![]() |
Alhamdulillah. |
Memaparkan catatan dengan label Najwa Ilhami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Najwa Ilhami. Papar semua catatan
Ahad, Februari 19, 2012
Alhamdulillah.
Isnin, Ogos 08, 2011
Puasa, Susu dan FB
Tengah hari, seusai memandikan anaknya, ayahnya menyiapkan nasi, sehidang yang cukup untuk anaknya jamah sebagai santapan tengah hari. 2 tahun 11 bulan, kesian pulak kalau berlapar dek puasa, fikirnya.
"Nah najwa, ni nasi lauk kurma, mama masak dengan chicken tadi, sedap!" Girang ayahnya mempelawa nasi itu, seronok melihat anaknya membesar dan bersemangat setiap kali tiba waktu makan.
Dengan pantas anaknya berkata "ish ayah ni...saya puasa la, tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh korek idung."
"Saya nak tengok tv ni, Ayah tolong buatkan susu boleh?!"
"???????!!!"
Yang kecik pun walau belum mengerti berpuasa yang true, tp ingat, anak mudah mengikut, anak juga mudah mengingat. Tapi kalau dia belum faham apa yang kita sebut dan buat, apa lagi, pakat gelak ajelah kuat2.

Ingat ya Sihh!
Selamat Berpuasa semuanya. Seperkara lagi, suka juga di peringatkan main tag gambar makanan kt fb, cerita pum pang pum pang pasal juadah berbuka kt status fb, cerita hebatnya shopping nak beraya tahun ni kt fb sebenarnya boleh buat puasa jadi sia2, baik untuk yang buat, mahupun yang membaca dan menelan air liur akibatnya. Ini penyakit berpuasa zaman fb namanya kan?
Label:
2 Tahun,
Anak,
FB,
Najwa Ilhami,
Param,
Pembesaran,
Ucapan
Ahad, Jun 05, 2011
Kuah Najwa
Hari tu, lama juga sejak ia berlalu, Najwa cekap bercakap menggunakan telefon. Satu malam, si ayah outstation, bekerja kalau dalam pemahamannya. Ayah menelefon ke rumah, bertanya khabar pada si ibu dan anaknya yang baru seusia 2 tahun 9 bulan itu.
"Najwa sihat?" Ayah bertanya. "Sihat." katanya. "Dah makan?" Ayah menyoal lagi. "Dah!" Najwa cekap membalas. "Makan apa tadi?" Ayah kembali menduga, kedengarannya bertalu-talu juga. "Makan nasik!" Najwa membalas. Si Ayah tahu, kalau bukan makan nasik pun, itu skema jawapan untuk set soalan yang ditanya tadi.
Ayahnya terkenang juga untuk bertanya lagi, tapi buntu tidak reti menduga, dan mencari-cari soalan seterusnya untuk Najwa. Tiba-tiba, Najwa bersuara "Ayah dekat mana?" Teruja Ayahnya mendengar, ini sesuatu yang baru, getus hatinya. "Ayah keje laaa... kat KL!" si Ayah menjawab.

Najwa di belakang Mama
"Ooo keje ehh.." celoteh Najwa kali ni luar biasa, bagi Ayah, ini satu kemajuan untuk anak yang baru nak membesar.
Belum sempat disoal balas oleh Ayah, Si Kecil Najwa petah berkata, "Ish Ayah niiii....nape lambat balik? Lama-lama sangat keluar, tak nak balik eh?"
Ayah macam pernah dengar ayat itu. Oh, patutlah, ibu si Najwa rupanya yang pernah berkata begitu. OK fine. Betul orang kata, kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi.

"Hish Ayah ni....."
Rabu, April 20, 2011
5 Sebab Sesebuah Pasukan Gagal Berfungsi!
Semalam sambil meneman Najwa Ilhami sementara mamanya bekerja, sambil2 menjaga anak, sempat membelek semula buku tulisan Patrick Lencioni yang bertajuk The Five Dysfunction of a Team. Ini review buku pada sudut pandang aku sendiri yang pertama, bukan tak nak review buku yang lain2, tapi buku ini ada mesej jelas, ada impak yang kalau dipraktik, takkan ada organisasi yang lebih hebat dari kita. Buku ini menyenaraikan, membincang serta mengupas 5 faktor utama yang menyebabkan sebab musabab kegagalan sesebuah unit berpasukan, organisasi, jabatan dan kumpulan kerja mengejar visi, misi serta objektif yang telah ditetapkan secara kolektif dan dipersetujui melalui mesyuarat, skop kerja, dan arahan dari ketua. Aku sangat syorkan buku ini untuk ketua2 jabatan, bos, fasilitator, pensyarah dan kita yang hidup dan bergelar pemimpin. Seusai mentelaah dan berjaya khatam buku setelah beberapa purnama terperuk di pojok almari buku di rumah, akhirnya setelah berjaya tamat kitab ni, berikut adalah beberapa perkara yang suka sekali untuk saya kongsikan buat renungan dan panduan kita bersama, selain berpesan2 kepada rakan2 kita yang lain, demi memajukan organisasi KKS2 yg dicintai.
5 faktor kegagalan sesebuah organisasi berfungsi dengan baik ialah;
1. Kurang kepercayaan kepada ahli pasukan.
Tidak ingin mempercayai, memberi kepercayaan, sekadar mempercayai diri sendiri dan one man show. Kesannya penat sendiri dan gusar, gelisah dan tidak pernah menghargai cara orang lain melaksanakan kerja masing2 ke arah kemajuan organisasi. Seringkali sikap sebegini mendorong kita sentiasa berprasangka buruk sesama ahli pasukan, memandang lekeh dan memperlekehkan orang lain, memandang rendah kemampuan orang lain dan cenderung untuk meminggirkan ahli2 yang dilihat kurang berupaya dari diberi tugas dan penghargaan yang sepatutnya diterima. Golongan ini juga takut kelemahan diri diketahui umum, selain cenderung menilai kelemahan orang lain dan tidak berusaha memperbaiki kelemahan diri sendiri.
2. Takut pada konflik sesama ahli pasukan.
Faktor ini mungkin dilihat sebagai negatif, tetapi setelah diteliti dan difahami, maksud penulis tentang takut pada konflik ialah tidak berani menyuarakan pendapat, tidak bersikap proaktif di dalam mesyuarat dan mengharapkan tindakan orang lain melaksanakan sesuatu untuk kita,
sedangkan perkara tersebut adalah berkait rapat dengan kita. Kita tidak berani menyuarakan hak sendiri dan mengharap orang lain bersuara untuk kita kerana kita takut dilihat sebagai pemberontak, semberono dan terlalu kritis dan kritikal dalam sesebuah organisasi, walaupun hakikatnya kita memendam rasa. Mesyuarat yang membosankan dan sehala adalah petanda kewujudan faktor ini di dalam oraganisasi. Kesannya, pemikiran ahli pasukan tidak akan berkembang dan menggalakkan cakap2 negatif, mengumpat dan mengata di belakang, tidak secara berdepan dengan penuh jujur dan berhikmah.
3. Kurang komitmen pada organisasi dan kumpulan kerja
Kegagalan mengklasifikasi antara kepentingan peribadi dan kepentingan organisasi serta ketidakseimbangan dalaman yang wujud akibat pelbagai masalah sendiri akan menjadi barah jika tidak diselesaikan secara berhemah dan penuh hikmah. Keadaan ini akan menjadikan komitmen pada kerja dan tugas2 asas sebagai pekerja tidak dapat diselesaikan, tertangguh, mewujudkan ignorance (sikap tidak ambil peduli) serta menjadikan ahli yang memiliki komitmen yang baik pada oraganisasi burn out (seperti tayar kereta yang diguna terlalu lama untuk berjalan jauh, haus dan hilang bunga serta serinya). Golongan sebegini tidak peduli akan penat jerih dan lelah yang ahli lain curahkan untuk kebaikan bersama dalam organisasi.
4. Mengelak daripada tanggungjawab dan dipertanggungjawabkan.
Melarikan diri daripada menerima arahan dan tanggungjawab, tidak jujur dengan menyatakan alasan atas setiap kegagalan pada kerja yang diberi merupakan faktor yang berpotensi untuk menjadi tabiat buruk untuk organisasi. Sifat ini berupaya mewujudkan kumpulan kerja yang sentiasa tidak gemar pada kerja2 semasa dan cenderung untuk mengingkari arahan ketua. Pemimpin diri sendiri dan keluarga yang baik adalah individu yang sanggup menerima tanggungjawab dan sedia dipertanggungjawabkan apabila masalah menimpa organisasi, baik menimpa oragnisasi secara keseluruhan, ahli2 pasukan bahkan ketua sendiri.
5. Tidak berorientasikan matlamat, tidak mengambil kira keputusan akhir.
Bekerja, tetapi tidak pasti untuk siapa dan untuk apa, melepaskan batuk di tangga dan sekadar lebih kurang. tidak bermotivasi, tidak faham tujuan kewujudan organisasi, tidak pernah mengambil tahu kelemahan organisasi yang patut diperbaiki dan tidak arif tentang kekuatan organisasi yang boleh memacu kemajuan organisasi. Ketua akan sentiasa dan pening dengan golongan sebegini. Amalan sebegini juga mendorong kita lebih mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan orang lain, selain tidak peduli atas kelalaian orang lain melaksanakan kerja, malah lebih suka jika diri sendiri mendahului orang lain dengan beranggapan diri sendiri lebih ampuh dan hebat dari ahli pasukan yang lain.

Ayuh, kenang balik surah Al-Asr. Ayuh sama2 kita fahami dengan penuh hikmah apa yang telah saya kongsikan untuk kebaikan kita bersama, fikirkan pengorbanan orang lain yang sama2 bekerja, menjiwai budaya kerja yg baik, bekerja dengan keseronokan dan keikhlasan yg tidak dibuat2 serta elakkan mencela serta mengeji orang lain mampu memadam semua sifat mazmumah dan negatif dalam diri. Semoga hidup kita lebih diberkati dan dirahmati Allah SWT, tuhan sekalian alam. Kalau nak pinjam buku ni, boleh pinjam dengan saya, insyaAllah.
Isnin, September 13, 2010
2 Tahun
Yang 1 tambah 1
Yang 0 jadi 2
Yang susah jadi senang
Yang sendat jadi ketat
Bila dua tahun,
Yang rapat lebih mesra
Yang bising lebih suara
Yang cemerkap jadi cekap
Yang sengsara jadi suka
Bila dua tahun,
Yang kecil jadi besar
Yang gugus jadi rimbun
Yang merupa jadi sama
Yang mengikut jadi tiru
Bila dua tahun,
Semua yang haru biru
Semua yang terburu buru
Semua yang pernah keliru
Semua yang dulunya tak ambil tahu
Kini makin jelas depan mataku
Najwa Ilhami anakku. Kamu sudah dua tahun, tahu?
Isnin, Ogos 23, 2010
Penyata Bulanan Kelab
Sehingga hari ini, kami sekeluarga berpuasa dari mengunjungi sebarang bazaar Ramadhan. Tampak selesa dan tidak ada lagi perasan ditipu bila berbuka puasa. Perasaan teringin tetap ada, tp yg dimasak air tangan isteri lebih kencang dan padu rasanya.
Fasa pertama bebas nikotin gagal selepas 9 hari berpuasa, kini fasa kedua bebas nikotin bermula dan telah masuk hari 4. Harapnya dpt kekal sehingga tamat Ramadhan, dan terus kekal sampai bila2, InsyaAllah. Ujikaji pd diri pengkaji membuktikan sebenarnya tiada ketagihan yg merisaukan pun, tp dipersetujui hanya kekangan jiwa yg kuat sahaja boleh menzahirkan berhenti merokok satu realiti. Senang cakap, sebenarnya lebih pd mengada2 utk menghisap rokok. Mungkin sifat egoistik konsep Gaya, Mutu, Keunggulan tu yg tebal dlm diri, walaupun sukar dikikis, tp boleh terlaksana.
Puasa kali ni terasa benar kesederhanaannya, mungkin kerana belum berbelanja lagi utk keperluan raya, belum juga menukar duit raya, apatah membeli kuih raya, yg ada hanya jalanraya, walaupun hantu raya telah dirantai sementara. Bukannya tidak mahu beraya, tp "lek2 lu,sap kok tang lu" bak kata si muda remaja. Resmi hidup suami isteri, si isteri Manager, dan si suami Owner kelab, dengan kedua2nya ada kepentingan dan fungsi masing2. Setelah puas sama2 berdiskusi dan terlibat dalam sesi sumbang saran, manager sudah merancang dan hanya tinggal masa sahaja utk membentangkan paperwork Aidilfitri thn ni. Owner akan approve dan ammend mana yg patut. Apa yg penting, player utama atau ayam tambatan kelab, Najwa Ilhami Khairul Ashraf akan mendapat insentif yg besar dalam kek keuntungan kelab, diikuti habuan utk manager, dan juga parent dan mertua masing2 selaku BOD, insyaAllah. Bagaimanapun yg asas dan perlu dh tersedia lebih awal. Terasa lebih tenang bila sebegini, alhamdulillah.
Jarang benar pulang ke kampung, baik ke Ampangan atau Kelemak utk berbuka puasa bersama keluarga, bukan tidak rindu, tp kerana kesibukan kerja dan kesuntukan masa. Agaknya resmi bekeluarga dan berkelana mmg begini.
Outstation atas tujuan tugas rasmi lebih kerap pulak Ramadhan ni berbanding bulan2 Hijrah lain pd thn ni. Maklumlah, program besar menanti November nanti. Cerita Salahuddin Al Ayubi merampas kembali Palestin ketika Ramadhan menjadi selingan dan selalu dititip rapi dalam ruang minda. Harap terus kekal konsisten, InsyaAllah.
Fasa pertama bebas nikotin gagal selepas 9 hari berpuasa, kini fasa kedua bebas nikotin bermula dan telah masuk hari 4. Harapnya dpt kekal sehingga tamat Ramadhan, dan terus kekal sampai bila2, InsyaAllah. Ujikaji pd diri pengkaji membuktikan sebenarnya tiada ketagihan yg merisaukan pun, tp dipersetujui hanya kekangan jiwa yg kuat sahaja boleh menzahirkan berhenti merokok satu realiti. Senang cakap, sebenarnya lebih pd mengada2 utk menghisap rokok. Mungkin sifat egoistik konsep Gaya, Mutu, Keunggulan tu yg tebal dlm diri, walaupun sukar dikikis, tp boleh terlaksana.
Puasa kali ni terasa benar kesederhanaannya, mungkin kerana belum berbelanja lagi utk keperluan raya, belum juga menukar duit raya, apatah membeli kuih raya, yg ada hanya jalanraya, walaupun hantu raya telah dirantai sementara. Bukannya tidak mahu beraya, tp "lek2 lu,sap kok tang lu" bak kata si muda remaja. Resmi hidup suami isteri, si isteri Manager, dan si suami Owner kelab, dengan kedua2nya ada kepentingan dan fungsi masing2. Setelah puas sama2 berdiskusi dan terlibat dalam sesi sumbang saran, manager sudah merancang dan hanya tinggal masa sahaja utk membentangkan paperwork Aidilfitri thn ni. Owner akan approve dan ammend mana yg patut. Apa yg penting, player utama atau ayam tambatan kelab, Najwa Ilhami Khairul Ashraf akan mendapat insentif yg besar dalam kek keuntungan kelab, diikuti habuan utk manager, dan juga parent dan mertua masing2 selaku BOD, insyaAllah. Bagaimanapun yg asas dan perlu dh tersedia lebih awal. Terasa lebih tenang bila sebegini, alhamdulillah.
Jarang benar pulang ke kampung, baik ke Ampangan atau Kelemak utk berbuka puasa bersama keluarga, bukan tidak rindu, tp kerana kesibukan kerja dan kesuntukan masa. Agaknya resmi bekeluarga dan berkelana mmg begini.
Outstation atas tujuan tugas rasmi lebih kerap pulak Ramadhan ni berbanding bulan2 Hijrah lain pd thn ni. Maklumlah, program besar menanti November nanti. Cerita Salahuddin Al Ayubi merampas kembali Palestin ketika Ramadhan menjadi selingan dan selalu dititip rapi dalam ruang minda. Harap terus kekal konsisten, InsyaAllah.
Selasa, September 29, 2009
Hidup terkembang, dada dilapang di kala Syawal
salam,setelah sekian lama,ini lah pertama kali sejak ramadhan sampai lah ke raya dan dh masuk 8 syawal,ini lah kali pertama aku menggoblogkan diri balik.
- salam syawal,maaf zahir batin untuk semua sahabat taulan rakan2 beragama Islam, yg baik kita dh buat masa ramadhan,cuba kita teruskan lagi sekiranya mampu.
- seronok seorang atuk dan seorang uwan melihat cucu mampu pakai baju kurung ligat dengan keletah nya sendiri...sejak berkeluarga 2 thn,2 thn jugaklah aku pun mampu rasa sebak rupenye bila lihat ayah sendiri mengimamkan solat raya & membaca khutbah aidilfitri, sebelum ni tido masa khutbah (jumaat pun kadang2 terlena dengan dodoi si khatib yg tekun) lebih sesak lagi dada bila memeluk imam itu dan berpaut di bahunya seketika,sedang org lain berasak2 nak jugak benda yg sama.
- alhamdulillah,anak aku dh genap setahun tepat 13.9.09 hari tu,dan ada jemputan utk semua ke majlis tahlil sempena syawal dan open house kt kampung di seremban,dijemput sume hadir. ini link fesbuk utk event tersebut- Tahlil Sempena Syawal Rumah Apak
- liverpool menang lagi 6-1.
- kami di kolej sedang sibuk utk kickstart semula setelah puas berhari raya, mungkin ramai yg belum dpt mood kembali bekerja renung2 kan kata kawan aku ni "bersyukurlah kerana ko masih mampu bekerja" dapat tangkap tak? penyelaras2 UHEP sendiri sibuk utk uruskan aktiviti budak selain warga yg telah di screening utk memastikan KKS2 terus bebas dari H1N1.keep up the good work guys.
- seronok buat kelas basic blogging utk kawan dlm ramadhan tempoh hari (walaupun aku tak blog setaraf che det dan RPK mahupun sindiket sol-jah hatta hilang-punca sekalipun,tahniah untuk yg dh ade blog.unite bloggers! (unite,bukan unite-d yg itu).
- sebelum lupe,aku baru saje di doktrinasasi utk cuba mengambil juvanex, detox drink.dan berniat ingin mahu mencuba.terima kasih biggie.
- mmg rasanya ingin bercerita lebih pjg,tp nantilah,bila esok ada yg lebih baik...oh ye,maaf,layout blog telah lintang pukang kerana kelas tempoh hari... barulah kena dan sesuai -guru umpama lilin membakar diri, atau maksudnya; biar blog sendiri terbarai,tp orang lain dapat buat blog utk dia sendiri,dan godek layout blog sendiri,wassalam.
Isnin, Julai 06, 2009
Apak & Co.
em, ade yang kata aku sorok anak, ape punye lawak la oi..xde aku nk sorok pn,ehehe...tp mungkin jugak,pasal ni kan blog aku,apehal pulak nk letak gambar anak aku, gambar aku sbg tuan empunya blog pn aku tak letak, ni kan pulak gambar anak aku kan..ehehe..
"kau macam maikel jeksen pulak sorok2 anak pak.."
pulak dah..ahaha..ok2..utk tak jadik maikel jeksen dan seterusnya menghampakan peminat, aku kongsi sket gambar kesuma dewi chenta hati (KDCH) aku;
Najwa, gigi mana? gigi? ni masa kitaorg pegi Menara Taming Sari, Melaka bulan lopeh.
mentang-mentang ade gigi, minah ni buleh buat iklan gigi pulak. lagi gambar kt dlm Menara Taming Sari.

Saya jugak boleh bertukar menjadi hulk kalau saya tensen, dan bak kata mak long dia, angin kompot dh sampai.
Aktiviti riadah sebagai memenuhi masa lapang; belajar memanjat gril sambil diperhatikan supervisor (berbaju kuning) gambar diambil ketika peserta berjaya membuat pendakian sulung ke puncak grl tingkap di kampung.
feveret aku gambar ni dlm byk2 gambar, macam gaya penuh emosi pujuk anak aku tu. mamat pakai baju maroon ni bapak baby ni, harap maklum.
seronok kan jadik baby?
"kau macam maikel jeksen pulak sorok2 anak pak.."
pulak dah..ahaha..ok2..utk tak jadik maikel jeksen dan seterusnya menghampakan peminat, aku kongsi sket gambar kesuma dewi chenta hati (KDCH) aku;

seronok kan jadik baby?
Jumaat, Jun 12, 2009
1st Time Daddy!
Aku terpanggil utk kongsi sket tips based on pengalaman aku sbg seorg bapak yg baru. bukan ape, ade gak kengkawan yg tanya aku pasal pglman menjadi seorg ayah. ade gak yg tanya camne aku kendalikan anak sbg 1st time daddy, dan tak kurang jugak yg share dgn aku pglman masing2..tp rasanya kan, mmg ramai bapak yg expert,tp tak berapa nk kongsi pglman masing2 secara open, tak macam isteri atau ibu..xpe lah kt sini aku try kongsi tips dgn korg,Tips no 1 sampai tips no 3, 1-support wife korg, 2-support wife korg, 3-support wife korg...tp tips seterusnya, adalah seperti berikut;
http://www.babycentre.co.uk/ , http://www.1st-time-fathers.com/ dan http://www.momslittleones.com/
enjoy!
- try la luangkan masa selagi boleh kalau nk pegi check up doc..kalau ada ape2 complications,make sure dia bgtau kita dulu.
- masa paling kritikal, 1st dgn 3rd trimester, so kena alert lebih pd keperluan wife bile sampai period tu..waktu lain masih lagi penting, jgn time 2nd trimester, korg buat dekkkk jekk,hehe
- jgn la merungut sgt kalau hal sesikit tu, kena bear in mind, anak dlm perut,baby yg ada depan mata sekarang ni lagi penting dari kita,so pepaham je la eh.
- amik satu selang masa yg fixed setiap hari,mmg spend hanya utk wife dgn anak je time tu.paling cun time makan mlm..pastikan kita sama2 borak dgn anak, include kan dia sekali dlm borak2 tu..kalau wife aku yg keje syif,kadang2 keputusan melibatkan urusan negara ataupun sekadar share cite current issues pasal rumahtangga, mmg masa paling tetap lepas semayang subuh sambil tggu breakfast siap..anak aku dh bangun 7.30 pagi, pasal nk ikut sekali parent dia bersiap,ahaha..
- breastfeed (bf) mmg paling terbaik utk baby dan maknye,tp kena ingat, x semua wife kite ni mampu utk bf seperti yg kita mahukan. kena byk reading,n mostly baik sumber dari internet, buku mesti insist yg bf adalah yg terbaik,tp mcm aku ckp tadi,tak sume ibu sama, ada yg x mampu utk menyusu badan seadanya. apa yg penting ialah utk kita balik pada tips no1 sampai tips no 3, iaitu support isteri korg, support isteri dan support isteri korg...utk isteri yg mmg jelas mampu menyusu badan ini tips utk bapak2nye;
- beli pump manual atau electrik yg elok buatannya (range harga yg pelbagai)
- beli bekas khas utk simpan susu..
- kalau mampu, beli freezer khas utk susu je semata (susu yg dcampur sekali dgn brg2 daging dan ikan akan hilang zat akibat diserap oleh brg2 daging tadi tu)
- ingatkan isteri seandainya dia terlupa utk pump (dh beli pump mahal, takkan x nk pump,ehehe) tp awas, jgn sampai pressure dan saiko wife korg,susu takkan keluar dgn lancar sekiranya wife dlm keadaan yg tertekan.
- sentiasa ambil tahu dan kongsi dgn isteri fakta2 menarik dan menakjubkan pasal susu ibu dan dunia baby yg sedang membesar
- x salah utk bear in mind semua ibu mampu menyusu badan, x salah jugak utk kita menggalakkan penyusuan badan,tp ingat, yg menyusukan ialah ibu sendiri,jadi x wajar kalau kita sampai tahap memaksa atau menyalahkan isteri atas kegagalan dia utk menyusu badan dgn baik.
http://www.babycentre.co.uk/ , http://www.1st-time-fathers.com/ dan http://www.momslittleones.com/
enjoy!
Langgan:
Catatan (Atom)