Sudah 5 hari sejak insiden ini berlaku. Tapi kita ni masih mudah tenggelam dalam ketidakpastian dan seronok berandaian itu ini, begitu begini.
Haha..anehlah kita ni, masih juga nak berspekulasi sana sini, begitu begini. Tgk lah flow info tu datang dari mana dan turutan masa info tu keluar. Kerana itu ia dipanggil Kronologi. Pernah ke info kritikal keluar serentak; contohnya A kata 1, B kata 2, dan C kata 3, serentak dalam satu PC, pada masa yang sama di tempat yang sama?
Analoginya mudah, pernah ke untuk sebatang pokok dari sebiji benih misalnya, kita tanam serentak itulah jugak ada buah? Perlu ada batang, dahan, ranting, bunga dulu, baru keluar buah. Di antaranya pula ada peristiwa ranting patah, dahan sekah, batang dipotong. Bahkan bila berbuah, ada buah yang busuk, putik yang gugur dan sebagainya. Tetap berturutan. Tetap ada cerita hari ini, semalam dan masa depan. Islam pula misalnya, tidak lah ia datang serentak kepada manusia, ada turutan dan kronologinya
Jadi, seperti analogi tumbuhnya pokok yang ditanam, Setiap maklumat ada turutan, dan ada kronologinya. Ia tidak datang serentak, dan tidak datang sekaligus. Mustahil. Jadi ambil lah maklumat terkini mengikut kronologinya dan paling baru kita terima, kan mudah dan tidak memeningkan. Kenapa pulak kita nak kata, cerita ini bercanggah dengan cerita semalam, cerita ini tidak betul, dan cerita ini tidak benar, siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong?
Standard Operation Procedure sebaran maklumat dalam masa krisis ni, kita kena faham dulu COC (Chain of Command) operasi, kena ambil kira pihak yang terlibat, aset yg digerakkan, tempoh masa dan waktu sebaran diadakan, tapisan keselamatan yang terlibat berkaitan pendedahan maklumat dsb faktor2 lain.
JADI, Sebagaimana aku bukan IGP, bukan wakil media, tidak mengepelai operasi menyelamat, tidak mewakili kerajaan dalam PC, aku juga bukan MAS personnel, apatah lagi KP DCA. Jadi aku tak berhak nak dictate siapa yang lebih baik untuk beri statement itu ini, begitu begini. Aku daif, hanya mampu berdoa dan tawakal je. Usaha orang dan pihak lain dah buat. Aku tak nak bertanya siapa bohong dan siapa yang benar, kerana kadang2 aku sendiri tak mampu untuk tentukan mana yang benar, mana yang salah. Looks can be very deceiving at times. Kita boleh melihat apa yang kita ingin lihat sahaja, tetapi belum tentu apa yang kita lihat itu betul, atau salah. Kerana itu aku tak mampu berspekulasi dan berandaian itu ini, begitu begini, siapa bohong dan siapa yang berkata benar.
Bahkan, kalaulah ada risiko keselamatan pun, bukan aku yang nak tentukan serius atau tidak ancaman keselamatan tu. Pasal aku bukan PAT atau IGP pun. Alhamdulillah, walaupun aku peduli, tapi tak terseksa macam waris mangsa yang pastinya lebih ingin tahu dari kita tentang apa sebenar yang berlaku. Kita ni kadang "terseksa" pasal kita nak jadi sudu lebih, kuahnya sikit je. Tapi aku tak nafikan, berspekulasi dan berkonspirasi memang seronok! :-D
Menjawab "perlu diteliti terlebih dahulu betul atau tidaknya perkara itu sebelum dihebahkan", kena fikir juga, mungkin itulah "maklumat yang telah dipastikan betul pada masa dan ketika itu" . Maka kerana itulah ia disebarkan semasa PC (Kalau sumber PC secara lansung yang kita refer lah, kalau amik excerpt dari FB semata2, dari blog atau web yang kurang kredibel, itu bukan sumber yang dipercayai.)
Tapi takpe, takde masalah, kalau ada yang nak terus berandaian itu ini, begitu begini, itu salah, dan ini tidak betul, teruskan. Aku nak terus #PrayForMH370, semoga mereka semua sihat dan selamat ke destinasi asal. Kerana itu je yang aku mampu. Wallahua'lam. :-)