pagi tu bergegas semula, gigi air kali ni lebih mesra, dah surut sampai ke CIMB kurangnya, alhamdulillah, getus jiwa. Masa sukar sebegini rupa, bibir mudah nak ucap syukur, maklumlah musibah ditarik menjauhi kita, tapi masa senang semua boleh jadi leka.

Hari Ke-2, 8.15 pagi: Air masih di Jalan Genuang

Pagi hari kedua, jambatan kedua dah dibuka, dengan Cikgu Hafiz Marzuki aku Bandar Segamat semula, seperti dijangka, air dah mula surut, mungkin dek cuaca baik agaknya, harapan cerah cuba diduga, alhamdulillah, kalau ikutkan gaya, petang ni dah boleh ke seberang sana. Tapi hakikat kereta kecil aku cuma Kelisa, nak ikutkan gaya Hilux dan Land Rover, nanti ada yg tersangkut di tengah2 pula. Kepala mendongak ke atas, matahari dah mula memancar dengan penuh hikmah dan bernyawa.

Hari Ke-3, 7.15 pagi: Padah potong kiri, kalau degil, inilah ubatnya

Hari Ke-3, 7.30 pagi: Air memang surut cepat, tahniah untuk sistem perparitan yang baik.

Hari Ke-3, 10.45 pagi: Jambatan Kedua mula dibuka

Tengah hari rabu, masuk hari ketiga, sekali lagi ke jambatan kedua, baik yang kecil dan besar, semua dah ke seberang sana, jiwa meronta kata boleh punya, tapi akal kata kalau lepas jambatan ni, nak ke rumah di Batu Anam belum tentu punya. Ada yang cerita, Batu 8 banjir yang datang tiada surutnya.

Maklumat rakan2 dan sedara mara diambil kira, kami anak beranak bergerak juga, radio mengkhabarkan Jalan Gemas telah dibuka, kawan2 pula menambah; "ikut Keratong sana" yes, malam itu rumah yang dirindui menanti setia, telah siap menyapa dan sentiasa menanti kepulangan kami bertiga.

Hari Ke-3, 4.45 petang, Jambatan Taman Mawar - Kilang Asahi, Batu 8

Insaf dan sedar siapa pencipta ni boleh datang dalam macam2 cara, untuk tahun ini, bagi aku, musibah dan ujian macam ni salah satu dari cara-Nya. Sehingga cerita ini dilayar sebegini rupa, kami sekeluarga sudah selesa berteman bunyi mercun malam Tahun Baru Cina. Bising pun bisinglah, takde hal punya, kata 1 Malaysia, toleransi mesti mau ada. Alhamdulillah, terima Kasih pada yang Esa.

Kudos untuk JPAM, PDRM, ATM, RELA, BOMBA, PBSM dan cikgu2 di semua pusat bantuan banjir!

Khamis, Disember 16, 2010

Flashmob di ofis!

Kadang2, masa bekerja tak selalunya indah, kadang2 mendung, kadang2 teruja, selalunya kadang2 malas, tak ketinggalan jugak kadang2 sakit kepala. Tapi, kalau selalu kadang2 ada flashmob macam dalam video ni, semangat juga ye tak? Tapi selalunya mintak macam ni karang dengan bos, selalunya kena sepak laju2 je agaknye? (tapi bos gua baik, soalnya berani ke nak mintak?) haha



Flashmob, flasher, flashing, fetish, huishh..mau tak semangat!

Ahad, Disember 05, 2010

Merawat Roh di KLIMS10

Semalam, pukul 8.04 aku naik komuter menuju ke PWTC utk KLIMS10, event yg tiap2 3 tahun aku wajib pegi selain KLIBF (tiap2 thn). Tepat pukul 9.39, aku sampai kt Stesen LRT PWTC, tggu Faiz sampai lebih kurang pukul 11pg dan sehari suntuk kami kat situ, melihat kereta2 dan motor2 yang digayakan bersama model2 seksi. Sinonim agaknya, kalau ada motorshow,mesti kena ada awek seksi dan hot. Terawat jugak roh dapat cuci mata, ada yg dah upload kat fb aku, tapi ada gambar yg terlalu personal untuk diupload ok, keh keh..nak tgk, pegi sendiri kat PWTC sampai 12hb Disember ni, hehe..

Tema kali ni lebih pada prototyping, hybrid, eco-green tech dan tarikan sampingan bumblebee dgn batmobile, selain kereta2 lain yg 1st launch masa motorshow ni. Jugak tak ketinggalan Proton Siri Pahlawan,menampilkan 5 model hang tuah bersaudara. Improvements untuk tahun depan, seeloknya ada lagi banyak model untuk motor: Kawasaki, Suzuki, Honda, takde kali ni. Model keta BMW, Skoda, Volvo, Kereta Rakyat, Bugati dgn Rolls Royce lansung takde kali ni, Alfa Romeo pun yellek, byk Ferrari je, diikuti dengan Lambo dgn Maserati masing2 ada 2-3 bijik je. Aku rasa Naza tak bagi masuk kot, takut prospek lari, hmm.

Tapi dalam banyak2 gambar model yg seksi dan tipikal, yang sempat masuk dalam kamera aku, aku tetap rasa gambar ni paling bernilai:

gua: tahniah dato'!
dato': time kasih 2x, kali ni kita buat lain sikit, nak ajak orang ramai lagi involved dalam proton
gua: saya pun perasan tu jugak dato'..area proton lain dari tahun lepas, tahun ni pun dapat jumpa dato', 3 tahun lepas tak dapat..baru saya perasan rupenye banding dgn tengok dalam tv, real life lain la rupe dato'?
dato': eh yeke, kenapa?
gua: lagi hensem la dato' ni!
dato': ahahah..astaghafirullahilazzimm..ahaha..time kasih2x...

agak2 korang dgn ayat bodek camni,boleh tak dapat free proton inspira 2.0 sebijik? keh keh

Merawat roh

Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails