Khamis, November 25, 2010

Antara Gambang, Kuantan dan Destinasi Akal

Aku baru je balik dari Gambang Water untuk Kursus Pengurusan Kelab & Persatuan Kolej Komuniti 2010, penat badan dah biasa, tapi penat otak tu yang biasanya buat jadi sengsara. Bertolak dari kolej aku Isnin petang hari tu, petang Khamis tadi baru dpat menginjit jari pada keyboard yang satu ni.

Bagusnya dapat jumpa ramai kawan2 lama, tak dilupa juga ada yang baru kat sana berjumpa. Kursus pertama yang aku hadiri ada Senaman 1 Malaysia, dan aku akui, org kata kalau badan cergas, otak pun jadi cerdas tu betul. Terima kasih juga penganjur kerana sempat lagi mengadakan sesi paintball di Kuantan untuk kami setiap petang utk 4 hari kami berkursus.

Teroris

Ramai juga otai2 dan beginner2 yg hebat2, berlumba2 berkongsi kisah, pendapat dan pemikiran masing2, dan tak kurang juga yang menembak tepat di pangkal otak buah fikiran orang lain, tanpa menyedari otak sendiri pun jarang pakai. Baru sedar, sabar tu memang betul2 kekuatan sebenar. Jarang kongsi kisah aku outstation ni, tapi balik dari berbengkel yang satu ni, ada beberapa kesimpulan yg dpt dibuat:
  1. Jangan ingat orang gemuk tak terer main paintball
  2. Pengalaman tidak akan bermakna jika hanya dikongsi melalui kata2, tapi akan memberi erti mutlak bila dilaksana atau dihadapi bersama2, atau lebih steady lagi bila orang nampak kau buat, bukan standard gebang tak sudah2.
  3. Ucapan retorik memang sedap didengar, tapi nak bagi real betul2 jadi, itulah cabaran sebenar.
  4. Semua kursus dan bengkel mahupun mesyuarat sekalipun wajar dimulakan dengan senaman aerobik 1 Malaysia.
  5. Menuding jari yang satu menampakkan dangkalnya akal pasal empat jari lagi akan tunjuk pada diri kita sendiri.
  6. Mencari keburukan orang nescaya orang berpakat2 mencari keburukan kita.
  7. Banyak pengalaman tak bermakna kau terer bersenam.
  8. Jangan ingat yang bertudung labuh tak menyengat dan hanya tawadduk berzikir: "Akak tudung besar tu dulu sebelum mengajar, dia Sistem Analyst cum Computer Engineer ok"
Si gemuk yang terer main paintball

Pengalaman outstation kali ni perasaannya berbaur: bangga, riak, takbur, gelisah, cuak, steady, biaq pi la, hipokrit dan jiwa rasa nak jadi kanibal, tapi mak pernah kata, selalunya pengalaman pahit tu rupa2nya kayu api untuk nyalaan api kejayaan masa depan! Jauh lagi Destinasi Akal ni rupanya, banyak lagi kena belajar, tapi apa ada hal, Antara Gambang, Kuantan dan Destinasi Akal sekalipun, bila sampai rumah Najwa bersama Doranya kan ada?
Peserta yang kencang2 belaka.

Sampai ke destinasi akal hanya bila akal kau sampai.

Ahad, November 21, 2010

Ada juga pelangi kemenangan!

Tahniah Dato' LCW atas kemenangan membawa Jalur Gemilang ke final, yg bakal menentang LD nanti. rilek, bukannya dia tak pernah kalah kt tangan kau kan? Harapan kami walaupun sebesar gunung menantikan emas dari raket kau, tapi kalau kalah sekalipun,kau tetap wira kami!

Fuhhhh!! finallll...!

Untuk beregu Koo-Tan, dalam byk2 kemenangan yg dah kau bawa utk Malaysia,kalah yg satu mlm tadi aku tak kisah sgt. tapi mmg berpeluh dan menahan nafas jugak korang main (badminton) tu. adrenalin memuncak, tapi apa kan daya, yang penting korang berusaha. cuba lagi dalam game akan datang.

Rilek, perasaan kalah ni boleh membakar marak api kemenangan masa depan. Steady lah.

Ok cukuplah tentang badminton. Soalan, Apa itu pelangi kemenangan: pelangi kemenangan adalah keindahan jaluran warna yang muncul selepas hujan2 kekalahan.

Kenapa pelangi kemenangan? kerana Liverpool dengan bimbingan Abg Roy menang bergaya 3-0 melawan anak buah Avram Grant, membuktikan Liverpool mampu bersaing tanpa captain G yg injured.

Roy: Weh, ko ingat Gerrad xde, ko buleh makan ke mlm ni?
Avram: Ecehh..mule la nk nganjing aku tu?

Roy: xde aaa..rilek aa yahudi..bukan lu je kalah malam ni, keh keh

Siapa lagi ada pelangi kemenangan utk aksi BPL minggu ni? Chelsea kot? eh tak2..diorg kalah 1-0..Arsenal? diorg macam nak mng semalam, pasal dah lead 2-0,sekali kena titik 2-3

Ye kami sedar, Liverpool mmg camni je lah season ni, berjuang untuk menang di setiap game, mengelakkan terjerumus ke League Championship dan jika mimpi ngeri itu benar, bakal didoggy sepuas2nya sehingga naik semula ke BPL, dan sehingga itu,terus didoggy dengan secukup rasa.

Liverpool takkan pernah gentar, dgn cabaran utama mengekalkan momentum kemenangan. kadang2 itu kelihatan sukar, namun usaha mengekalkan pelangi ini perlu ada. Jika ini boleh dikekalkan, paling busuk pun top 4 dalam tgn. abg roy mungkin bukan lagi uncle woy, tapi silalah menang semua baki perlawanan.

Ucapan tahniah ni untuk semua yang melakar pelangi kemenangan; buat ransangan untuk kejayaan yg berterusan, baik di Sukan Asia Guangzhou, mahupun BPL di England, dan juga peringatan utk semua yang pelangi pun boleh hilang tau. btw, let's taste this f* rainbow, while it last lahhh..keh keh

Abaikan kata2 lucah! Yeah! Kerana gambaran perasaan kemenangan hanya boleh dizahirkan pada pelangi ini!

p/s: Pelangi Dato' Nicol kekal sampai sudah ye tak? hehe..tahniah Dato'!

Selasa, November 16, 2010

Misi Bantuan Banjir Ke Kuala Kedah

12 November - 15 November 2010 yang lalu adalah tempoh kami dari Kolej Komuniti Segamat 2 berada di sekitar Kuala Kedah, membantu apa yang patut untuk mangsa2 banjir di sana. Lebih banyak pengalaman yang diterima, lebih banyak juga keinsafan yang menyentuh jiwa. Apapun;

  1. Jadi petugas kemanusiaan ni memang mudah menyedarkan, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
  2. Rasa berbaloi juga membuang kalori badan sambil menambah pahala yang kurang.
  3. Gadis2 yang sedap mata memandang pun satu faktor yang mampu menambah tenaga untuk terus gagah dan tampan dalam membantu mereka yang memerlukan. Nyaris2 juga tak nak balik melihat kecantikan yang ada.
  4. Kalau membantu mangsa banjir di kedah ni, penat jerih petani menyemai, menanam, menuai dan membanting padi dapat digambarkan secara lebih solid bila kita bantu meringankan beban mereka, lebih terasa kalau mengangkat beratus2 guni baja yang beratnya 50kg++ dan terendam dalam air 12 hari lamanya untuk dijemur.
  5. Kitaran kemiskinan akan bermula semula, banjir memadam harapan menuai padi, 6 bulan ke hadapan hidup tanpa rezeki, membuatkan ada di kalangan mereka yang meminjam pada yang sudi, along dan ceti, dengan tunggakan bayaran yg bakal menyeksa diri.
  6. Betul, rel keretapi tu yang buat air bertakung tak henti2.
  7. Sempat menemubual ular yang dijumpai menyembunyikan diri di dalam almari kaca rumah Cikgu Man hari tu; "kami ular memang suka berkeliaran waktu macam ni, bila sawah ditenggelami air, tempat favret kami memang kat dalam rumah diorg ni jelah, pasal katak pun lari kt sini. jadi hati2 la bila manusia mengemas."
  8. Petugas banjir rupanya tak pernah memilih sumbangan dari mana2 parti politik, asal ada yg nk diberi, "bak mai" depa kata. Yang memilih memberi ni parti politik je. Yang menerima juga tidak pernah menolak apa yg diberi. janji sampai. Namun ada juga yg berjanji, tapi sampai selut kering, tak dak apa pun yg jadi.
  9. Baru tau "bata" adalah tembok rumah, dan "gheta" adalah kereta dalam loghat kedah.
  10. Orang Kedah sangat hebat sambutannya pada tetamu, hatta rumah dilanda banjir sehingga paras dada, barang dapur terendam hingga tak nampak punca, kuih yang dibuat dan oren yang dibancuh buat santapan sukarelawan, sedapnya tidak terkata.
  11. Bencana yang melanda masih tetap tidak menghilangkan hospitaliti Orang Kedah yang top class, lengkap dengan penghargaan bagai tiada hari esok yang dihujankan kepada kami.
  12. Terima kasih untuk semua penduduk Kg Sungai Baru, Kuala Kedah, Kedah DA atas layanan yang hebat dan tidak terperi, hanya Allah sahaja mampu membalas budi, semoga terus tabah menghadapi dugaan dari-Nya.
  13. Terima Kasih untuk semua petugas, sukarelawan, wira dan wirawati dari KKS2. Pengorbanan anda memberi lebih makna untuk Aidiladha ini, tahniah!
Gotong royong tak lengkap kalau takde makan ye tak?


KK Wilayah Johor: gambar dengan tanda 1Malaysia ni wajib kalau nk masuk dalam paper!


p/s: gambar tengah gotong royong takde, mak pesan, kalau sibuk amik gambar, org kata tak buat keje pulak ye tak? lagipun, buat kebajikan benda2 baik ni tak elok tunjuk2, keh keh

Rakan sejawat dari KK Pasir Gudang, Che Kiyah dan pengalamannya dalam misi yg sama, klik sini

Rabu, September 15, 2010

Ucapan Pasca Raya

Aku tak ucap Selamat Hari Raya, jadi aku buat Ucapan Pasca Raya ni, dan aku tujukan untuk semua. Tahun ini Alhamdulillah personal best yang dapat aku catat ialah tidak ke param walaupun sekali, takut kecewa dan tidak ingin menyumpah benda yang tidak berbaloi dari segi nisbah harga dan rasa.
  1. Selamat memandu pulang ke rumah masing2 dari kampung halaman, selalu kita sibuk wish orang balik kampung dengan selamat, ingat org yang tersayanglah, serikan aidilfitri dengan keceriaan bukan tangisanlah dan lain2 tagline yang saiko, tp kita lupa nak wish pada mereka yang kena balik semula ke rumah masing2 untnk meneruskan kehidupan. Jadi ini khusus untuk anda.
  2. Selamat meneruskan amalan yang baik2 yang telah dilaksanakan di bulan Ramadhan lalu, semoga terus menerus diamalkan. Yang kantoi bermaksiat dalam Ramadhan, harapnya jumpa pangkal jalan.
  3. Selamat Berhenti Merokok pada yang berjaya berhenti merokok selama sebulan, teruskan pada bulan2 seterusnya yang bakal mendatang, membawa cabaran2 yang perlu ditangani dengan kebijakan dan harapan. Pada yang gagal, jangan risau, Ramadhan akan tiba lagi untuk anda pertaruhkan jiwa dan cuba berhenti, tapi tak tau la sempat jumpa balik ke tak, Wallahuallam.
  4. Selamat meneruskan amalan pemakanan yang baik, jangan bagi sistem perut yang telah dilatih dengan baik selama sebulan terkejut dengan segala macam makanan yang bakal dimakan di open house yang menggila.
  5. Selamat kembali bekerja dan rajin macam biasa, walaupun Ramadhan tak sepatutnya dijadikan alasan untuk anda kurang produktif, tapi untuk yang kelihatan pemalas dan mengantuk selama sebulan, ubah attitude. Kini tiada lagi alasan.
  6. Selamat maintain saiz pinggang. Walaupun ada perut yang naik dan maju ke depan masa bulan puasa, itu mesti sama ada tak puasa ataupun melantak bagai nak rak masa berbuka. Yang itu pandai2 sendiri la nak maintain.
  7. Untuk peniaga param yang cenderung menitik harga mahal ditambah makanan yang mengecewakan deria rasa, selamat pergi haji dengan duit keuntungan anda itu. Kalau naik haji tu, ingat2 orang yang tersayang, maklumlah takut ramai yang menyumpah kita ye tak.
  8. Selamat Pengantin baru, selalunya lepas raya memang musim orang berkahwin.
  9. Selamat Termenung macam abang kita ni. Duit dah abiskan? Keh keh

Isnin, September 13, 2010

2 Tahun

Najwa Ilhami binti Khairul Ashraf

wahahahahah!

Bila dua tahun,
Yang 1 tambah 1
Yang 0 jadi 2
Yang susah jadi senang
Yang sendat jadi ketat

Bila dua tahun,
Yang rapat lebih mesra
Yang bising lebih suara
Yang cemerkap jadi cekap
Yang sengsara jadi suka

Bila dua tahun,
Yang kecil jadi besar
Yang gugus jadi rimbun
Yang merupa jadi sama
Yang mengikut jadi tiru

Bila dua tahun,
Semua yang haru biru
Semua yang terburu buru
Semua yang pernah keliru
Semua yang dulunya tak ambil tahu
Kini makin jelas depan mataku

Najwa Ilhami anakku. Kamu sudah dua tahun, tahu?

Selasa, September 07, 2010

Jilat

Terhambur seketika dari ulas bibirnya; "Jangan jadi peludah bahasa ya."

Sehening pagi itu; sambil mengurut gugus2 putih dari dagunya;

"Segala yang dihasrat
Tapi tak didapat
Adalah nikmat
Yang paling padat."

Kata Jami Kelana.

"Berat sangat?
Jadi jangan jilat, kelak sarat, lansung dilipat, apa pun tak dapat, sudahnya, muka kau yang kelat, apa boleh buat."


Kata Ku.

Sabtu, September 04, 2010

Kawan Indonesia ku Bernama Tuan Endi Rizal Salleh

"Peace Yokkk!"

September 4 at 7:43am

Segala-galanya tercetus selepas beliau menampal artikel KOMPAS bertajuk Diplomasi Lemah Akibat Abaikan Sejarah pada FB Page Anak Anak Negeri Sembilan awal hari ini.

"Assalamualaikum" kataku menyapa lembut.

Aku memulakan sesi ini dengan menulis;

"Selesai membaca artikel yang dikirimkan di tuan di AANS sebentar tadi, mengegas diri utk menyatakan sedikit mesej utk difikirkan bersama oleh saudara sbg keluarga serumpun dirantau Minangkabau. Saya sbg anak jati NS berasal dgn kelompok2 saudara sy yg ramai di sekitar Pagar Ruyung dan anak Suku Mungkal dalam Adat Perpatih tidak memandang SBY sbg lemah kerana ucapannya sgt menyentuh perasaan ketika menghuraikan betapa ikatan persaudaraan Malaysia-Indonesia begitu akrab sekali selama beratus2 thn. Ini jelas menunjukkan SBY sendiri menunjukkan betapa beliau menghargai aspek sejarah spt yg diinginkan penulis artikel ini, dan tidak menunjukkan diplomasi yg lemah kerana mengabaikan sejarah, malah menghargai elemen sejarah antara kedua2 negara itu. Hakikat sejarah tetap kekal dari azali hingga bila2 masa dan sentiasa memperkaitkan dengan kewujudan hubungan serantau kita, seperti air dicincang takkan putus."

"Soalnya, kenapa tidak diraikan persamaan hakiki yang ada antara dua dan sentiasa mencari jalan bagi mempergaduhi semua perbezaan"

"Mungkinkah yang rasional tahap pemikirannya hanya SBY seorang di kalangan ramai lagi Rakyat Indonesia yg terkenal dengan keintelektualan yang tinggi, terutama dalam aspek budaya serantau?"

"Mohon dijawab persoalan ini ya tuan,salam perkenalan dari Negeri Sembilan, Malaysia, Terima Kasih" aku mengakhiri pertanyaanku. Buat masa terdekat, ini sudah cukup. Aku menunggu jawapan darinya. harap2 berjawab.

"AWAS!"

September 4 at 3:37pm

"Waalaikumussalam" balasnya kembali. Riak muka tenang dan lembut Tuan Endi Rizal Saleh ini mungkin salah satu telahan tepat aku tentang beliau yang berpewatakan pemikir dan mampu memberi ulasan yang rasional dan meyakinkan tanpa dijerut tali emosi.

"bpk Khairul Ashraf, jawabannya tidak lain kepentingan politik baik yang berkembang di Indonesia maupun di Malaysia, lihat saja tokoh2 politik, yang berkomentar, Spt Pemimpin partai, Siaran TV Swasta Metro TV, Yng pimpinan nya juga pemimpin Nasional Demokrat belum lagi jadi partai , sesudah itu Din Syamsudin, dan banyak yang lain lagi, semuanya ramai2 bertujuan mencari popularitasuntuk tampil pada Pemilu mendatang. sekaligus menurunkan popularitas partainya Presiden SBY saat ini" Ini mmg sudah kuduga. Populariti politik penyebab utama, ramai yang mahu jadi jaguh kampung, macam ni lah jadinya. aku tersenyum sinis membaca perenggan pertama dalam hatiku terdetik "kadang2 disini pun sama,apa nk diherankan."

Beliau seraya menambah "Adanya pendapat , Bpk Sby lemah secara diplomasi itu disebab kan , masaalah waktu saja, dan membiarkan situasi berlarut larut sehingga terjadi unjuk rasa , yang mengakibatkan pelemparan kotoran dan penginjakan Bendera Malaysia di depan KeDubes Malaysia, Tindakan Anarkis ini, pastilah akan memunculkan kemarahan dimata Rakyat Malaysia, hal ini lah kelemahan Bapak SBY, dianggap oleh penulis artikel ini" katanya.

Beliau meneruskan lagi perbualan sambil mengerut dahi tanda fokus. Orang berfikiran intelek dan tuntas ilmunya memang begini. "Bapk Khairul Yth, Sebenarnya kalau saya berpendapat , ada benarnya penulis artikel ini berpendapat demikian, tapi untuk bapak ketahui, tindakan anarkis yang terjadi didepan keDubes Malaysia itu, tidaklah semua orang Indonesia merestuinya. ada yang marah, mengingat rasa serumpun kita tadi. ada yang menganggap tidak bermartabat, tak bermoral, apalagi kalau orang Indonesia itu berasal dari Sumatera, Penghinaan terhadap Malaysia, sama dengan menyakiti hati nya, karena faktor sejarah, agama, dan Budaya tsb." Renungan tajamnya membawa keinginan supaya aku memahami terdapat ramai insan tulus di Indonesia, tidak semuanya bersifat barbarik.

"tu la deh, bukan sumo eh camtu" terkeluar loghat NS dari mulutku tanda berpuas hati kerana mendapat jawapan balasan yang menyenangkan. ok,hati ini terasa puas. puas bukan kerana jawapan yg aku terima,tp puas kerana keyakinan tentang betapa masih terlalu ramai yg sayangkan damai membuatkan aku berasa steady. aku berfikir utk bertanya lagi, kerana kepastian harus dibuat dua kali.kalau sekali kadang2 tak kompom lagi. jari aku mula ligat bertanya;


September 4 at 3:46pm

Aku terus menarikan jari dengan persoalan,agak bertubi2 juga yang keluar. "jika begitu, tidak keterlaluan kah dinyatakan yg konflik Malaysia-Indonesia ini sebenarnya berpunca dari konflik Indonesia- Indonesia sendiri ya? kerana ramai dikalangan ahli politik sendiri hendak membuat pembuktian bahawa mereka masing2 juara rakyat yang cuba menjatuhkan SBY secara halus? terima kasih kerana jawapan yg diberikan,sememangnya kita pasti yang menggemari perlakuan sebegini adalah ajen2 musuh sejagat yang sentiasa mencipta ruang dan menunggu peluang melihat kita bermusuh.terima kasih sekali lagi kerana tuan berfikiran rasional dan kita berkongsi sudut pandang yang sama atas dasar keamanan sejagat. Salam kasih juga untuk semua warga Indonesia yg prihatin, InsyaAllah." Aku cuba menutup bicara dengan aman dan tenteram dan gembira kerana dihargai.


September 4 at 5:38pm

Ini yang ditulis dalam jawab balas beliau; "Marilah pak Khairul kita sama sama , menjaga rasa persaudaraan , yang telah dibina oleh nenek moyang kita dulu, sedang waktu dulu saja mereka bisa, membina dan saling menolong , jika diserang bgs asing lain, kenapa kini, kita tak mampu melestarikannya, tolong sampai kan pada saudara kita disana,tidak semua orang Indonesia bertindak seperti Laskar Bendera, hanaya puluhan oran dibanding penduduk Indonesia yang 250 juta, Rakyat Indonesia juga cinta Perdamaian yang Abadi terima kasih"

Cantik jawapannya, dan aku lebih yakin. Aku tersenyum sendiri sambil membaca jawab balas ini, memang selalu dipanggil 'Pak' kerana nama timangan ku memang 'Apak' tapi jarang benar digelar Bapak Khairul Ashraf ataupun Pak Khairul. Dadaku diurut sendiri tanda syukur.

"Laskar Bendera Syok Sendiri" ulit mulutku manja. Tulisan jawab balas ini dibaca sekali lagi, memikirkan jawapan balas yang sepatutnya aku bagi kirim bagi mengakhiri rancaknya perbualan ini.


September 4 at 5:43pm

Aku berkata, "baik tuan,rindu keamanan kami utk anda semua,andai kata terjadi yg lebih buruk lagi dari isu sebegini dan mohon dijauhkan InsyaAllah, ingatlah bahawa tuan tetap ada saudara spt saya di Malaysia yang mahukan kita bersaudara sama2 dan terus damai, Allahuakbar!" Perasaan segar mendatangi, kalau ada lagi isu yang datang, enteng sahaja semua itu, isu picisan dimuntahkan segelintir orang, bak anjing menyalak bukit lah lebih kurang.

OH YEAH. Hari ini, ye, ia barmaksud baru sekejap tadi aku dapat kawan namanya Tuan Endi Rizal Saleh dan beliau berasal dari Indonesia. Kelebihan konflik ni pada aku nampaknya membawa aku mengenali lebih ramai saudaraku dari seberang, termasuk lah Sony Sikumbang, Faruq Rang Mudo Minang dan Deni Muliawan serta ramai lagi yang lain. Apa yang penting, kita sememangnya bersaudara serumpun,dan tindakan negatif segelintir mereka di Indonesia tidak melambangkan keseluruhan rakyat yang memiliki umat Islam paling ramai di rantau belah sini.

Habis, kalau saudara seMalaysia sama bangsa dan seagama pun tak nak kekal terus bersaudara,malah saling bertukar2 kata2 nista, seolah2 semuanya dusta dan kutu berahak belaka, mencaci2 ikut suka, baik aku bersaudara dengan yang rela. Tapi ini cerita lain lah kan, ye ini cerita lain ok.

Apa2 hal SBY ni pun gua tetap salut! Rasional bukan emosional!

Lebih Kurang Kalau Pun Tak Sama Dengan

Related Posts with Thumbnails