Isnin, Ogos 15, 2011

54


54,
dulu kuat,
sekarang nasibnya bertongkat.

54,
dulu satu,
sekarang masing-masing buat tak tau

54,
dulu bebas,
sekarang melampau batas,

54,
dulu terluka,
sekarang parutnya kembali bernanah semula.

54,
dalam nilainya banyak
akalnya masih dangkal dan kerap dilanyak

54,
yang berfikir mula menyendiri
sekadar menggeleng tanda protes dalam diri
yang menyalak mula bersuara
maklumlah apa yang ada tak cukup pula
bila yang dinyata tak nampak sama, takkan kita tak sanggup cintakan dia?
kan ini rumah kita,
rumah yang kita duduk sama-sama,
rumah yang kita bina sama-sama
rumah yang didalamnya kita hias sama-sama
rumah yang kita bercakaran mesra
tapi jangan sampai terbakar pula!

54,
dalam deru merdeka
kita mudah leka
mengadu domba
mencaci nista
baik di akhbar, baik di maya, baik di mana saja.
pantang berbeza
kita dituduhnya pendusta

Sudahlah bulan puasa
entah-entah Dia pun murka.

Gua ucapkan Selamat Terus Berpuasa Sehingga Penuh, Salam Lebaran Aidilfitri dan Selamat Hari Merdeka Ke-54, semoga hari raya dan merdeka ini kita masih lagi bebas bersuara, dan merdeka dari sfat prejudis sesama kita.

Isnin, Ogos 08, 2011

Puasa, Susu dan FB


Tempoh hari ayahnya berkata, "Najwa bila nak puasa? Ayah puasa, Mama Puasa...Najwa bila nak puasa? Puasa ni tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh korek idung" gurau ayahnya.

Tengah hari, seusai memandikan anaknya, ayahnya menyiapkan nasi, sehidang yang cukup untuk anaknya jamah sebagai santapan tengah hari. 2 tahun 11 bulan, kesian pulak kalau berlapar dek puasa, fikirnya.

"Nah najwa, ni nasi lauk kurma, mama masak dengan chicken tadi, sedap!" Girang ayahnya mempelawa nasi itu, seronok melihat anaknya membesar dan bersemangat setiap kali tiba waktu makan.

Dengan pantas anaknya berkata "ish ayah ni...saya puasa la, tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh korek idung."

"Saya nak tengok tv ni, Ayah tolong buatkan susu boleh?!"

"???????!!!"


Yang kecik pun walau belum mengerti berpuasa yang true, tp ingat, anak mudah mengikut, anak juga mudah mengingat. Tapi kalau dia belum faham apa yang kita sebut dan buat, apa lagi, pakat gelak ajelah kuat2.

Ingat ya Sihh!

Selamat Berpuasa semuanya. Seperkara lagi, suka juga di peringatkan main tag gambar makanan kt fb, cerita pum pang pum pang pasal juadah berbuka kt status fb, cerita hebatnya shopping nak beraya tahun ni kt fb sebenarnya boleh buat puasa jadi sia2, baik untuk yang buat, mahupun yang membaca dan menelan air liur akibatnya. Ini penyakit berpuasa zaman fb namanya kan?

Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails