Khamis, September 02, 2010

Kalau saya PM, saya akan selesaikan konflik ni dengan;

Dari tembak orang Malaysia baik head shot kat dahi ariel sharon


  1. On the spot terus puji betapa bagusnya kepimpinan SBY. Tak rugi memuji, kita ni bangsa beradab sopan dan bertatasusila. Lagipun dia ok apa. Ucapan pendek dia sebentar tadi kat TV3 mmg menyentuh jiwa, betapa dia menghuraikan hubungan Malaysia - Indonesia macam saudara sejak beratus2 tahun. Ayuh downk raikan persamaan, bukan bercanggah pada perbezaan.
  2. Kemudian kaw tim dgn SBY untuk tangkap dan kasi diam sama itu Mustar dan org2 seumpamanya. Fikiran dia dangkal dan tak masuk akal. Nak suruh rakyat Indonesia balik? Come on man. Jalur Gemilang yang kamu bakar itulah yang telah lama jadi tempat berteduh saudara senegara mu disini wahai kawanku.
  3. Short Term, dalam sebulan hingga setahun, rationality is the best policy. Chill, bawak bertenang, rilek. Tapi kedaulatan kita tetap tegas dipertahankan, eh, bukankah yang mampu menahan sabar itulah yang paling kuat dikalangan umat manusia? Tak payah la kecoh2 nak perang, kita pencinta damai. Kita jugak umat yang steady.
  4. Medium term punya plan, dua sampai 4 tahun mungkin, bila sudah sedikit reda kelak,untuk kukuhkan hubungan, kita buat program pertukaran student secara besar-besaran ataupun program seumpamanya, seminar, dialog para intelek dan sejarawan neutral serumpun dengan BENDERA, GEGAM, LIRA, GERAM dan lain2 kumpulan2 yang anti Malaysia. Temukan mereka secara berhemah dalam suasana penuh hikmah. Perancangan memantapkan hubungan kukuh secara lebih strategik perlu dilaksanakan bagi menambahkan pengukuhan nilai bersama. Daripada merebutkan keunikan budaya masing2, kenapa tidak kita meraikan persamaan yg ada? Ini berkait dengan nilai2 kefahaman kita tentang meraka dan lebih tepat lagi kembangkan pendidikan sejarah ulung yang memperkaitkan persamaan kedua2 negara. Pendidikan tentang sejarah ni asas pada segala-galanya, macam air asas kehidupan. Tanpa pendidikan mereka kering ilmu, tanpa pendidikan tentang ini, mereka tidak mungkin faham apa itu erti bersaudara dalam rantau serumpun.
  5. Long Term pulak, buat filem sejarah yang bermodal besar. Propaganda yang menganjurkan betapa agungnya sejarah bersama kedua2 negara. Adjust fakta berkaitan supaya cerita lebih menarik. Nama pun dah propaganda, Amerika dengan Hitler boleh buat, takkan kita tak boleh ye tak. Sangat ramai produser, pelakon2, sutradara yang berkelayakan di kedua2 negara. Buat jugak eksais tentera rentas sempadan. Namakan eksais tentera gabungan tu Latihan Tentera Indonesia Malaysia (LATIM). Buat secara berkala, agak2 ada angin je cuba nak goyangkan pokok, ulang balik langkah awal2 tadi beserta improvise dan pinda mana yang sesuai, bergantung pada isu yang terlibat. Baik habiskan peluru utk eksais tentera, kasi gerun sama semua musuh, luar dan dalam, dari habiskan nyawa sesama sendiri. Kemudian dalam masa yang sama, selesaikan soal persempadanan dua2 negara. Tapi selesaikan dengan hikmah dan berlapang dada. Jangan bawak ke Mahkamah Dunia. Nanti kita dan mereka cenderung bersikap skeptik sesama sendiri.
Ayuh Ngeteh

tapi itu KALAU.

Tiada ulasan:

Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails