Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 08, 2011

Puasa, Susu dan FB


Tempoh hari ayahnya berkata, "Najwa bila nak puasa? Ayah puasa, Mama Puasa...Najwa bila nak puasa? Puasa ni tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh korek idung" gurau ayahnya.

Tengah hari, seusai memandikan anaknya, ayahnya menyiapkan nasi, sehidang yang cukup untuk anaknya jamah sebagai santapan tengah hari. 2 tahun 11 bulan, kesian pulak kalau berlapar dek puasa, fikirnya.

"Nah najwa, ni nasi lauk kurma, mama masak dengan chicken tadi, sedap!" Girang ayahnya mempelawa nasi itu, seronok melihat anaknya membesar dan bersemangat setiap kali tiba waktu makan.

Dengan pantas anaknya berkata "ish ayah ni...saya puasa la, tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh korek idung."

"Saya nak tengok tv ni, Ayah tolong buatkan susu boleh?!"

"???????!!!"


Yang kecik pun walau belum mengerti berpuasa yang true, tp ingat, anak mudah mengikut, anak juga mudah mengingat. Tapi kalau dia belum faham apa yang kita sebut dan buat, apa lagi, pakat gelak ajelah kuat2.

Ingat ya Sihh!

Selamat Berpuasa semuanya. Seperkara lagi, suka juga di peringatkan main tag gambar makanan kt fb, cerita pum pang pum pang pasal juadah berbuka kt status fb, cerita hebatnya shopping nak beraya tahun ni kt fb sebenarnya boleh buat puasa jadi sia2, baik untuk yang buat, mahupun yang membaca dan menelan air liur akibatnya. Ini penyakit berpuasa zaman fb namanya kan?

Ahad, Jun 05, 2011

Kuah Najwa

Hari tu, lama juga sejak ia berlalu, Najwa cekap bercakap menggunakan telefon. Satu malam, si ayah outstation, bekerja kalau dalam pemahamannya. Ayah menelefon ke rumah, bertanya khabar pada si ibu dan anaknya yang baru seusia 2 tahun 9 bulan itu.

"Najwa sihat?" Ayah bertanya. "Sihat." katanya. "Dah makan?" Ayah menyoal lagi. "Dah!" Najwa cekap membalas. "Makan apa tadi?" Ayah kembali menduga, kedengarannya bertalu-talu juga. "Makan nasik!" Najwa membalas. Si Ayah tahu, kalau bukan makan nasik pun, itu skema jawapan untuk set soalan yang ditanya tadi.

Ayahnya terkenang juga untuk bertanya lagi, tapi buntu tidak reti menduga, dan mencari-cari soalan seterusnya untuk Najwa. Tiba-tiba, Najwa bersuara "Ayah dekat mana?" Teruja Ayahnya mendengar, ini sesuatu yang baru, getus hatinya. "Ayah keje laaa... kat KL!" si Ayah menjawab.

Najwa di belakang Mama

"Ooo keje ehh.." celoteh Najwa kali ni luar biasa, bagi Ayah, ini satu kemajuan untuk anak yang baru nak membesar.

Belum sempat disoal balas oleh Ayah, Si Kecil Najwa petah berkata, "Ish Ayah niiii....nape lambat balik? Lama-lama sangat keluar, tak nak balik eh?"

Ayah macam pernah dengar ayat itu. Oh, patutlah, ibu si Najwa rupanya yang pernah berkata begitu. OK fine. Betul orang kata, kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi.

"Hish Ayah ni....."

Selasa, Februari 01, 2011

Bila bah, buat kita manusia hilang megah

Senang cakap, bab banjir ni ramai yang sedap buat cerita, tapi ramai lagi yang tak pernah merasa, bila sendiri dah terkena, baru tau siapa pencipta.

Hari 1, 1.30 petang: Air dah cecah perut jambatan pertama

Petang Ahad tu, orang rumah call; "abg kedai nak kena tutup, banjir dah tiba" sehelai sepinggang, aku sempat jemput bini balik kerja di Bandar Segamat, Najwa pun ada sekali dalam kereta, tapi bila nak patah semula ke Batu Anam, dah tak sempat pula, tau2 depan RHB air dah naik paras dada. Hah mula la meraban tak tentu hala macam hilang gaya.

Insaf, itu yang pertama terlintas di minda, manakan taknya, anak beranak sehelai sepinggang terperangkap tiga sekeluarga, mula2 panik bagai nak gila juga.

Mujur aku beranak ada tempat nak melelap mata, rumah Cikgu Hafiz Marzuki dan Cikgu Siti Khadijah seisi keluarga. Kalau menjenguk tempat mangsa banjir, sedih juga, ada yang kecil, ada yang tua, ditambah macam2 ragam pun ada.

Panic shopping di kedai Along Segamat Baru, semua nak dicapai, orang berebut barang, bagai hari esok tiada, tapi yang kaya, tokey tu juga, semua yang hujungnya 50 sen, digenap jadi mahal pula!

Malam pertama, tidur bangun keluh kesah serba tak kena, faham2 saja, rumah orang rupanya, pandu kelisa, jenguk ke gigi air, rupa2 dah sampai Shell Jln Genuang sana. Pagi tu bergegas semula, gigi air kali ni lebih mesra, dah surut sampai ke CIMB kurangnya, alhamdulillah, getus jiwa. Masa sukar sebegini rupa, bibir mudah nak ucap syukur, maklumlah musibah ditarik menjauhi kita, tapi masa senang semua boleh jadi leka.

Hari Ke-2, 8.15 pagi: Air masih di Jalan Genuang

Pagi hari kedua, jambatan kedua dah dibuka, dengan Cikgu Hafiz Marzuki aku Bandar Segamat semula, seperti dijangka, air dah mula surut, mungkin dek cuaca baik agaknya, harapan cerah cuba diduga, alhamdulillah, kalau ikutkan gaya, petang ni dah boleh ke seberang sana. Tapi hakikat kereta kecil aku cuma Kelisa, nak ikutkan gaya Hilux dan Land Rover, nanti ada yg tersangkut di tengah2 pula. Kepala mendongak ke atas, matahari dah mula memancar dengan penuh hikmah dan bernyawa.

Hari Ke-3, 7.15 pagi: Padah potong kiri, kalau degil, inilah ubatnya

Hari Ke-3, 7.30 pagi: Air memang surut cepat, tahniah untuk sistem perparitan yang baik.

Hari Ke-3, 10.45 pagi: Jambatan Kedua mula dibuka

Tengah hari rabu, masuk hari ketiga, sekali lagi ke jambatan kedua, baik yang kecil dan besar, semua dah ke seberang sana, jiwa meronta kata boleh punya, tapi akal kata kalau lepas jambatan ni, nak ke rumah di Batu Anam belum tentu punya. Ada yang cerita, Batu 8 banjir yang datang tiada surutnya.

Maklumat rakan2 dan sedara mara diambil kira, kami anak beranak bergerak juga, radio mengkhabarkan Jalan Gemas telah dibuka, kawan2 pula menambah; "ikut Keratong sana" yes, malam itu rumah yang dirindui menanti setia, telah siap menyapa dan sentiasa menanti kepulangan kami bertiga.

Hari Ke-3, 4.45 petang, Jambatan Taman Mawar - Kilang Asahi, Batu 8

Insaf dan sedar siapa pencipta ni boleh datang dalam macam2 cara, untuk tahun ini, bagi aku, musibah dan ujian macam ni salah satu dari cara-Nya. Sehingga cerita ini dilayar sebegini rupa, kami sekeluarga sudah selesa berteman bunyi mercun malam Tahun Baru Cina. Bising pun bisinglah, takde hal punya, kata 1 Malaysia, toleransi mesti mau ada. Alhamdulillah, terima Kasih pada yang Esa.

Kudos untuk JPAM, PDRM, ATM, RELA, BOMBA, PBSM dan cikgu2 di semua pusat bantuan banjir!

Isnin, September 13, 2010

2 Tahun

Najwa Ilhami binti Khairul Ashraf

wahahahahah!

Bila dua tahun,
Yang 1 tambah 1
Yang 0 jadi 2
Yang susah jadi senang
Yang sendat jadi ketat

Bila dua tahun,
Yang rapat lebih mesra
Yang bising lebih suara
Yang cemerkap jadi cekap
Yang sengsara jadi suka

Bila dua tahun,
Yang kecil jadi besar
Yang gugus jadi rimbun
Yang merupa jadi sama
Yang mengikut jadi tiru

Bila dua tahun,
Semua yang haru biru
Semua yang terburu buru
Semua yang pernah keliru
Semua yang dulunya tak ambil tahu
Kini makin jelas depan mataku

Najwa Ilhami anakku. Kamu sudah dua tahun, tahu?

Isnin, Ogos 23, 2010

Penyata Bulanan Kelab

Sehingga hari ini, kami sekeluarga berpuasa dari mengunjungi sebarang bazaar Ramadhan. Tampak selesa dan tidak ada lagi perasan ditipu bila berbuka puasa. Perasaan teringin tetap ada, tp yg dimasak air tangan isteri lebih kencang dan padu rasanya.

Fasa pertama bebas nikotin gagal selepas 9 hari berpuasa, kini fasa kedua bebas nikotin bermula dan telah masuk hari 4. Harapnya dpt kekal sehingga tamat Ramadhan, dan terus kekal sampai bila2, InsyaAllah. Ujikaji pd diri pengkaji membuktikan sebenarnya tiada ketagihan yg merisaukan pun, tp dipersetujui hanya kekangan jiwa yg kuat sahaja boleh menzahirkan berhenti merokok satu realiti. Senang cakap, sebenarnya lebih pd mengada2 utk menghisap rokok. Mungkin sifat egoistik konsep Gaya, Mutu, Keunggulan tu yg tebal dlm diri, walaupun sukar dikikis, tp boleh terlaksana.

Puasa kali ni terasa benar kesederhanaannya, mungkin kerana belum berbelanja lagi utk keperluan raya, belum juga menukar duit raya, apatah membeli kuih raya, yg ada hanya jalanraya, walaupun hantu raya telah dirantai sementara. Bukannya tidak mahu beraya, tp "lek2 lu,sap kok tang lu" bak kata si muda remaja. Resmi hidup suami isteri, si isteri Manager, dan si suami Owner kelab, dengan kedua2nya ada kepentingan dan fungsi masing2. Setelah puas sama2 berdiskusi dan terlibat dalam sesi sumbang saran, manager sudah merancang dan hanya tinggal masa sahaja utk membentangkan paperwork Aidilfitri thn ni. Owner akan approve dan ammend mana yg patut. Apa yg penting, player utama atau ayam tambatan kelab, Najwa Ilhami Khairul Ashraf akan mendapat insentif yg besar dalam kek keuntungan kelab, diikuti habuan utk manager, dan juga parent dan mertua masing2 selaku BOD, insyaAllah. Bagaimanapun yg asas dan perlu dh tersedia lebih awal. Terasa lebih tenang bila sebegini, alhamdulillah.

Jarang benar pulang ke kampung, baik ke Ampangan atau Kelemak utk berbuka puasa bersama keluarga, bukan tidak rindu, tp kerana kesibukan kerja dan kesuntukan masa. Agaknya resmi bekeluarga dan berkelana mmg begini.

Outstation atas tujuan tugas rasmi lebih kerap pulak Ramadhan ni berbanding bulan2 Hijrah lain pd thn ni. Maklumlah, program besar menanti November nanti. Cerita Salahuddin Al Ayubi merampas kembali Palestin ketika Ramadhan menjadi selingan dan selalu dititip rapi dalam ruang minda. Harap terus kekal konsisten, InsyaAllah.

Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails