Rabu, Julai 23, 2014

X Day +7: Pasca Rundingan Najib - Barodai, demi MH17, demi Malaysia

Kalau diteliti, tindakan DS Najib berhubung terus dengan pemisah di Ukraine demi menyelesaikan kemelut tragedi MH17 ini boleh diumpamakan sebagai serampang dua mata.

Pertama, demi mengekalkan fokus beliau yang asal, seterusnya mencapai 3 objektif; mendapatkan jenazah penumpang dan anak kapal untuk waris, mendapatkan semula hak ke atas 2 kotak hitam dan mendapatkan akses selamat dan bebas untuk penyiasat nahas udara antarabangsa di tempat kejadian.

Kedua, dan yang paling penting, adalah beliau secara tidak lansung mengajar Obama, Putin, Abbot, Petroshenko, Mark Rutte malahan semua pihak yang berkaitan dalam nahas ini, termasuk UN tentang seni diplomasi gaya moderate ala Malaysia.

Ketika pemain utama (kononnya) sibuk menuding jari, menunjal dahi dan bermain tarik tali tentang siapa yang bertanggungjawab, DS Najib kekal fokus demi janjinya pada seluruh Malaysia dan dunia.

Salute juga untuk pemimpin pembangkang yang menolak ke sisi perbezaan politik dan berdiri teguh di belakang PM dan mengharungi saat2 sukar ini bersama kebanyakan rakyat Malaysia. Inilah yang sewajarnya diraikan. Cabaran dan krisis pasti lebih hebat di masa hadapan, tetapi jika beginilah cara kita menghadapinya bersama, tiada apa yang terlalu sukar untuk kita tempuhi bersama.

Kerana kita, Malaysia, sememangnya boleh.



http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/2013/03/najib-razak-mh17-latest-news-630x357.jpg

Tiada ulasan:

Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails