Rabu, Julai 23, 2014
X Day +7: Pasca Rundingan Najib - Barodai, demi MH17, demi Malaysia
Pertama, demi mengekalkan fokus beliau yang asal, seterusnya mencapai 3 objektif; mendapatkan jenazah penumpang dan anak kapal untuk waris, mendapatkan semula hak ke atas 2 kotak hitam dan mendapatkan akses selamat dan bebas untuk penyiasat nahas udara antarabangsa di tempat kejadian.
Kedua, dan yang paling penting, adalah beliau secara tidak lansung mengajar Obama, Putin, Abbot, Petroshenko, Mark Rutte malahan semua pihak yang berkaitan dalam nahas ini, termasuk UN tentang seni diplomasi gaya moderate ala Malaysia.
Ketika pemain utama (kononnya) sibuk menuding jari, menunjal dahi dan bermain tarik tali tentang siapa yang bertanggungjawab, DS Najib kekal fokus demi janjinya pada seluruh Malaysia dan dunia.
Salute juga untuk pemimpin pembangkang yang menolak ke sisi perbezaan politik dan berdiri teguh di belakang PM dan mengharungi saat2 sukar ini bersama kebanyakan rakyat Malaysia. Inilah yang sewajarnya diraikan. Cabaran dan krisis pasti lebih hebat di masa hadapan, tetapi jika beginilah cara kita menghadapinya bersama, tiada apa yang terlalu sukar untuk kita tempuhi bersama.
Kerana kita, Malaysia, sememangnya boleh.
Sabtu, Disember 28, 2013
Teladan Keldai Jatuh Perigi
Dicelah-celah pagar kandang, dengan takdir Tuhan, terlihat lah dia sebab musabab kenapa tuannya tak datang menghantar makanan hari ni. Traktor yang ditempah tempoh hari rupanya telah selamat sampai. Perlu dikilat dan diminyak, perlu dipolish dan dibelai. Lebih gagah dan berdaya saing, dibandingkan Traktor dan Keldai Tua jauh bezanya. Keldai Tua kuat merungut, tapi Traktor baru lagi dan masih dalam warranti. Lebih terkesan lagi Petani kelihatan seperti tidak mahu menggunakan lagi kederat Keldai Tua, dan seakan melupakan jasa Keldai Tua, kerana Traktor sudah ada. Mungkin juga tuannya marah kerana Keldai Tua asyik merungut dan membebel sahaja, ditulis pula pada dinding kandang macamlah semuanya serba tidak kena, dan makhluk lain tiada msalah sehebat masalah dirinya. Tidak semena-mena perut Keldai Tua berkeriuk. Berbunyi tanda lapar.
"Ah, lapar perut ni perlu diisi juga, tak kira tuan aku mahu atau tidak, aku perlu makan, dan perlu meragut sendiri diluar kandang." Rungut Keldai Tua, seperti biasa.
Merasakan tidak mampu membendung kelaparannya, dan tidak lagi sabar menunggu tuannya menyuap makanan, Keldai Tua meragut sendiri rumput di luar kandang dan di sekelilingnya, sekadar meragut rumput yang mampu dicapai dan ditelan sahaja.
Mungkin rumput berdekatan tidak berapa sedap, beliau membebel, lagak selayaknya sebagai seekor Keldai Tua. Tiba2, Keldai Tua terkenang kata Lembu Tua Betul tentang ada sebuah kawasan sekitar sebuah Perigi Buta di padang rumput itu yang rumputnya hijau menyegar, dan rasanya sedap tak terkata. Keldai Tua lantas bergegas ke situ sambil beberapa kali menelan air liur, kerana membayangkan kelazatan rumput di kawasan perigi itu. Bagaimanapun mulutnya masih tidak berhenti merungut dan membebel, seperti biasa. Marahkan rumput, marahkan tuannya, marahkan keadaan dan suasana yang serba tak kena. Marah juga dia pada Lembu Tua Betul kerana pernah sampai ke situ, tanpa mengajaknya. Begitulah lumrah Keldai Tua, mudah benar gelisah dan resah seakan hilang punca.
Sesampainya Keldai Tua di situ, dia rakus meragut rumput2 yang memang segar bugar, hinggakan tidak lagi memandang kiri dan kanan, atas dan bawah. Sehinggakan dia lupa ada perigi buta seperti yang diceritakan Lembu Tua Betul disitu. Kambing Tua Juga pernah bercerita, Perigi Buta itulah yang digali Petani lama dahulu. Pernah berguna, baik untuk ternakan mahupun tuannya. Tapi setelah Keldai Tua dan rakan2 ternakannya asyik disuap tuannya dengan dedak, rumput import, garam jilatan dan air dari filter yang mahal, perigi ini tidak lagi dihiraukan, rumput disini pun semakin dilupakan. Malas nak ke situ satu hal, runsing berjemur satu hal. Petani dah suap, buat apa lagi mencari sendiri?
Rupanya, Perigi Buta tahu bersungut dan merungut juga, lantas merajuk, seperti Keldai Tua. Kering dan tidak menakung air lagi, Perigi Buta tidak berdinding ini akhirnya telah dilupakan, tanpa dihirau sesiapa. Leka meragut rumput, Keldai tidak memikirkan lagi keselamatan dirinya, mungkin akibat keenakan rumput di sekeliling perigi, dia lupa dan alpa.
Tiba2, "GEDEBUKKK!!"
Keldai Tua terjatuh ke dalam perigi sehingga sakitlah sekalian tulang temulang dan otot badannya. Apalagi, menjerit lah Keldai Tua kesakitan, berteriaklah Keldai Tua, pasrah mengharap bantuan tuannya, mengharap ditarik keluar dari perigi buta yang dalam dan gelap itu. Dia sudah tua, seringkali dimanja dan disusap, manalah biasa memanjat sendiri. Kederat pun tiada, malas pula berganda2.
![]() |
Nasib Keldai Tua |
Petani sedang sibuk mengelap dan mengilatkan traktor yang baru dibeli tempoh hari, bagi menggantikan Keldai tuanya yang semakin malas dan tidak lagi kuat bersemangat seperti dahulu. Kerjanya pun membebel dan merungut, menconteng dinding kandang dengan kata nista dan status diri yg kononnya berduka sentiasa. Tidak semena2 terdengar jeritan sumbang, suara seekor keldai, yang seakan lanjut usia. Diamatinya beberapa ketika dan mengamati lolongan minta tolong itu.
Berlari lah dia ke arah suara itu datang. Syaknya sesuatu musibah pasti telah menimpa Keldai Tua yang lama telah setia dengannya, dan lebih berjiwa dari Traktor yang baru tiba. Arif dengan kawasan Ladangnya sendiri, Petani sudah mengagak suara Keldai Tua datang dari perigi buta itu. Jangkaannya tepat. Keldai Tua jatuh Perigi! Perigi ini dalam rancangannya hendak dikambus sahaja, untuk mengelakkan celaka. Tapi belum sempat berbuat demikian rupa, Keldai Tua dah menjadi mangsa!
Berkaca2 Petani merenung dan melihat mata Keldai Tua memohon simpati. Seraya berkunjunglah rasa kasih dan hiba atas kecelakaan yang menimpa Keldai Tua. Betul, Keldai Tua kuat merungut, mengeluh dan membebel, tapi itu kan Keldai Tua. Keldai inilah yang dahulunya cekap membantunya bekerja, tanpa kenal penat lelah, membangunkan Ladang bersama2, setia sentiasa di saat susah dan duka. Petani sudah berkira mencari tali untuk menarik Keldai Tua keluar dari perigi buta. Tapi, entah kenapa anginnya, tiba2 ada sapaan nakal menjelma di cuping telinga;
"Kau nak tarik Keldai Tua keluar perigi ni? Dia dah tua, lagipun kan kau memang nak kambus perigi buta ni, nak buat pembangunan atasnya? Kambuskan sahaja Keldai Tua di dalam perigi, senang cerita, Keldai Tua tiada, Perigi Buta pun rata!
"Betul juga!" Bisik sendiri Petani. Petani muda, mudah benar mengikut rasa hati. Tanpa berfikir sedalam2nya, dia memanggil Orang2 Kampung untuk membantunya mengambus Perigi Buta tersebut, bersama Keldai Tua di dalamnya. Janjinya pada Orang2 Kampung;
"Kawasan rata sekitar perigi buta ni nanti akan dibangunkan taman permainan kanak2, tempat anak2 kita bersuka ria, baru senang kita nak bekerja!" Janji Petani. Ada rezeki, pasti ditepati.
![]() |
Orang Kampung merenung ke dalam Perigi Buta |
Petani dan Orang2 Kampung mengambil peranan masing2, ada yang bercangkul, ada yang menggunakan skop, mencangkul, mencedok dan membuang tanah ke dalam Perigi Buta, mengambusnya sekali beserta si Keldai Tua. Terasa diperlakukan dengan kejam oleh tuannya, Keldai bertambah marah, menangis mengenangkan nasibnya ditanam hidup2 oleh tuannya, dibiar susah sebegitu, tanpa dibela.
Keldai Tua sempat lagi meninggalkan cacian makian beserta sumpahan terhadap tuannya di dinding bahagian dalam perigi buta. Dia menulis "Petani tak guna, Petani celaka, dikambusnya aku dalam Perigi Buta!" ditulis di dinding bahagian dalam Perigi Buta. "Mesti nanti ada yang baca, dan membenci Petani kerana perbuatannya," Bentaknya. Sedih, tapi puas hatilah kononnnya.
"Biar kawan2 semua tahu, biar satu dunia tahu Petani ini kejam orangnya, celaka perangainya." Tambahnya lagi. Tanah yang dibuang kedalam perigi sudah tinggi separas keting kaki.
Mengamuk sakan Keldai Tua. marah tidak terkata, sambil berteriak hingga tiada lagi air mata. Menghela nafas dalam2, kononnya nafas terakhir sebelum riwayatnya tamat dikambus bersama tanah di dalam Perigi Buta, dia tiba2 spontan bertindak mengikut akal naluri serta jiwa survivalnya yang masih bersisa.
Sekali Petani dan Orang Kampung membuang tanah ke dalam Perigi Buta, sekali itu juga Keldai Tua memanjat ke atas lapisan tanah itu, melangkah berdiri tegap di atas nya. Petani terpesona dengan kecerdikan Keldai Tua. Malah, Keldai Tua pun terpesona dengan kemampuan dirinya sendiri. Tak sangka, Keldai Tua macam dirinya masih lagi cerdik dan mampu berfikir, tak macam Petani dan rakan2 Orang Kampung tuannya itu.
Teruja, Petani menjerit;
"Keldai Tua ni masih lagi berbisa akalnya, kederat tiada, tapi cerdik masih tak kurang hebatnya, mampu dia memanjat demikian rupa, menyelamatkan dirinya!"
Petani memuji pula Keldai Tua. niat mengambus Keldai Tua hilang dan bertukar rasa gembira dan sayang pada Keldai Tua itu. Getus hatinya, tak jadi hendak menimbus Keldai Tua yang pernah menjadi sahabat setianya itu semasa masih muda remaja. Fikirnya kalau begini tua pun masih cerdik lagi, tentu berguna demi Ladang ini nanti. Petani bercadang mahu membangunkan Ladang Berpendapatan Tinggi.
"Ayuh, gunakan tanah untuk Keldai Tua berpijak naik ke atas!" Gesa Petani.
Keldai Tua terus yakin. Semakin banyak tanah di buang ke dalam Perigi Buta, semakin dia melihat jalan keluar, semakin yakin dia menapak menjauhi dasar Perigi Buta.
Akhirnya berkat tanah yang asalnya dilihat sebagai penamat riwayatnya, Keldai Tua menggunakannya pula untuk keluar dari Perigi Buta. Masalah dan musibah yang menimpa, ditukarnya menjadi peluang hidup semula dan lebih bijak memastikan kemandirian dirinya, dan pengajaran buatnya.
Petani menyesal akan terdetiknya untuk pernah berfikir mengambus Keldai Tua di dalam Perigi Buta. Usai meminta maaf pada Keldai Tua, Petani berjanji untuk memajukan Ladang bersama2 ternakannya ke arah Ladang Berpendapatan Tinggi. Kini, Keldai Tua masih berpeluang melihat dan bergurau senda bersama2 Lembu Tua Betul dan Kambing Tua Juga, bersama2 Petani membangunkan Ladang, bersama Traktor, mereka berganding ke arah memastikan Ladang Berpendapatan Tinggi. Tempat yang tidak boleh digapai Traktor, dikerjakan oleh Keldai Tua dan rakan2. Penat ternakan, Traktor mengambil tempat pula untuk sama2.
Keldai Tua tidak lagi merungut, membebel dan mengeluh sepanjang masa. Lebih rajin dan berdaya saing, peluang hidup semula itu digunakan sebaiknya, tanda terima kasih pada akal yang diberi oleh Tuhan. Bersama Petani, Traktor dan kadang2 Orang Kampung bersama rakan2 Ternakannya Ladang makin mengorak maju ke arah Ladang Berpendapatan Tinggi.
Untunglah Keldai Tua, mampu berfikir yang masalah dan musibah sekalipun mampu menjadi punca untuk Keldai2 lain berfikir dan berusaha lebih hebat dari biasa. Merebut segala ruang dan peluang, demi survivabiliti Keldai. Untunglah.
Rabu, Disember 11, 2013
Muzakarah Lagi?
Walaupun yang afdalnya berjuang di jalan Islam, tapi kedua2nya adalah entiti politik yang memiliki fokus perjuangan masing2, yang ternyata berbeza antara satu sama lain. Kendatipun kedua2nya pun tak menolak Islam dan tak pula menolak keMelayuannya.
Pada saya muzakarah ni bukanlah demi menyenangkan hati satu pihak lagi, atau demi mengikut telunjuk dan tertakluk dengan aturan yang cuba ditentukan oleh satu2 pihak semata2.
Alah, macam republikan dan demokrat di amerika. Berperang dalam politik, tapi bab menguruskan dasar luar dan dasar liberal, kedua2nya sanggup duduk semeja. Berbincang. Selesaikan satu2.
Pada saya muzakarah UMNO-PAS ni sewajarnya demi Islam, demi pengundi dan demi rakyat, tu je. Lepas duduk berbincang selesaikan masalah rakyat, pacu teruslah haluan masing2 dan menangi hati rakyat dengan cara sendiri.
Contohnya, kalau kita sekampung duduk berjiran, tapi berpatah arang bergolok bergadai dengan jiran tu. kononnya dia lah iblis, dialah syaitan, dan tak ada jiran lebih buruk dari jiran kita. Satu ketika ada gajah merosakkan tanaman di kebun kedua yang berjiran ni tadi, atau ada harimau memakan ternakan kedua2 yang berjiran ni tadi.
Duduklah berbincang macam mana nak selesaikan. Kalau gajah, mungkin sorang ada perangkapnya, mungkin sorang jiran lain ada kurungannya. Kalau harimau pulak, mungkin sorang ada senapangnya, mungkin sorang jiran lain ada peluru senapang tersebut. Muzakarah lah demi nak selesaikan masalah. Tak boleh bincang 10 masalah rakyat, bincanglah 5 je. Tak boleh 5, bincanglah 3. Tak boleh 3, bincang satu pun jadilah dulu sebagai permulaan.
Hairan juga, lepas dah diterangkanoleh pelbagai pihak, contohnya Prof Agus kat Page FB dia pun, masih ada lagi tak faham dan buat2 tak faham. Kalau kafir benarlah UMNO sekalipun, mana mungkin lebih kafir dari DAP. dan kalau Islam dan Melayu benarlah UMNO sekalipun, mana mungkin lebih Islam atau Melayu, sama dengan PAS? Kita ni suka sgt cari perbezaan, padahal persamaan tu banyak. Duk kalut suruh ikut perangai dan berjuang cara Mandela, tapi sendiri tak faham pun prinsip yg Mandela cuba terapkan dalam pentadbiran negara dia.
Pada saya, nak seribu daya, tak nak seribu alasan. tu je.
Ahad, September 15, 2013
Pemerkasaan_Ekonomi_Bumiputera.exe
![]() |
Hidup Melayu! Hidup Bumiputera! |
Isnin, Oktober 01, 2012
Bonus: Sudut Pandang Alternatif Seorang Kakitangan Kerajaan
Membiayai kursus peningkatan kemahiran kakitangan kerajaan secara berterusan dan menyeluruh
Meningkatkan kuota dan nilai biasiswa utk kakitangan kerajaan yg melanjutkan pengajian sehingga peringkat tertinggi
Menambah nilai ganjaran kpd kakitangan yg berkhidmat dengan cemerlang berdasarkan KPI, mungkin insentif bulanan jika mencapai KPI bulanan yang ditetapkan
Membiayai perlindungan insuran yg lebih menyeluruh kepada kakitangan kerajaan
Ini sebagai contoh sahaja. Pendeknya, agihkan bonus kami kepada keperluan2 lain untuk kebajikan, peningkatan karier serta kompetensi kakitangan kerajaan, demi meningkatkan imej jabatan2 kerajaan dalam terus cemerlang memberi khidmat sebagai frontline perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Aku percaya dengan agihan begini, niat bonus tersebut akan lebih sampai pada fokus sebenarnya, iaitu menghargai jasa kakitangan awam. Ia juga tidak akan disalah anggap oleh sesetengah pihak yg meragui pemberian ikhlas kerajaan dan merasakan kami tidak layak untuk menerimanya, setidak2nya tidak sebanyak ini. Berikan kami nilai yang intangible tetapi masih mampu dinikmati dengan baik, berbanding pemberian bonus dalam bentuk fizikal yang nilainya boleh berubah2, malah boleh susut nilainya.
Isnin, Januari 16, 2012
Bersatulah Melayu
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah
Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita
Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju
Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung
Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih
Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.
![]() |
Malu Woi! |
Jumaat, Disember 02, 2011
Vernakular Perosak Negara
Hari tu result UPSR keluar lagi. Ibu, ayah, papa, mama, ummi, walid, daddy, mummy berebut bergegas ke sekolah, nak menilai berapa A anak masing-masing dapat. Anak2 yang cemerlang seronok kegembiraan, dan
OK, apa kaitannya dengan Sekolah satu sistem ni?
Lepas UPSR, anak akan terus bersekolah. Anak2 kita akan terus didalam kelompok2 sendiri, tak bercampur secara harmoni, takkan merasa bergaul dengan rakan yang lain pembawakan diri. Tamat sekolah menengah, ke universiti. masih kekal dengan kelompok yang sama, terus menerus dibelenggu diri, tanpa disedari dengan sifat tak kenal erti perpaduan sejati. Akhir universiti, bekerja, ada rezeki, bergaul lah si Abu, Ah Chong dan Maniam dalam satu pejabat, tapi yang terus tak sedar ini, sifat rasis, hipokrit, dan perasaan dipinggiri makin menebal dalam diri. SEKOLAH SEHARUSNYA MEMAINKAN PERANAN PALING BESTARI BAGI MENANGANI ISU INI.
1 Malaysia takkan pasti kalau benda ni x ditangani. Perlembagaan negara akan terus di ingkari kalau isu ini tak berkesudahan tanpa erti.
Antara penyelesaiannya, sekolah satu sistem. tapi tulah, ini benda basi, ini benda fantasi. Hidup sebagai seorang yang mencari rezeki sebagai seorang pengajar, semakin masa berlalu, semakin masa itu mendidik akan nilai2 yg terbaik boleh direncana andai ada yang ditokok, ditambah dan diubah.
Sekolah satu sistem. Kenapa?
Ini asas penyatuan bangsa, ini asas 1Malaysia.
Ini perlukan sokongan semua, ini perlukan suara anda.
Menukar kerajaan sekalipun, takkan bantu meningkatkan penyatuan bangsa yang mutlak kalau asasnya longgar, dasarnya longlai.
Selasa, Jun 28, 2011
999, PDRM dan Integriti

Isnin, Jun 20, 2011
Ini Cerita Pasal Perubahan

Rabu, April 20, 2011
5 Sebab Sesebuah Pasukan Gagal Berfungsi!

Jumaat, Januari 21, 2011
Interlok dan persimpangan dilemma

Semalam, aku berjaya dapatkan Interlok. Beli di kedai Seremban, minta orang tua aku belikan. Katanya, tak banyak yang tinggal, itupun satu kedai tu je yang jual. Kecoh konon2 novel inilah yang bernada rasis, dengan penulisnya, Abdullah Hussain mula jadi public enemy no 1 untuk masyarakat India. Segelintir masyarakat India yang tak senang duduk ada yang menulis tentang sejarah dirinya.
Main bakar2 buku ni sebenarnya dah biasa jadi. Sama macam stail Hitler bakar buku yang tandus semangat Jerman, macam tentera kristian bakar buku sastera, puisi, astronomi dan kedoktoran Islam di Sepanyol, macam pastor amerika bakar quran, semuanya pasal satu sebab. semuanya nak tutup cerita punya hal, semuanya pasal benci punya hal, semuanya pasal menggelabah punya hal.
Ilmu, sejarah, fakta, kalau bakar pun tak kan hilang. semua kekal dalam kepala. makan masa woo nak hilang. orang sekarang bukan buta. buat apa nak melompat panas punggung, dah cerita dalam tu benar belaka?
Dalam Interlok, bukan India saja, Melayu dengan Cina pun kena juga. apa masalah sebenarnya ni? politik lah jawapannya. politik.
Tapi aku baca ok je, agaknya pasal aku Melayu, tak cepat terasa, tak mudah teransang jiwa, tak tergoda nak melompat macam Malaysia ni aku sendiri yang punya.
Kejap. Tapi dulu, masa keluar Malay Dilemma, Melayu naik gila juga, tapi bila dah baca sendiri, baru tau semua tu benar belaka. Semua tu nak bagi kita kenal dunia. Semua tu nak bagi kita tau siapa pencipta, dan supaya kita jadi cerdik dan teruja nak ubah nasib sendiri, bukan biarkan cerita2 tu memakan diri.
Kesimpulannya, cuba baca dulu, pum pang pum pang cerita pun, kalau tak tau bukunya yang mana, ceritanya macam mana, penulis tu niatnya apa, sembang pun tak guna, melenting bagai nak gila, mengamuk macam esok tak ada, marah macam orang hilang punca. Bacalah dulu. Orang arab sebut iqra'. Orang Malaysia sebut benda yang sama: baca.
Jumaat, Januari 14, 2011
Teguran Pak Sako
boring dengan ucapan2 retorik semasa yang tak tentu hujung pangkal, masa berucap seperti selalu di setiap kali majlis perasmian penutup meraikan pelajar2 baru semasa
Bapak rugged, anak groovy,
Sedang membiak di sana sini,
Di pantai memakai bikini,
Di kubur memakai mini.
Orang-orang kampung menghadap Kiblat,
Mereka membawa komik-komik Barat,
Bermain karate, ganti bersilat,
Makan anggur, menggantikan langsat,
Gasing dibuang, dimajukan bowling,
Berasmara mereka kata necking,
Bercumbu-cumbu mereka kata pecking,
Buang Mak Inang, menggantikan dansing,
Tetapi, bila bergula dalam kencing,
Barulah teringat nak makan jering,
Terkenang kepada petai dan kerdas,
Barulah nak belajar mandi hadas.
Melayu bukan, Malaysian pun bukan,
Cina bukan, Indian pun bukan,
Inikah akar-akar yang mangaku rotan?
Atau kaca-kaca yang mengaku intan?
– Pak Sako (Dr. Ishak Haji Muhammad)
[Sumber: Suara Keadilan, edisi 28 Ogos – 11 September 2007, bil. 115, halaman 15 dalam tulisan LanH berjudul Melayu bukan, Cina bukan, Malaysian pun bukan]
apa, ingat muka samseng tak reti bersajak!?
Khamis, Disember 30, 2010
Kemenangan Ini Adalah Kebangkitan Semula Yang Tertangguh!
Alhamdulillah, sempat untuk hidup dengan sihat dan mampu bersorak dengan riang gembira bila Malaysia dinobat sebagai Juara Piala AFF Suzuki 2010. Rantau sebelah sini, kini bawah takluk kita, tapi momentum mesti mau terus padu. Proses tu kadang2 mesti kena ada kalah, mesti kena ada menang, tapi harapnya itu semua untuk kebaikan Harimau Malaya dalam masa2 mendatang. Cerita menang AFF Suzuki Cup 2010 ni semua dah tau, nak baca yang tu, boleh tengok berita dan esok beli paper. Aku nak cerita benda lain.
Dulu selalu sangat bos gua sembang pasal Ghani Minhat, otai bola Malaysia orang NS yang banyak berjasa pada Selangor, katanya, sekarang player macam tu xde lagi. Masa zaman Chin Aun dengan Santokh Singh, benih aku pun tak muncul lagi. Banyak baca dab dengar cerita pasal Mokhtar Dahari, tapi tak pernah tengok pun Allahyarham main depan mata. Tapi malam ini macam turning point, macam dah jumpa, walaupun belum tahap legend. Mula menjadi bualan tangkasnya Khairul Fahmi Che Mat, rembatan near post tak ingat dunia Safee Sali, kawalan bola terbaik dari S. Kunanlan, tonggek tapi pawe Norshahrul Idlan Talaha, si garang tapi kapten Safiq Rahim dan seluruh
Pasukan ni bukan cerita baru, tapi bukan juga terlalu lama, kebangkitan ni mungkin telah bermula sejak Emas di Sukan SEA lalu, tapi kemenangan semalam membangkitkan kembali selera orang kita pada bola Malaysia, pada roh segala sukan Malaysia. Harapnya kemanisan ini berkekalan, dan jatuh bangun pasukan, sentiasa ada ramai seluruh Malaysia mendoakan, meraikan kemenangan dan meratapi kekalahan bersama. Jiwa kena kental, untuk fans, kadang2 kena hooligans juga, stand firm on your ground, baru team hebat, firm pun kuat.
Lepas ni ingatlah terus malam semalam, kita melakar sejarah, tapi jangan pernah anggap tertewas jika hari2 mendatang, kita ditimpa kalah. Bukan apa, resam orang kita memang macam ni, bila pawe dipuja, bila dititik, pakat ramai2 mencela. Fesbuk, Twitter, dan seluruh dunia maya pulak lebih merancakkan, kalau tidakpun menambahkan nilai sensasi dan komersial selain meningkatkan nilai 'fragile' pada Harimau Malaya kita ni. Beri peluang mereka untuk terus maju, dan ganyang semua lawan yang ada, baik di padang, mahupun dugaan hidup sebagai bintang.
Ingat, misi Harimau Malaya masih jauh untuk digapai, seusia muda2 lulusan SSBJ ni, baik dipertaruhkan selagi ada daya, sambil jeling2 bakat baru yang lebih muda dan skilnya hebat dan lebih bermaya. Ingat janji 2013, cubaan menakluk Asia, dan 2014, menggegar di Wel Kap.
tu belum kira test pawe dengan Thailand lagi ye tak? Oman? Qatar?
Tahniah RajaGo
Tahniah FAM, strategi penubuhan SSBJ akhirnya membuahkan hasil, keep up the good work.
Tahniah Penyokong2 Malaysia, hari ini dan seterusnya, harap kita sama2 terus berbangga dengan Harimau Malaya yang 100% Pure Malaysian Made and totally new breed ni!
Ahad, Disember 19, 2010
Review Filem - Nam: Tour of Duty (2010)


Khamis, November 25, 2010
Antara Gambang, Kuantan dan Destinasi Akal
Ramai juga otai2 dan beginner2 yg hebat2, berlumba2 berkongsi kisah, pendapat dan pemikiran masing2, dan tak kurang juga yang menembak tepat di pangkal otak buah fikiran orang lain, tanpa menyedari otak sendiri pun jarang pakai. Baru sedar, sabar tu memang betul2 kekuatan sebenar. Jarang kongsi kisah aku outstation ni, tapi balik dari berbengkel yang satu ni, ada beberapa kesimpulan yg dpt dibuat:
- Jangan ingat orang gemuk tak terer main paintball
- Pengalaman tidak akan bermakna jika hanya dikongsi melalui kata2, tapi akan memberi erti mutlak bila dilaksana atau dihadapi bersama2, atau lebih steady lagi bila orang nampak kau buat, bukan standard gebang tak sudah2.
- Ucapan retorik memang sedap didengar, tapi nak bagi real betul2 jadi, itulah cabaran sebenar.
- Semua kursus dan bengkel mahupun mesyuarat sekalipun wajar dimulakan dengan senaman aerobik 1 Malaysia.
- Menuding jari yang satu menampakkan dangkalnya akal pasal empat jari lagi akan tunjuk pada diri kita sendiri.
- Mencari keburukan orang nescaya orang berpakat2 mencari keburukan kita.
- Banyak pengalaman tak bermakna kau terer bersenam.
- Jangan ingat yang bertudung labuh tak menyengat dan hanya tawadduk berzikir: "Akak tudung besar tu dulu sebelum mengajar, dia Sistem Analyst cum Computer Engineer ok"
Rabu, September 15, 2010
Ucapan Pasca Raya
- Selamat memandu pulang ke rumah masing2 dari kampung halaman, selalu kita sibuk wish orang balik kampung dengan selamat, ingat org yang tersayanglah, serikan aidilfitri dengan keceriaan bukan tangisanlah dan lain2 tagline yang saiko, tp kita lupa nak wish pada mereka yang kena balik semula ke rumah masing2 untnk meneruskan kehidupan. Jadi ini khusus untuk anda.
- Selamat meneruskan amalan yang baik2 yang telah dilaksanakan di bulan Ramadhan lalu, semoga terus menerus diamalkan. Yang kantoi bermaksiat dalam Ramadhan, harapnya jumpa pangkal jalan.
- Selamat Berhenti Merokok pada yang berjaya berhenti merokok selama sebulan, teruskan pada bulan2 seterusnya yang bakal mendatang, membawa cabaran2 yang perlu ditangani dengan kebijakan dan harapan. Pada yang gagal, jangan risau, Ramadhan akan tiba lagi untuk anda pertaruhkan jiwa dan cuba berhenti, tapi tak tau la sempat jumpa balik ke tak, Wallahuallam.
- Selamat meneruskan amalan pemakanan yang baik, jangan bagi sistem perut yang telah dilatih dengan baik selama sebulan terkejut dengan segala macam makanan yang bakal dimakan di open house yang menggila.
- Selamat kembali bekerja dan rajin macam biasa, walaupun Ramadhan tak sepatutnya dijadikan alasan untuk anda kurang produktif, tapi untuk yang kelihatan pemalas dan mengantuk selama sebulan, ubah attitude. Kini tiada lagi alasan.
- Selamat maintain saiz pinggang. Walaupun ada perut yang naik dan maju ke depan masa bulan puasa, itu mesti sama ada tak puasa ataupun melantak bagai nak rak masa berbuka. Yang itu pandai2 sendiri la nak maintain.
- Untuk peniaga param yang cenderung menitik harga mahal ditambah makanan yang mengecewakan deria rasa, selamat pergi haji dengan duit keuntungan anda itu. Kalau naik haji tu, ingat2 orang yang tersayang, maklumlah takut ramai yang menyumpah kita ye tak.
- Selamat Pengantin baru, selalunya lepas raya memang musim orang berkahwin.
- Selamat Termenung macam abang kita ni. Duit dah abiskan? Keh keh
Selasa, September 07, 2010
Jilat
Tapi tak didapat
Adalah nikmat
Yang paling padat."
Kata Jami Kelana.
Jadi jangan jilat, kelak sarat, lansung dilipat, apa pun tak dapat, sudahnya, muka kau yang kelat, apa boleh buat."
Kata Ku.
Sabtu, September 04, 2010
Kawan Indonesia ku Bernama Tuan Endi Rizal Salleh
Segala-galanya tercetus selepas beliau menampal artikel KOMPAS bertajuk Diplomasi Lemah Akibat Abaikan Sejarah pada FB Page Anak Anak Negeri Sembilan awal hari ini.
"Assalamualaikum" kataku menyapa lembut.
Aku memulakan sesi ini dengan menulis;
"Selesai membaca artikel yang dikirimkan di tuan di AANS sebentar tadi, mengegas diri utk menyatakan sedikit mesej utk difikirkan bersama oleh saudara sbg keluarga serumpun dirantau Minangkabau. Saya sbg anak jati NS berasal dgn kelompok2 saudara sy yg ramai di sekitar Pagar Ruyung dan anak Suku Mungkal dalam Adat Perpatih tidak memandang SBY sbg lemah kerana ucapannya sgt menyentuh perasaan ketika menghuraikan betapa ikatan persaudaraan Malaysia-Indonesia begitu akrab sekali selama beratus2 thn. Ini jelas menunjukkan SBY sendiri menunjukkan betapa beliau menghargai aspek sejarah spt yg diinginkan penulis artikel ini, dan tidak menunjukkan diplomasi yg lemah kerana mengabaikan sejarah, malah menghargai elemen sejarah antara kedua2 negara itu. Hakikat sejarah tetap kekal dari azali hingga bila2 masa dan sentiasa memperkaitkan dengan kewujudan hubungan serantau kita, seperti air dicincang takkan putus."
"Soalnya, kenapa tidak diraikan persamaan hakiki yang ada antara dua dan sentiasa mencari jalan bagi mempergaduhi semua perbezaan"
"Mungkinkah yang rasional tahap pemikirannya hanya SBY seorang di kalangan ramai lagi Rakyat Indonesia yg terkenal dengan keintelektualan yang tinggi, terutama dalam aspek budaya serantau?"
"Mohon dijawab persoalan ini ya tuan,salam perkenalan dari Negeri Sembilan, Malaysia, Terima Kasih" aku mengakhiri pertanyaanku. Buat masa terdekat, ini sudah cukup. Aku menunggu jawapan darinya. harap2 berjawab.
"AWAS!"
September 4 at 3:37pm
"Waalaikumussalam" balasnya kembali. Riak muka tenang dan lembut Tuan Endi Rizal Saleh ini mungkin salah satu telahan tepat aku tentang beliau yang berpewatakan pemikir dan mampu memberi ulasan yang rasional dan meyakinkan tanpa dijerut tali emosi.
"bpk Khairul Ashraf, jawabannya tidak lain kepentingan politik baik yang berkembang di Indonesia maupun di Malaysia, lihat saja tokoh2 politik, yang berkomentar, Spt Pemimpin partai, Siaran TV Swasta Metro TV, Yng pimpinan nya juga pemimpin Nasional Demokrat belum lagi jadi partai , sesudah itu Din Syamsudin, dan banyak yang lain lagi, semuanya ramai2 bertujuan mencari popularitasuntuk tampil pada Pemilu mendatang. sekaligus menurunkan popularitas partainya Presiden SBY saat ini" Ini mmg sudah kuduga. Populariti politik penyebab utama, ramai yang mahu jadi jaguh kampung, macam ni lah jadinya. aku tersenyum sinis membaca perenggan pertama dalam hatiku terdetik "kadang2 disini pun sama,apa nk diherankan."
Beliau seraya menambah "Adanya pendapat , Bpk Sby lemah secara diplomasi itu disebab kan , masaalah waktu saja, dan membiarkan situasi berlarut larut sehingga terjadi unjuk rasa , yang mengakibatkan pelemparan kotoran dan penginjakan Bendera Malaysia di depan KeDubes Malaysia, Tindakan Anarkis ini, pastilah akan memunculkan kemarahan dimata Rakyat Malaysia, hal ini lah kelemahan Bapak SBY, dianggap oleh penulis artikel ini" katanya.
Beliau meneruskan lagi perbualan sambil mengerut dahi tanda fokus. Orang berfikiran intelek dan tuntas ilmunya memang begini. "Bapk Khairul Yth, Sebenarnya kalau saya berpendapat , ada benarnya penulis artikel ini berpendapat demikian, tapi untuk bapak ketahui, tindakan anarkis yang terjadi didepan keDubes Malaysia itu, tidaklah semua orang Indonesia merestuinya. ada yang marah, mengingat rasa serumpun kita tadi. ada yang menganggap tidak bermartabat, tak bermoral, apalagi kalau orang Indonesia itu berasal dari Sumatera, Penghinaan terhadap Malaysia, sama dengan menyakiti hati nya, karena faktor sejarah, agama, dan Budaya tsb." Renungan tajamnya membawa keinginan supaya aku memahami terdapat ramai insan tulus di Indonesia, tidak semuanya bersifat barbarik.
"tu la deh, bukan sumo eh camtu" terkeluar loghat NS dari mulutku tanda berpuas hati kerana mendapat jawapan balasan yang menyenangkan. ok,hati ini terasa puas. puas bukan kerana jawapan yg aku terima,tp puas kerana keyakinan tentang betapa masih terlalu ramai yg sayangkan damai membuatkan aku berasa steady. aku berfikir utk bertanya lagi, kerana kepastian harus dibuat dua kali.kalau sekali kadang2 tak kompom lagi. jari aku mula ligat bertanya;
September 4 at 3:46pm
Aku terus menarikan jari dengan persoalan,agak bertubi2 juga yang keluar. "jika begitu, tidak keterlaluan kah dinyatakan yg konflik Malaysia-Indonesia ini sebenarnya berpunca dari konflik Indonesia- Indonesia sendiri ya? kerana ramai dikalangan ahli politik sendiri hendak membuat pembuktian bahawa mereka masing2 juara rakyat yang cuba menjatuhkan SBY secara halus? terima kasih kerana jawapan yg diberikan,sememangnya kita pasti yang menggemari perlakuan sebegini adalah ajen2 musuh sejagat yang sentiasa mencipta ruang dan menunggu peluang melihat kita bermusuh.terima kasih sekali lagi kerana tuan berfikiran rasional dan kita berkongsi sudut pandang yang sama atas dasar keamanan sejagat. Salam kasih juga untuk semua warga Indonesia yg prihatin, InsyaAllah." Aku cuba menutup bicara dengan aman dan tenteram dan gembira kerana dihargai.
September 4 at 5:38pm
Ini yang ditulis dalam jawab balas beliau; "Marilah pak Khairul kita sama sama , menjaga rasa persaudaraan , yang telah dibina oleh nenek moyang kita dulu, sedang waktu dulu saja mereka bisa, membina dan saling menolong , jika diserang bgs asing lain, kenapa kini, kita tak mampu melestarikannya, tolong sampai kan pada saudara kita disana,tidak semua orang Indonesia bertindak seperti Laskar Bendera, hanaya puluhan oran dibanding penduduk Indonesia yang 250 juta, Rakyat Indonesia juga cinta Perdamaian yang Abadi terima kasih"
Cantik jawapannya, dan aku lebih yakin. Aku tersenyum sendiri sambil membaca jawab balas ini, memang selalu dipanggil 'Pak' kerana nama timangan ku memang 'Apak' tapi jarang benar digelar Bapak Khairul Ashraf ataupun Pak Khairul. Dadaku diurut sendiri tanda syukur.
"Laskar Bendera Syok Sendiri" ulit mulutku manja. Tulisan jawab balas ini dibaca sekali lagi, memikirkan jawapan balas yang sepatutnya aku bagi kirim bagi mengakhiri rancaknya perbualan ini.
September 4 at 5:43pm
Aku berkata, "baik tuan,rindu keamanan kami utk anda semua,andai kata terjadi yg lebih buruk lagi dari isu sebegini dan mohon dijauhkan InsyaAllah, ingatlah bahawa tuan tetap ada saudara spt saya di Malaysia yang mahukan kita bersaudara sama2 dan terus damai, Allahuakbar!" Perasaan segar mendatangi, kalau ada lagi isu yang datang, enteng sahaja semua itu, isu picisan dimuntahkan segelintir orang, bak anjing menyalak bukit lah lebih kurang.
OH YEAH. Hari ini, ye, ia barmaksud baru sekejap tadi aku dapat kawan namanya Tuan Endi Rizal Saleh dan beliau berasal dari Indonesia. Kelebihan konflik ni pada aku nampaknya membawa aku mengenali lebih ramai saudaraku dari seberang, termasuk lah Sony Sikumbang, Faruq Rang Mudo Minang dan Deni Muliawan serta ramai lagi yang lain. Apa yang penting, kita sememangnya bersaudara serumpun,dan tindakan negatif segelintir mereka di Indonesia tidak melambangkan keseluruhan rakyat yang memiliki umat Islam paling ramai di rantau belah sini.
Habis, kalau saudara seMalaysia sama bangsa dan seagama pun tak nak kekal terus bersaudara,malah saling bertukar2 kata2 nista, seolah2 semuanya dusta dan kutu berahak belaka, mencaci2 ikut suka, baik aku bersaudara dengan yang rela. Tapi ini cerita lain lah kan, ye ini cerita lain ok.
Apa2 hal SBY ni pun gua tetap salut! Rasional bukan emosional!
Sabtu, Ogos 14, 2010
Kebun Ilmu
Di Kebun Ilmu ini,
Benih bangsa disemai pada batas ilmu, iman dan amal,
Dibaja dan disiram,supaya tumbuh segar, ranum dan indah.
Kadang-kadang dicantas dan dipangkas rapi agar tetap rendang dan berbuah.
Adakalanya layu,disiram lagi dengan cinta dan redha.
Bila kuncup bunganya,dipupuk agar kembali mekar dan wangi,
Pernah juga gugur putiknya,kami pastikan ia berputik kembali,dan itu kerja kami.
Sekali sekala bila batangmu ditakik,jangan terus melatah,
Tapi kalau mahu ditebang,jangan sekali kau mengalah.
Tumbuhlah benih,bila tua biar terus berbuah,
Biar benih lain pula tumbuh,dan pada kau bukan kami saja,tapi biar ramai datang berteduh.
Khamis, Julai 30, 2009
Kelas sulung bersama STM 4 modul TTM 312 Julai 2009
so klas 1st day,cam biasa, kenal2 la dulu...agaknye diorg ni tak penah nengok aku bertukar watak bila ngajor (watak ape tak yah la tau) so diorg rasa pelik la agaknye,pasal muka sorg2 aku nengok pelik je..agaknye diorg mesti pikir "eh, cik ashraf ni kalau jumpe kt luar xde lak camni, muka serius tahap cipan gaung" ahaha..mesti la..dh namanya phep kebajikan dan disiplin...
so mmg,mmg bile aku masuk klas, aku dpt release tension dgn keje2 pengurusan..seronok masuk klas ni,seronok jupe bebudak,n seronok jugak ngenakan diorg mana yg agak2 blur tu,ehehe..
so, tahniah la utk student klas aku bagi sesi julai 09 ni,keep up the good work, masa kelas,kita buat mcm kt kelas, kalau korg budak2 kan diri korg sendiri dlm kelas, aku budak2 kan korg jugak dlm kelas tu,ehehe..
aku ade bagi soalan pengenalan TTM 312 kt diorg, tp soklannye lebih kpd keperluan muhasabah diri aku sendiri,belum sempat lagi aku nk baca,dh baca nanti, aku update lagi,wassalam.