Selasa, September 29, 2009

Hidup terkembang, dada dilapang di kala Syawal

salam,setelah sekian lama,ini lah pertama kali sejak ramadhan sampai lah ke raya dan dh masuk 8 syawal,ini lah kali pertama aku menggoblogkan diri balik.
  1. salam syawal,maaf zahir batin untuk semua sahabat taulan rakan2 beragama Islam, yg baik kita dh buat masa ramadhan,cuba kita teruskan lagi sekiranya mampu.
  2. seronok seorang atuk dan seorang uwan melihat cucu mampu pakai baju kurung ligat dengan keletah nya sendiri...sejak berkeluarga 2 thn,2 thn jugaklah aku pun mampu rasa sebak rupenye bila lihat ayah sendiri mengimamkan solat raya & membaca khutbah aidilfitri, sebelum ni tido masa khutbah (jumaat pun kadang2 terlena dengan dodoi si khatib yg tekun) lebih sesak lagi dada bila memeluk imam itu dan berpaut di bahunya seketika,sedang org lain berasak2 nak jugak benda yg sama.
  3. alhamdulillah,anak aku dh genap setahun tepat 13.9.09 hari tu,dan ada jemputan utk semua ke majlis tahlil sempena syawal dan open house kt kampung di seremban,dijemput sume hadir. ini link fesbuk utk event tersebut- Tahlil Sempena Syawal Rumah Apak
  4. liverpool menang lagi 6-1.
  5. kami di kolej sedang sibuk utk kickstart semula setelah puas berhari raya, mungkin ramai yg belum dpt mood kembali bekerja renung2 kan kata kawan aku ni "bersyukurlah kerana ko masih mampu bekerja" dapat tangkap tak? penyelaras2 UHEP sendiri sibuk utk uruskan aktiviti budak selain warga yg telah di screening utk memastikan KKS2 terus bebas dari H1N1.keep up the good work guys.
  6. seronok buat kelas basic blogging utk kawan dlm ramadhan tempoh hari (walaupun aku tak blog setaraf che det dan RPK mahupun sindiket sol-jah hatta hilang-punca sekalipun,tahniah untuk yg dh ade blog.unite bloggers! (unite,bukan unite-d yg itu).
  7. sebelum lupe,aku baru saje di doktrinasasi utk cuba mengambil juvanex, detox drink.dan berniat ingin mahu mencuba.terima kasih biggie.
  8. mmg rasanya ingin bercerita lebih pjg,tp nantilah,bila esok ada yg lebih baik...oh ye,maaf,layout blog telah lintang pukang kerana kelas tempoh hari... barulah kena dan sesuai -guru umpama lilin membakar diri, atau maksudnya; biar blog sendiri terbarai,tp orang lain dapat buat blog utk dia sendiri,dan godek layout blog sendiri,wassalam.

Khamis, Ogos 27, 2009

Bila Maurinho Tak Faham Apa itu Ramadhan

Salam Ramadhan, aku terpanggil untuk jawab komen dan usik sikit isu maurinho tegur Sulley Muntari pasal ape dia tak perform. tetiba nak salahkan ramadhan dan x perform pasal player tu berpuasa. ini link dia

Italian Muslim leader slams Mourinho for Ramadan comment

dan ini yg aku jawab komen bawah tajuk ni kt eurosport news tu,bwh nama apak:

nope, i don't ever thought this as an­ insult,although i'm a Muslim :) . it is a pity­ though that mr maurinho actually dont understand what­ fasting in Islam means,and its far beyond to avoid­ eating and drinking during days. just surf guys what­ fasting can do to ur health, spiritual and mind and­ surely it will open ur guys eyes. and NO, fasting­ didn't effect ones physical health, and mental­ focus. don't ever speak of Islam and mixing it up­ with your daily routine and in this case-football if­ you don't understand it.try to understand it­ 1st,then talk.otherwise,you will become just like mr­ maurinho here. no offense ya, but i think better blame­ muntari as a low par player,then blame the fasting­ system.people will respect other people that talks with­ knowledge,not with talks without one.

p/s: muslim even­ go to war when their fasting back to days of the­ prophet, and win of coz. try to understand us first­ guy,if you want us to understand you. if you said some­ of the muslim devotees who are radical, then dont be­ radical to us, just like what most of you do to us. and­ HERO, even i don't want religion and football mixed­ up, i'll just explaining things.

very agree with­ ferry khouw though (thumbs up!) :) yeah guys,don't­ hate the player, just hate the game! :D

abaikan kesalahan grammar ye cikgu2 inggeris sekalian.tgh bengkek+puasa=taip tak btul (padahal mmg bodo bahasa inggeris pn)

Khamis, Ogos 20, 2009

Basic Idiocratic Manner of Malaysians

Aku nk share dari perspektif aku la sket (no #3 sumbangan suriani) "Basic Idiocratic Manner of Malaysians" khusus untuk aku muhasabah diri sendiri (aku pn fellow Malaysians jugak) dan untuk korg tatap. The #1 is for you guys to visualize,ok.

yeah.

Basic Idiocratic Manner of Malaysians #1: Don't ever flush your toilet bowl by yourself, they will gradually dissolve by "themselves".

Basic Idiocratic Manner of Malaysians #2: Always judge a book by its cover, ALWAYS.

Basic Idiocratic Manner of Malaysians #3: Always blame other people for everything.

Basic Idiocratic Manner of Malaysians #4: Ban everything.

Basic Idiocratic Manner of Malaysians # 5: If you can't join them, beat them! beat them hard! die!..mmg on purpose taip opposite camni ok, harap maklum.

Basic Idiocratic Manner of Malaysians #6: Being creative is radioactive, you'll die,slowly.just wait to be fed. pity.

Ahad, Ogos 02, 2009

Bila Kelansungan Bangsa Diperdebatkan

Em, ahad, hari paling best untuk org lain bersantai. sama la dengan aku, seronok bersantai dengan anak berdua anak beranak kt rumah,ahaha..

hari sabtu dgn ahad, hari aku wajib beli paper.hari lain amik je dari ofis,pasal dari terbiar camtu kekuningan, renyuk dan reput lepas setiap kali abis opis hour, baik aku hangkut bwk balik baca.

selak dan bukak paper berbahasa melayu ahad hari ni, terbaca satu artikel tulisan sanusi junid. sanusi (bukan sanusi opis mate aku) tulis ttg betapa dia menghormati Tun Mahathir, seorang negarawan yang bijaksana. dia turut pada awal artikelnya menceritakan bagaimana dia menjawab soalan dari seorang wartawan mengenai Tun yang pada ketika itu dikatakan sebagai seorang rasis.

aku sengih dan terimbas betapa seketika dulu aku pernah menulis ttg kerisauan bangsa dan ras aku dalam satu forum,tp dibidas secara emosi oleh seorang ahli forum terlibat. hairan sebenarnya bila kita diherdik, dibidas dan dicop sebagai rasis kerana cuba bercakap tentang kelansungan ras sendiri, tapi bila orang lain ckp ttg kononnya betapa gelap masa depan bangsa dia di muka bumi Malaysia ni, itu digelar sebagai pejuang hak asasi. aku bukan menidakkan kewujudan dan kelansungan bangsa lain, cuma nakkan supaya kelansungan bangsa aku sama2 wujud secara harmoni dan saksama.em.

dihujung artikel tu, aku terbaca sesuatu yg sgt menarik ekor mata aku,lansung aku fikirkan dalam2..pikir balik apa yg telah, pernah, sedang, dan akan terjadi di masa akan datang.

.....Lee Kuan Yew dilaporkan berucap pada majlis meraikan Presiden Chaim Herzog dari Israel dengan kata-kata yang bermaksud: "Kamu sudah mengajar umat Islam di padang pasir, ajarlah kami bagaimana menghadapi umat Islam di hutan belantara."

ironi bukan? heh.

Khamis, Julai 30, 2009

Kelas sulung bersama STM 4 modul TTM 312 Julai 2009

12 orang. 12 org student baru sem 4 yg register masuk kelas aku, kelas TTM312. lega,bukan pasal ape, tp student sket, senang nk handle....tp ade jugak risau,kalau 12 org ni, ade jugak yg tercicir sok, aku jugak rasa serba salah. Al maklumlah, great power comes with great responsibility. (dlm kelas aku x tukar jadik spiderman pn)

so klas 1st day,cam biasa, kenal2 la dulu...agaknye diorg ni tak penah nengok aku bertukar watak bila ngajor (watak ape tak yah la tau) so diorg rasa pelik la agaknye,pasal muka sorg2 aku nengok pelik je..agaknye diorg mesti pikir "eh, cik ashraf ni kalau jumpe kt luar xde lak camni, muka serius tahap cipan gaung" ahaha..mesti la..dh namanya phep kebajikan dan disiplin...

so mmg,mmg bile aku masuk klas, aku dpt release tension dgn keje2 pengurusan..seronok masuk klas ni,seronok jupe bebudak,n seronok jugak ngenakan diorg mana yg agak2 blur tu,ehehe..

so, tahniah la utk student klas aku bagi sesi julai 09 ni,keep up the good work, masa kelas,kita buat mcm kt kelas, kalau korg budak2 kan diri korg sendiri dlm kelas, aku budak2 kan korg jugak dlm kelas tu,ehehe..

aku ade bagi soalan pengenalan TTM 312 kt diorg, tp soklannye lebih kpd keperluan muhasabah diri aku sendiri,belum sempat lagi aku nk baca,dh baca nanti, aku update lagi,wassalam.

Isnin, Julai 20, 2009

Semester Baru Julai 2009

Ah, semester baru datang lagi, semester lama dh tggl kenangan. student baru datang lagi, student lama dah boleh dipggl graduan.student baru akan daftar esok,diikuti dengan seminggu MSK.
  1. tahniah utk staf baru yg dtg,makin bertambah "streng" KKS2.
  2. tahniah utk staf lama yg masih lg terus menyumbang, harap kita sama2 boleh maintain dan upgrade "streng" yg lama,boleh je kalau nk tambah steroid sket,pasal pgrh pn dh baru,insyaAllah.
  3. HEP berwajah baru,pasal tambah "streng" jugak,x sabar nk tgk JPP baru pegang tanggungjawab,baik penyelarasnya,baik student JPPnya.jgn risau,aku akan terus backup korg.
  4. aku harap kita terus berkhidmat utk negara,mana yg baik kita teruskan,yg x berapa nk baik kita sama2 tinggalkan.
  5. aku dh pindah blok baru,so senang sume student KKS2 dgn kengkawan (terutamanya berkaitan HEP) utk reach aku.pintu sentiasa terbuka utk anda semua (walaupun nk ngelak aircon rosak,pintu bilik aku mmg la kena tutup je)
  6. last sekali terima lah pantun "streng" aku ni.
Bilik baru, aircon pn baru,
aku pn rasanya nk implement azam baru,
sama2 kita keje,sama2 kita amik tau,
so takyah la kita pulak nk rasa malu2.

p/s: streng tu mmg saje aku eja camtu. aku kan lemah bahasa inggeris.

Ahad, Julai 19, 2009

MANU vs Malaysia

Antara penyokong harimau malaya yg sanggup ke sebelah sana dunia demi utk menyokong team malaysia

amri yahyah (no 17) dan geng lain selaku wira petang itu, kita bukan kalah tipis,diorg mng tipis, tp kita kalah bergaya. cayalah beb.
  1. aha...jgn ingat aku salah taip title entry ni. mmg betul pn, malaysia mmg main kt "gelanggang lawan" mlm tu.
  2. mmg dah jangka pn, penyokong man u lagi ramai dari penyokong malaysia,yelah, tu kan game away.
  3. tp walaupun main away,harimau malaya nyaris2 nk gigit kasik stalemate kt tengkuk syaitan merah tu.
  4. tahniah amri yahyah, gol jarak jauh kau adalah gol taktikal paling cun abad ni dari harimau malaya yg aku penah tgk.tahniah beb.
  5. rasa rugi sgt x dapek tgk game korg,congrats sekali lagi.
  6. harap fergie consider amik player kita 2-3 orang.
  7. main btul2 game kedua nanti,nanti aku post lagi entry puji malaysia.
p/s: game korang mmg lazat. kalau aku pegi tgk game korang, mesti aku pakai jersi fenerbache yg bapak aku bagi.

Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails