Jumaat, Ogos 30, 2013

Merdeka Gaya Korporat

Merdeka gaya korporat
Dijual beli penuh nikmat
Lazat didapat semuanya cepat
Untuk si polan tuannya yang keparat

Merdeka gaya korporat
Dilelong dilayur baunya kuat
Dikibar menggelepar semuanya aku tak buat
Untuk menafi fakta berdekad hatta berabad

Merdeka gaya korporat
Gentar tiada, jiwanya meluat
Buat baju pun penjahitnya tak lekat
Itulah dia jerangkung yang pandai berdebat

Merdeka gaya korporat
Kau tak peduli, kau pun bukannya hebat
Sekadar nafas tidak tersekat
Meniti hari-hari asalkan sempat

Merdeka gaya korporat
Menangguk di keruh, biarpun berat
Asal jiwa meronta, ah semua kau nak rembat
Apa kau ingat orang lain tak kuat?

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Tiada ulasan:

Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails