Isnin, Oktober 31, 2011

Kronologi Soghang Jang: Tang Segamat Ko Shah Alam Lopeh Tu Selamat Pulang!

1. 11.30pg: Tiba di komuter dari Stesen Komuter Seremban, beli tiket untuk ke Stesen Komuter Batu Tiga, Shah Alam. "RM7.40 dik," Kata Abang Kaunter.
2. 12.27 tgh: Komuter tiba, bertolak dari Stesen Komuter Seremban untuk ke Stesen Komuter Batu Tiga, Shah Alam.

Stesen Keretapi Jang: Stesen Keretapi Juara!

3. 1.32 ptg: Tiba di KL Sentral, menukar komuter menghala ke Pelabuhan Klang (Akan melalui Stesen Komuter Batu Tiga)
4. 2.13 ptg: Komuter rosak pulakkkkkk di Stesen Komuter Setia Jaya (Hanya dua stesen lagi untuk sampai di Stesen Komuter Batu Tiga)
5. 2.30 ptg: Komuter lain tiba, menuju ke Stesen Komuter Batu Tiga Penyokong Ganu ada beberapa kerat, tanda suasana dah mula terasa. Komuter padat gila. Ketat, Sendat dan Pekat (bau).
6. 2.48 ptg: Tiba di Stesen Komuter Batu Tiga Shah Alam.
7. 2.50 ptg: Menunggu Syuk untuk ke Rumah Gerakan (Rumah Ciko). Syuk silap stesen, dia tunggu aku kt Stesen Komuter Shah Alam (Ini boleh buat gaduh) haha..
8. 3.00 ptg: Last2 Ebby penyelamat aku, amik aku dan jumpa dengan Syuk kt Esso berhampiran. (Jalan dah start jem, penyokong Terengganu memang banyak gila kat atas jalan.
9. 3.30 ptg: Tiba di Rumah Gerakan, Ebby amik tiket dan terus balik semula ke UK Perdana (Amik abang dia pulak, kami tak jumpa lepas tu.)
10. 3.45 ptg: Mengeteh dulu bincang pasal bola kt mamak, isap rokok sebatang dua, berg
erak semula ke Rumah Gerakan untuk bersiap2 dan solat.
11. 4.30 ptg: Bertolak ke Stadium Shah Alam. Penyokong Terengganu sangat ramai, jalan jem dan sesak teruk. Untung ada orang Shah Alam (Kredit pada Syuk) kami sampai sedang ramai fan NS baru flocking into massive crowd dekat parking stadium.

OK, Dah sampai!

12. 5.35 ptg: Berjalan beramai2 dengan fan2 lain: Fan Kg Gajah Mati, Kompang Senawang, Fan Jelai, Fan Kg Bemban, Fan Pidee, Fan UN9, Fan Bukit Rokan, Fan Palong 9 dan lain2 fan yang
baru sampai. Gendang mengiringi kedatangan kami.

Beriringan bersama Fan Bukit Gajah Mati, Lukut


Dari Kiri: Along Erin, Ciko, Syam dan Asyuk (den xdo pasal den tukang amik gamba)

13. 5.28 ptg: Masuk ke dalam stadium. Fan Terengganu hampir memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan, fan NS masih sangat sedikit. Kami mula berbual, "Tengok gayo, boikot tiket macam menjadi".
14. 6.30 ptg: Didalam stadium, fan NS masih lagi amat sedikit, fan terengganu dah hampir
penuh.

6.00 ptg: Fan Peteh terus memenuhi setiap inci ruangan stadium

15. 7.30 mlm: Fan Terengganu dah memenuhi 70% ruang stadium, Fan NS baru nampak padat. Kami bertukar tempat duduk ke seberang stadium kerana xde feel dgr gendang cina memekak yang sibuk balun gendang takde motif. Lagu ontah apo2. Tukar port, pasal gendang cina Bukit
Gajah Mati tak abis2 main lagu gendang cina. boring. berlari ke seberang stadium, memburu tempat lebih pawe.

Gendang ni akhirnya membuat kami mencari tempat lebih pawe. "Momokak, lagu ontah apo2" Kata Asyuk.

16. 7.40 mlm: Dapat port baik punyo, join Kompang Senawang.
18. 7.45 mlm: Paluan gendang Kompang Senawang, OOOO...Ne, Ge, Ri! dan hobin jang hobin membangkitkan semangat.
19. 8.00 mlm: Mexican Wave pertama, laungan cheer, provokasi, mercun dan bunga api memenuhi atmosfera stadium.

Kami memang selalu follow geng ni kalau kek STAR

20. 8.15 mlm: Kelihatan ketegangan sedikit berlaku di upper tier stadium, kedua2 fan bertukar2 balingan cawan air. Benda biasa bolasepak Malaysia. Sampai bila macam ni pun tak tau. Kedua2 pasukan mula keluar untuk warm up session, tp hanya di tepi padang, maybe pasal takut padang rosak, (padang mmg dah sedia rosak teruk pun)
21. 8.30 mlm: Pemain NS bersiap sedia, Terengganu pun sama. Cheer terus membangkitkan aura final Piala Malaysia 2011.

Budaya Kuning yang positif!

22. 8.45 mlm: Nyanyian Negaraku. Semua fan ikut sama menyanyi. Satu2nya senggang masa yang aman, buat seketika.
23. 8.50 mlm: KICK OFF: Terengganu. Serangan bertali arus kedua2 pasukan, final terunggul, rasa game baru 10 minit berlansung, possession NS, attacking style pun NS. Terengganu tak control game, namun pecubaan merbahaya tetap datang silih berganti dari kedua2 pasukan. Farizal Marlias sangat meyakinkan, tapi Sharbinee Alawi manjang tangkap bola tak lekap. HT.

Ultras N9 masuk seawal 2nd half: Fan kembali bernyawa!

29. 9.35 mlm: 2nd HALF Kick off, Terengganu lebih menggasak, defend NS sedikit kelam kabut. Aidil dilayangkan kad kuning, dan kesilapan defend banyak berlaku oleh NS. Terengganu tampak lebih composed, bertenaga dan banyak cubaan memperdayakan defend, tambah dengan kelalaian Aidil. UN9 masuk menggegar suasana. Flare kuning, kemudian merah memastikan kedatangan mereka disedari. Fan NS mula kembali bernyawa!
30. 9.58 mlm: GOL! Terengganu mendahului 1-0 pada minit 72 permainan. Kesilapan bermula dari Aidil dihukum pula oleh Ashaari Samsuddin bagi memastikan Terengganu di depan. Pesta gol utk semua fan Ganu, Fan NS mula menyepi, menggeleng kepala. Rasa loya dan mula tak bermaya. Gendang terus setia memalu, kami terus menyanyi, tapi fokus di padang tetap ada, memastikan sokongan terus padu dan tak berbelah bagi. harap gol NS mula menggegar jaring Terengganu. Sekali sekala aku menjeling pada scoreboard, tengok masa, tengok score. Macam tak percaya, tapi apakan daya.
31. 10.10 mlm (kot?): GOL! Kunalan tersenarai sbg penjaring gol malam ni. Kealpaan dan kegelabahan Sharbinee dihukum. Butterfingers! bola terlepas gaya setting bola tampar dan menerjah ke gol Terengganu. minit 80, kedudukan 1-1.

1-1, Jang mampu!

32. 10.45 mlm: GOL LAGI!!! Libasan gunting, Libasan Pari, Pukul Serong diberi nama Hai-O menjaringkan gol lagi! 2-1 untuk NS di depan, permainan berbaki 5 minit masa sebenar permainan. 3 kali ke final, 3 kali menajaringkan gol, 3 kali bakal juara. Bendera NS dan Mafla digenggam erat, yakin piala malam ni dalam dakapan NS!

Hobin Jang Hobin!

33. 10.55 mlm: Injury time terasa macam 10 jam! tapi NS akhirnya ditabalkan Juara Piala Malaysia 2011. Terima Kasih Kunanlan dan Hai-O, tenkiu AK9 (Azraai Khor N9) malam ni kita punya, piala pulang semula ke gagang NS. Kami bersorak riang, gembira tak hilang sampai larut malam menjelang! 2-1 scoreline.

Player mencari fan yang setia setelah wisel referee memastikan piala Malaysia balik ke pangkuan NS!

34. 11.00 mlm: Piala dijulang, kami sangat riang, Ganu tak mampu nelang, hampa sahaja yg dibawa pulang, kuang, kuang, kuang!

2-1, gambar menceritakan segalanya.

35. 11.15 mlm: Mula berjalan keluar stadium, all the way dari dalam berjalan keluar, kami beramai dengan semua fan menyanyi lagu2 kemenangan dan cheer NS tanda gembira. Corteo dengan tidak semena2.
36. 11.45 mlm: Tiba di kereta, jem tahap dewa, kereta nk bergerak punye seksa. rehat sebentar, sambil aku dok pikir macam mana nak balik Seremban!
37. 12.13 pg: Aku gamble tumpang bas catar set2 Pilah + Mambau, baru true tengok bola, hehe..

Fan2 Kg Bemban, Mambau dan Pilah: Ponek poittt!

38. 1.30 pg: Masih lagi di car park stadium, jem teruk. ini bahana fan yan'g menang.
39. 2.00 pg: Baru mula bergerak keluar stadium, layan abg mail, driver bas berbual, mata dah mula rabak.
40. 3.30 pg: Hantar set2 Kg Bemban Mambau (TQ Guys!), bergerak ke Ampangan. Brader Mail (dia suruh aku panggil dia Lebah) dropkan aku kat bus stand Ampangan (depan Pasar Ampangan)
41. 3.45 pg: Call Shakir, dia amik aku balik rumah (TQ bro!)
42. 3.55 pg: Melangkah masuk ke rumah, mata dah rabak dengan serius.
43. 4.12 pg: Mandi lebih kurang, tido dengan senyuman lebar, hati puas, tahun depan harapnya ke Final lagi!

Isnin, Ogos 15, 2011

54


54,
dulu kuat,
sekarang nasibnya bertongkat.

54,
dulu satu,
sekarang masing-masing buat tak tau

54,
dulu bebas,
sekarang melampau batas,

54,
dulu terluka,
sekarang parutnya kembali bernanah semula.

54,
dalam nilainya banyak
akalnya masih dangkal dan kerap dilanyak

54,
yang berfikir mula menyendiri
sekadar menggeleng tanda protes dalam diri
yang menyalak mula bersuara
maklumlah apa yang ada tak cukup pula
bila yang dinyata tak nampak sama, takkan kita tak sanggup cintakan dia?
kan ini rumah kita,
rumah yang kita duduk sama-sama,
rumah yang kita bina sama-sama
rumah yang didalamnya kita hias sama-sama
rumah yang kita bercakaran mesra
tapi jangan sampai terbakar pula!

54,
dalam deru merdeka
kita mudah leka
mengadu domba
mencaci nista
baik di akhbar, baik di maya, baik di mana saja.
pantang berbeza
kita dituduhnya pendusta

Sudahlah bulan puasa
entah-entah Dia pun murka.

Gua ucapkan Selamat Terus Berpuasa Sehingga Penuh, Salam Lebaran Aidilfitri dan Selamat Hari Merdeka Ke-54, semoga hari raya dan merdeka ini kita masih lagi bebas bersuara, dan merdeka dari sfat prejudis sesama kita.

Isnin, Ogos 08, 2011

Puasa, Susu dan FB


Tempoh hari ayahnya berkata, "Najwa bila nak puasa? Ayah puasa, Mama Puasa...Najwa bila nak puasa? Puasa ni tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh korek idung" gurau ayahnya.

Tengah hari, seusai memandikan anaknya, ayahnya menyiapkan nasi, sehidang yang cukup untuk anaknya jamah sebagai santapan tengah hari. 2 tahun 11 bulan, kesian pulak kalau berlapar dek puasa, fikirnya.

"Nah najwa, ni nasi lauk kurma, mama masak dengan chicken tadi, sedap!" Girang ayahnya mempelawa nasi itu, seronok melihat anaknya membesar dan bersemangat setiap kali tiba waktu makan.

Dengan pantas anaknya berkata "ish ayah ni...saya puasa la, tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh korek idung."

"Saya nak tengok tv ni, Ayah tolong buatkan susu boleh?!"

"???????!!!"


Yang kecik pun walau belum mengerti berpuasa yang true, tp ingat, anak mudah mengikut, anak juga mudah mengingat. Tapi kalau dia belum faham apa yang kita sebut dan buat, apa lagi, pakat gelak ajelah kuat2.

Ingat ya Sihh!

Selamat Berpuasa semuanya. Seperkara lagi, suka juga di peringatkan main tag gambar makanan kt fb, cerita pum pang pum pang pasal juadah berbuka kt status fb, cerita hebatnya shopping nak beraya tahun ni kt fb sebenarnya boleh buat puasa jadi sia2, baik untuk yang buat, mahupun yang membaca dan menelan air liur akibatnya. Ini penyakit berpuasa zaman fb namanya kan?

Isnin, Julai 11, 2011

Tribute Untuk Pejuang Kanister

Pejuang Kanister Segak dan Sedia Mara!

Nah, semalam kanister bersih datang lagi,
Selepas 98, 07 dan hindraf,
Ia kembali semula kali ini.
Tembakannya padu dan keras,
Gejolaknya deras,
Awannya pedas
Nafasnya pantas
Nafsunya ganas!

Kanister bersih datang lagi
Lengkap bercota, perisai di tangan,
Kevlar menampung jasad
Helmetnya gerun bersemangat
Konco2nya berderap tanda sedia,
Cota dihayun dengan segak lagaknya
Tanda ampuh dari sebarang cela.

Prap, prap, prap
Itu kawad mara
Grum, grum, grum
Itu guruh dari paluan perisainya
Mara lah, bersihkan kekotoran mereka dengan kanister mu!
Doa rakyat moga kamu selamat,
Lagipun mandat itukan marhaen yang punya, bukan mereka!

Ahad, Julai 10, 2011

Kanister Yang Bersih

Untuk Anak Cucuku nanti membacanya bila aku sudah senja atau tiada.

Bersih.
Seharian hari sepanjang masa semalam mata dan hati dijolok dengan macam2 drama manusia.
Di kota, di jalan, di media mahupun di maya.
Yang nyatanya, dua entiti ini tak kan pernah mahu dan teruja mahu bincang bersama.
Di mulut para pendusta, mereka dilaga dan diadu domba.
Sudahnya, rakyat juga yang menderita, masing-masing fikiran buta.
Setan ketawa, dan lebih hebat lagaknya,
Maklumlah, ramai terpesona dengan godaan dan karyanya.

Penat.
Yang melihatnya berat, yang mendengarnya sarat, yang berarak sama2 pucat.
Yang mencari alas perut pun mukanya gerenti ketat.
Hujah ini berat, tapi bila dah tak larat, sekali sekala kena juga sebat.
Kalau tak, kerjanya meratap, macam kena rembat.

Mandat.
Terus pada siapa ini mahu digantung harap?
Setelah polan ini dilaknat, yang sedia ada pula ramai rasa tak selamat.
Terus bilakan akhirnya?
Masihkah bersih yang kita damba, bila kuningnya juga buat ramai rasa nikmat, mahupun balanya.

Matlamat.
Ingin apa dilaungkan isinya?
Mahu apa diluahkan rasanya?
Kempunan apa yang katanya tak pernah jumpa?
Sebenarnya untuk apa?
Merapatlah kalau benar manis madunya. Jika tidak, takkan tak serik ikut porak peranda!

Habis.
Habis lepas ini apa pula datangnya?
Habis kemudian nanti apa pula ceritanya?
Habis esok nasib kami bagaimana?
Habislah kalau tiada yang melayannya!

Ah! Biar Kanister Yang Bersih Memedihkan Matanya! Negara inikan kita semua yang punya!

Kanister Bersih Rakyat Juga Yang Punya

Selasa, Jun 28, 2011

999, PDRM dan Integriti

Gua ada kecenderungan untuk menelefon dan menyampaikan aduan berkaitan permasalahan yang gua rasa hanya pihak berkuasa saja boleh ambil tindakan ke atas perlakuan jenayah, isu2 komuniti dan gangguan terhadap komuniti setempat. Suka mengadu la ni? keh keh...boleh jadi, tapi sebenarnya gua memang sangat mesra dengan pihak berkuasa dan berwajib, kerana percaya pada tugas mereka dalam menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam dan mengawasi keselamatan komuniti dan masyarakat. Kita ada 999, call je la kalau ada keperluan.

Gua bukan buat panggilan palsu pun.

Sepanjang hidup gua, seingat2 gua la, dah 6 kali gua menggunakan talian 999. Berikut adalah panggilan2 ke atas talian 999 yang gua pernah buat.

1. 999, kemudian dihubungkan pada PDRM, aduan berkaitan masalah lumba haram di kampung gua kat Ampangan, Seremban, NS. Untuk rekod, Ampangan dikatakan trek kedua paling masyhur dan paling panas diantara banyak2 trek lumba haram kat Malaysia. No 1 gua tak ingat kt mana. Fakta ni diberitahu oleh seorang bekas pelumba haram yang jugak merangkap member baik gua. Sekarang dia jadi Kapten dalam Komando untuk Tentera Darat. Alhamdulillah, jadik orang jugak akhirnya.

2. 999, kemudian Ambulan. Dalam perjalanan balik ke kampus UPM masa tu, ada motor eksiden dilanggar lari dek sebuah kereta. Kejadian berlaku di Serdang, Selangor. Dek nak cepat, dan lepas ramai orang datang membantu, scene eksiden gua tinggalkan. Tak tau la Ambulan sempat sampai ke tak. Tengok gaya rider masa tu macam dah nyawa2 ikan.

3. 999, kemudian sekali lagi Polis, ada satu perlakuan mencurigakan berhampiran area rumah sewa gua masa study kat KUTKM (sekarang UTeM) di Ayer Keroh, Melaka. Gua call polis tu pasal aku tengok ada 5-6 dok mengendap2 menghampiri satu rumah, dan masing2 buat tak tau bila gua lalu (malam masa tu) dengan kereta. Lepas gua call, IPD Melaka Tengah call gua balik, katanya area tu Bukit Aman tengah ada operasi cegah jenayah. Hah!

4. Hari pertama lapor diri di KUiTTHO (kini UTHM), ada eksiden depan mata masa tengah makan malam di satu restoren tepi jalan lama Batu Pahat - Pt. Raja - Kluang, Johor. 999 sambungkan panggilan gua ke Ambulan. Ini memang nampak Ambulan datang, tapi lepas 20 minit. Mujur mangsa bermotor tu terselamat.

5. Sekitar 2009 dulu, sekali lagi gua dial 999, dan minta disambungkan ke Bomba. Ada pembakaran terbuka waktu larut malam di satu ladang sawit berhampiran taman perumahan gua tinggal sekarang kat Segamat, Johor. Tapi peliknya Bomba kata tak boleh ambil tindakan pasal itu tempat persendirian, dan jauh dari penempatan (padahal pembakaran terbuka adalah salah disisi Akta Alam Sekitar kan?). Gua tak pueh ati, mintak dihubungkan pulak ke Jabatan Alam Sekitar, dan katanya kami akan siasat. Sampai esok paginya tu pun takde Bomba apatah lagi JAS datang ambil tindakan. Api dibiar terbakar sepanjang malam pasal takde lansung Bomba datang siram air padamkan api tu.

6. Dan semalam, sewaktu pulang dari arah utara di hiway utara selatan, 27 Jun 2011, jam 6.34 petang, gua menelefon 999, dan setelah menyatakan maklumat diri (masa diambil 2 minit, untuk proses pengesahan pemanggil sahaja) disambung pula ke PDRM. Proses mengambil laporan pula selama 2 minit lebih. Gua buat aduan berkenaan satu lori kontena yang membawa dalam keadaan merbahaya, laju, dan boleh cucuk2 bahkan siap hi beam pengguna jalanraya lain yang ada kat line dia.

"Hello selamat petang, PDRM boleh saya bantu anda? (suara operator lelaki)"

"Tuan, saya nak buat aduan tentang satu kontena di hiway PLUS ni menghala ke selatan, km
27.6 (maklumat ni valid masa aku lalu kt area tu, pasal tengah drive dan call polis dgn handsfree) area dekat2 R&R Seremban ni tuan."

"Ya cik, Kenapa kontena tu cik?"

"Dia bawa secara merbahaya la tuan, kalau ikut sticker halaju lori kt hiway 80km/j je, ini saya follow ni pun dah dekat 120km/j dah ni, laju betul, siap cucuk kenderaan2 lain lagi!"

"Dia bawak barang ape tu cik?" (Soalan ni gua pelik, ada kaitan ke muatan kontena (yang bertutup, tak nampak ape pun kat dalam dengan benda aku nak mengadu ni?)

"Mana saya tau tuan ape dia bawak. Tapi kalau tengok gaya, kontena ni kosong ni, laju semacam
je. Bahaya ni tuan."

"Ok cik, cik dekat mana sekarang?" hiway plus arah selatan, km 27 lebih2 la cik, saya tgh bergerak dalam kereta ni, ada kat belakang dia ni. Nak bagitau tepat betul kira dekat2 lepas depan sikit je dari R&R Seremban. Sempat ni kalau polis tunggu dekat exit Seremban depan sana." (Selamba gua ajar sikit polis ni, tadi dah bagitau tempat, x pulak dicatatnya, ni tanya balik pulak.)

"Ok cik, nanti kami hantar peronda untuk siasat, terima kasih cik!"

"Eh tuan, tak nak ambil detail lori kontena tu ke? Karang macam mana nak siasat?" Pengalaman menelefon 999 dan menggunakan khidmat PDRM ni buat aku spontan bertanya.

"Aaaa...ok cik, berapa nombor lori kontena tu cik?"

"Nombor plat PF* 62** di km 276.6 tp tu tadi la, ni dah dekat nak km280 dah. Depan sikit dari R&R Seremban menghala Selatan." Dah dua kali gua bagitau, getus hati gua."

"Ok cik, kami akan ambik tindakan, terima kasih cik!"

"Tuan, warna dengan brand kontena tak nak ke?"

"Warna ape cik?" Dari suara, gua perasan brader operator ni dah mula menyirap.

"Coklat, kepala lori dia kaler merah, Scania (nama brand lori)."

"Ok cik, terima kasih atas semua maklumat, saya akan gerakkan peronda kami ke kawasan ni, terima kasih cik!"

Bila letak telefon je, hati terdetik, betul ke dia ambik tindakan? Amik repot pun macam tak menyempat2 nak letak telefon. Dan untuk semua2 aduan yang gua pernah buat, kecuali yang nampak betul2 depan mata ambulan datang atau polis bagitau kita balik itu operasi diorg, diorg amik tindakan ke tak sebenarnya ni?

Sekarang ni kecoh dengan kejadian jenayah, ditambah pulak dengan macam2 usaha memporak perandakan keselamatan orang awam, isu pihak berwajib tak berkhidmat secara menyeluruh pada orang awam dan macam2 lagi hal. Kita yang awam ni makin keliru dan kusut. Tak kurang jugak yang mengaruk kata tak nampak apa2 perubahan dari segi perkhidmatan awam kepada rakyat.

Bukan apa, benda2 macam ni kena ambik peduli, dan personally gua mencadangkan sepatutnya, lepas kita buat aduan pada 999, tak kira sama ada dihubungkan pada PDRM, Ambulan, Bomba, hatta JAS sekalipun, perlu ada maklumbalas semula pada pengadu atau caller terlibat, menyatakan tindakan telah dibuat, dan telah diambil tindakan sepatutnya.

Ini adalah supaya pengadu pulak boleh buat crosscheck balik sama ada benar tindakan telah dibuat secara efisien atau tidak, dan tengok sendiri tindakan telah diambil depan2 mata dan memastikan sama ada pihak berwajib memberi respon pantas atau tidak dan pengadu terbabit boleh dapat ketenganan jiwa dan fikiran dan terus menerus mempercayai pihak berkuasa dalam setiap tanggungjawab yang mereka laksanakan, demi rakyat.

Nak lagi nampak integriti dan ketelusan, sms la balik ke pengadu, atau call semula biar pengadu boleh bagi rating ke atas khidmat yang telah diberikan. Rasanya ini akan lebih dihargai rakyat. Kalau tak, jadi macam gua lah, tak tau la ada ke tak peronda dihantar pegi kejar lori tu, then tahan atas kesalahan memandu secara merbahaya dan melebihi halaju.

Pihak berwajib ni kan berkhidmatlah kiranya pada rakyat, sambil menyelesaikan isu2 yang jauh lebih serius dan penting demi negara, dan ketenteraman awam, hal2 kecik macam ni kadang2 ada rakyat ambik kira serius jugak. Integriti pun salah satu nilai dalam 1 Malaysia kan?

Integriti Adalah Nilai 1 Malaysia

Selasa, Jun 21, 2011

Liverpool FC Shirt Swap

Selepas mempesonakan peminat di Malaysia dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan tahun lepas, Kit Launch Liverpool seringkali didepani dengan iklan dan teaser footage yang menarik dan kreatif.

Kali ini Liverpool Shirt Swap. Liverpool ternyata merakyatkan pasukan dan menghakmilikkan LFC itu sendiri khusus untuk peminat2nya. Ini antara dari banyak sebab kenapa aku minat pada Liverpool.

Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails