Em, ahad, hari paling best untuk org lain bersantai. sama la dengan aku, seronok bersantai dengan anak berdua anak beranak kt rumah,ahaha..
hari sabtu dgn ahad, hari aku wajib beli paper.hari lain amik je dari ofis,pasal dari terbiar camtu kekuningan, renyuk dan reput lepas setiap kali abis opis hour, baik aku hangkut bwk balik baca.
selak dan bukak paper berbahasa melayu ahad hari ni, terbaca satu artikel tulisan sanusi junid. sanusi (bukan sanusi opis mate aku) tulis ttg betapa dia menghormati Tun Mahathir, seorang negarawan yang bijaksana. dia turut pada awal artikelnya menceritakan bagaimana dia menjawab soalan dari seorang wartawan mengenai Tun yang pada ketika itu dikatakan sebagai seorang rasis.
aku sengih dan terimbas betapa seketika dulu aku pernah menulis ttg kerisauan bangsa dan ras aku dalam satu forum,tp dibidas secara emosi oleh seorang ahli forum terlibat. hairan sebenarnya bila kita diherdik, dibidas dan dicop sebagai rasis kerana cuba bercakap tentang kelansungan ras sendiri, tapi bila orang lain ckp ttg kononnya betapa gelap masa depan bangsa dia di muka bumi Malaysia ni, itu digelar sebagai pejuang hak asasi. aku bukan menidakkan kewujudan dan kelansungan bangsa lain, cuma nakkan supaya kelansungan bangsa aku sama2 wujud secara harmoni dan saksama.em.
dihujung artikel tu, aku terbaca sesuatu yg sgt menarik ekor mata aku,lansung aku fikirkan dalam2..pikir balik apa yg telah, pernah, sedang, dan akan terjadi di masa akan datang.
.....Lee Kuan Yew dilaporkan berucap pada majlis meraikan Presiden Chaim Herzog dari Israel dengan kata-kata yang bermaksud: "Kamu sudah mengajar umat Islam di padang pasir, ajarlah kami bagaimana menghadapi umat Islam di hutan belantara."
ironi bukan? heh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan