Memaparkan catatan dengan label Personal Best. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Personal Best. Papar semua catatan

Sabtu, Disember 28, 2013

Teladan Keldai Jatuh Perigi

Di sebuah kawasan ragut milik Petani, terdapat seekor keldai bernama Keldai Tua yang suka merungut dan kononnya seringkali kelaparan. Hari ini Keldai Tua kaget dan keanehan. Masakan tidak, selalu ketika masa kelaparan begini, tuannya seperti tahu dan akan datang menghulur makanan berumput beserta dedak bercampur vitamin mahal. Tapi tidak hari ini. Bertambah pelik lagi Keldai Tua kerana Petani membuka pintu kandang seluas-luasnya, supaya dia bebas merayau dan menikmati dunia yang lebih luas di luar sana. Keldai Tua ingat lagi, bagaimana dia sering bercakaran dengan Petani, menulis rungutan di dinding kandang dan membebel tentang kesusahan dalam kehidupan, keperitan bekerja untuk tuannya iaitu Petani yang juga tuan kepada rakan-rakannya yang lain, iaitu seekor lembu bernama Lembu Tua Betul dan seekor kambing bernama Kambing Tua Juga.

Dicelah-celah pagar kandang, dengan takdir Tuhan, terlihat lah dia sebab musabab kenapa tuannya tak datang menghantar makanan hari ni. Traktor yang ditempah tempoh hari rupanya telah selamat sampai. Perlu dikilat dan diminyak, perlu dipolish dan dibelai. Lebih gagah dan berdaya saing, dibandingkan Traktor dan Keldai Tua jauh bezanya. Keldai Tua kuat merungut, tapi Traktor baru lagi dan masih dalam warranti. Lebih terkesan lagi Petani kelihatan seperti tidak mahu menggunakan lagi kederat Keldai Tua, dan seakan melupakan jasa Keldai Tua, kerana Traktor sudah ada. Mungkin juga tuannya marah kerana Keldai Tua asyik merungut dan membebel sahaja, ditulis pula pada dinding kandang macamlah semuanya serba tidak kena, dan makhluk lain tiada msalah sehebat masalah dirinya. Tidak semena-mena perut Keldai Tua berkeriuk. Berbunyi tanda lapar.

"Ah, lapar perut ni perlu diisi juga, tak kira tuan aku mahu atau tidak, aku perlu makan, dan perlu meragut sendiri diluar kandang." Rungut Keldai Tua, seperti biasa.

Merasakan tidak mampu membendung kelaparannya, dan tidak lagi sabar menunggu tuannya menyuap makanan, Keldai Tua meragut sendiri rumput di luar kandang dan di sekelilingnya, sekadar meragut rumput yang mampu dicapai dan ditelan sahaja.

Mungkin rumput berdekatan tidak berapa sedap, beliau membebel, lagak selayaknya sebagai seekor Keldai Tua. Tiba2, Keldai Tua terkenang kata Lembu Tua Betul tentang ada sebuah kawasan sekitar sebuah Perigi Buta di padang rumput itu yang rumputnya hijau menyegar, dan rasanya sedap tak terkata. Keldai Tua lantas bergegas ke situ sambil beberapa kali menelan air liur, kerana membayangkan kelazatan rumput di kawasan perigi itu. Bagaimanapun mulutnya masih tidak berhenti merungut dan membebel, seperti biasa. Marahkan rumput, marahkan tuannya, marahkan keadaan dan suasana yang serba tak kena. Marah juga dia pada Lembu Tua Betul kerana pernah sampai ke situ, tanpa mengajaknya. Begitulah lumrah Keldai Tua, mudah benar gelisah dan resah seakan hilang punca.

Sesampainya Keldai Tua di situ, dia rakus meragut rumput2 yang memang segar bugar, hinggakan tidak lagi memandang kiri dan kanan, atas dan bawah. Sehinggakan dia lupa ada perigi buta seperti yang diceritakan Lembu Tua Betul disitu. Kambing Tua Juga pernah bercerita, Perigi Buta itulah yang digali Petani lama dahulu. Pernah berguna, baik untuk ternakan mahupun tuannya. Tapi setelah Keldai Tua dan rakan2 ternakannya asyik disuap tuannya dengan dedak, rumput import, garam jilatan dan air dari filter yang mahal, perigi ini tidak lagi dihiraukan, rumput disini pun semakin dilupakan. Malas nak ke situ satu hal, runsing berjemur satu hal. Petani dah suap, buat apa lagi mencari sendiri?

Rupanya, Perigi Buta tahu bersungut dan merungut juga, lantas merajuk, seperti Keldai Tua. Kering dan tidak menakung air lagi, Perigi Buta tidak berdinding ini akhirnya telah dilupakan, tanpa dihirau sesiapa. Leka meragut rumput, Keldai tidak memikirkan lagi keselamatan dirinya, mungkin akibat keenakan rumput di sekeliling perigi, dia lupa dan alpa.

Tiba2, "GEDEBUKKK!!"

Keldai Tua terjatuh ke dalam perigi sehingga sakitlah sekalian tulang temulang dan otot badannya. Apalagi, menjerit lah Keldai Tua kesakitan, berteriaklah Keldai Tua, pasrah mengharap bantuan tuannya, mengharap ditarik keluar dari perigi buta yang dalam dan gelap itu. Dia sudah tua, seringkali dimanja dan disusap, manalah biasa memanjat sendiri. Kederat pun tiada, malas pula berganda2.

Nasib Keldai Tua


Petani sedang sibuk mengelap dan mengilatkan traktor yang baru dibeli tempoh hari, bagi menggantikan Keldai tuanya yang semakin malas dan tidak lagi kuat bersemangat seperti dahulu. Kerjanya pun membebel dan merungut, menconteng dinding kandang dengan kata nista dan status diri yg kononnya berduka sentiasa. Tidak semena2 terdengar jeritan sumbang, suara seekor keldai, yang seakan lanjut usia. Diamatinya beberapa ketika dan mengamati lolongan minta tolong itu.

"Itu suara Keldai Tua milik aku!"

Berlari lah dia ke arah suara itu datang. Syaknya sesuatu musibah pasti telah menimpa Keldai Tua yang lama telah setia dengannya, dan lebih berjiwa dari Traktor yang baru tiba. Arif dengan kawasan Ladangnya sendiri, Petani sudah mengagak suara Keldai Tua datang dari perigi buta itu. Jangkaannya tepat. Keldai Tua jatuh Perigi! Perigi ini dalam rancangannya hendak dikambus sahaja, untuk mengelakkan celaka. Tapi belum sempat berbuat demikian rupa, Keldai Tua dah menjadi mangsa!

Berkaca2 Petani merenung dan melihat mata Keldai Tua memohon simpati. Seraya berkunjunglah rasa kasih dan hiba atas kecelakaan yang menimpa Keldai Tua. Betul, Keldai Tua kuat merungut, mengeluh dan membebel, tapi itu kan Keldai Tua. Keldai inilah yang dahulunya cekap membantunya bekerja, tanpa kenal penat lelah, membangunkan Ladang bersama2, setia sentiasa di saat susah dan duka. Petani sudah berkira mencari tali untuk menarik Keldai Tua keluar dari perigi buta. Tapi, entah kenapa anginnya, tiba2 ada sapaan nakal menjelma di cuping telinga;

"Kau nak tarik Keldai Tua keluar perigi ni? Dia dah tua, lagipun kan kau memang nak kambus perigi buta ni, nak buat pembangunan atasnya? Kambuskan sahaja Keldai Tua di dalam perigi, senang cerita, Keldai Tua tiada, Perigi Buta pun rata!

"Betul juga!" Bisik sendiri Petani. Petani muda, mudah benar mengikut rasa hati. Tanpa berfikir sedalam2nya, dia memanggil Orang2 Kampung untuk membantunya mengambus Perigi Buta tersebut, bersama Keldai Tua di dalamnya. Janjinya pada Orang2 Kampung;

"Kawasan rata sekitar perigi buta ni nanti akan dibangunkan taman permainan kanak2, tempat anak2 kita bersuka ria, baru senang kita nak bekerja!" Janji Petani. Ada rezeki, pasti ditepati.

Orang Kampung merenung ke dalam Perigi Buta


Petani dan Orang2 Kampung mengambil peranan masing2, ada yang bercangkul, ada yang menggunakan skop, mencangkul, mencedok dan membuang tanah ke dalam Perigi Buta, mengambusnya sekali beserta si Keldai Tua. Terasa diperlakukan dengan kejam oleh tuannya, Keldai bertambah marah, menangis mengenangkan nasibnya ditanam hidup2 oleh tuannya, dibiar susah sebegitu, tanpa dibela.

Keldai Tua sempat lagi meninggalkan cacian makian beserta sumpahan terhadap tuannya di dinding bahagian dalam perigi buta. Dia menulis "Petani tak guna, Petani celaka, dikambusnya aku dalam Perigi Buta!" ditulis di dinding bahagian dalam Perigi Buta. "Mesti nanti ada yang baca, dan membenci Petani kerana perbuatannya," Bentaknya. Sedih, tapi puas hatilah kononnnya.

"Biar kawan2 semua tahu, biar satu dunia tahu Petani ini kejam orangnya, celaka perangainya." Tambahnya lagi. Tanah yang dibuang kedalam perigi sudah tinggi separas keting kaki.

Mengamuk sakan Keldai Tua. marah tidak terkata, sambil berteriak hingga tiada lagi air mata. Menghela nafas dalam2, kononnya nafas terakhir sebelum riwayatnya tamat dikambus bersama tanah di dalam Perigi Buta, dia tiba2 spontan bertindak mengikut akal naluri serta jiwa survivalnya yang masih bersisa.

Sekali Petani dan Orang Kampung membuang tanah ke dalam Perigi Buta, sekali itu juga Keldai Tua memanjat ke atas lapisan tanah itu, melangkah berdiri tegap di atas nya. Petani terpesona dengan kecerdikan Keldai Tua. Malah, Keldai Tua pun terpesona dengan kemampuan dirinya sendiri. Tak sangka, Keldai Tua macam dirinya masih lagi cerdik dan mampu berfikir, tak macam Petani dan rakan2 Orang Kampung tuannya itu.

Teruja, Petani menjerit;

"Keldai Tua ni masih lagi berbisa akalnya, kederat tiada, tapi cerdik masih tak kurang hebatnya, mampu dia memanjat demikian rupa, menyelamatkan dirinya!"

Petani memuji pula Keldai Tua. niat mengambus Keldai Tua hilang dan bertukar rasa gembira dan sayang pada Keldai Tua itu. Getus hatinya, tak jadi hendak menimbus Keldai Tua yang pernah menjadi sahabat setianya itu semasa masih muda remaja. Fikirnya kalau begini tua pun masih cerdik lagi, tentu berguna demi Ladang ini nanti. Petani bercadang mahu membangunkan Ladang Berpendapatan Tinggi.

"Ayuh, gunakan tanah untuk Keldai Tua berpijak naik ke atas!" Gesa Petani.

Keldai Tua terus yakin. Semakin banyak tanah di buang ke dalam Perigi Buta, semakin dia melihat jalan keluar, semakin yakin dia menapak menjauhi dasar Perigi Buta.

Akhirnya berkat tanah yang asalnya dilihat sebagai penamat riwayatnya, Keldai Tua menggunakannya pula untuk keluar dari Perigi Buta. Masalah dan musibah yang menimpa, ditukarnya menjadi peluang hidup semula dan lebih bijak  memastikan kemandirian dirinya, dan pengajaran buatnya.

Petani menyesal akan terdetiknya untuk pernah berfikir mengambus Keldai Tua di dalam Perigi Buta. Usai meminta maaf pada Keldai Tua, Petani berjanji untuk memajukan Ladang bersama2 ternakannya ke arah Ladang Berpendapatan Tinggi. Kini, Keldai Tua masih berpeluang melihat dan bergurau senda bersama2 Lembu Tua Betul dan Kambing Tua Juga, bersama2 Petani membangunkan Ladang, bersama Traktor, mereka berganding ke arah memastikan Ladang Berpendapatan Tinggi. Tempat yang tidak boleh digapai Traktor, dikerjakan oleh Keldai Tua dan rakan2. Penat ternakan, Traktor mengambil tempat pula untuk sama2.

Keldai Tua tidak lagi merungut, membebel dan mengeluh sepanjang masa. Lebih rajin dan berdaya saing, peluang hidup semula itu digunakan sebaiknya, tanda terima kasih pada akal yang diberi oleh Tuhan. Bersama Petani, Traktor dan kadang2 Orang Kampung bersama rakan2 Ternakannya Ladang makin mengorak maju ke arah Ladang Berpendapatan Tinggi.

Untunglah Keldai Tua, mampu berfikir yang masalah dan musibah sekalipun mampu menjadi punca untuk Keldai2 lain berfikir dan berusaha lebih hebat dari biasa. Merebut segala ruang dan peluang, demi survivabiliti Keldai. Untunglah.


Ahad, Oktober 13, 2013

Salam Aidiladha

Aku rasa ritual Haji ni menjangkaui lebih dari sekadar ritual dan pelaksanaan Rukun Islam Kelima. Falsafah pengorbanan di sebalik seruan Haji ni besar maknanya dan sewajarnya lebih besar lagi impak dia pada umat. Kupasan mengenainya bukan setakat harus mengesankan para penerima panggilan Haji, tapi juga yang tidak mengerjakan Haji. Wallahualam.


Khamis, Mac 22, 2012

Royal Enfield Classic Battle Green

Dulu, siapa letak wishlist dalam blog, gua pikir itu namanya mengada2, saja nk pujuk orang belikan untuk dia, saja menunjuk2 macam mana taste dan betapa classynya dia. Tapi hari ni pergi persetan itu semua. Kerana hari ni gua tak kira. Bukan list panjang berjela pun, satu ni je. Gua tak tau kenapa, motor ni terpaksa gua letak dalam wishlist gua. Agaknya gua takut nanti dah dimakan usia, gua terlupa nk rembat motor ni bila terdaya dgn usia, jiwa dan ongkosnya. Boleh beli jiwa kalau di saat usia2 senja nanti, teringin nk menunggang pula. Itupun kalau masih bernyawa dan jumpa dunia. Harap2 dapat la satu hari nanti. Lagi satu ni gua nak bagitau, kalau lu orang nak bagi, gua terima aje, takkan nk tolak rezeki pula. pm kat fesbuk gua ye, gua bagi alamat rumah (kalau nk bagi moto ni direct) atau gua bagi no akaun (lu orang bank in la dalam 30k, lebih sesuai). Amacam?





Royal Enfield Classic Battle Green


Ahad, Januari 08, 2012

@goal_intl

Di celah2 berita AC Milan ada twitter pasal Negeri Sembilan.

Ini perkembangan baik, tanda liga kita diperhati, Singapura pun angkat siaran live liga kita untuk dinikmati. Tahniah Negeri, kau tetap di hati. Liga Malaysia sudah mula dicemburui.

Isnin, Oktober 31, 2011

Kronologi Soghang Jang: Tang Segamat Ko Shah Alam Lopeh Tu Selamat Pulang!

1. 11.30pg: Tiba di komuter dari Stesen Komuter Seremban, beli tiket untuk ke Stesen Komuter Batu Tiga, Shah Alam. "RM7.40 dik," Kata Abang Kaunter.
2. 12.27 tgh: Komuter tiba, bertolak dari Stesen Komuter Seremban untuk ke Stesen Komuter Batu Tiga, Shah Alam.

Stesen Keretapi Jang: Stesen Keretapi Juara!

3. 1.32 ptg: Tiba di KL Sentral, menukar komuter menghala ke Pelabuhan Klang (Akan melalui Stesen Komuter Batu Tiga)
4. 2.13 ptg: Komuter rosak pulakkkkkk di Stesen Komuter Setia Jaya (Hanya dua stesen lagi untuk sampai di Stesen Komuter Batu Tiga)
5. 2.30 ptg: Komuter lain tiba, menuju ke Stesen Komuter Batu Tiga Penyokong Ganu ada beberapa kerat, tanda suasana dah mula terasa. Komuter padat gila. Ketat, Sendat dan Pekat (bau).
6. 2.48 ptg: Tiba di Stesen Komuter Batu Tiga Shah Alam.
7. 2.50 ptg: Menunggu Syuk untuk ke Rumah Gerakan (Rumah Ciko). Syuk silap stesen, dia tunggu aku kt Stesen Komuter Shah Alam (Ini boleh buat gaduh) haha..
8. 3.00 ptg: Last2 Ebby penyelamat aku, amik aku dan jumpa dengan Syuk kt Esso berhampiran. (Jalan dah start jem, penyokong Terengganu memang banyak gila kat atas jalan.
9. 3.30 ptg: Tiba di Rumah Gerakan, Ebby amik tiket dan terus balik semula ke UK Perdana (Amik abang dia pulak, kami tak jumpa lepas tu.)
10. 3.45 ptg: Mengeteh dulu bincang pasal bola kt mamak, isap rokok sebatang dua, berg
erak semula ke Rumah Gerakan untuk bersiap2 dan solat.
11. 4.30 ptg: Bertolak ke Stadium Shah Alam. Penyokong Terengganu sangat ramai, jalan jem dan sesak teruk. Untung ada orang Shah Alam (Kredit pada Syuk) kami sampai sedang ramai fan NS baru flocking into massive crowd dekat parking stadium.

OK, Dah sampai!

12. 5.35 ptg: Berjalan beramai2 dengan fan2 lain: Fan Kg Gajah Mati, Kompang Senawang, Fan Jelai, Fan Kg Bemban, Fan Pidee, Fan UN9, Fan Bukit Rokan, Fan Palong 9 dan lain2 fan yang
baru sampai. Gendang mengiringi kedatangan kami.

Beriringan bersama Fan Bukit Gajah Mati, Lukut


Dari Kiri: Along Erin, Ciko, Syam dan Asyuk (den xdo pasal den tukang amik gamba)

13. 5.28 ptg: Masuk ke dalam stadium. Fan Terengganu hampir memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan, fan NS masih sangat sedikit. Kami mula berbual, "Tengok gayo, boikot tiket macam menjadi".
14. 6.30 ptg: Didalam stadium, fan NS masih lagi amat sedikit, fan terengganu dah hampir
penuh.

6.00 ptg: Fan Peteh terus memenuhi setiap inci ruangan stadium

15. 7.30 mlm: Fan Terengganu dah memenuhi 70% ruang stadium, Fan NS baru nampak padat. Kami bertukar tempat duduk ke seberang stadium kerana xde feel dgr gendang cina memekak yang sibuk balun gendang takde motif. Lagu ontah apo2. Tukar port, pasal gendang cina Bukit
Gajah Mati tak abis2 main lagu gendang cina. boring. berlari ke seberang stadium, memburu tempat lebih pawe.

Gendang ni akhirnya membuat kami mencari tempat lebih pawe. "Momokak, lagu ontah apo2" Kata Asyuk.

16. 7.40 mlm: Dapat port baik punyo, join Kompang Senawang.
18. 7.45 mlm: Paluan gendang Kompang Senawang, OOOO...Ne, Ge, Ri! dan hobin jang hobin membangkitkan semangat.
19. 8.00 mlm: Mexican Wave pertama, laungan cheer, provokasi, mercun dan bunga api memenuhi atmosfera stadium.

Kami memang selalu follow geng ni kalau kek STAR

20. 8.15 mlm: Kelihatan ketegangan sedikit berlaku di upper tier stadium, kedua2 fan bertukar2 balingan cawan air. Benda biasa bolasepak Malaysia. Sampai bila macam ni pun tak tau. Kedua2 pasukan mula keluar untuk warm up session, tp hanya di tepi padang, maybe pasal takut padang rosak, (padang mmg dah sedia rosak teruk pun)
21. 8.30 mlm: Pemain NS bersiap sedia, Terengganu pun sama. Cheer terus membangkitkan aura final Piala Malaysia 2011.

Budaya Kuning yang positif!

22. 8.45 mlm: Nyanyian Negaraku. Semua fan ikut sama menyanyi. Satu2nya senggang masa yang aman, buat seketika.
23. 8.50 mlm: KICK OFF: Terengganu. Serangan bertali arus kedua2 pasukan, final terunggul, rasa game baru 10 minit berlansung, possession NS, attacking style pun NS. Terengganu tak control game, namun pecubaan merbahaya tetap datang silih berganti dari kedua2 pasukan. Farizal Marlias sangat meyakinkan, tapi Sharbinee Alawi manjang tangkap bola tak lekap. HT.

Ultras N9 masuk seawal 2nd half: Fan kembali bernyawa!

29. 9.35 mlm: 2nd HALF Kick off, Terengganu lebih menggasak, defend NS sedikit kelam kabut. Aidil dilayangkan kad kuning, dan kesilapan defend banyak berlaku oleh NS. Terengganu tampak lebih composed, bertenaga dan banyak cubaan memperdayakan defend, tambah dengan kelalaian Aidil. UN9 masuk menggegar suasana. Flare kuning, kemudian merah memastikan kedatangan mereka disedari. Fan NS mula kembali bernyawa!
30. 9.58 mlm: GOL! Terengganu mendahului 1-0 pada minit 72 permainan. Kesilapan bermula dari Aidil dihukum pula oleh Ashaari Samsuddin bagi memastikan Terengganu di depan. Pesta gol utk semua fan Ganu, Fan NS mula menyepi, menggeleng kepala. Rasa loya dan mula tak bermaya. Gendang terus setia memalu, kami terus menyanyi, tapi fokus di padang tetap ada, memastikan sokongan terus padu dan tak berbelah bagi. harap gol NS mula menggegar jaring Terengganu. Sekali sekala aku menjeling pada scoreboard, tengok masa, tengok score. Macam tak percaya, tapi apakan daya.
31. 10.10 mlm (kot?): GOL! Kunalan tersenarai sbg penjaring gol malam ni. Kealpaan dan kegelabahan Sharbinee dihukum. Butterfingers! bola terlepas gaya setting bola tampar dan menerjah ke gol Terengganu. minit 80, kedudukan 1-1.

1-1, Jang mampu!

32. 10.45 mlm: GOL LAGI!!! Libasan gunting, Libasan Pari, Pukul Serong diberi nama Hai-O menjaringkan gol lagi! 2-1 untuk NS di depan, permainan berbaki 5 minit masa sebenar permainan. 3 kali ke final, 3 kali menajaringkan gol, 3 kali bakal juara. Bendera NS dan Mafla digenggam erat, yakin piala malam ni dalam dakapan NS!

Hobin Jang Hobin!

33. 10.55 mlm: Injury time terasa macam 10 jam! tapi NS akhirnya ditabalkan Juara Piala Malaysia 2011. Terima Kasih Kunanlan dan Hai-O, tenkiu AK9 (Azraai Khor N9) malam ni kita punya, piala pulang semula ke gagang NS. Kami bersorak riang, gembira tak hilang sampai larut malam menjelang! 2-1 scoreline.

Player mencari fan yang setia setelah wisel referee memastikan piala Malaysia balik ke pangkuan NS!

34. 11.00 mlm: Piala dijulang, kami sangat riang, Ganu tak mampu nelang, hampa sahaja yg dibawa pulang, kuang, kuang, kuang!

2-1, gambar menceritakan segalanya.

35. 11.15 mlm: Mula berjalan keluar stadium, all the way dari dalam berjalan keluar, kami beramai dengan semua fan menyanyi lagu2 kemenangan dan cheer NS tanda gembira. Corteo dengan tidak semena2.
36. 11.45 mlm: Tiba di kereta, jem tahap dewa, kereta nk bergerak punye seksa. rehat sebentar, sambil aku dok pikir macam mana nak balik Seremban!
37. 12.13 pg: Aku gamble tumpang bas catar set2 Pilah + Mambau, baru true tengok bola, hehe..

Fan2 Kg Bemban, Mambau dan Pilah: Ponek poittt!

38. 1.30 pg: Masih lagi di car park stadium, jem teruk. ini bahana fan yan'g menang.
39. 2.00 pg: Baru mula bergerak keluar stadium, layan abg mail, driver bas berbual, mata dah mula rabak.
40. 3.30 pg: Hantar set2 Kg Bemban Mambau (TQ Guys!), bergerak ke Ampangan. Brader Mail (dia suruh aku panggil dia Lebah) dropkan aku kat bus stand Ampangan (depan Pasar Ampangan)
41. 3.45 pg: Call Shakir, dia amik aku balik rumah (TQ bro!)
42. 3.55 pg: Melangkah masuk ke rumah, mata dah rabak dengan serius.
43. 4.12 pg: Mandi lebih kurang, tido dengan senyuman lebar, hati puas, tahun depan harapnya ke Final lagi!

Isnin, Ogos 15, 2011

54


54,
dulu kuat,
sekarang nasibnya bertongkat.

54,
dulu satu,
sekarang masing-masing buat tak tau

54,
dulu bebas,
sekarang melampau batas,

54,
dulu terluka,
sekarang parutnya kembali bernanah semula.

54,
dalam nilainya banyak
akalnya masih dangkal dan kerap dilanyak

54,
yang berfikir mula menyendiri
sekadar menggeleng tanda protes dalam diri
yang menyalak mula bersuara
maklumlah apa yang ada tak cukup pula
bila yang dinyata tak nampak sama, takkan kita tak sanggup cintakan dia?
kan ini rumah kita,
rumah yang kita duduk sama-sama,
rumah yang kita bina sama-sama
rumah yang didalamnya kita hias sama-sama
rumah yang kita bercakaran mesra
tapi jangan sampai terbakar pula!

54,
dalam deru merdeka
kita mudah leka
mengadu domba
mencaci nista
baik di akhbar, baik di maya, baik di mana saja.
pantang berbeza
kita dituduhnya pendusta

Sudahlah bulan puasa
entah-entah Dia pun murka.

Gua ucapkan Selamat Terus Berpuasa Sehingga Penuh, Salam Lebaran Aidilfitri dan Selamat Hari Merdeka Ke-54, semoga hari raya dan merdeka ini kita masih lagi bebas bersuara, dan merdeka dari sfat prejudis sesama kita.

Rabu, April 20, 2011

5 Sebab Sesebuah Pasukan Gagal Berfungsi!


Semalam sambil meneman Najwa Ilhami sementara mamanya bekerja, sambil2 menjaga anak, sempat membelek semula buku tulisan Patrick Lencioni yang bertajuk The Five Dysfunction of a Team. Ini review buku pada sudut pandang aku sendiri yang pertama, bukan tak nak review buku yang lain2, tapi buku ini ada mesej jelas, ada impak yang kalau dipraktik, takkan ada organisasi yang lebih hebat dari kita. Buku ini menyenaraikan, membincang serta mengupas 5 faktor utama yang menyebabkan sebab musabab kegagalan sesebuah unit berpasukan, organisasi, jabatan dan kumpulan kerja mengejar visi, misi serta objektif yang telah ditetapkan secara kolektif dan dipersetujui melalui mesyuarat, skop kerja, dan arahan dari ketua. Aku sangat syorkan buku ini untuk ketua2 jabatan, bos, fasilitator, pensyarah dan kita yang hidup dan bergelar pemimpin. Seusai mentelaah dan berjaya khatam buku setelah beberapa purnama terperuk di pojok almari buku di rumah, akhirnya setelah berjaya tamat kitab ni, berikut adalah beberapa perkara yang suka sekali untuk saya kongsikan buat renungan dan panduan kita bersama, selain berpesan2 kepada rakan2 kita yang lain, demi memajukan organisasi KKS2 yg dicintai.

5 faktor kegagalan sesebuah organisasi berfungsi dengan baik ialah;

1. Kurang kepercayaan kepada ahli pasukan.
Tidak ingin mempercayai, memberi kepercayaan, sekadar mempercayai diri sendiri dan one man show. Kesannya penat sendiri dan gusar, gelisah dan tidak pernah menghargai cara orang lain melaksanakan kerja masing2 ke arah kemajuan organisasi. Seringkali sikap sebegini mendorong kita sentiasa berprasangka buruk sesama ahli pasukan, memandang lekeh dan memperlekehkan orang lain, memandang rendah kemampuan orang lain dan cenderung untuk meminggirkan ahli2 yang dilihat kurang berupaya dari diberi tugas dan penghargaan yang sepatutnya diterima. Golongan ini juga takut kelemahan diri diketahui umum, selain cenderung menilai kelemahan orang lain dan tidak berusaha memperbaiki kelemahan diri sendiri.

2. Takut pada konflik sesama ahli pasukan.
Faktor ini mungkin dilihat sebagai negatif, tetapi setelah diteliti dan difahami, maksud penulis tentang takut pada konflik ialah tidak berani menyuarakan pendapat, tidak bersikap proaktif di dalam mesyuarat dan mengharapkan tindakan orang lain melaksanakan sesuatu untuk kita,
sedangkan perkara tersebut adalah berkait rapat dengan kita. Kita tidak berani menyuarakan hak sendiri dan mengharap orang lain bersuara untuk kita kerana kita takut dilihat sebagai pemberontak, semberono dan terlalu kritis dan kritikal dalam sesebuah organisasi, walaupun hakikatnya kita memendam rasa. Mesyuarat yang membosankan dan sehala adalah petanda kewujudan faktor ini di dalam oraganisasi. Kesannya, pemikiran ahli pasukan tidak akan berkembang dan menggalakkan cakap2 negatif, mengumpat dan mengata di belakang, tidak secara berdepan dengan penuh jujur dan berhikmah.

3. Kurang komitmen pada organisasi dan kumpulan kerja
Kegagalan mengklasifikasi antara kepentingan peribadi dan kepentingan organisasi serta ketidakseimbangan dalaman yang wujud akibat pelbagai masalah sendiri akan menjadi barah jika tidak diselesaikan secara berhemah dan penuh hikmah. Keadaan ini akan menjadikan komitmen pada kerja dan tugas2 asas sebagai pekerja tidak dapat diselesaikan, tertangguh, mewujudkan ignorance (sikap tidak ambil peduli) serta menjadikan ahli yang memiliki komitmen yang baik pada oraganisasi burn out (seperti tayar kereta yang diguna terlalu lama untuk berjalan jauh, haus dan hilang bunga serta serinya). Golongan sebegini tidak peduli akan penat jerih dan lelah yang ahli lain curahkan untuk kebaikan bersama dalam organisasi.

4. Mengelak daripada tanggungjawab dan dipertanggungjawabkan.
Melarikan diri daripada menerima arahan dan tanggungjawab, tidak jujur dengan menyatakan alasan atas setiap kegagalan pada kerja yang diberi merupakan faktor yang berpotensi untuk menjadi tabiat buruk untuk organisasi. Sifat ini berupaya mewujudkan kumpulan kerja yang sentiasa tidak gemar pada kerja2 semasa dan cenderung untuk mengingkari arahan ketua. Pemimpin diri sendiri dan keluarga yang baik adalah individu yang sanggup menerima tanggungjawab dan sedia dipertanggungjawabkan apabila masalah menimpa organisasi, baik menimpa oragnisasi secara keseluruhan, ahli2 pasukan bahkan ketua sendiri.

5. Tidak berorientasikan matlamat, tidak mengambil kira keputusan akhir.
Bekerja, tetapi tidak pasti untuk siapa dan untuk apa, melepaskan batuk di tangga dan sekadar lebih kurang. tidak bermotivasi, tidak faham tujuan kewujudan organisasi, tidak pernah mengambil tahu kelemahan organisasi yang patut diperbaiki dan tidak arif tentang kekuatan organisasi yang boleh memacu kemajuan organisasi. Ketua akan sentiasa dan pening dengan golongan sebegini. Amalan sebegini juga mendorong kita lebih mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan orang lain, selain tidak peduli atas kelalaian orang lain melaksanakan kerja, malah lebih suka jika diri sendiri mendahului orang lain dengan beranggapan diri sendiri lebih ampuh dan hebat dari ahli pasukan yang lain.
Ayuh, kenang balik surah Al-Asr. Ayuh sama2 kita fahami dengan penuh hikmah apa yang telah saya kongsikan untuk kebaikan kita bersama, fikirkan pengorbanan orang lain yang sama2 bekerja, menjiwai budaya kerja yg baik, bekerja dengan keseronokan dan keikhlasan yg tidak dibuat2 serta elakkan mencela serta mengeji orang lain mampu memadam semua sifat mazmumah dan negatif dalam diri. Semoga hidup kita lebih diberkati dan dirahmati Allah SWT, tuhan sekalian alam. Kalau nak pinjam buku ni, boleh pinjam dengan saya, insyaAllah.

Khamis, Mac 03, 2011

Tips Trekking: jangan sombong dan berlagak

Program: Kem Pemantapan Kepimpinan JPP, KRN, Kelab & Persatuan KKS2 dan KKPG
Tarikh: 25, 26, 27 Februari 2011
Masa: Pagi sampai petang, sepanjang hari bawak sampai ke malam.
Tempat: Taman Negeri Endau Rompin, Pahang.

Nuek tanya gua; "Rap, air soya ade ni, amacam, nak bawak tak?"

"Tak payah, leceh nak pegang2 dengan tangan ni. Outdoor2 camni, tangan kena free, biar takde pegang pape, baru senang nak berpaut" gua kata.

Ada main redah2 sungai...

Ada main panjat2...

Ada main rendam2 dalam air lagi...

Ada student main Action Kamen...

Pasal ada pensyarah pun main senam action kamen...

Shuder pulak tanya; "rap, air mineral ni bawaklah sekali. Masa trekking kang buleh minum." Dengan sopan gua mengangkat tangan tanda tak nak sambil berkata; "tak payah, tak payah..xpe2.."

"Abis roti tak nak bawak ke? lapar nanti?" member risau takut kami berdua berlapar masa trekking nanti. "Eh takpe2..tak yah shuder, kenyang dah ni" sombong dan berlagak, gua pun terus ajak nuek follow budak2 ni trekking.

Student2 gua belum 500meter berjalan dah mula teguk air, dipelawanya jugak kami "cik, minum air cik, pisang pun ade, nak?" sambil menolak dgn senyuman gua menjawab "awal2 korang dah minum, siap makan pisang lagi? jauh lagi nak jalan ni!" keh keh

Ini baru sikit dari trekking 8 jam punye hal.

Air Terjun Seri Mahkota

Dari 9.30pg, kami start trekking, sampai ke kem balik dalam pukul 5petang. 8 jam lebih berjalan, harung sungai, naik bukit turun bukit, bila tak makan ni mmg heaven jugak rasa. Telan rokok pun, asap je yang dapat rasa.

Abang Samad, guide orang Asli yang ramah bersama coklat Apollonya menyelamatkan perut kami.

Moralnya, tulah, lain kali jgn sombong dan berlagak, org suruh bawak makan tu, bawak je la. Outdoor, outdoor jugak, abis kalau lapar, nak makan daun dgn kumbang je ke hape?

Kalau tak makan, muka memang macam ni gayanya.

KK Segamat 2 dan KK Pasir Gudang bergambar bersama.

Selasa, Februari 01, 2011

Bila bah, buat kita manusia hilang megah

Senang cakap, bab banjir ni ramai yang sedap buat cerita, tapi ramai lagi yang tak pernah merasa, bila sendiri dah terkena, baru tau siapa pencipta.

Hari 1, 1.30 petang: Air dah cecah perut jambatan pertama

Petang Ahad tu, orang rumah call; "abg kedai nak kena tutup, banjir dah tiba" sehelai sepinggang, aku sempat jemput bini balik kerja di Bandar Segamat, Najwa pun ada sekali dalam kereta, tapi bila nak patah semula ke Batu Anam, dah tak sempat pula, tau2 depan RHB air dah naik paras dada. Hah mula la meraban tak tentu hala macam hilang gaya.

Insaf, itu yang pertama terlintas di minda, manakan taknya, anak beranak sehelai sepinggang terperangkap tiga sekeluarga, mula2 panik bagai nak gila juga.

Mujur aku beranak ada tempat nak melelap mata, rumah Cikgu Hafiz Marzuki dan Cikgu Siti Khadijah seisi keluarga. Kalau menjenguk tempat mangsa banjir, sedih juga, ada yang kecil, ada yang tua, ditambah macam2 ragam pun ada.

Panic shopping di kedai Along Segamat Baru, semua nak dicapai, orang berebut barang, bagai hari esok tiada, tapi yang kaya, tokey tu juga, semua yang hujungnya 50 sen, digenap jadi mahal pula!

Malam pertama, tidur bangun keluh kesah serba tak kena, faham2 saja, rumah orang rupanya, pandu kelisa, jenguk ke gigi air, rupa2 dah sampai Shell Jln Genuang sana. Pagi tu bergegas semula, gigi air kali ni lebih mesra, dah surut sampai ke CIMB kurangnya, alhamdulillah, getus jiwa. Masa sukar sebegini rupa, bibir mudah nak ucap syukur, maklumlah musibah ditarik menjauhi kita, tapi masa senang semua boleh jadi leka.

Hari Ke-2, 8.15 pagi: Air masih di Jalan Genuang

Pagi hari kedua, jambatan kedua dah dibuka, dengan Cikgu Hafiz Marzuki aku Bandar Segamat semula, seperti dijangka, air dah mula surut, mungkin dek cuaca baik agaknya, harapan cerah cuba diduga, alhamdulillah, kalau ikutkan gaya, petang ni dah boleh ke seberang sana. Tapi hakikat kereta kecil aku cuma Kelisa, nak ikutkan gaya Hilux dan Land Rover, nanti ada yg tersangkut di tengah2 pula. Kepala mendongak ke atas, matahari dah mula memancar dengan penuh hikmah dan bernyawa.

Hari Ke-3, 7.15 pagi: Padah potong kiri, kalau degil, inilah ubatnya

Hari Ke-3, 7.30 pagi: Air memang surut cepat, tahniah untuk sistem perparitan yang baik.

Hari Ke-3, 10.45 pagi: Jambatan Kedua mula dibuka

Tengah hari rabu, masuk hari ketiga, sekali lagi ke jambatan kedua, baik yang kecil dan besar, semua dah ke seberang sana, jiwa meronta kata boleh punya, tapi akal kata kalau lepas jambatan ni, nak ke rumah di Batu Anam belum tentu punya. Ada yang cerita, Batu 8 banjir yang datang tiada surutnya.

Maklumat rakan2 dan sedara mara diambil kira, kami anak beranak bergerak juga, radio mengkhabarkan Jalan Gemas telah dibuka, kawan2 pula menambah; "ikut Keratong sana" yes, malam itu rumah yang dirindui menanti setia, telah siap menyapa dan sentiasa menanti kepulangan kami bertiga.

Hari Ke-3, 4.45 petang, Jambatan Taman Mawar - Kilang Asahi, Batu 8

Insaf dan sedar siapa pencipta ni boleh datang dalam macam2 cara, untuk tahun ini, bagi aku, musibah dan ujian macam ni salah satu dari cara-Nya. Sehingga cerita ini dilayar sebegini rupa, kami sekeluarga sudah selesa berteman bunyi mercun malam Tahun Baru Cina. Bising pun bisinglah, takde hal punya, kata 1 Malaysia, toleransi mesti mau ada. Alhamdulillah, terima Kasih pada yang Esa.

Kudos untuk JPAM, PDRM, ATM, RELA, BOMBA, PBSM dan cikgu2 di semua pusat bantuan banjir!

Khamis, Disember 30, 2010

Kemenangan Ini Adalah Kebangkitan Semula Yang Tertangguh!

Cakar Harimau orang kata sedap, yeke? ;)

Alhamdulillah, sempat untuk hidup dengan sihat dan mampu bersorak dengan riang gembira bila Malaysia dinobat sebagai Juara Piala AFF Suzuki 2010. Rantau sebelah sini, kini bawah takluk kita, tapi momentum mesti mau terus padu. Proses tu kadang2 mesti kena ada kalah, mesti kena ada menang, tapi harapnya itu semua untuk kebaikan Harimau Malaya dalam masa2 mendatang. Cerita menang AFF Suzuki Cup 2010 ni semua dah tau, nak baca yang tu, boleh tengok berita dan esok beli paper. Aku nak cerita benda lain.

Dulu selalu sangat bos gua sembang pasal Ghani Minhat, otai bola Malaysia orang NS yang banyak berjasa pada Selangor, katanya, sekarang player macam tu xde lagi. Masa zaman Chin Aun dengan Santokh Singh, benih aku pun tak muncul lagi. Banyak baca dab dengar cerita pasal Mokhtar Dahari, tapi tak pernah tengok pun Allahyarham main depan mata. Tapi malam ini macam turning point, macam dah jumpa, walaupun belum tahap legend. Mula menjadi bualan tangkasnya Khairul Fahmi Che Mat, rembatan near post tak ingat dunia Safee Sali, kawalan bola terbaik dari S. Kunanlan, tonggek tapi pawe Norshahrul Idlan Talaha, si garang tapi kapten Safiq Rahim dan seluruh Timnas Pasukan Malaysia, Harimau Malaya. Google saja nama mereka ni, nescaya terpapar wajah2 innocent mereka.

Pasukan ni bukan cerita baru, tapi bukan juga terlalu lama, kebangkitan ni mungkin telah bermula sejak Emas di Sukan SEA lalu, tapi kemenangan semalam membangkitkan kembali selera orang kita pada bola Malaysia, pada roh segala sukan Malaysia. Harapnya kemanisan ini berkekalan, dan jatuh bangun pasukan, sentiasa ada ramai seluruh Malaysia mendoakan, meraikan kemenangan dan meratapi kekalahan bersama. Jiwa kena kental, untuk fans, kadang2 kena hooligans juga, stand firm on your ground, baru team hebat, firm pun kuat.

Lepas ni ingatlah terus malam semalam, kita melakar sejarah, tapi jangan pernah anggap tertewas jika hari2 mendatang, kita ditimpa kalah. Bukan apa, resam orang kita memang macam ni, bila pawe dipuja, bila dititik, pakat ramai2 mencela. Fesbuk, Twitter, dan seluruh dunia maya pulak lebih merancakkan, kalau tidakpun menambahkan nilai sensasi dan komersial selain meningkatkan nilai 'fragile' pada Harimau Malaya kita ni. Beri peluang mereka untuk terus maju, dan ganyang semua lawan yang ada, baik di padang, mahupun dugaan hidup sebagai bintang.

Ingat, misi Harimau Malaya masih jauh untuk digapai, seusia muda2 lulusan SSBJ ni, baik dipertaruhkan selagi ada daya, sambil jeling2 bakat baru yang lebih muda dan skilnya hebat dan lebih bermaya. Ingat janji 2013, cubaan menakluk Asia, dan 2014, menggegar di Wel Kap.

tu belum kira test pawe dengan Thailand lagi ye tak? Oman? Qatar? Pengadil Australia? Arab Saudi? Korea Selatan? Korea Utara? Balas dendam pada China tempoh hari? ingat lagi kan? Maknanya, misi dan visi masih jauh, dan sayup2 sinar itu ada, dengan Harimau Malaya yang mengaum garang menjulang piala malam semalam.

Tahniah RajaGombpal, didik anak2 buah ni dengan semua ilmu yang kau ada, kalau rasa perlu hantar kursus pendek mengawal stress, kolej aku ada.

Tahniah FAM, strategi penubuhan SSBJ akhirnya membuahkan hasil, keep up the good work.

Tahniah Penyokong2 Malaysia, hari ini dan seterusnya, harap kita sama2 terus berbangga dengan Harimau Malaya yang 100% Pure Malaysian Made and totally new breed ni!

Isnin, Disember 27, 2010

Cerita Hidup Mati Seorang Malaysia

26 Disember 2011

8.30 pagi: bertolak ke KL, tiba2 sambil driving, terfikir juga nak mencari jersi away Malaysia, hajatnya nak pakai masa game malam nanti di stadium. Malangnya, semua Al-Ikhsan, baik di Seremban, Bangi dan Alamanda, hatta butik Nike di Alamanda Putrajaya, semua dah kehabisan stok jersi Malaysia. Ini satu perkembangan baik untuk sukan bolasepak tempatan, org mula beli jersi Malaysia.

Al-Ikhsan belah Selatan dah sold out menatang ni!

1.15 petang: Sampai di rumah big di Equine Park, seharusnya jadi rendevous point untuk sejumlah 6 orang yellow hooligans malam ni berjumpa, sebelum bergerak ke SNBJ.

5.30 petang: terima call, geng dah tunggu di Petronas Sg Besi, lepak dulu makan mekdi sebelum beramai2 ke SNBJ. Mula tersangkut dalam jem dalam perjalanan ke sana, jem teruk, gara2 semuanya menghala ke satu arah pusat tumpuan negara malam ni, SNBJ, Suzuki Cup Final 1st Leg; MAS vs INA.

Isi perut sebelum isi gol

7.14 malam: baru mencecah kaki ke dalam stadium, setelah bersesak2 di pintu masuk. penjaga pintu dan petugas tiket sangat tidak patriotik, dan tidak sedikitpun cuba memudahkan penyokong bolasepak tempatan.

Muka semangat mesti mau ada. dari kiri: big, yembot, iskot. tiada dalam gambar: gua, simon, farah, dan zebbritto.

8.00: dapat sekelumit anak tangga sebagai tempat berdiri, kick off pun bermula. tempat duduk puas dicari, malangnya tiada satupun tidak berpunya.


minit 1- 45: 1st half tamat tanpa sebarng jaringan. Goyang pun ada, jauh jugak datang ni, kalau kalah, penat bertolak dari segamat ke bukit jalil ni boleh jadi penat juga.

Dalam mencari tempat duduk, dan berdiri sepanjang 1st half, sempat lagi snap 1st eleven kita


pre-match photoshoot: flare merah identiti Ultras Malaya!, Salute!

Yellow Street Hooligans, Stand Firm On Your Ground!

minit ke-59 (ada paper tulis minit 62): Safee Sali menembak ke jaring Indonesia, gol padang yang berpunca dari kekalutan dan kekacauan yang ditimbulkan oleh Markus, penjaga gol Indonesia, gara2 dakwaannya dipanahi sinar laser sejurus sebelum free kick yang diberikan kepada Malaysia oleh pengadil Jepun, Toma Masaaki. gangguan laser hanya alasan, yang mengganggu sebenarnya Markus sendiri dengan tindakan 'walkout' nya. Lorongan bola yang diterima daripada Norshahrul Idhlan Talaha dalam kotak penalti tidak dipergunakan sebaiknya oleh Safee Sali. Kami beramai2 penyokong Malaysia mencapai oragasm dan inzal pertama kali. Aku sendiri mula rasa, berbaloi turun dari Segamat kali ni!

minit ke-67.: Giliran Mohamad Ashari Samsudin pula menyumbang gol, seperti gol pertama, kali ini klimaksnya lebih hebat. tidak sempat berhenti untuk meraikan gol pertama, gol kedua muncul, juga hasil through pass Norshahrul Idlan Talaha yang bertungkus lumus melepasi 3 pertahanan lawan, Mohamad Ashari Samsudin, yang menggantikan Amirulhadi Zainal, membuat rembatan jarak dekat kira-kira dua meter dalam kotak penalti

minit 71: Sekali lagi, Mohd Safee menanduk masuk bola hasil hantaran daripada luar kotak penalti oleh Mahalli Jasuli pada minit ke-71, walaupun inzal dan klimaks juga, tapi kini penyokong Malaysia berada di awang-awangan. perasaan hebat ini berkekalan sehingga tamat permainan, dan tidak pasti bila detik wisel penamat berbunyi, kerana keriuhan penyokong Malaysia bukan sahaja memadamkan keangkuhan penyokong Indonesia dengan kehebatan mereka membenam Malaysia 1-5 tempoh hari, tapi turut memendam bunyi wisel dari pengadil di atas padang.

kami inzal 3 kali.


Player pun turut sama inzal dan klimaks secara gangbang, semuanya 3 kali.


Muka puas. mana taknya, 3 kali klimaks. Lagipun, masa bersorak takleh amik gambar, segala2nya vibrate dan bergegar.


11.30 mlm: kami bergerak beramai2 utk post match analysis, dari isu peminat, cheer, mercun, laser, markus, safee sali, norsharul idlan talaha, khairul fahmi che mat, kunanlan dan In Raja We Trust, sampai lah ke topik politik Indonesia semasa dan akan datang, semua menjadi bahan perbualan.

1.30 pagi (27 Disember 2010, Isnin): bergerak ke Equine Park semula, untuk mengambil kereta dan bertolak pulang ke Segamat dalam keadaan riang gembira.

2.00 pagi: Bertolak pulang ke Segamat, rasa mengantuk lansung tidak ada, kerana ternyata inzal 3 kali berturut2 memang boleh membuat kita menahan mata sambil tersenyum lebar dan riang ria pulang dengan rasa selesa.

5.00 pagi: Tiba di Bt. Anam, Segamat. Selamat sampai ke rumah, menunggu subuh dahulu, takut2 tergelincir andaikata merebahkan kepala. Esoknya terus kerja, dan demam selsema menghambat pula. Tapi apa ada hal, cerita hidup mati seorang Malaysia punya pasal, bukan setakat demam, mati pun boleh punya. TAHNIAH MALAYSIA!

In Raja We Trust!

Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails