Selasa, Jun 28, 2011

999, PDRM dan Integriti

Gua ada kecenderungan untuk menelefon dan menyampaikan aduan berkaitan permasalahan yang gua rasa hanya pihak berkuasa saja boleh ambil tindakan ke atas perlakuan jenayah, isu2 komuniti dan gangguan terhadap komuniti setempat. Suka mengadu la ni? keh keh...boleh jadi, tapi sebenarnya gua memang sangat mesra dengan pihak berkuasa dan berwajib, kerana percaya pada tugas mereka dalam menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam dan mengawasi keselamatan komuniti dan masyarakat. Kita ada 999, call je la kalau ada keperluan.

Gua bukan buat panggilan palsu pun.

Sepanjang hidup gua, seingat2 gua la, dah 6 kali gua menggunakan talian 999. Berikut adalah panggilan2 ke atas talian 999 yang gua pernah buat.

1. 999, kemudian dihubungkan pada PDRM, aduan berkaitan masalah lumba haram di kampung gua kat Ampangan, Seremban, NS. Untuk rekod, Ampangan dikatakan trek kedua paling masyhur dan paling panas diantara banyak2 trek lumba haram kat Malaysia. No 1 gua tak ingat kt mana. Fakta ni diberitahu oleh seorang bekas pelumba haram yang jugak merangkap member baik gua. Sekarang dia jadi Kapten dalam Komando untuk Tentera Darat. Alhamdulillah, jadik orang jugak akhirnya.

2. 999, kemudian Ambulan. Dalam perjalanan balik ke kampus UPM masa tu, ada motor eksiden dilanggar lari dek sebuah kereta. Kejadian berlaku di Serdang, Selangor. Dek nak cepat, dan lepas ramai orang datang membantu, scene eksiden gua tinggalkan. Tak tau la Ambulan sempat sampai ke tak. Tengok gaya rider masa tu macam dah nyawa2 ikan.

3. 999, kemudian sekali lagi Polis, ada satu perlakuan mencurigakan berhampiran area rumah sewa gua masa study kat KUTKM (sekarang UTeM) di Ayer Keroh, Melaka. Gua call polis tu pasal aku tengok ada 5-6 dok mengendap2 menghampiri satu rumah, dan masing2 buat tak tau bila gua lalu (malam masa tu) dengan kereta. Lepas gua call, IPD Melaka Tengah call gua balik, katanya area tu Bukit Aman tengah ada operasi cegah jenayah. Hah!

4. Hari pertama lapor diri di KUiTTHO (kini UTHM), ada eksiden depan mata masa tengah makan malam di satu restoren tepi jalan lama Batu Pahat - Pt. Raja - Kluang, Johor. 999 sambungkan panggilan gua ke Ambulan. Ini memang nampak Ambulan datang, tapi lepas 20 minit. Mujur mangsa bermotor tu terselamat.

5. Sekitar 2009 dulu, sekali lagi gua dial 999, dan minta disambungkan ke Bomba. Ada pembakaran terbuka waktu larut malam di satu ladang sawit berhampiran taman perumahan gua tinggal sekarang kat Segamat, Johor. Tapi peliknya Bomba kata tak boleh ambil tindakan pasal itu tempat persendirian, dan jauh dari penempatan (padahal pembakaran terbuka adalah salah disisi Akta Alam Sekitar kan?). Gua tak pueh ati, mintak dihubungkan pulak ke Jabatan Alam Sekitar, dan katanya kami akan siasat. Sampai esok paginya tu pun takde Bomba apatah lagi JAS datang ambil tindakan. Api dibiar terbakar sepanjang malam pasal takde lansung Bomba datang siram air padamkan api tu.

6. Dan semalam, sewaktu pulang dari arah utara di hiway utara selatan, 27 Jun 2011, jam 6.34 petang, gua menelefon 999, dan setelah menyatakan maklumat diri (masa diambil 2 minit, untuk proses pengesahan pemanggil sahaja) disambung pula ke PDRM. Proses mengambil laporan pula selama 2 minit lebih. Gua buat aduan berkenaan satu lori kontena yang membawa dalam keadaan merbahaya, laju, dan boleh cucuk2 bahkan siap hi beam pengguna jalanraya lain yang ada kat line dia.

"Hello selamat petang, PDRM boleh saya bantu anda? (suara operator lelaki)"

"Tuan, saya nak buat aduan tentang satu kontena di hiway PLUS ni menghala ke selatan, km
27.6 (maklumat ni valid masa aku lalu kt area tu, pasal tengah drive dan call polis dgn handsfree) area dekat2 R&R Seremban ni tuan."

"Ya cik, Kenapa kontena tu cik?"

"Dia bawa secara merbahaya la tuan, kalau ikut sticker halaju lori kt hiway 80km/j je, ini saya follow ni pun dah dekat 120km/j dah ni, laju betul, siap cucuk kenderaan2 lain lagi!"

"Dia bawak barang ape tu cik?" (Soalan ni gua pelik, ada kaitan ke muatan kontena (yang bertutup, tak nampak ape pun kat dalam dengan benda aku nak mengadu ni?)

"Mana saya tau tuan ape dia bawak. Tapi kalau tengok gaya, kontena ni kosong ni, laju semacam
je. Bahaya ni tuan."

"Ok cik, cik dekat mana sekarang?" hiway plus arah selatan, km 27 lebih2 la cik, saya tgh bergerak dalam kereta ni, ada kat belakang dia ni. Nak bagitau tepat betul kira dekat2 lepas depan sikit je dari R&R Seremban. Sempat ni kalau polis tunggu dekat exit Seremban depan sana." (Selamba gua ajar sikit polis ni, tadi dah bagitau tempat, x pulak dicatatnya, ni tanya balik pulak.)

"Ok cik, nanti kami hantar peronda untuk siasat, terima kasih cik!"

"Eh tuan, tak nak ambil detail lori kontena tu ke? Karang macam mana nak siasat?" Pengalaman menelefon 999 dan menggunakan khidmat PDRM ni buat aku spontan bertanya.

"Aaaa...ok cik, berapa nombor lori kontena tu cik?"

"Nombor plat PF* 62** di km 276.6 tp tu tadi la, ni dah dekat nak km280 dah. Depan sikit dari R&R Seremban menghala Selatan." Dah dua kali gua bagitau, getus hati gua."

"Ok cik, kami akan ambik tindakan, terima kasih cik!"

"Tuan, warna dengan brand kontena tak nak ke?"

"Warna ape cik?" Dari suara, gua perasan brader operator ni dah mula menyirap.

"Coklat, kepala lori dia kaler merah, Scania (nama brand lori)."

"Ok cik, terima kasih atas semua maklumat, saya akan gerakkan peronda kami ke kawasan ni, terima kasih cik!"

Bila letak telefon je, hati terdetik, betul ke dia ambik tindakan? Amik repot pun macam tak menyempat2 nak letak telefon. Dan untuk semua2 aduan yang gua pernah buat, kecuali yang nampak betul2 depan mata ambulan datang atau polis bagitau kita balik itu operasi diorg, diorg amik tindakan ke tak sebenarnya ni?

Sekarang ni kecoh dengan kejadian jenayah, ditambah pulak dengan macam2 usaha memporak perandakan keselamatan orang awam, isu pihak berwajib tak berkhidmat secara menyeluruh pada orang awam dan macam2 lagi hal. Kita yang awam ni makin keliru dan kusut. Tak kurang jugak yang mengaruk kata tak nampak apa2 perubahan dari segi perkhidmatan awam kepada rakyat.

Bukan apa, benda2 macam ni kena ambik peduli, dan personally gua mencadangkan sepatutnya, lepas kita buat aduan pada 999, tak kira sama ada dihubungkan pada PDRM, Ambulan, Bomba, hatta JAS sekalipun, perlu ada maklumbalas semula pada pengadu atau caller terlibat, menyatakan tindakan telah dibuat, dan telah diambil tindakan sepatutnya.

Ini adalah supaya pengadu pulak boleh buat crosscheck balik sama ada benar tindakan telah dibuat secara efisien atau tidak, dan tengok sendiri tindakan telah diambil depan2 mata dan memastikan sama ada pihak berwajib memberi respon pantas atau tidak dan pengadu terbabit boleh dapat ketenganan jiwa dan fikiran dan terus menerus mempercayai pihak berkuasa dalam setiap tanggungjawab yang mereka laksanakan, demi rakyat.

Nak lagi nampak integriti dan ketelusan, sms la balik ke pengadu, atau call semula biar pengadu boleh bagi rating ke atas khidmat yang telah diberikan. Rasanya ini akan lebih dihargai rakyat. Kalau tak, jadi macam gua lah, tak tau la ada ke tak peronda dihantar pegi kejar lori tu, then tahan atas kesalahan memandu secara merbahaya dan melebihi halaju.

Pihak berwajib ni kan berkhidmatlah kiranya pada rakyat, sambil menyelesaikan isu2 yang jauh lebih serius dan penting demi negara, dan ketenteraman awam, hal2 kecik macam ni kadang2 ada rakyat ambik kira serius jugak. Integriti pun salah satu nilai dalam 1 Malaysia kan?

Integriti Adalah Nilai 1 Malaysia

Selasa, Jun 21, 2011

Liverpool FC Shirt Swap

Selepas mempesonakan peminat di Malaysia dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan tahun lepas, Kit Launch Liverpool seringkali didepani dengan iklan dan teaser footage yang menarik dan kreatif.

Kali ini Liverpool Shirt Swap. Liverpool ternyata merakyatkan pasukan dan menghakmilikkan LFC itu sendiri khusus untuk peminat2nya. Ini antara dari banyak sebab kenapa aku minat pada Liverpool.

Isnin, Jun 20, 2011

Ini Cerita Pasal Perubahan

Perubahan.
Hidup ini adalah satu perubahan, setiap detik ia datang
Kemudian ia pergi dan terus tidak kan pernah sama lagi.
Terkadang ia menukar rupa, berganti suasana, namun untuk yang seperti sediakala,
Jarang sekali ia kembali serupa.

Perubahan.
Akal menyata, hati berkata, bila malas kita akan kekal di takuk lama.
Namun jika begitu, ia tetap tak akan sama,
Walaupun nafsu mahu terus kekal selesa,
Melihat orang lain terus megah dan mara.

Perubahan.
Sudahnya kalau begitu, kita ini dimana?
Itik pulang petang lagak gayanya?
Daun keladi dicurah, tak kunjung lekat airnya?
Melepas batuk di tangga sekadar cukup rasa?

Tepuk dada, tanya jiwa.
Ini senang punya cerita, tapi kalau tak nak, parah juga jadinya.

Ahad, Jun 05, 2011

Kuah Najwa

Hari tu, lama juga sejak ia berlalu, Najwa cekap bercakap menggunakan telefon. Satu malam, si ayah outstation, bekerja kalau dalam pemahamannya. Ayah menelefon ke rumah, bertanya khabar pada si ibu dan anaknya yang baru seusia 2 tahun 9 bulan itu.

"Najwa sihat?" Ayah bertanya. "Sihat." katanya. "Dah makan?" Ayah menyoal lagi. "Dah!" Najwa cekap membalas. "Makan apa tadi?" Ayah kembali menduga, kedengarannya bertalu-talu juga. "Makan nasik!" Najwa membalas. Si Ayah tahu, kalau bukan makan nasik pun, itu skema jawapan untuk set soalan yang ditanya tadi.

Ayahnya terkenang juga untuk bertanya lagi, tapi buntu tidak reti menduga, dan mencari-cari soalan seterusnya untuk Najwa. Tiba-tiba, Najwa bersuara "Ayah dekat mana?" Teruja Ayahnya mendengar, ini sesuatu yang baru, getus hatinya. "Ayah keje laaa... kat KL!" si Ayah menjawab.

Najwa di belakang Mama

"Ooo keje ehh.." celoteh Najwa kali ni luar biasa, bagi Ayah, ini satu kemajuan untuk anak yang baru nak membesar.

Belum sempat disoal balas oleh Ayah, Si Kecil Najwa petah berkata, "Ish Ayah niiii....nape lambat balik? Lama-lama sangat keluar, tak nak balik eh?"

Ayah macam pernah dengar ayat itu. Oh, patutlah, ibu si Najwa rupanya yang pernah berkata begitu. OK fine. Betul orang kata, kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi.

"Hish Ayah ni....."

Jumaat, Jun 03, 2011

Musim Baru Diulang Lagi


musim,
mulanya berahi, kemudian terus berhenti.
mulanya senang hati, sekejap pula terus tiada dalam hati.

musim itu datang lagi
berulang kali, tapi kali ni lebih dekat pada diri.
bila berlalu, mudah ia pergi, sampai masa nanti dia datang lagi.

eh, biarlah dia sembunyi diri,
nak dicerita pun, bukan semua mengerti.
seronok juga begini, buat yang faham, mesti boleh buat gelak sendiri.

musim itu ia menjadi
yang pernah berputik, pasti berbunga kembali
tunggu saja lah, sabar tu kan pengubat hati!



Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails