Jumaat lepas aku satu family dh mmg setting nk balik kampung semban, pasal ada kenduri sabtunya tu, bergerak dari bt anam pukul 8, dan sampai kat gemencheh, jam menunjukkan nyaris2 nk pukul 9. tetiba lak wife aku pn berkata, "bang, tekak haus la bang, kita singgah jap kedai minum dulu bleh tak bang?" aku pn pelik, selalu beli je kt air kt petrol station, minum dlm keta, tp kali ni ajak ngeteh lak dulu...aku layankan je, masuk je kedai makan kt gemencheh tu, wife aku terus meluru sambil dukung anak aku pegi ke meja yg paling rapat dgn tv kt kedai tu...sedang cantik bermulanya siaran drama Nur Kasih arahan Kabir Bahtia! laaaaaa...patut lahhhhh....
besar rupenye impak drama ni kt wife aku, sampai sanggup ajak brenti dulu tu, padahal nk balik kg lagi tu..aku maleh la nk ulas cite tu dari segi pelakon dgn jln cerita dia, tp ape yg aku nk komen pasal sinematografi dgn skrip dia.
tp aku mmg tak nafikan, sinematografi drama ni mmg mantap,sgt lain dari drama tipikal melayu yg melambak kt malaysia ni, malah x keterlaluan kalau aku ckp drama ni jauh lebih superb dari kebanyakan filem melayu kt malaysia ni. aku sendiri yg mmg dipaksa utk melayan drama n dari ep 1 sampai lah episod yg ditayangkan jumaat lepas. dari scene flashback, suasana kampung, background sawah padi, rumah kampung, kenduri kendara, mmg kena btul. setiap shot pd mata aku mmg dihasilkan dengan teliti sampaikan penonton boleh btul2 menjiwai jln cerita yg cuba disampaikan.
lighting drama ni pulak mmg sesuai dgn mood dan lakon layar setiap episod drama ni, sesuai dgn suasana yg menyentuh setiap pelakon dgn tipikal cara Kabir Bahtia, yg pernah jugak direct flem sepi dgn cinta.
skrip drama Nur Kasih ni pulak rupenye ditulis sendiri oleh isteri Kabir Bahtia, iaitu Mira Mustaffa. patutlah serasi skrip dgn lakon layar dia. tahniah jugak untuk pelakon2 drama ni, yg aku kenal Fizz Fairuz je..yg lain aku tak kenal..ini menunjukkan sesuatu cerita bermutu tu x semestinya memerlukan pelakon yg hebat utk menjadi sebuah cerita drama ataupun filem bermutu. anyway, tahniah utk semua krew drama ni atas komitmen, ilmu, dan jugak usaha korg sume utk jadikan drama ni mengangkat martabat drama melayu, walaupun pengarah dia kelahiran India tanah besar sana,ehehe.. semua2 ramuan yg diadun dlm drama ni (cewahh...mcm pengkritik drama n flem pulak....ahahah) mmg sesuai dan menyokong setiap satunya, bak kata chef berkenaan masakan dia- "compliments each other"
oh ye, paling aku suka, drama ni jugak memberi sindiran sinis pd beberapa golongan di kalangan org melayu ni, baik yg taksub dgn agama mahupun yg leka dgn dunia, wallahuallam.
so ape lg, boleh la pakat tgk ramai2 drama ni, at least aku walaupun pd awal dipaksa oleh wife aku utk tgk drama ni masa 1st ep, akhirnya boleh kaw tim sama2 dgn dia duk ngadap tv setiap jumaat, 9.00 mlm kt TV3.
p/s: teringat scene aidil susun kitab dgn buku kt almari buku masjid, pas tu berhujah dgn tepat dan pedas dgn sorg ahli masjid pasal kitab lama..ehehe..
1 ulasan:
kekekekpenangan org umah tu baru......lum sok sok anak ko lak...sile la simpan duittuk beli plasma lagik satu ehhh...decoder astro sekali ehh apak...soksok anak ko bosa gaduh lak channel tv ngan omak ehhh
Catat Ulasan