- salam syawal,maaf zahir batin untuk semua sahabat taulan rakan2 beragama Islam, yg baik kita dh buat masa ramadhan,cuba kita teruskan lagi sekiranya mampu.
- seronok seorang atuk dan seorang uwan melihat cucu mampu pakai baju kurung ligat dengan keletah nya sendiri...sejak berkeluarga 2 thn,2 thn jugaklah aku pun mampu rasa sebak rupenye bila lihat ayah sendiri mengimamkan solat raya & membaca khutbah aidilfitri, sebelum ni tido masa khutbah (jumaat pun kadang2 terlena dengan dodoi si khatib yg tekun) lebih sesak lagi dada bila memeluk imam itu dan berpaut di bahunya seketika,sedang org lain berasak2 nak jugak benda yg sama.
- alhamdulillah,anak aku dh genap setahun tepat 13.9.09 hari tu,dan ada jemputan utk semua ke majlis tahlil sempena syawal dan open house kt kampung di seremban,dijemput sume hadir. ini link fesbuk utk event tersebut- Tahlil Sempena Syawal Rumah Apak
- liverpool menang lagi 6-1.
- kami di kolej sedang sibuk utk kickstart semula setelah puas berhari raya, mungkin ramai yg belum dpt mood kembali bekerja renung2 kan kata kawan aku ni "bersyukurlah kerana ko masih mampu bekerja" dapat tangkap tak? penyelaras2 UHEP sendiri sibuk utk uruskan aktiviti budak selain warga yg telah di screening utk memastikan KKS2 terus bebas dari H1N1.keep up the good work guys.
- seronok buat kelas basic blogging utk kawan dlm ramadhan tempoh hari (walaupun aku tak blog setaraf che det dan RPK mahupun sindiket sol-jah hatta hilang-punca sekalipun,tahniah untuk yg dh ade blog.unite bloggers! (unite,bukan unite-d yg itu).
- sebelum lupe,aku baru saje di doktrinasasi utk cuba mengambil juvanex, detox drink.dan berniat ingin mahu mencuba.terima kasih biggie.
- mmg rasanya ingin bercerita lebih pjg,tp nantilah,bila esok ada yg lebih baik...oh ye,maaf,layout blog telah lintang pukang kerana kelas tempoh hari... barulah kena dan sesuai -guru umpama lilin membakar diri, atau maksudnya; biar blog sendiri terbarai,tp orang lain dapat buat blog utk dia sendiri,dan godek layout blog sendiri,wassalam.
Selasa, September 29, 2009
Hidup terkembang, dada dilapang di kala Syawal
salam,setelah sekian lama,ini lah pertama kali sejak ramadhan sampai lah ke raya dan dh masuk 8 syawal,ini lah kali pertama aku menggoblogkan diri balik.
Langgan:
Catatan (Atom)