Untuk Anak Cucuku nanti membacanya bila aku sudah senja atau tiada.
Seharian hari sepanjang masa semalam mata dan hati dijolok dengan macam2 drama manusia.
Di kota, di jalan, di media mahupun di maya.
Yang nyatanya, dua entiti ini tak kan pernah mahu dan teruja mahu bincang bersama.
Di mulut para pendusta, mereka dilaga dan diadu domba.
Sudahnya, rakyat juga yang menderita, masing-masing fikiran buta.
Setan ketawa, dan lebih hebat lagaknya,
Maklumlah, ramai terpesona dengan godaan dan karyanya.
Penat.
Yang melihatnya berat, yang mendengarnya sarat, yang berarak sama2 pucat.
Yang mencari alas perut pun mukanya gerenti ketat.
Hujah ini berat, tapi bila dah tak larat, sekali sekala kena juga sebat.
Kalau tak, kerjanya meratap, macam kena rembat.
Mandat.
Terus pada siapa ini mahu digantung harap?
Setelah polan ini dilaknat, yang sedia ada pula ramai rasa tak selamat.
Terus bilakan akhirnya?
Masihkah bersih yang kita damba, bila kuningnya juga buat ramai rasa nikmat, mahupun balanya.
Matlamat.
Ingin apa dilaungkan isinya?
Mahu apa diluahkan rasanya?
Kempunan apa yang katanya tak pernah jumpa?
Sebenarnya untuk apa?
Merapatlah kalau benar manis madunya. Jika tidak, takkan tak serik ikut porak peranda!
Habis.
Habis lepas ini apa pula datangnya?
Habis kemudian nanti apa pula ceritanya?
Habis esok nasib kami bagaimana?
Habislah kalau tiada yang melayannya!
Ah! Biar Kanister Yang Bersih Memedihkan Matanya! Negara inikan kita semua yang punya!
Kanister Bersih Rakyat Juga Yang Punya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan