Sabtu, Julai 11, 2009

Bila PPSMI dihapuskan

  1. akan wujud kembali generasi yg lemah bahasa inggeris dan menikus bila cikgu inggeris bertanya soalan padanya dalam bahasa inggeris.
  2. akan lebih banyak duit cukai dari titik peluh rakyat diguna untuk menukar segala2nya berkaitan PPSMI kepada asal.
  3. jatdiri bangsa Malaysia yang memang lemah semangat nasionalismenya akan tetap hilang sekalipun bahasa inggeris tidak dijadikan medium pembelajaran dan pengajaran.
  4. akan lebih berisi dan penuh poket mereka yang memegang tender berkaitan buku2 sains dan matematik dalam bahasa Melayu.
  5. akan lebih lenyaplah semangat,keinginan,usaha pelajar luar bandar yang lemah dalam bahasa inggeris utk belajar bahasa inggeris.
  6. lambat lagi untuk kita membayangkan satu masyarakat yang progresif dan berbudaya saintifik, seperti yang ada dlm wawasan 2020.kita tetap boleh kearah itu,tp masa makin suntuk,kita terus terkebelakang.
  7. bersedialah kita untuk lebih banyak dasar negara akan diubah hanya melalui demonstrasi pihak tertentu di jalanan,bukan melalui rundingan.nauzubillah.
PPSMI-satu lagi peraturan caturan manusia yang bila namanya ade campur tangan manusia,memang tidak kekal sempurna. hapus atau tidak,bukan isu,malah bahasa melayu dan bahasa inggeris juga bukan isu. laksanakan atau hentikan PPSMI, byk yang perlu dilihat kembali.jangan kerana kita melatah,parang diambil terlibas leher sendiri. penambahbaikan adalah sangat kritikal dan diperlukan segera,tp pemansuhan PPSMI mewajarkan satu trend dimana bila kita salah tulis, x payah betulkan, buat ape dipadam,tp kertas tu kita buang terus!

Tiada ulasan:

Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails