Rabu, Februari 16, 2011
Astro tetap unggul dan kapitalis yang mendamaikan!
Cis, Nismilan kalah lagi. Kalau Sabtu kena hobin dgn Perak 0-2, baru kejap tadi kena hentak dengan Felda United pulak 0-1. Felda main 10 org pulak tu. Masuk ni dah dua kali kalah berturut2. Tapi takpe ni baru awal musim. Selama ni kalau kalah tak emo sangat, tapi musim ni kalau kalah rasa nak bukak bunga silat pun ada. Oh ye, ini maknanya bola tempatan makin berkembang, semangat fan pun makin hebat. Ini satu perkembangan yang baik dan betul, ini ayat saje nak bagi sedap ati.
Seperti biasa, bila kalah, mulalah emo. Tapi entry ni aku bukan nak mengaruk pasal game tadi, ataupun nak marah pasal ada budak baru nak naik tunjuk fuck kt astro arena 801 dalam game ns vs felda united kt star tadi (buek malu orang nismilan yo, kato waghih sumo eh beradat!?). Cuma malam ni memang saja nak cari pasal dengan org yang cari pasal dengan RTM, Astro, FAM dan semua yg berkait2 dengan broadcasting industry dalam kancah bolasepak tempatan ni.
Isu yg jadi bahan ialah ada yg marah bola live takde lagi kt RTM 1, pasal semua hak penyiaran dah dirembat dek astro. Dalam FB mengaruk kata FAM mata duitan lah, RTM pengecut tak berani gamble lah, dan lagi jijik aku baca bila ada yang menyalahkan RTM yang milik penuh gomen ni terdiri dari kakitangan yang tipikal govt servant; pemalas dan tak nak keluar dari kelompok keselesaan. Bodoh apa kau woi.
Lawak2! Kelakarla manusia2 macam ni. Fikir tak sampai. Aku ingat aku bodo dah, ada lagi bangang dari aku...keh keh.. kalau takde astro, xde la rm220 juta sponsorship utk FAM, MSL, dgn Liga Premier. Salahnya bukan pada RTM, jauh sekali kakitangan kerajaan (org akal tak sampai je pikir macam ni) tapi salahnya pada kita yg sebelum ni tak pernah lansung nak support Liga Malaysia. Terhegeh2 menggelabah bila liga diambik dek astro, dan tak tayang lagi kt rtm (itupun game sabtu ada, game main selasa je yg takde, sebenarnya tengok tv RTM ke tak ni!!?). Keh keh..ok2.. ini sebab dia;
1. Kita semua sibuk nak tengok liga local bila bola kita makin naik, sebelum ni menggelupur tgk team BPL dan liga luar negara main kan? maklumlah..baru menang Sukan SEA, Piala AFF Suzuki, kalahkan Hong Kong, ranking naik ye tak? ye tak?!
2. Sebelum ni, kiblat kita hanya pada BPL! Bila nak tengok liga luar negara main, Astro yang memang kapitalis dan berdasarkan keuntungan semata2, guna modal sedia ada diorg yang besar utk dptkan hak penyiaran game2 luar negara tersebut. Marketing dan promotion department diaorg tau, we spend big, we earn big. Bila ada duit, semua jalan bang. Orang kita masa ni kat mana? Kedai mamak woi kalau takde Astro, kot tak pun tumpang rumah org ada Astro. Dah la miskin tak berduit nak langgan Astro, tapi lagak nak tgk bola oversea!
3. Dalam masa yang sama, bola tempatan terus dianaktirikan. Sale tiket kita kat kaunter2 stadium tak pernah balik modal terjual, jauh sekali sold out, dan FAM serta pasukan2 negeri2 dan kelab2 bertanding tak mampu nak survive based pada ticket sales semata2. Jauh sekali nak bayar gaji2 player guna duit2 merchandise yg terjual, ataupun guna untung pengurusan yang cekap buat duit dengan cabang2 bisnes yang lain. Pada masa tu, stadium2 terus kosong, lagi banyak player atas padang dari penyokong kat fan terraces. Yang ramai, di kedai mamak (pasal rumah takde Astro) ataupun menganga dan sibuk dihidang game BPL semasa kat tv siaran Astro di rumah masing2. Kenal player BPL, macam kenal sedara kandung masing2. Tapi bila tanya nama player team local, jangankan nama, kaler jersi pun belum tentu betul. Dan aku berani cakap, pasal aku pun pernah jadi macam ni.
4. Tanpa ragu2, Astro terus kutip duit hasil bayar bil bulan2 pelanggannya, dan mereka muncul dengan lebih bergaya, gah dan berduit (hasil langganan penonton, dan yang ketagih sukan2 dan BPL di tv) lebih hebat dan dilihat FAM mampu melonjak kualiti dan membentuk imej dan personaliti liga tempatan beserta team2 yg bertanding supaya lebih ampuh di mata penonton, disamping menyemarakkan scene bola tempatan. Rm220 juta jadi tawaran, dan resmi org berniaga dalam bidang penyiaran, apa jadah nak kongsi broadcast, bila boleh eksklusif dan maximize air time dan untung untuk diri sendiri?
5. Apa? Nak suruh RTM bid dan berebut dapat hak penyiaran dgn astro dari FAM? Astro memiliki segalanya yg menjauhi apa yg mampu ditawarkan oleh RTM. (ingat, RTM itu percuma, dan berasaskan kepentingan membekalkan khidmat penyiaran kepada rakyat tanpa bayar satu sen pun) bila percuma, RTM tak mampu nak capitalise profit, dan lagi capek untuk hidangkan rm220 juta pd FAM untuk dapat hak penyiaran. Jadi walaupun memang ada kakitangn gomen yang pemalas, tapi cerita ni takde kena mengena dengan hal tu. Apatah lagi sempit sekali pemikiran org kita yang kata RTM bodo, padahal salah pd diri sendiri. tak malu.
6. RTM dulu sebelum Astro sebat hak penyiaran ni, kalau nakkan siaran on air game2 bola local, kena bayar FAM rm6 juta. Tapi tu dulu, zaman kalau half time pagar dah bukak free, zaman takde Ultras, zaman takde scoreboard elektronik, dan sudah tentu zaman kita belum menang Acara Bolasepak Sukan SEA dengan Piala AFF Suzuki macam sekarang. Lagipun rm6 juta vs rm220 juta, nak pilih yang mana satu agaknya? Ikut resmi orang berniaga der, mesti nak untung lipat2. Kalau pakai duit rakyat berlebih2 lak karang pasal nak beli hak penyiaran, ada jugak yang mengaruk kata membazir, ini semua taktik politik busuk. Sudahnya, biar je la hak penyiaran dapat ke syarikat kapitalis macam Astro untuk guna modal besar, dan dpt 100% hak penyiaran. Paling tidak, yang mampu dapat la tengok bola, tak mampu, pegi kedai mamak je la, kalau pun tak mampu nak pegi stadium pakai duit sendiri. Yang lebih baik, fan bertambah, bola tempatan tidak lagi sekadar di pojok2 akhbar, tidak lagi di anak tirikan dan ada satu standard eksklusif untuk orang kita tengok bola; di stadium, atau di Astro!
Mudahnya macam ni lah, cerita tajaan ni win-win situation, bukan nak pikir tekak diri sendiri. Hari ni, kita bukak astro, dapat tengok bola local, FAM pun untung dapat sponsor, Astro pun dpt lg byk subscriber. entah2 lepas ni ada Channel Arena HD pulak, atau ada game yg ditayangkan dalam 3D. RTM pulak boleh terus kekalkan bagi khidmat percuma pada rakyat, letak banyak lagi program2 yang bermanfaat. Hidup mati rakyat malaysia bukan pada bola semata2, memang separuh nyawa pada bolasepak, tapi banyak lagi sukan lain perlukan pembelaan dan roh sukan Malaysia macam badminton, squasy, takraw, hoki, rugby dsb.
Tu pasal adanya istilah privatisation, dan adanya govt oriented. Kedua2nya berbeza dari segi penawaran kepada pengguna, dengan kedua2nya ada kelebihan masing2. Itulah, lain kali tengok diri sendiri dulu sebelum tuding jari kat orang lain. Owh lupa, aku peminat BPL juga, team Liverpool, tapi nismilan tetap team no 1! yelah kan, bak kata orang tua2, jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Sekian, Karam Singh Walia melaporkan.
Selasa, Februari 01, 2011
Bila bah, buat kita manusia hilang megah
Senang cakap, bab banjir ni ramai yang sedap buat cerita, tapi ramai lagi yang tak pernah merasa, bila sendiri dah terkena, baru tau siapa pencipta.
Petang Ahad tu, orang rumah call; "abg kedai nak kena tutup, banjir dah tiba" sehelai sepinggang, aku sempat jemput bini balik kerja di Bandar Segamat, Najwa pun ada sekali dalam kereta, tapi bila nak patah semula ke Batu Anam, dah tak sempat pula, tau2 depan RHB air dah naik paras dada. Hah mula la meraban tak tentu hala macam hilang gaya.
Insaf, itu yang pertama terlintas di minda, manakan taknya, anak beranak sehelai sepinggang terperangkap tiga sekeluarga, mula2 panik bagai nak gila juga.
Mujur aku beranak ada tempat nak melelap mata, rumah Cikgu Hafiz Marzuki dan Cikgu Siti Khadijah seisi keluarga. Kalau menjenguk tempat mangsa banjir, sedih juga, ada yang kecil, ada yang tua, ditambah macam2 ragam pun ada.
Panic shopping di kedai Along Segamat Baru, semua nak dicapai, orang berebut barang, bagai hari esok tiada, tapi yang kaya, tokey tu juga, semua yang hujungnya 50 sen, digenap jadi mahal pula!
Malam pertama, tidur bangun keluh kesah serba tak kena, faham2 saja, rumah orang rupanya, pandu kelisa, jenguk ke gigi air, rupa2 dah sampai Shell Jln Genuang sana. Pagi tu bergegas semula, gigi air kali ni lebih mesra, dah surut sampai ke CIMB kurangnya, alhamdulillah, getus jiwa. Masa sukar sebegini rupa, bibir mudah nak ucap syukur, maklumlah musibah ditarik menjauhi kita, tapi masa senang semua boleh jadi leka.
Pagi hari kedua, jambatan kedua dah dibuka, dengan Cikgu Hafiz Marzuki aku Bandar Segamat semula, seperti dijangka, air dah mula surut, mungkin dek cuaca baik agaknya, harapan cerah cuba diduga, alhamdulillah, kalau ikutkan gaya, petang ni dah boleh ke seberang sana. Tapi hakikat kereta kecil aku cuma Kelisa, nak ikutkan gaya Hilux dan Land Rover, nanti ada yg tersangkut di tengah2 pula. Kepala mendongak ke atas, matahari dah mula memancar dengan penuh hikmah dan bernyawa.
Tengah hari rabu, masuk hari ketiga, sekali lagi ke jambatan kedua, baik yang kecil dan besar, semua dah ke seberang sana, jiwa meronta kata boleh punya, tapi akal kata kalau lepas jambatan ni, nak ke rumah di Batu Anam belum tentu punya. Ada yang cerita, Batu 8 banjir yang datang tiada surutnya.
Maklumat rakan2 dan sedara mara diambil kira, kami anak beranak bergerak juga, radio mengkhabarkan Jalan Gemas telah dibuka, kawan2 pula menambah; "ikut Keratong sana" yes, malam itu rumah yang dirindui menanti setia, telah siap menyapa dan sentiasa menanti kepulangan kami bertiga.
Insaf dan sedar siapa pencipta ni boleh datang dalam macam2 cara, untuk tahun ini, bagi aku, musibah dan ujian macam ni salah satu dari cara-Nya. Sehingga cerita ini dilayar sebegini rupa, kami sekeluarga sudah selesa berteman bunyi mercun malam Tahun Baru Cina. Bising pun bisinglah, takde hal punya, kata 1 Malaysia, toleransi mesti mau ada. Alhamdulillah, terima Kasih pada yang Esa.

Hari Ke-3, 7.30 pagi: Air memang surut cepat, tahniah untuk sistem perparitan yang baik.
Hari Ke-3, 10.45 pagi: Jambatan Kedua mula dibuka

Langgan:
Catatan (Atom)