Khamis, Disember 30, 2010

Kemenangan Ini Adalah Kebangkitan Semula Yang Tertangguh!

Cakar Harimau orang kata sedap, yeke? ;)

Alhamdulillah, sempat untuk hidup dengan sihat dan mampu bersorak dengan riang gembira bila Malaysia dinobat sebagai Juara Piala AFF Suzuki 2010. Rantau sebelah sini, kini bawah takluk kita, tapi momentum mesti mau terus padu. Proses tu kadang2 mesti kena ada kalah, mesti kena ada menang, tapi harapnya itu semua untuk kebaikan Harimau Malaya dalam masa2 mendatang. Cerita menang AFF Suzuki Cup 2010 ni semua dah tau, nak baca yang tu, boleh tengok berita dan esok beli paper. Aku nak cerita benda lain.

Dulu selalu sangat bos gua sembang pasal Ghani Minhat, otai bola Malaysia orang NS yang banyak berjasa pada Selangor, katanya, sekarang player macam tu xde lagi. Masa zaman Chin Aun dengan Santokh Singh, benih aku pun tak muncul lagi. Banyak baca dab dengar cerita pasal Mokhtar Dahari, tapi tak pernah tengok pun Allahyarham main depan mata. Tapi malam ini macam turning point, macam dah jumpa, walaupun belum tahap legend. Mula menjadi bualan tangkasnya Khairul Fahmi Che Mat, rembatan near post tak ingat dunia Safee Sali, kawalan bola terbaik dari S. Kunanlan, tonggek tapi pawe Norshahrul Idlan Talaha, si garang tapi kapten Safiq Rahim dan seluruh Timnas Pasukan Malaysia, Harimau Malaya. Google saja nama mereka ni, nescaya terpapar wajah2 innocent mereka.

Pasukan ni bukan cerita baru, tapi bukan juga terlalu lama, kebangkitan ni mungkin telah bermula sejak Emas di Sukan SEA lalu, tapi kemenangan semalam membangkitkan kembali selera orang kita pada bola Malaysia, pada roh segala sukan Malaysia. Harapnya kemanisan ini berkekalan, dan jatuh bangun pasukan, sentiasa ada ramai seluruh Malaysia mendoakan, meraikan kemenangan dan meratapi kekalahan bersama. Jiwa kena kental, untuk fans, kadang2 kena hooligans juga, stand firm on your ground, baru team hebat, firm pun kuat.

Lepas ni ingatlah terus malam semalam, kita melakar sejarah, tapi jangan pernah anggap tertewas jika hari2 mendatang, kita ditimpa kalah. Bukan apa, resam orang kita memang macam ni, bila pawe dipuja, bila dititik, pakat ramai2 mencela. Fesbuk, Twitter, dan seluruh dunia maya pulak lebih merancakkan, kalau tidakpun menambahkan nilai sensasi dan komersial selain meningkatkan nilai 'fragile' pada Harimau Malaya kita ni. Beri peluang mereka untuk terus maju, dan ganyang semua lawan yang ada, baik di padang, mahupun dugaan hidup sebagai bintang.

Ingat, misi Harimau Malaya masih jauh untuk digapai, seusia muda2 lulusan SSBJ ni, baik dipertaruhkan selagi ada daya, sambil jeling2 bakat baru yang lebih muda dan skilnya hebat dan lebih bermaya. Ingat janji 2013, cubaan menakluk Asia, dan 2014, menggegar di Wel Kap.

tu belum kira test pawe dengan Thailand lagi ye tak? Oman? Qatar? Pengadil Australia? Arab Saudi? Korea Selatan? Korea Utara? Balas dendam pada China tempoh hari? ingat lagi kan? Maknanya, misi dan visi masih jauh, dan sayup2 sinar itu ada, dengan Harimau Malaya yang mengaum garang menjulang piala malam semalam.

Tahniah RajaGombpal, didik anak2 buah ni dengan semua ilmu yang kau ada, kalau rasa perlu hantar kursus pendek mengawal stress, kolej aku ada.

Tahniah FAM, strategi penubuhan SSBJ akhirnya membuahkan hasil, keep up the good work.

Tahniah Penyokong2 Malaysia, hari ini dan seterusnya, harap kita sama2 terus berbangga dengan Harimau Malaya yang 100% Pure Malaysian Made and totally new breed ni!

Tiada ulasan:

Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails