Isnin, Oktober 01, 2012

Bonus: Sudut Pandang Alternatif Seorang Kakitangan Kerajaan

Satu investment yang baik, terutama sekali apabila dibentangkan dalam Bajet 2013 yang merupakan bajet terakhir sebelum PRU13.

Sebagai kakitangan kerajaan, aku berpendapat bonus yang dinyatakan baru2 ini bakal memberi kuasa beli secara tiba2 kepada kakitangan kerajaan sekita hujung tahun ini dan awal tahun depan.

Peningkatan kuasa beli secara mendadak ini aku lihat mampu mendorong kakitangan kerajaan membuat pembelian yang tidak perlu dan cenderung untuk lebih bermewah2, berbanding bulan2 sebelum bonus ini diterima. Agen kad kredit akan menjujuk2 datang ke jabatan2 kerajaan, mencari potential customer, beban kad kredit akan makin bertambah, tidak kurang yang akan membeli kereta baru, walaupun kereta lama utk ke tempat kerja masih boleh digunakan semahu2nya.

Yang bujang akan membeli gadget2 terkini: tab, smartphone, LCD tv, iphone, ipad. yang penting ipay. Tidak dinafikan pemberian bonus ini akan meningkatkan kuasa beli kakitangan kerajaan, tapi diakhirnya, mereka tidak mampu untuk mengekalkan gaya hidup sebegitu. Sejauh mana ia ampuh dalam mengekalkan perkembangan ekonomi warga2 penjual dan peniaga juga tidak dapat dipastikan kerana bonus itu sendiri bersifat sementara, tetapi kenaikan harga sudah pasti tidak akan diturunkan baik semasa bonus diterima dan setelah bonus tidak ada lagi untuk bulan2 mendatang selepas itu.

Bonus pasti akan habis, masuk ke tengah bulan hingga gaji berikutnya, yang leka dan alpa akan mengagau semula macam biasa. Sustainability kewangan tak dapat diwujudkan, malah bebanan hutang pula yang akan diterima, apatah lagi kalau sibuk membeli menggunakan kad kredit, dan berbelanja semahu2nya.

Pada aku, aku lebih suka kalau bonus itu diagih2kan kepada kumpulan atau perkara yg benar2 memerlukan bagi kakitangan kerajaan, cthnya:

Membiayai kursus peningkatan kemahiran kakitangan kerajaan secara berterusan dan menyeluruh

Meningkatkan kuota dan nilai biasiswa utk kakitangan kerajaan yg melanjutkan pengajian sehingga peringkat tertinggi

Menambah nilai ganjaran kpd kakitangan yg berkhidmat dengan cemerlang berdasarkan KPI, mungkin insentif bulanan jika mencapai KPI bulanan yang ditetapkan

Membiayai perlindungan insuran yg lebih menyeluruh kepada kakitangan kerajaan

Ini sebagai contoh sahaja. Pendeknya, agihkan bonus kami kepada keperluan2 lain untuk kebajikan, peningkatan karier serta kompetensi kakitangan kerajaan, demi meningkatkan imej jabatan2 kerajaan dalam terus cemerlang memberi khidmat sebagai frontline perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Aku percaya dengan agihan begini, niat bonus tersebut akan lebih sampai pada fokus sebenarnya, iaitu menghargai jasa kakitangan awam. Ia juga tidak akan disalah anggap oleh sesetengah pihak yg meragui pemberian ikhlas kerajaan  dan merasakan kami tidak layak untuk menerimanya, setidak2nya tidak sebanyak ini. Berikan kami nilai yang intangible tetapi masih mampu dinikmati dengan baik, berbanding pemberian bonus dalam bentuk fizikal yang nilainya boleh berubah2, malah boleh susut nilainya.

Aku bukan tak menyokong, malah kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan dengan bonus ni, tapi setelah beberapa siri kenaikan gaji dan bonus yang baru sahaja diterima untuk Syawal yang lepas, aku rasa bonus kali ini yang dibentangkan dalam bajet sebagai tidak berapa relevan. Malah, aku lebih gembira kalau menerima kenaikan gaji sama rata untuk semua kakitangan kerajaan. Biarlah, jika jumlahnya kecil sekalipun. Contohnya kenaikan gaji hanya RM200 untuk semua kakitangan awam, tetapi ia mencapai semua kakitangan awam secara sama rata, setiap bulan. Ingat, kakitangan awam dengan gred besar dan gaji besar juga menerima bonus setahun sebulan setengah dengan gembira dan kaya. :) itu belum kira lagi cerita lain iaitu tak semua kakitangan awam yang menerima bonus ini bekerja selayaknya untuk mendapat apa yang diberi, wallahuallam.

Terima kasih kerajaan kerana memberikan bonus kepada kami, harapnya pemberian bonus ini bakal terus memastikan sustainability kerajaan semasa dan membantu meningkatkan kemandirian ekonomi kakitangan awam serta rakyat secara umumnya. Ini tandanya kerajaan semasa mampu dan menghargai jasa dan khidmat bakti kakitangan kerajaan. Diharapkan juga ini sebagai satu dorongan untuk kita terus bekerja dengan jujur, berintegriti, meningkatkan produktiviti dan lebih mesra rakyat, kerana sekali lagi kena ingat, kita bekerja dengan kerajaan, untuk rakyat. Sebagai rakyat juga umumnya, kena ingat, PM membentangkan bajet yang berhikmah, dan kita berbelanja dengan berhemah. InsyaAllah.



Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails