Ah. Cerita bermuzakarah UMNO-PAS ni datang lagi. Datang bila dipanggil, pergi pula bila dihalau. Muak. Bukan pada muzakarah, tapi pada dolak dalik dan seribu macam alasan yang diberi. Pada aku, segelintir politikus pun kurang mendalami maksud muzakarah ni. Duduk berbincang ni bukan bermaksud berpakat, bergabung apatah lagi duduk bersama2 demi satu perjuangan. Kalau dah politikus pun tak faham, mana mungkin pengundi atau rakyat faham!
Walaupun yang afdalnya berjuang di jalan Islam, tapi kedua2nya adalah entiti politik yang memiliki fokus perjuangan masing2, yang ternyata berbeza antara satu sama lain. Kendatipun kedua2nya pun tak menolak Islam dan tak pula menolak keMelayuannya.
Pada saya muzakarah ni bukanlah demi menyenangkan hati satu pihak lagi, atau demi mengikut telunjuk dan tertakluk dengan aturan yang cuba ditentukan oleh satu2 pihak semata2.
Alah, macam republikan dan demokrat di amerika. Berperang dalam politik, tapi bab menguruskan dasar luar dan dasar liberal, kedua2nya sanggup duduk semeja. Berbincang. Selesaikan satu2.
Pada saya muzakarah UMNO-PAS ni sewajarnya demi Islam, demi pengundi dan demi rakyat, tu je. Lepas duduk berbincang selesaikan masalah rakyat, pacu teruslah haluan masing2 dan menangi hati rakyat dengan cara sendiri.
Contohnya, kalau kita sekampung duduk berjiran, tapi berpatah arang bergolok bergadai dengan jiran tu. kononnya dia lah iblis, dialah syaitan, dan tak ada jiran lebih buruk dari jiran kita. Satu ketika ada gajah merosakkan tanaman di kebun kedua yang berjiran ni tadi, atau ada harimau memakan ternakan kedua2 yang berjiran ni tadi.
Duduklah berbincang macam mana nak selesaikan. Kalau gajah, mungkin sorang ada perangkapnya, mungkin sorang jiran lain ada kurungannya. Kalau harimau pulak, mungkin sorang ada senapangnya, mungkin sorang jiran lain ada peluru senapang tersebut. Muzakarah lah demi nak selesaikan masalah. Tak boleh bincang 10 masalah rakyat, bincanglah 5 je. Tak boleh 5, bincanglah 3. Tak boleh 3, bincang satu pun jadilah dulu sebagai permulaan.
Hairan juga, lepas dah diterangkanoleh pelbagai pihak, contohnya Prof Agus kat Page FB dia pun, masih ada lagi tak faham dan buat2 tak faham. Kalau kafir benarlah UMNO sekalipun, mana mungkin lebih kafir dari DAP. dan kalau Islam dan Melayu benarlah UMNO sekalipun, mana mungkin lebih Islam atau Melayu, sama dengan PAS? Kita ni suka sgt cari perbezaan, padahal persamaan tu banyak. Duk kalut suruh ikut perangai dan berjuang cara Mandela, tapi sendiri tak faham pun prinsip yg Mandela cuba terapkan dalam pentadbiran negara dia.
Pada saya, nak seribu daya, tak nak seribu alasan. tu je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan