Memaparkan catatan dengan label Harimau Malaya Mengaum Lagi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harimau Malaya Mengaum Lagi. Papar semua catatan

Ahad, Januari 08, 2012

@goal_intl

Di celah2 berita AC Milan ada twitter pasal Negeri Sembilan.

Ini perkembangan baik, tanda liga kita diperhati, Singapura pun angkat siaran live liga kita untuk dinikmati. Tahniah Negeri, kau tetap di hati. Liga Malaysia sudah mula dicemburui.

Khamis, November 24, 2011

Posting Terbuka Untuk Nazmi Faiz Mansor

Masa lawan indon, kau selamba shielding Bonai macam xde ape je. Semalam kau shielding lagi mamat Syria tu macam biasa, dan kau punye through pas memang macam cilaka punye cantik. Tu belum sebut lagi pasal passing one-touch kau macam gampang punya cun. Walaupun belum betul2 laju macam abang Kunanlan kau, tapi kau rajin hambat bola. Meroyan aku tengok posession dalam zone pun kau konker. Tau bila nak cen said, tau bila nak nak bagi bola lob. Control bola pun kemas. Cerdik betul kau main bola. Makan ape la kau ni?

Camni la dik, abang tak gemar puji2 orang ni, kau tu lelaki, karang orang cas aku gay. Tapi macam ni je lah, kena ingat, usaha, doa, tawakal. benda lain biar rakyat Malaysia buat utk kau. SPM tak payah ambik, kau main bola dulu sampai tahap dewa, sampai Piala Dunia pertama untuk Malaysia, baru amik SPM kemudian nanti. SPM bukan segala2nya dik, harapan Malaysia sekarang boleh jadi pemangkin kejayaan untuk kau terus pawe di masa hadapan. Paling penting jaga akhlak, mak bapak pun restu, Allah pun suka, berkat pun datang dik. Setel.

Lagi satu dik, orang cakap kau macam Kaka ke, macam Messi ke, macam David Silva ke, mcm cilake ke, mcm gampang ke, kau jangan pedulik kan dik, walaupun aku tengok kau ada la sikit2 macam aku. tapi yang penting dik, Nazmi Faiz mesti jadi Nazmi Faiz, bukan kena jadi macam orang lain. Kau buat biasa je, kau ikut stail kau, mcm hari2 biasa kau main bola untuk Malaysia hari tu, semalam dan sampai kau pencen. Majulah Nazmi Faiz Untuk Negara!

Berbaju kuning itu lah dia Nazmi Faiz Mansor

Selasa, November 22, 2011

Kasih Sayang & Penghormatan Itu Mandatori!

"They don't respect you. They don't respect our flag. They don't respect our king, and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about"

Ong "Tuah" Kim Swee, Arkitek Kejayaan Harimau Muda

Meremang bulu tengkuk bila Ong Kim Swee cakap macam ni. Berkat usaha, doa dan tawakal, budak2 yang bawah 23 lagi umurnya ni pastikan kalungan emas terus kekal bersama Harimau Malaya.

Untuk seluruh Indonesia, ingatlah kasih sayang dan penghormatan itu penting, lebih2 lagi kalau bermusuh macam ni. Mendabik dada, angkuh, biadap dan caci maki buat ramai yang tak suka. Malah, Allah pun murka. Penalti Baddrol Bakhtiar tu bukti Allah menyebelahi kami. Ambillah iktibar Indonesia, sekalipun pun pahit terimalah kenyataan dan belajar dari kesilapan.

Musuh yang hebat adalah musuh yang disegani, bukan setakat ditakuti (kami tak pernah takut pun). Kalah itu sakit, tapi tak mampu menerimanya membuatkan ia lebih pedih dan pahit.

Untuk seluruh Malaysia, ingatlah kemenangan tak selalu bersama kita, kadang perit kekalahan terpaksa didakap juga. Pasukan sudah ada, usaha sudah ada, penyokongnya cuma kita. Biar melompat gembira ataupun berduka, sokongan padu perlu terus datang dari kita semua, sampai bila2!

Sebagai rekod: selepas menundukkan garuda di GBK pada perlawanan peringkat kumpulan 1-0, Malaysia sekali lagi membenam ego dan keangkuhan mereka di GBK pada perlawanan akhir merebut Pingat Emas Bolasepak Sukan Sea Ke-26 malam tadi dengan tendangan penalti 5-4. Ini merupakan kejayaan kita mempertahankan emas yang dimenangi dalam kejohanan sama di Laos, 2 tahun lalu.

Jumaat, November 18, 2011

Derby Nusantara!

Misi pertahan juara melangkah perkasa. Harimau Malaya mengaum gah di kandang lawan.
Garuda dibenam ego, sifat angkuh dan kebiadapan sendiri.
Padah sebenarnya tak hormatkan NegaraKu.
Gambar Hiasan: Syahrul Azwari bertindak cemerlang pada minit 18, memakai jersi bernombor 18 dan baru berumur 18 tahun. kipidap!
Itu belum kira Jalur Gemilang diperlakukan secara hina dan tak cukup sifat jadinya.
Itu belum kira pengadil dan juri yang berat sebelah, dengki dengan Atlet2 Malaysia.
Itu belum kira pengurusan dan layanan media yang teruk, tanda kemampuan dan keupayaan menjadi tuan rumah masih lagi belum ada.

Tahniah Harimau Malaya, 1-0. Tapi ingat, emas masih jauh.

Harap2 berjumpa Indonesia lagi di final Bolasepak Sukan Sea 2011.
Harap2 boleh titik lebih banyak lagi, dan pertahan juara ASEAN sampai bila2.

Selamanya Harimau Malaya, Musuhnya Habis Binasa! Esok 4.45ptg, temujanji bersama Myanmar. Harap macam main petang2 je macam biasa ok!

That's The Spirit!

Selasa, November 15, 2011

Bila Negeri Pakai Celana, Whistling Negeri & Good Ol' Negri


Sejak dengar lagu Selamanya - Ultras Malaya feat Altimet dan setelah membaca pelawaan UN9 untuk compose "chant" (budak SDAR panggil "Lagu Cheer"). Aku try sahut, dan lepas sejam, dibawah inilah hasilnya. 3 lagu untuk korang pakai semahunya. Hanya kenang daku dalam doamu kalau jadi guna, heheh... Musuhnya Habis Binasa!

Bila Negeri Pakai Celana
(Muzik: Bila Mama Pakai Celana, Lirik: Aku)
Negeri Sembilan negeri kita
Kalah menang tetap sayang
Bila negeri masuk ke padang
Satu padang kita tawan

Bila Negeri koyakkan gawang
Kita semua jadi riang
Bila Negeri pergi bertandang
Eh takde hal kita lawan

Bila piala kita julang
Musuh semua terus goyang
Siapa lagi meh la datang
kita tentang kita tentang!

Whistling Negeri Army
(Muzik: Army Marching Song, Lirik: Aku)
Negeri, kami datang lagi
Negeri, kami menang lagi
Negeri, kami gembira, kami teruja kamilah juara

Negeri kami datang lagi
Eh lu, mana lu mau pergi
Eh lu, takkan dah balik takkan merajuk, taknak main lagiiiii

Negeri kami datang lagi
Dah lah, kami menang lagi
Dah lah, esok kembali, disini kami pasti menari

Good Ol' Negri
(Muzik: Good Ol' SDAR, Lirik: Aku alter sendiri)
We are proud to belong to the team that is strong
That is dear good old Negri
We are proud to promote to the fan and the sport
Of our dear good old Negri

The losing that we hate and the joy that we share
Is a part of our unity
We are proud to belong to the team that is strong
That is dear good old Negri

Khamis, November 10, 2011

Jenis2 komen tentang Harimau Malaya.

semua orang nak komen cerita pasal Harimau Malaya kebelakangan ni pasal semua orang sayangkan bolasepak negara sebenarnya. Sultan pun komen pasal ni sekarang.

Membaham kalau menang dengan setiap lawannya,  dan bakal dibaham penyokong sendiri kalau main macam celaka. Ini dipanggil nasib Harimau di Bumi Malaya.

nak baca komen skeptik, baca komen orang yang sibuk kutuk Malaysia. Kalah kutuk, seri kutuk, menang pun kutuk pasal chances banyak gile, tapi yang masuk dua bijik je, itu pun last2 minit.

nak baca komen prejudis, baca komen orang yang sibuk kata Malaysia tak kan kemana, jangan harap nak cium bau Piala Dunia dan setakat Sukan SEA atau AFC takde makna.

nak baca komen lalang, baca komen orang yang kutuk berbakul bila kalah atau seri, tapi bila menang, puji melambung tak ingat dunia. Contohnya paper utama negara dan group2 FB kelab2 bolasepak Malaysia.

nak baca komen assabiyah, baca komen orang Kelate, orang Ganu atau orang NS yang komen bila player si polan dan si polan main bagus, "kononnya" player tu negeri dia sorang yang punye, Malaysia menang pun pasal dia. Kalau kalah, defend player dia yang bangang tu sampai mati pulak.

nak baca komen membabi buta, baca komen orang yang tak turun stadium dan tak tengok game, tapi ulasan perlawanan dia macam Hasbullah Awang atau paling bangsat pun Shebby Singh.

nak baca komen tahi, baca komen orang FAM, dan coach yang janji nak buat yang terbaik, tapi turun padang, janji ntah kemana, tahi je bersepah merata2.


tapi paling celaka gampang bila orang tu  tak amik tau cerita bolasepak negara, bila budak2 Harimau Malaya kita turun padang main bola. Maklumlah, mata sibuk dijolok bolasepak luar negara contohnya "I don't watch our home boys play coz they don't play like how they play over there." Apa punye lahanat orang macam ni. Macamlah no ic lahir kt sana.

PADU TERUS HARIMAU MALAYA!

Harapan kita tetap ada!

nota kaki: Malaysia menang ke atas Siam dalam perlawanan bolasepak kedua sempena kejohanan Sukan SEA semalam yang berkesudahan 2-1, dimana Badrol Bakhtiar dan Izzaq Faris Ramlan masing2 menjaringkan satu (1) gol. Kemenangan ini membawa harapan Malaysia yang akan dijangka mudah bertemu Kemboja dan kemudian Indonesia. Tempat kedua kumpulan A bakal memastikan Malaysia layak ke pusingan kalah mati berjumpa johan Kumpulan B.

Khamis, Disember 30, 2010

Kemenangan Ini Adalah Kebangkitan Semula Yang Tertangguh!

Cakar Harimau orang kata sedap, yeke? ;)

Alhamdulillah, sempat untuk hidup dengan sihat dan mampu bersorak dengan riang gembira bila Malaysia dinobat sebagai Juara Piala AFF Suzuki 2010. Rantau sebelah sini, kini bawah takluk kita, tapi momentum mesti mau terus padu. Proses tu kadang2 mesti kena ada kalah, mesti kena ada menang, tapi harapnya itu semua untuk kebaikan Harimau Malaya dalam masa2 mendatang. Cerita menang AFF Suzuki Cup 2010 ni semua dah tau, nak baca yang tu, boleh tengok berita dan esok beli paper. Aku nak cerita benda lain.

Dulu selalu sangat bos gua sembang pasal Ghani Minhat, otai bola Malaysia orang NS yang banyak berjasa pada Selangor, katanya, sekarang player macam tu xde lagi. Masa zaman Chin Aun dengan Santokh Singh, benih aku pun tak muncul lagi. Banyak baca dab dengar cerita pasal Mokhtar Dahari, tapi tak pernah tengok pun Allahyarham main depan mata. Tapi malam ini macam turning point, macam dah jumpa, walaupun belum tahap legend. Mula menjadi bualan tangkasnya Khairul Fahmi Che Mat, rembatan near post tak ingat dunia Safee Sali, kawalan bola terbaik dari S. Kunanlan, tonggek tapi pawe Norshahrul Idlan Talaha, si garang tapi kapten Safiq Rahim dan seluruh Timnas Pasukan Malaysia, Harimau Malaya. Google saja nama mereka ni, nescaya terpapar wajah2 innocent mereka.

Pasukan ni bukan cerita baru, tapi bukan juga terlalu lama, kebangkitan ni mungkin telah bermula sejak Emas di Sukan SEA lalu, tapi kemenangan semalam membangkitkan kembali selera orang kita pada bola Malaysia, pada roh segala sukan Malaysia. Harapnya kemanisan ini berkekalan, dan jatuh bangun pasukan, sentiasa ada ramai seluruh Malaysia mendoakan, meraikan kemenangan dan meratapi kekalahan bersama. Jiwa kena kental, untuk fans, kadang2 kena hooligans juga, stand firm on your ground, baru team hebat, firm pun kuat.

Lepas ni ingatlah terus malam semalam, kita melakar sejarah, tapi jangan pernah anggap tertewas jika hari2 mendatang, kita ditimpa kalah. Bukan apa, resam orang kita memang macam ni, bila pawe dipuja, bila dititik, pakat ramai2 mencela. Fesbuk, Twitter, dan seluruh dunia maya pulak lebih merancakkan, kalau tidakpun menambahkan nilai sensasi dan komersial selain meningkatkan nilai 'fragile' pada Harimau Malaya kita ni. Beri peluang mereka untuk terus maju, dan ganyang semua lawan yang ada, baik di padang, mahupun dugaan hidup sebagai bintang.

Ingat, misi Harimau Malaya masih jauh untuk digapai, seusia muda2 lulusan SSBJ ni, baik dipertaruhkan selagi ada daya, sambil jeling2 bakat baru yang lebih muda dan skilnya hebat dan lebih bermaya. Ingat janji 2013, cubaan menakluk Asia, dan 2014, menggegar di Wel Kap.

tu belum kira test pawe dengan Thailand lagi ye tak? Oman? Qatar? Pengadil Australia? Arab Saudi? Korea Selatan? Korea Utara? Balas dendam pada China tempoh hari? ingat lagi kan? Maknanya, misi dan visi masih jauh, dan sayup2 sinar itu ada, dengan Harimau Malaya yang mengaum garang menjulang piala malam semalam.

Tahniah RajaGombpal, didik anak2 buah ni dengan semua ilmu yang kau ada, kalau rasa perlu hantar kursus pendek mengawal stress, kolej aku ada.

Tahniah FAM, strategi penubuhan SSBJ akhirnya membuahkan hasil, keep up the good work.

Tahniah Penyokong2 Malaysia, hari ini dan seterusnya, harap kita sama2 terus berbangga dengan Harimau Malaya yang 100% Pure Malaysian Made and totally new breed ni!

Rabu, Disember 29, 2010

Disini, kami tenang dan rileks aja dong!

Piala yang jadi rebutan, takkan sampai nyawa jadi taruhan?


Benar, Cerita Hidup Mati Seorang Malaysia di sini sudah selesai, dukungan sampai mati pun telah diberi oleh kami sepenuh hati. Namun, seusai perlawanan kelmarin di Stadion Bukit Jalil, perang mulai tercetus, gara2 kekalahan teruk diterima Garuda semasa final Piala Suzuki 2010 di Malaysia dengan kemenangan yang sudah terjangka: 3-0. Saat melangkah keluar stadion, ruang siber semuram dan semasam muka2 penyokong fanatik Indonesia selepas tewas malam keramat itu, mereka terusan aja menghamburkan kata2 nista kepada Timnas Malaysia dan sekalian pendukung fans Malaysia. Jika tidak, masakan twitter dengan hashtag Malaysiacheatlaser menjadi trending topic ngetop satu dunia. Mereka mengklaim Malaysia curang dalam perlawanan itu, bermula dengan laser, dibawa kepada serbuk putih gatal untuk Markus, mengguna khidmat dukun untuk aktiviti paranormal, hinggalah ke ancaman BH Jupe, sehingga ini segelintir mereka seolah2 tidak mampu menelan kekalahan yang diterima. Dibawah adalah senarai2 nista dan adu domba provokasi media Indonesia kepada Malaysia;

1. Benar sekali gambar laser ini, Polisi serta FAM (PSSI sepertinya di Indonesia) sila ambil tindakan

2. Lagi Laser, dan bukan fitnah: Pagar di Stadion Bukit Jalil dalam gambar ini mengesahkan pagar itu memang pagar stadion. DUH.

3. Dukun dan Pawang Mainan Hidup Kami, Tidak Seperti Indonesia

4. Serbuk Gatal Buat Cinta Hati Si Markus, Kiper Terunggul Dengan Stunt Walkout

5. Safee Sali memang benar orang Acheh yang khianat, ini bukan hoax, kredit to Sokernet

6. Mahalli Jasuli Pulak Asalnya Bawean, Indonesia

Sehingga entri ini dicoret, adu domba dengan kata2 nista yang hebat dan tampak grand ini terus menjadi bualan dan makanan rakyat Indonesia, dan terus mengenyangkan fans Garuda di sana. Terus, ancaman2 berikut pula hadir;

1. Jupe mahu laserin sama branya

2. Rajagopal dan kekasih gelapnya, Rahma Azhari dari tribunnews.com
: tp tiba2 link terus nggak boleh diklik, jadi cuba lihat sini

3. Benar sekali, kami bakal didakwa FIFA, dan Indonesia akan mendapat kemenangan percuma

4. Unjuk Rasa Adalah Semangat Sportifas Tulen Indonesia

5. Latihan Malaysia Dikagumi Rakyat Seluruh Indonesia

6. Tiket tidak ada, kami enterin saja stadionnya. Awas kamu Malaysia, harap tidak lepas pulang!

Namun, disini, Di Malaysia kami cool aja dong. Teruskan ancaman2 ini media Indonesia, Terus Maju Indonesia Raya, ternyata Inteletualiti dan kehebatan pendukung2 Garuda sangat dikagumi dan kami di Malaysia cemburu dengan stail sebegitu;

1. Benar sekali, kami takut di mulut, tapi tidak di laga

2. Ganyang Malaysia!

3. Kemenangan hakiki tidak perlu adu domba dan caci maki

4. In Raja We Trust

Jelasnya, ini kan sukan, dan sukan untuk semua, berpadu jiwa dan raga, menyokong cara sihat, seperti sihatnya akal dan jiwa ramai lagi rakan2 dan saudara Indonesia yang cintakan aman dan damai. Tapi, jika amarah kedua fans tidak terkawal, busuklah nama, bukan Indonesia sahaja, tapi rantau ini juga. Jangankan menganjurkan Piala Dunia, baunya pun tidak akan sampai ke rantau sini. 90 menit masih ada di GBK, Terus Maju Indonesia Raya!


Malam ini kami sudah pasti mengaum lagi!


P/S: Overdosis di Malaysia bermaksud terlebih dos ubat, ataupun ketagihan melampau

Isnin, Disember 27, 2010

Cerita Hidup Mati Seorang Malaysia

26 Disember 2011

8.30 pagi: bertolak ke KL, tiba2 sambil driving, terfikir juga nak mencari jersi away Malaysia, hajatnya nak pakai masa game malam nanti di stadium. Malangnya, semua Al-Ikhsan, baik di Seremban, Bangi dan Alamanda, hatta butik Nike di Alamanda Putrajaya, semua dah kehabisan stok jersi Malaysia. Ini satu perkembangan baik untuk sukan bolasepak tempatan, org mula beli jersi Malaysia.

Al-Ikhsan belah Selatan dah sold out menatang ni!

1.15 petang: Sampai di rumah big di Equine Park, seharusnya jadi rendevous point untuk sejumlah 6 orang yellow hooligans malam ni berjumpa, sebelum bergerak ke SNBJ.

5.30 petang: terima call, geng dah tunggu di Petronas Sg Besi, lepak dulu makan mekdi sebelum beramai2 ke SNBJ. Mula tersangkut dalam jem dalam perjalanan ke sana, jem teruk, gara2 semuanya menghala ke satu arah pusat tumpuan negara malam ni, SNBJ, Suzuki Cup Final 1st Leg; MAS vs INA.

Isi perut sebelum isi gol

7.14 malam: baru mencecah kaki ke dalam stadium, setelah bersesak2 di pintu masuk. penjaga pintu dan petugas tiket sangat tidak patriotik, dan tidak sedikitpun cuba memudahkan penyokong bolasepak tempatan.

Muka semangat mesti mau ada. dari kiri: big, yembot, iskot. tiada dalam gambar: gua, simon, farah, dan zebbritto.

8.00: dapat sekelumit anak tangga sebagai tempat berdiri, kick off pun bermula. tempat duduk puas dicari, malangnya tiada satupun tidak berpunya.


minit 1- 45: 1st half tamat tanpa sebarng jaringan. Goyang pun ada, jauh jugak datang ni, kalau kalah, penat bertolak dari segamat ke bukit jalil ni boleh jadi penat juga.

Dalam mencari tempat duduk, dan berdiri sepanjang 1st half, sempat lagi snap 1st eleven kita


pre-match photoshoot: flare merah identiti Ultras Malaya!, Salute!

Yellow Street Hooligans, Stand Firm On Your Ground!

minit ke-59 (ada paper tulis minit 62): Safee Sali menembak ke jaring Indonesia, gol padang yang berpunca dari kekalutan dan kekacauan yang ditimbulkan oleh Markus, penjaga gol Indonesia, gara2 dakwaannya dipanahi sinar laser sejurus sebelum free kick yang diberikan kepada Malaysia oleh pengadil Jepun, Toma Masaaki. gangguan laser hanya alasan, yang mengganggu sebenarnya Markus sendiri dengan tindakan 'walkout' nya. Lorongan bola yang diterima daripada Norshahrul Idhlan Talaha dalam kotak penalti tidak dipergunakan sebaiknya oleh Safee Sali. Kami beramai2 penyokong Malaysia mencapai oragasm dan inzal pertama kali. Aku sendiri mula rasa, berbaloi turun dari Segamat kali ni!

minit ke-67.: Giliran Mohamad Ashari Samsudin pula menyumbang gol, seperti gol pertama, kali ini klimaksnya lebih hebat. tidak sempat berhenti untuk meraikan gol pertama, gol kedua muncul, juga hasil through pass Norshahrul Idlan Talaha yang bertungkus lumus melepasi 3 pertahanan lawan, Mohamad Ashari Samsudin, yang menggantikan Amirulhadi Zainal, membuat rembatan jarak dekat kira-kira dua meter dalam kotak penalti

minit 71: Sekali lagi, Mohd Safee menanduk masuk bola hasil hantaran daripada luar kotak penalti oleh Mahalli Jasuli pada minit ke-71, walaupun inzal dan klimaks juga, tapi kini penyokong Malaysia berada di awang-awangan. perasaan hebat ini berkekalan sehingga tamat permainan, dan tidak pasti bila detik wisel penamat berbunyi, kerana keriuhan penyokong Malaysia bukan sahaja memadamkan keangkuhan penyokong Indonesia dengan kehebatan mereka membenam Malaysia 1-5 tempoh hari, tapi turut memendam bunyi wisel dari pengadil di atas padang.

kami inzal 3 kali.


Player pun turut sama inzal dan klimaks secara gangbang, semuanya 3 kali.


Muka puas. mana taknya, 3 kali klimaks. Lagipun, masa bersorak takleh amik gambar, segala2nya vibrate dan bergegar.


11.30 mlm: kami bergerak beramai2 utk post match analysis, dari isu peminat, cheer, mercun, laser, markus, safee sali, norsharul idlan talaha, khairul fahmi che mat, kunanlan dan In Raja We Trust, sampai lah ke topik politik Indonesia semasa dan akan datang, semua menjadi bahan perbualan.

1.30 pagi (27 Disember 2010, Isnin): bergerak ke Equine Park semula, untuk mengambil kereta dan bertolak pulang ke Segamat dalam keadaan riang gembira.

2.00 pagi: Bertolak pulang ke Segamat, rasa mengantuk lansung tidak ada, kerana ternyata inzal 3 kali berturut2 memang boleh membuat kita menahan mata sambil tersenyum lebar dan riang ria pulang dengan rasa selesa.

5.00 pagi: Tiba di Bt. Anam, Segamat. Selamat sampai ke rumah, menunggu subuh dahulu, takut2 tergelincir andaikata merebahkan kepala. Esoknya terus kerja, dan demam selsema menghambat pula. Tapi apa ada hal, cerita hidup mati seorang Malaysia punya pasal, bukan setakat demam, mati pun boleh punya. TAHNIAH MALAYSIA!

In Raja We Trust!

Rabu, Disember 15, 2010

Harimau menerkam Vietcong!


Ultras Malaya: Walaupun main hari kerja, 50k ++ datang stadium, belum kick off dah bergegar dunia!

Safiq 'Rilek Jangan Garang2 Sangat Nanti Kena Kad' Rahim: Kalau jadi Kapten Rimau, mesti kena terer mengiauuu!

Ingat lagi game Malaysia melawan MU? dan ingat lagi kemenangan rimau2 kita masa di Sukan Sea 2009? Game malam ni adalah kebangkitan semula roh2 semasa dua2 game tu! Dan mungkin ramai tak tau, Malaysia pernah kalah dengan sangat teruk dengan Vietnam, masa tu Malaysia namanya Malaya 1 - 6 Vietnam Selatan, tepat 25 Mei, 1958, di Tokyo. Kekalahan tu masih lagi kekal sehingga hari ini sebagai antara kekalahan terbesar Harimau Malaya. Tapi malam ni sangat bermakna, walaupun masih di 1st leg Piala Suzuki AFF 2010, bekalan 2 gol berbalas telur memang sangat2 menggembirakan.

Khairul 'Benteng Terakhir Fahmi: Apek kental!

Kudos untuk rimau2 kita, terutamanya Khairul Fahmi selaku keeper, dan Safee Sali sebagai penjaring kedua2 gol dalam game sebentar tadi. Dengan kepantasan Kunanlan dan Idlan Talaha mengkucar-kacirkan bahagian kiri dan kanan lawan, dan Amirul Hadi garang dalam semua perebutan bola di udara, aku seronok tengok game malam ni, dan roh kemenangan kembali menghantui rimau2 kita untuk menang malam ni!

S. 'Ribut Petir' Kunanlan: Wing Man no 1

Ya, 1st half bermula hambar, dengan permainan lebih banyak dikuasai vietcong. Rembatan Amar tersasar jauh seperti tahi, begitu juga Kuna yang bolanya melencong menjauhi gol seperti dua magnet yang ditemukan pada kutub yang sama. Itu belum dikira lagi cubaan2 merbahaya dari vietcong! tapi 1st half milik Khairul Fahmi, dan abe we kelate ni, dio meme main bijok male nih gu! 2 gol menjelma pada separuh masa kedua, dan fan Malaysia berjaya klimaks dua kali dalam masa yang singkat. Oh, sungguh indah!

Idlan 'Rimau Jambu' Talaha: Gerak kakimu meruntun jiwa juga kadang2!

Anak2 muda dengan jiwa besar? ya, tapi kini bukan jiwa sahaja besar, selera gol mereka melambangkan sesuatu yang lebih dari itu! kekalkan composure, confident dan ball control, jangan cepat sangat lepas bola, dan Muhaimin, lain kali jangan lama sangat pulak gentel bola! tapi itu hanya kesalahan2 kecil yang anak muda yang tengah2 baru nak naik dan ghairah sentiasa lakukan. Ini tanggungjawab abang Rajagopal, sebagai menejer dan bapak, jaga team ni dengan baik, dan malam ni, bibit2 hasil jagaan yang cemerlang telah mula kelihatan. Ternyata, kemenangan ini membuktikan bahawa sifat optimis adalah doa, dan doa adalah usaha selanjutnya selepas segalanya dikerah dengan keringat. Dan doa yang menghidupkan jiwa optimis tu datang dari seluruh rakyat Malaysia.

Abg No 10, Safee 'Lajju Dowwhhh' Sali: Si Kencang dan Marksman 2 bijik untuk Malaysia!

Ya, kita ada lagi satu game, ada 90min lagi untuk berjuang di tanah tumpah darah vietcong, terus bersedia untuk itu! Rimas juga bila orang kita suka kata, "camnilah, bila menang puji melambung, bila kalah kutuk bagai nak rak!" Betul! Tapi itu bukan aku! Tanah Tumpahnya Darahku terus mengalir dalam dada, baik naik atau turun, apatah lagi bila merudum! Dan ada jugak yang kata, "rilek, ada 90min lagi kat tempat lawan nanti!" Tapi biarlah saat2 hebat macam ni diabadikan dengan gemilang dulu, lagipun,bukan selalu Harimau Malaysia menang bergaya dalam bola kat tempat sendiri macam malam tadi!!

Ahad, Julai 19, 2009

MANU vs Malaysia

Antara penyokong harimau malaya yg sanggup ke sebelah sana dunia demi utk menyokong team malaysia

amri yahyah (no 17) dan geng lain selaku wira petang itu, kita bukan kalah tipis,diorg mng tipis, tp kita kalah bergaya. cayalah beb.
  1. aha...jgn ingat aku salah taip title entry ni. mmg betul pn, malaysia mmg main kt "gelanggang lawan" mlm tu.
  2. mmg dah jangka pn, penyokong man u lagi ramai dari penyokong malaysia,yelah, tu kan game away.
  3. tp walaupun main away,harimau malaya nyaris2 nk gigit kasik stalemate kt tengkuk syaitan merah tu.
  4. tahniah amri yahyah, gol jarak jauh kau adalah gol taktikal paling cun abad ni dari harimau malaya yg aku penah tgk.tahniah beb.
  5. rasa rugi sgt x dapek tgk game korg,congrats sekali lagi.
  6. harap fergie consider amik player kita 2-3 orang.
  7. main btul2 game kedua nanti,nanti aku post lagi entry puji malaysia.
p/s: game korang mmg lazat. kalau aku pegi tgk game korang, mesti aku pakai jersi fenerbache yg bapak aku bagi.

Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails