Rabu, Januari 26, 2011

Brader, ini cerita pasal ketidaktentuan.

Brader, ketidaktentuan ini sebenarnya satu penantian
satu seksaan
satu harapan
satu kemungkinan
yang boleh jadi satu yang tinggal kenangan.

Ketidaktentuan ini buat ramai yang tertanya
buat ramai yang rasa terpedaya
buat ramai yang rasa entah apa2
akhirnya boleh buat ramai rasa kecewa

Kadang2 ketentuan ini indah
memang rasa gundah, dan bawa gelisah,
tapi itu lumrah, kerana ketidaktentuan ini memang biasa buat manusia resah

Bila ketidaktentuan jadi parah
mulalah nak terngadah
berfikir pun macam nak pecah
mula buat kerenah dan merungut tak sudah2
rasa bongkak hingga semuanya nak disanggah
sudahnya kalau digagah juga, diri sendiri yang punah.

Brader, berfikir boleh buat ketidaktentuan jadi pasti
boleh buat keputusan dan berpegang pada agama dan diri,
bak kata orang lama, ikut rasa binasa, ikut hati mati.

berfikir itu mudah, berfikir yang betul itu satu cerita lain.

Jumaat, Januari 21, 2011

Interlok dan persimpangan dilemma


Semalam, aku berjaya dapatkan Interlok. Beli di kedai Seremban, minta orang tua aku belikan. Katanya, tak banyak yang tinggal, itupun satu kedai tu je yang jual. Kecoh konon2 novel inilah yang bernada rasis, dengan penulisnya, Abdullah Hussain mula jadi public enemy no 1 untuk masyarakat India. Segelintir masyarakat India yang tak senang duduk ada yang menulis tentang sejarah dirinya.

Main bakar2 buku ni sebenarnya dah biasa jadi. Sama macam stail Hitler bakar buku yang tandus semangat Jerman, macam tentera kristian bakar buku sastera, puisi, astronomi dan kedoktoran Islam di Sepanyol, macam pastor amerika bakar quran, semuanya pasal satu sebab. semuanya nak tutup cerita punya hal, semuanya pasal benci punya hal, semuanya pasal menggelabah punya hal.

Ilmu, sejarah, fakta, kalau bakar pun tak kan hilang. semua kekal dalam kepala. makan masa woo nak hilang. orang sekarang bukan buta. buat apa nak melompat panas punggung, dah cerita dalam tu benar belaka?

Dalam Interlok, bukan India saja, Melayu dengan Cina pun kena juga. apa masalah sebenarnya ni? politik lah jawapannya. politik.

Tapi aku baca ok je, agaknya pasal aku Melayu, tak cepat terasa, tak mudah teransang jiwa, tak tergoda nak melompat macam Malaysia ni aku sendiri yang punya.

Kejap. Tapi dulu, masa keluar Malay Dilemma, Melayu naik gila juga, tapi bila dah baca sendiri, baru tau semua tu benar belaka. Semua tu nak bagi kita kenal dunia. Semua tu nak bagi kita tau siapa pencipta, dan supaya kita jadi cerdik dan teruja nak ubah nasib sendiri, bukan biarkan cerita2 tu memakan diri.

Kesimpulannya, cuba baca dulu, pum pang pum pang cerita pun, kalau tak tau bukunya yang mana, ceritanya macam mana, penulis tu niatnya apa, sembang pun tak guna, melenting bagai nak gila, mengamuk macam esok tak ada, marah macam orang hilang punca. Bacalah dulu. Orang arab sebut iqra'. Orang Malaysia sebut benda yang sama: baca.

Jumaat, Januari 14, 2011

Teguran Pak Sako

Ishak Haji Muhammad (Pak Sako)


14hb Januari, 2011 11.38 pagi.

boring dengan ucapan2 retorik semasa yang tak tentu hujung pangkal, masa berucap seperti selalu di setiap kali majlis perasmian penutup meraikan pelajar2 baru semasa Minggu Hari Suai Kenal, kali ni aku hidangkan terus kat telinga pelajar dan juga rakan2 dengan sedikit pembaharuan. aku quote note dari fb Teacher Zainah (cikgu masa di SDAR) dulu. "Teguran Pak Sako" tajuknya. Enjoy!

Bapak rugged, anak groovy,

Sedang membiak di sana sini,

Di pantai memakai bikini,

Di kubur memakai mini.

Orang-orang kampung menghadap Kiblat,

Mereka membawa komik-komik Barat,

Bermain karate, ganti bersilat,

Makan anggur, menggantikan langsat,

Gasing dibuang, dimajukan bowling,

Berasmara mereka kata necking,

Bercumbu-cumbu mereka kata pecking,

Buang Mak Inang, menggantikan dansing,

Tetapi, bila bergula dalam kencing,

Barulah teringat nak makan jering,

Terkenang kepada petai dan kerdas,

Barulah nak belajar mandi hadas.

Melayu bukan, Malaysian pun bukan,

Cina bukan, Indian pun bukan,

Inikah akar-akar yang mangaku rotan?

Atau kaca-kaca yang mengaku intan?

– Pak Sako (Dr. Ishak Haji Muhammad)

[Sumber: Suara Keadilan, edisi 28 Ogos – 11 September 2007, bil. 115, halaman 15 dalam tulisan LanH berjudul Melayu bukan, Cina bukan, Malaysian pun bukan]





apa, ingat muka samseng tak reti bersajak!?

Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails