semua orang nak komen cerita pasal Harimau Malaya kebelakangan ni pasal semua orang sayangkan bolasepak negara sebenarnya. Sultan pun komen pasal ni sekarang.
Membaham kalau menang dengan setiap lawannya, dan bakal dibaham penyokong sendiri kalau main macam celaka. Ini dipanggil nasib Harimau di Bumi Malaya.
nak baca komen skeptik, baca komen orang yang sibuk kutuk Malaysia. Kalah kutuk, seri kutuk, menang pun kutuk pasal chances banyak gile, tapi yang masuk dua bijik je, itu pun last2 minit.
nak baca komen prejudis, baca komen orang yang sibuk kata Malaysia tak kan kemana, jangan harap nak cium bau Piala Dunia dan setakat Sukan SEA atau AFC takde makna.
nak baca komen lalang, baca komen orang yang kutuk berbakul bila kalah atau seri, tapi bila menang, puji melambung tak ingat dunia. Contohnya paper utama negara dan group2 FB kelab2 bolasepak Malaysia.
nak baca komen assabiyah, baca komen orang Kelate, orang Ganu atau orang NS yang komen bila player si polan dan si polan main bagus, "kononnya" player tu negeri dia sorang yang punye, Malaysia menang pun pasal dia. Kalau kalah, defend player dia yang bangang tu sampai mati pulak.
nak baca komen membabi buta, baca komen orang yang tak turun stadium dan tak tengok game, tapi ulasan perlawanan dia macam Hasbullah Awang atau paling bangsat pun Shebby Singh.
nak baca komen tahi, baca komen orang FAM, dan coach yang janji nak buat yang terbaik, tapi turun padang, janji ntah kemana, tahi je bersepah merata2.
tapi paling celaka gampang bila orang tu tak amik tau cerita bolasepak negara, bila budak2 Harimau Malaya kita turun padang main bola. Maklumlah, mata sibuk dijolok bolasepak luar negara contohnya "I don't watch our home boys play coz they don't play like how they play over there." Apa punye lahanat orang macam ni. Macamlah no ic lahir kt sana.
PADU TERUS HARIMAU MALAYA!
Harapan kita tetap ada!
nota kaki: Malaysia menang ke atas Siam dalam perlawanan bolasepak kedua sempena kejohanan Sukan SEA semalam yang berkesudahan 2-1, dimana Badrol Bakhtiar dan Izzaq Faris Ramlan masing2 menjaringkan satu (1) gol. Kemenangan ini membawa harapan Malaysia yang akan dijangka mudah bertemu Kemboja dan kemudian Indonesia. Tempat kedua kumpulan A bakal memastikan Malaysia layak ke pusingan kalah mati berjumpa johan Kumpulan B.